Gambar raya dah ada, tapi dari hp pintar aje tau...so jgnlah expect banyak bebenor yaaaa...tapi sebelum beraya, nak juga buat satu entry tertunggak untuk anak bujang jantung hati aku ni...Harijadi abang dah lepas pada hari Ahad 18/8 hari tu.
Macam tahun-tahun yang lepas dan tahun-tahun yang mendatang, ibu doakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan segala yang berimbuhan ke..an untuk abang. Moga abang menjadi anak yang soleh, ingat pada ibu dan ayah serta adik-adik, berjaya di dunia dan akhirat. Doa dan harapan ibu, moga abang menjadi pemimpin dan imam yang baik pada adik-adik. Sentiasa ingat Allah dan suruhannya...Selebihnya abang pun tahu yang ayah dan ibu sayang abang...adik-adik pun sayang kat abang dia yang seorang ni. Selalulah beristighfar, supaya Allah meningkatkan kesabaran dalam diri abang...panas baran anak aku ni...
Untuk hadiah, banyak bebenor yang abang minta...tak tahu mana satu menjadi kepentingan dan keperluan utama. Buat masa ni, kita tangguhkanlah dulu hadiah tu ya. Sampai satu masa yang sesuai...tanpa abang minta...tahu-tahu celik mata aje dah ada kat sebelah...muahahaha...magic ke apakan...
Okey tu ajelah nak cerita...untuk abang walaupun lambat ucapan kat blog ibu ni, itu semua tak penting kan. Yang penting doa ibu untuk abang tak pernah putus...dari hari pertama abang dilahirkan sehinggalah ibu menutup mata...
Terima kasih datang baca.
Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan
21 Ogos 2013
18 Jun 2013
Happy Birthday Qaseh
Last friday 14/6 sebenarnya hari lahir qaseh. Yang ke 4 tahun. Tapi satu kek pun tak ada untuk dia. Tapi pagi-pagi tu bila aku nyanyi lagu happy besday kat dia, dia cuma cakap, terima kasih ibu... ohhh suweeeetttnyeeeeeeee...dia pun tak minta kek ke apa. Aku ingat nak tindik kan telinga dia, so hari Sabtu tu bawa lah pergi kajang, sekali pekerja Poh Kong tu kata, kecil lagi...Yasmin dulu masa 4 tahun jugalah aku tindikkan. Tak per, sabar ya qaseh.
Qaseh kata, dia nak potong kek kat rumah aje. Kat sekolah ngan nursery dia tak nak. Okeylah sayang...doa ibu moga qaseh membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah,yang hormat ayah dan ibu, abang dan kakak. Qaseh belajar rajin2 ya. Kami semua sayang qaseh sangat-sangat. Jangan nangis pagi-pagi nak pergi rumah ummi ya!
Tu ajelah cerita tertinggal besday qaseh...kesian anak aku! Terima kasih datang baca...

10 Jun 2013
08 Januari 2013
So Sweet...
Haiii kenapalah pulak gambar ni tak mahu tegak...dah tak mahu tegak, korang ajelah pusingkan kepala kalau nak baca ya...hehhee...
Tu kira birthday kad untuk ayah dia oranglah tu...Birthday ayah dia bulan dua belas hari tu. Sorrylah lambat nak update.
"Happy Birthday Ayah. Semoga ayah dimurahkan rezeki dan panjang umur(kitaorang tak nak buat ayah marah lagi) yasmin suruh tulis..." hahaha...gelak aku baca part ni...
"walaupun tak ada hadiah tapi kitaorang boleh lukis hadiah..." apa hadiah yang korang lukis tu..? ayahkan nak X6...lukislah gambar X6...
okey tu aje cerita anak-anak...tq for reading.

