31 Mei 2011

Restoran Saba@Cyberjaya

Sebelum terlupa n3 ni, baik cepat2 aku publishkan.  Antara menu2 yang ada.  Aku makan sandwich aje,  Eimran dengan yasmin makan chicken chop.  Danial makan mushroom soup sama dengan qaseh.  Ayah dia orang aje makan nasi.
 ni aku punya-shawarma chicken sandwich
 humus
 tak ingatlah nama nasi ni, tapi ada lamb kat dalamnya
 yang ni ada chicken
Danial makan mushroom soup.  Masa ni pun dah nampak dia cam kurang aktif aje.  Next day tu terus demam + muntah2.  Nak kata angin, tak mungkinlah kot sebab dia habis semangkuk soup tu.  Tengahari tu pulak, aku sendiri yang suap dia makan, banyak jugak...
Budak kecik yang makin notty

Masa kita orang sampai tu sebelum pukul 8pm.  Tak berapa ramai sangat orang.  Tapi tak lama lepas tu, penuhhhhhhh...ramai betul orang datang makan kat Saba ni.  Pernah sekali dulu aku ajak en suami singgah, dah sampai kat sini tapi bila tengok ramai sangat orang terus tak jadi nak singgah.  
Nak cari restoran ni pun masih sesat barat, yalah dah malam kan, pemandangan tak berapa nak nampak.  Masa nak balik pun sesat cari jalan pulang...pusing2 kat situ jugak...
Kalau ikut aku, sandwich yang aku makan tu sedap.  Nasi + lamb tu lagilah sedap.  Lamb dia lembuttttttt banget...humus kat atas tu pun sedap cicah ngan roti...keseluruhannya memang sedaplah makanan kat Saba ni macam yang di gembar gembur kan oleh orang ramai.   So tunggu apa lagi...pergilah terjah Restoran Saba...rasanya ada cawangan kat Setiawangsa kalau tx silap...

26 Mei 2011

4 Tahun lahhhhhhhhhh....

Nak sambung balik citer besday danial ni.  Tapi sebelum tu aku minta ampun ya pada ibuk2 saudara di luar sana kerana tidak kesampaian untuk sama2 merasai kek ini...ya ampunnnnnn

Danial cukup 4 tahun pada hari Sabtu lepas 21/5/2011.  Disebabkan hari sabtu tu kita orang balik kampung, so memang tak beli kek lah.  Tapi niat di hati aku nak belikan on the next day tu iaitu hari Ahad.  Hari Ahad pun tx sempat jugak sebab ayah dia sibuk duk pasang jaring kat rumah.  Petang nya pulak dah keluar ke Ampang terus lupa.  Since hari Sabtu ni kenduri, aku ingat nak bawa lah kek masa kenduri tu, tapi tulah...kita hanya merancang... Tuhan yang menentukan...ayat poyo..Aku belikan kek ni hari Isnin lepas sebab tak sampai hati tengok Danial yang melepek sebab demam.  Bila nampak kek ni, dia kelihatan teruja sikit... Bila time nak potong kek, lagi teruja.  dia siap mintak sepotong besar...diakan suka kek cokelat.  Lagi pun kek ni dia sendiri yang pilih... Tapi bila nak makan, dia duk tenung aje kat kek tu.  Baru masuk 2 suap dah muntah balik...ciannnnnn adam...Semalam bila dah sihat, dia qada balik makan kek besday dia tu...
 Eimran pun tumpang sekaki tiup lilin

Qaseh pun teringin jugak nak tiup lilin.  Ayah dia larat lagi nak layan masa ni...tapi bila dah tiup...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
hambekkk kau...cantik lah tu...

25 Mei 2011

Dinner semalam

Aku masak sotong ni untuk makan malam semalam.  Dah tak tau nak masak apa sebenarnya, nanti asyik2 sambal...asyik2 sambal...bosan jugak kan.  Sekali bila en suami tanya nak masak apa sotong tu-sbb dah letak dlm sinki...ntahlah, masak lada hitam lah kot...tulah hasilnya...sotong masak lada hitam cincai...sos lada hitam aku pun dah tinggal ciput aje, terpaksa goncang2 ngan air panas...hehehe...letak lah serbuk lada hitam...nak tumbuk lada hitam pun tx ada stok...
jadilah untuk makan anak beranak...

Untuk lunch tengahari tu aku cuma masak tempe bercili aje(gambar tx ada).  Nak masak sotong ni dah tak larat masa tu.  Yalah balik dari klinik dah pukul 11 lebih.  Menyiapkan yasmin yang nak ke sekolah, lepas tu qaseh lak duk menarik2 tangan ajak masuk bilik, jomlah..jomlah...bila tanya nak pergi mana? nak nennnnnnn...sabar ajelah...

He is 4

Tunjuk gambar dulu, citer lain entry ya....
Related Posts with Thumbnails