Memaparkan catatan dengan label spaghetti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spaghetti. Papar semua catatan

15 Februari 2013

Spaghetti dan Balik Kampung

Breakfast spaghetti sebelum bertolak balik kampung
Kali ni aku tukar bahan sikit...dulu selalu guna
jenama Prego, untuk kali ni aku tukar kepada
jenama Leggo ke apa ntah...tapi dalam botol...
not bad juga rasanya...siap bawa bekal balik kampung lagi..
Balik sekejap aje
Dalam pukul 6 lebih dah balik KL balik...
Tak tahulah bila nak balik kg lagi...
terima kasih datang jenguk kat sini..

27 Julai 2012

Menu Berbuka @ 4 Ramadhan

4 Ramadhan hari tu sama dengan hari Selasa 24/7/2012.  Aku rasa cam nak demam.  Ngan sakit kepala, pergi klinik dapatlah MC setengah hari + satu hari esoknya...
On the way nak balik tu, aku dah tanya kat en suami, katanya dia balik lambat...so ada chancelah aku nak buatkan anak-anak aku spagheti.  En suami aku tu kan kureng sikit kalau makan spagheti bagai ni...so singgahlah Giant kat kajang kejap cari bahan.
Dah separuh jalan berbuka baru teringat nak ambik gambar.  so nilah ghopernya.  Layankan jugak yasmin nak minum soya bean, tapi tu belilah kat bazar ramadhan.  Next day sahur pun kita orang makan lagi spaghetti ni.  Eimran makan masa berbuka tu aje sampai 3 kali menambah.  Suka betul dia...
Masa aku balik tu bibik dah siap bakar ayam.  Sedap juga tapi termasin lah pulak.
Buah-buahan tetap ada.  Anak-anak aku ni bukan makan sangat buah-buah ni.  Aku lah yang duk melantak buah-buah ni.  


Alhamdulillah kami berbuka serba sederhana.  Semua tu pun habis...kalau ada yang tak habis cam spaghetti tu repeat lagi masa sahur, kita orang okey jer...ayam bakar tu pun memang ada simpan untuk sahur.

10 April 2012

Western Dinner

Hukkalohhh...western sangatlah tu...setakat burger ngan spaghetti pun nak hebohhh... eerkk...alhamdulillah...kenyang tau walaupun makan burger aje.

Sebenarnya kan aku dah tak tahu nak bagi anak-anak makan apa tiap kali balik kerja.  Kesian dia orang hari hari kena makan nasi.  So nak bagi kretip sikit hari tu buatkan lah burger.  Tak sia-sia usaha aku yang tak seberapa ni.  Mendapat sambutan hangat tau... Kadang-kadang yang simple nilah dia orang suka.  Dia orang pun muak kot hari hari duk makan sambal aje...kang komplen langsung tak dapat makan!

Danial n qaseh mcm ni aje.  tak ada salad n bawang.
Next day tu pulak buatkan spaghetti for dinner.  kenapa ibu masak spaghetti ni malam?  selalukan ibu buat utk breakfast?? Tak apa bang, kita yang buat dia...bila-bila masa di mana jua pun kita boleh buat...hahaha...memang selalu buat untuk breakfast, sekali buat untuk dinner, anak pun pelik...

Masa balik kerja singgah kat giant, geh geh cari bahan nak buat spaghetti ni.   Skrg ni susah betul nak cari cendawan butang cap ayam tu...cepat betul habis.  So kali ni tak letak cendawan pun...
yang ni ada lebih..so terus lah buat untuk breakfast...


26 Februari 2012

Spaghetti Lagi

Spaghetti kegemaran anak-anak dan aku juga.  Dah berkali-kali buat.  Rasanya boleh dikatakan dua tiga minggu sekali mesti buat.  Apa tak nya, kalau lama aje tak buat mula lah ada suara-suara sumbangsih...lamanya tak makan spaghetti...kenapa ibu dah lama tak buat spaghetti? Alahai anakku sayang...tu yang selalu aje muncul spagetti kat blog aku ni...

26 Oktober 2011

Breakfast + Lunch

Hari ni buat spaghetti aje untuk sarapan sekali ngan lunch.  Eimran ngan yasmin suka.  Masa breakfast tadi yasmin makan sampai 3 kali, eimran lak 2 kali tambah...aku tanya sedap sangat ke?  Tak terkata dia orang, cuma tunjuk ibu jari aje...hehehe..
Kalau buat spaghetti aku selalu guna bahan2 kat dlm tin kat atas tu.  Nanti kalau eimran ngan yasmin dah besar, teringin nak masak spaghetti sendiri, carilah bahan2 tu kat supermarket ya...


sedapnyer...perasan sendiri, harap maaf ya...

25 Mei 2010

Spaghetti

Dinner malam tadi aku buat spaghetti. Atas permintaan eimran yg kussss semangat skrg ni. Bertambah2 dia makan. Senang banget nk buat sos nyer. Aku pakai prego yg dlm tin punyer sbb ada cop halal.



Related Posts with Thumbnails