Labels:
anak-anakku,
birthday,
en suami
25 Mei 2012
Danial Darling is 5
Kojap aje dah 5 tahun anak aku nih...Tarikh sebenar birth date Danial on 21st May-Isnin lepas. Tapi sebab omak eh mengalami kemalasan tahap maks...tak adalah entry kenangan lalu...Last year dah buat dah rasanya...Danial bukan ingat pun bila birth date dia. Kak Min dialah yang duk remind aku suruh beli kek dan hadiah untuk adik dia ni. Dia yang lebih duk memerah otak fikir nak bagi hadiah apa kat adik dia ni. Aku bagi cadangan bagi aje kasih sayang dan jangan buat dia selalu...yasmin kata, no..no..no...sabar ajelah aku...
Sebenarnyakan masa nak membeli kek ni, lama juga aku berdiri kat dalam SR tu. Tak tahu nak order yang mana satu. Yang pasti aku dah muak sangat nak makan Chocolate Indulgence tu...tapi anak-anak bertuah aku ni, tak ada maknanya nak muak...tapi masa membeli ni aku keseorangan...haruslah ikut citarasa tekak aku...ngeh..ngeh...ngeh..ya ampunnnnn...so pilihan aku kali ni adalah oreo cheesecake...
Masing-masing adalah sangat teruja nak merasa kek ni...sekali bila dah rasa sesuap...ibuuu kek apa ni? Oreo Cheesecake...sedapkan...semua buat muka pelik bila makan cheese terlebih...tak suka ke? TAKKKK...baguslah...more portion untuk ibu...ayat ibu yang kejam... alahai cian anak ibu...nanti ayah balik kita potong kek lagi ya...nak sedapkan hati dia orang
aku makan banyak ni aje. Di sebabkan kek ni kurang mendapat sambutan maka banyaklah lebih dan di simpan dalam fridge. Aku pun beranganlah, esok balik kerja nak makan lagi...kim salam ya...balik kerja tengok tinggal ciput aje...dan dihabiskan oleh birthday boy sendiri.
Sebelum tidur abang eimran duk belek gambar kat dalam handphone aku dan terus tunjuk gambar kek ni. Lain kali belilah kek macam birthday adik shahirul hari tu....chocolate indulgence lah apa lagi...okaylah...bulan depan ada lagi birthday...nit nit aka qaseh aku tu...makan kek lagi.
Sebenarnyakan masa nak membeli kek ni, lama juga aku berdiri kat dalam SR tu. Tak tahu nak order yang mana satu. Yang pasti aku dah muak sangat nak makan Chocolate Indulgence tu...tapi anak-anak bertuah aku ni, tak ada maknanya nak muak...tapi masa membeli ni aku keseorangan...haruslah ikut citarasa tekak aku...ngeh..ngeh...ngeh..ya ampunnnnn...so pilihan aku kali ni adalah oreo cheesecake...
Masing-masing adalah sangat teruja nak merasa kek ni...sekali bila dah rasa sesuap...ibuuu kek apa ni? Oreo Cheesecake...sedapkan...semua buat muka pelik bila makan cheese terlebih...tak suka ke? TAKKKK...baguslah...more portion untuk ibu...
Sebelum tidur abang eimran duk belek gambar kat dalam handphone aku dan terus tunjuk gambar kek ni. Lain kali belilah kek macam birthday adik shahirul hari tu....chocolate indulgence lah apa lagi...okaylah...bulan depan ada lagi birthday...nit nit aka qaseh aku tu...makan kek lagi.
Nilah muka suci budak 5 tahun tu. Sangatlah manjaaaaaaaaaaa...lebih manja dari Qaseh. Peminat tegar power rangers, ultraman, Ben10 dan sewaktu dengannya. Tengok cerita yang ganas-ganaskan...tapi dalam hati ada taman. Pantang kena usik...tanya ibuuu...
Danial sayang...nanti satu hari Danial pun akan baca apa yang ibu tulis ni...moga Danial jadi anak yang soleh...yang mendengar kata ibubapa, menjadi anak yang menghormati orang yang lebih dewasa. Ibu doakan semoga Danial berjaya di dunia dan di akhirat. Sentiasa berada didalam rahmatNya.
