Memaparkan catatan dengan label sarapan pagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarapan pagi. Papar semua catatan

31 Oktober 2013

Sarapan Pagi Anak-anak


Sapa yang selalu datang menziarah kat blog aku ni mesti tahu yang aku ni ibu yang bekerja...pagi-pagi macam lipas kudung nak siapkan segala benda.  Sejak tak ada bibik ni aku cuba sedaya upaya yang termampu untuk buatkan sarapan pagi untuk anak-anak.  Tak kisahlah yang frozen ke apa, janji ada sesuatu yang masuk ke perut dia orang pagi-pagi tu.  Untuk yang kecil dua orang tu tak kisah sangat, sebab dia orang kat nursery dah ada makanan, lagipun pagi-pagi time nak keluar rumah tu, dia orang tidur lagi, so tak adanya dia orang nak makan.  Yang aku siapkan ni untuk yang besar-besar termasuk aku lah sekali.  Penat tu siap-siapkan, lepas tu tak nak makan...rugilah...hahaha...

Kadang yasmin pun nak bawa bekal juga sekali sekala...Aku pun bawa juga tapi makan kat dalam kereta.  Lapar nak menempuh jamm pagi-pagi tu kan...
Tu aku gorengkan nugget, samosa dan karipap segera.  Tapi portion sikit-sikitlah.
Ada hari lain, aku goreng telur mata kobau, letak salad, mayonis dan sos cili.  Kenyang sampai tengahari.  Kalau yang macam ni, dia orang makan telur aje.  Yang dalam gambar tu aku punya bekalan ke office.
 Ni lagi samosa segera.  Kadang makanan frozen ni aku order dengan kakak ipar.  Ada juga yang aku beli kat Giant. 
Ni roti bakar sapu kaya lorrr...hahaha.  Sesekali makan roti bakar ni pun syok juga.  So ni ajelah sarapan pagi yang simple untuk aku dan anak-anak.  Time ada bibik dulu, bolehlah nak makan mee hoon goreng, pasta goreng segala...sekarang ni yang macam tu hanya mampu time cuti saja.  Unless vitamin 'R' terlebih hari tu, boleh jadi juga kan...

Itu ajelah nak cerita pasal sarapan pagi anak-anak aku.  Terima kasih datang baca. 

15 Februari 2013

Spaghetti dan Balik Kampung

Breakfast spaghetti sebelum bertolak balik kampung
Kali ni aku tukar bahan sikit...dulu selalu guna
jenama Prego, untuk kali ni aku tukar kepada
jenama Leggo ke apa ntah...tapi dalam botol...
not bad juga rasanya...siap bawa bekal balik kampung lagi..
Balik sekejap aje
Dalam pukul 6 lebih dah balik KL balik...
Tak tahulah bila nak balik kg lagi...
terima kasih datang jenguk kat sini..

06 Disember 2012

Sarapan Pagi Anak-Anak

Time cuti sekolah ni kan kepala otak asyik duk ingat nak masak apalah untuk anak-anak yang duk kat rumah tu...time cuti nilah dia orang duk nak makannnn aje.  Kalau sempat pun aku hanya boleh buatkan sarapan pagi aje.  Itu pun kalau cepat dan sempat.

 Ini menu breakfast minggu lepas rasanya. 
 Sesekali pekena omputih apa salahnya.  
Ini aku goreng pagi-pagi sebelum pergi kerja.  Balik kerja tengok habis licin, alhamdulillah.
Bukan lah hari-hari pun aku sempat nak siapkan sarapan dia orang ni, kalau tak sempat aku tinggal aje duit, nanti suruhlah abang eimran pergi beli nasi lemak or kuih muih kat kedai belakang rumah.  Paling teruk pun kat rumah ada roti sapu kaya lorrrr...
Mee rebus ni breakfast hari Ahad lepas.  Hari tu kureng sedap pulak mee rebus ni.  Mee rebus ni beli ya...anak-anak aku belikan lontong.
Ni sarapan pagi hari ni.  Saja aku belikan roti canai sebab dah lama tak makan roti canai...asyik roti sapu kaya, nasi lemak, kuih hijau(fav danial)...
okey tu aje sarapan pagi anak-anak aku.  tq for reading...
Related Posts with Thumbnails