Tahun ni menyaksikan 3 orang anak aku ke sekolah. Belanja besar kita orang tahun ni nak menyengolahkan anak-anak. Hehehe lama dah tak dengar perkataan 'menyengolahkan'... nak tahu sapa selalu gunakan perkataan tu dulu? Arwah mak aku lah...Al-Fatihah untuk arwah mak aku.
Aku tak tahulah kenapa setiap tahun mesti ada aje problem kalau beli barang2 untuk Eimran. Last year dia komplen kata seluar dia ketat, padahal masa nak beli dah suruh dia cuba. This year pun sama, tapi kali ni, baju dia aku tengok macam kecil aje. Masa nak beli hari tu dah cuba juga. Aku yang tengok macam ok aje...sekali bila dia pakai 1st day nak ke sekolah hari tu, cam kecil lak. Ke dia yang membesar...Tambah pelik lagi plus nak gelak pasal kasut sekolah dia. Dah lah dia nak yang bertali, aku dah cakap beli yang lekat tu lagi senang + cepat...nak juga yang bertali..okey mak ikutkan aje....sekali masa kat sekolah dia tengok kasut dia besar sebelah...size lain-lain...hahaha...tak tahulah macam mana boleh jadi cam tu. Padahal malam sebelum pergi sekolah tu aku suruh siapkan kasut ngan stokin letak depan pintu, masa tu dia duk cuba lagi kasut tu, tapi tak perasan pula yang size lain-lain...pakai ajelah bang...tu gambar masa 1st day nak pergi sekalah...
Yasmin pulak naik dajah dua. Awal-awal aku dah warning dia jangan nak menangis-nangis macam last year ya. This year ibu tak layan, sebab ibu nak layan adam yang masuk tadika 5 tahun...berjaya tau ugutan aku tu...hehehe...dasar emak yang kejam...yasmin tak banyak ragam kali ni cuma dia duk pressure aku suruh balut buku teks sekolah kebangsaan dia. Dia baru dapat buku teks masa hari pertama sekolah hari tu, tu yang duk tak henti-henti suruh aku balut. Bukan aku tak nak buat, cuma time tu tak kena. Sekali bila dia balik dari sekolah agama, tengok semua buku dah berbalut terus senyum sampai telinga...
ni pun gambar pagi sebelum pergi sekolah on 1st day hari tu..khas untuk tatapan mak de di Brunei...
Ni pulak gambar hero segala hero kat rumah aku ni. Dia kata dia superhero...suka hatilah danial. Kenalah letak gambar danial lebih sikit sebab 1st timekan pakai uniform sekolah... Masa pendaftaran hari tu, punyalah excited terlebih dia nak ke sekolah...tapi semalam masa nak suruh pakai baju sekolah, keliling rumah bibik kena kejar dia sebab tiba-tiba dia tak nak pergi sekolah...apa sudah jadi danial??? Lepas sesi pujuk memujuk barulah dia nak pakai baju sekolah...agaknya dia gementar kot...
Sekolah dia nikan hari tu masa register danial dapat sesi petang. Okeylah, tapi aku cuba juga nak tukarkan ke sesi pagi...fresh sikit budak-budak ni...cikgu kata kalau ada kanak-kanak yang tak nak pagi, dia akan masuk kan danial ke sesi pagi. Lepas tu kata masa orientasi dua hari ni, budak sesi petang kena datang waktu pagi, next week baru mula sesi petang...sekali masa pergi ambil baju sekolah hari tu, cikgu lain pulak cakap, sesi petang kena datang waktu petang...mak dah ambil cuti tau, nak ajar dia naik van pagi petang... okey fine...boleh cancel leave itu... lepas tu aku tanya pulak, sesi petang start pukul berapa??? Pukul 12 datuk harimau...sooooo semalam mak dengan tergopoh gapahnya bersiap lah selepas membalut buku-buku teks yasmin, terus ke sekolah danial pulak...peluh-peluh aku tau tak...sekali aku tengok budak sesi pagi pun tak habis kelas lagi...aku pun dengan ringan mulutnya tanyalah kat cikgu yang ada kat situ...sesi petang start pukul berapa??? Pukul 1.30 datuk harimau...gggrrrrr..hari tu saya tanya kata pukul 12...hari ni sudah tukar ke? Masa tu baru pukul 11.55...arghhh lama lagi tu...
Ni sementara nak menunggu pukul 1.30. Masa ni dia okey lagi...tak heran satu apa pun. Dia main segala mainan yang ada kat sekolah tu...qaseh pun tumpang sekaki...Sambil tu aku cakap kat dia, ibu tak boleh tunggu tau...nanti ibu balik...petang nanti ibu datang balik tengok adam naik van...Ibu tunggulah adam...adam sayangggg ibu...adam nak belajar pandai-pandai...nanti adam nak bawa ibu pergi angkasa...terharunya aku dengar...ibu pun sayang adam tau...adam janji jgn nangis ya...adam tak nangis..adam kan superhero...masa beratur nak masuk kelas, dia siap buat thumb up lagi kat aku...okey...good boy adam! Diam-diam aku pun balik lah rumah...petang tu dekat time nak habis kelas, pergilah tengok dia...ho ho ho...aku baru nak skodeng kat celah pintu, sekali tengok dia tengah menangis hiba...olololo..sianlah anak aku tu...dia nampak aje aku, terus datang kat pintu tu...adam tak nak sekolah ibu..adam nak balik rumah...kesiannya lah aku dengar...pujuk pun pujuk juga...tapi cakap juga kat dia, adam kan superhero...mana boleh nangis. Nanti sapalah nak bawa ibu pergi angkasa ni...hahaha...saja pulangkan paku buah keras...hehehe
Helloooo...sekejap aje dia menangis ok....lepas tu dia kembali jadi betul-betul superhero... Melompat sana sini...rupanya masa dia menangis tu dia dah cakap kat cikgu yang dia mengantuk...alahai kesiannya adam...
hihihi..mcm ibu dia masa kecik la kot ya...sian ibu ponat g sana sini..nanti nak ikut g angkasa leh ke kalau adam bawak :) peace bebeh :))
BalasPadam