Aku rasa semua org pun dah tahu yg en ben tgh mengemaskini blog listnyer. Aku tgk sana sini sinun pun ramai yg mengemaskini balik n3 pasal bloglist ni. Aku pun tx nk ketinggalan jugak. Kali ni aku masuk kategori Peribadi. Jadi apa tunggu lagi...jom tgk syarat2 penyertaan kat sini. Tapi seblm tu saya nak mengucapkan jutaan terima kasih pada en ben kerana mencetuskan idea canggih begini.
19 Ogos 2010
Blog List Ben Ashaari
Aku rasa semua org pun dah tahu yg en ben tgh mengemaskini blog listnyer. Aku tgk sana sini sinun pun ramai yg mengemaskini balik n3 pasal bloglist ni. Aku pun tx nk ketinggalan jugak. Kali ni aku masuk kategori Peribadi. Jadi apa tunggu lagi...jom tgk syarat2 penyertaan kat sini. Tapi seblm tu saya nak mengucapkan jutaan terima kasih pada en ben kerana mencetuskan idea canggih begini.
Labels:
ben ashaari
18 Ogos 2010
Eimran is 10!!
Hari ni Eimran cukup 10thn. Dah besar tu...teringat aku 10thn yg lalu masa nak melahirkan dia. Eimran lahir pada hari Jumaat pukul 5.55 ptg. Tapi aku dah masuk labour room seawal 7.30am. Banyak betul benda yg aku belajar masa nak melahirkan dia, dah tu anak yg pertama,mmglah byk nak kena belajar... antaranyer injection epidural. Aku mmg tx pernah dgr and tx pernah baca pun pasal epidural ni. Even kawan2 kat opis pun tx pernah citer. So, bila doctor tanya nak ambik epidural tx? aku cam blurr jer...apa bendenyer tu...then adalah bidan yg dtg explain ...bla..bla..bla..
Nak jadi cerita, dulu labour room open, boleh nampak org kiri kanan, masa nak bersalin jer baru tutup...aku ternampak ada sorang ibu nak bersalin tu ambik epidural ni...badan dia boleh tahan besar gak, then bila pakar bius dtg nak cucuk, maaaakkkk aiiii..bosarnyer jarummmm...terus aku terkujat....ibu yg kena cucuk tu pun boleh tahan gak menjeritnyer...aaaahhhh terus aku tx nak! Dia yg besar tu pun menjerit, apatah lagi aku yg kecik sikitlah dr dia...hihihi...
Lagi satu yg aku tx dpt lupa, nurse suruh aku tulis nota kat en suami. Dulu en suami tx boleh masuk kat dlm labour room, kena tunggu kat luar. Bagi tahu keadaan aku dan nurse suruh bagi tahu jugak pukul berapa di jangka bersalin...aku pun tulislah antara yg aku ingat adalah aku mintak maaf (walaupun aku tahu aku tx bersalah!), suruh en suami doa supaya semuanyer selamat...siap ber'yang' bagai aku tulis dlm nota tu. Posmennyer tentulah cik nurse tu...Tapi yg buat aku rasa nak meneran masa tu jugak pasal dia bukan bg kat en suami, dia pi bagi kat abah aku!!!!! 'suami akak tx ada kat luar, saya bagi kat pak cik yg pakai ketayap tu...' aduiiihhhh...aku rasa makin kuat contraction aku ...
Sebelum keluar dari labour room, aku ingat lagi Doctor yg sambut eimran tu kata kat aku, baby awak ni, photostate muka awak!
Tu kejadian kat labour room, kat ward lagi haru. Seminggu aku kena tahan kat ward. Cam nak meroyan pun ada...kesian kat eimran, tiap hari kena ambik darah...tapi sakit apa, tx pulak dibagitahu. Bila hari ke 3, aku pun ngan muka blurr gi lah tanya kat doctor yg ambik darah tu, tanya sakit apa ? Ko tahu apa dia jawap? 'kita bukan suka2 ambik darah anak orang'. tersentap aku dengar doktor cakap cam tu! Lepas tu yg buat aku lagi nak meroyan, doktor tu siap dtg kat katil aku, cakap eimran ada 5 jenis penyakit!!! siap tunjuk jari dia lagi tu bagi tahu satu persatu, tp aku takat dgr sampai no. 3 jer, dua lagi tu aku cam nak pitam dah...antara penyakit eimran yg doctor tu bagitau jantung berlubang, masalah buah pinggang dan kencing kotor .bila dia nak sambung lagi aku terus tunjuk kat en suami yg ntah dr mana tiba2 ada kat dlm ward padahal masa tu bukan waktu melawat.
Petang tu jugak aku dirujuk ke pakar jantung dan buah pinggang. Tuhan saja yg tahu cam ner perasaan aku masa tu. Nak nangis pun ada tp malu sbb ada sorang lagi baby pun kena refer gak ke pakar masa tu. Dlm hati berdoa semoga semuanyer ok. Bila dua2 pakar kata ok, tak ada masalah, syukur yang amat aku. tp doctor yg ambik darah tu cam tx puas hati gak lagi, suruh check kencing lak. Tapi aku berkeras nak discharge dgn syarat minggu depan kena dtg balik follow up. Aku terus ok jer janji boleh balik...Aku dtg follow up, tp doctor tu mmg dengki ngan aku, dia tetap tx puas hati ngan kencing eimran masa tu, so dia suggest nak tebuk kat ari2 baby masa tu nak ambik yg betul2 pure nyer urine...Ko nak bagi doctor tebuk anak ko? No way ! aku sanggup sign surat masa tu...
Bukan sign sesajer ya...dgn surat tu aku gi refer lak kat doctor lain...ada 2-3 doctor aku refer(paed). syukur sgt2 dgn keputusan yg aku dan en suami ambik masa tu, tidak membenarkan anak aku di jd kan bahan eksperimen! Alhamdulillah sekarang ni eimran membesar ngan sihat nyer dan besar bagaikan johan!
Doa dan harapan ibu semoga abang jadi anak yg soleh. Anak yang mendengar kata ayah dan ibu. doa ibu juga moga hidup abang diberkati oleh Allah.
Labels:
eimran
17 Ogos 2010
Buka Puasa Di Kampung
ayam percik dr ayamas
Alhamdulillah... ni makanan utk berbuka Sabtu lepas kat kampung. Hasil tapau dr bazar ramadhan dan ayamas. Bukan sorang yg tapau tp 4 org yg menapau! Satu jer hasil masakan iaitu mee goreng pedas hasil air tangan cousin aku. Boleh dikatakan 96% makanan tu habis dimakan...syukur alhamdulillah sekali lagi...
12 Ogos 2010
Juadah@1 ramadhan

::gambar kredit to en google::Sana sini org duk citer pasal menu buka puasa semlm. Aku tx masak pun, walaupun semlm cuti 1/2 day. Panas betul semlm terus hilang mood aku nak fikir masak apa! Sebenarnyer mmg dr awal lagi aku tx nak masak sbb nak bawa yasmin gi pasar ramadhan. Tx sangkalah pulak ramai org. Bak kata eimran,"byknyer semut besar...". Kuih muih langsung tx beli sbb dah habis. Nak beli roti john pulak, beratur panjang. Sudahnyer aku beli pajeri terung ngan rojak ayam. Untuk yasmin n eimran aku belikan ayam golek sebelah. Alhamdulillah utk 1st day semalam tx ada yg membazir, semua habis di makan.
Labels:
apa-apa ajer
Langgan:
Catatan (Atom)