Memaparkan catatan dengan label mee hoon goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee hoon goreng. Papar semua catatan
23 November 2011
Mee Hoon Goreng
Ni bukan buat untuk makan tengahari ya...ni sarapan minggu lepas. Hari Jumaat rasanya. Hari Jumaat lepas eimran ngan yasmin dah tak pergi sekolah, kira dah start cutilah...jadi kenalah aku buatkan breakfast...tapi jangan ingat aku buat setiap pagi lak ya...bila berkesempatan aje. Kadang2 beli aje kat kedai belakang rumah ni...omak ko kan nak cepat gi kojo...
Labels:
breakfast,
mee hoon goreng
14 Julai 2011
Mee Hoon Goreng
Rasanya aku buat mee hoon goreng ni hari Selasa lepas. Hari Selasa tu aku ada course kat Bangi, dpt balik awal. On the way balik dr Bangi tu aku dok fikir nak masak apalah hari ni. Poning dah kepala mikirkan nak masak apa, sudahnya aku masak mee hoon goreng ni aje. Sonang baitu...lagipun eimran ada tuisyen kat sekolah malam tu, so kalau masak yang simple cam ni, dptlah dia makan dulu sebelum pergi sekolah. Kalau tak nanti kesian kat dia lapar.
Yasmin tak sabar2 nak makan, sampai tak sempat nak sikat rambut. Katanya nak makan dulu...Masa aku tengah menumis lagi dia duk tanya masak apa.
aku paksa jugak danial ni makan. sebenarnya danial ni sangat sangat susah nak suruh makan. kalau dia makan 3 suap nasi, tu dah dikira banyaklah tu. pasal tulah badan dia cekeding. dia lagi ringan dari qaseh. masa nak ambik gambar ni, cepat aje dia buat muka cam ntah apa2 tu...aku suruh dia buat elok2..

lagi dia buat ntah apa2...siap berdiri lagi ada...nakal sangat budak ni...
Labels:
danial,
mee hoon goreng,
yasmin
16 Jun 2011
Dinner
Ni dinner sabtu minggu lepas...skrg baru nak keluar segala menu tok nenek yang tertunggak...tak tau nak masak apa dah...nak makan nasi, lauk daging dah licin masa lunch lagi...balik dari riadah petang kat stadium kajang, ajaklah en suami singgah kedai nak beli bahan nak masak mee hoon. Aku ni jenis yang bila nak buat baru gi beli. Kalau beli siap2 confirmed tak berbuat...sudahnya ke cik tonglah jawabnya.
Walaupun nampak suram aje ghoper mee hoon aku tu, tapi habis jugaklah sebungkus mee hoon cap bintang...rasanya cap bintang ni dari zaman aku sek ren dulu lagi kan...apakah maknanya tu ??? sedap ? mungkinnnn...atau dia orang kelaparan selepas buat senaman ringan kat stadium kajang ???

Langgan:
Catatan (Atom)