Labels:
anak-anakku,
birthday,
danial,
oreocheesecake
16 Januari 2012
Happy Birthday Baby
Ya dia macam baby lagi bagi aku. Hari ni tanggal 16 Januari adalah hari lahir Yasmin Zahirah. Sekarang ni dia dah 8 tahun. You are big girl already baby. Tak boleh dah nak merengek-rengek manja tau. Story mory pasal sekolah nanti lain entry aku story.
Hari ni birthday Yasmin, ibu harap Yasmin jadi anak yang solehah. Anak yang selalu mendengar kata ayah dan ibu. Yasmin belajar rajin-rajin ya...Yasmin jangan lupa solat tau.
Walaupun ada Danial dan Qaseh, Yasmin tetap baby di hati ibu. Buah hati pengarang jantung ibu. Busuk masam ibu...walaupun ayah selalu kata Yasmin anak Gopal, itu semua tipu belaka. Yasmin tetap anak ibu....sayang Yasmin...

09 Jun 2011
26 Mei 2011
4 Tahun lahhhhhhhhhh....
Nak sambung balik citer besday danial ni. Tapi sebelum tu aku minta ampun ya pada ibuk2 saudara di luar sana kerana tidak kesampaian untuk sama2 merasai kek ini...ya ampunnnnnn
Danial cukup 4 tahun pada hari Sabtu lepas 21/5/2011. Disebabkan hari sabtu tu kita orang balik kampung, so memang tak beli kek lah. Tapi niat di hati aku nak belikan on the next day tu iaitu hari Ahad. Hari Ahad pun tx sempat jugak sebab ayah dia sibuk duk pasang jaring kat rumah. Petang nya pulak dah keluar ke Ampang terus lupa. Since hari Sabtu ni kenduri, aku ingat nak bawa lah kek masa kenduri tu, tapi tulah...kita hanya merancang... Tuhan yang menentukan...ayat poyo..Aku belikan kek ni hari Isnin lepas sebab tak sampai hati tengok Danial yang melepek sebab demam. Bila nampak kek ni, dia kelihatan teruja sikit... Bila time nak potong kek, lagi teruja. dia siap mintak sepotong besar...diakan suka kek cokelat. Lagi pun kek ni dia sendiri yang pilih... Tapi bila nak makan, dia duk tenung aje kat kek tu. Baru masuk 2 suap dah muntah balik...ciannnnnn adam...Semalam bila dah sihat, dia qada balik makan kek besday dia tu...

Eimran pun tumpang sekaki tiup lilin
Qaseh pun teringin jugak nak tiup lilin. Ayah dia larat lagi nak layan masa ni...tapi bila dah tiup...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
hambekkk kau...cantik lah tu...
22 Februari 2011
Besday Celebration @ Bora Ombak
Malam minggu yg lepas, Sil aku jemput ke birthday celebration anak dia kat Bora Ombak. Minggu sebelum tu celebrated besday husbandnyer minggu ni lak anaknyer. Bestnyer kali ni family members aje + few friend besday girl. Yasmin memang teruja betul nak pergi. Dari siang tu dah tanya, besday sapa, buat kat mana? Berkali2 dia tanya ok...naik letih aku nak menjawab...sambil tu aku cakap kat dia, kalau nak pergi kena janji hari Isnin mesti pergi sekolah...angguk kepala jerlah...tunggu aku story apa jadi kat dia skrg ni...
Besday cake fr mycuppycupcake
Besday girls-bukan kembar ya, sepupu...kebetulan lahir hari yang sama
Qaseh yang sangatlah baik malam itu. Baik betul tau, bukan 'baik' yang itu....
Gambar makanan tak boleh nak load pulak...nanti ya...
Labels:
birthday
Langgan:
Catatan (Atom)