16 Januari 2012

Sarapan Pagi Anak-anak

Minggu lepaskan berjaya buat sarapan pagi untuk anak-anak.  Lepas tu aku rasa happy sangat bila tengok dia orang selera aje makan pagi-pagi tu.  Siap bawa bekal lagi.  Yang rajin bawa bekal of course lah anak perempuan aku, Yasmin.  Eimran setakat makan kat rumah tu kira dah bersyukurlah tu.  Walaupun bawa bekal, duit belanja tetap di beri, tapi peliknya, bekalan habis, duit belanja pun habis.  Sabar ajelah kan...
Ni sarapan hari Selasa kalau tak silap.  Hari Isnin dengan Khamis setakat ni puasa, so breakfast roti sapu kaya ajelah.  Sosej gulung dengan roti lepas tu golek dalam telur, lepas tu golek pulak kat breadcrumbs.  Resepi ambil kat dalam internet.  Ada ramai dah orang buat breakfast cam ni.  Cicah dengan sos cili lagilah sedap.
Ni sarapan hari Khamis kot.  Goreng nugget dengan fries aje.  So aku tambahkan dengan buah pisang.  Pisang kan memberi tenaga.  Hari Khamis pun aku puasa lagi, tu sebablah dia orang punya breakfast simple aje.
Ni sarapan hari Rabu kot.  Makaroni goreng biasa-biasa aje.  Dapatlah Yasmin bawa bekal ke sekolah.  Aku pun sama bawa bekal juga.  Kenyang makan sampai tengahari.
Macam manalah pisang ni boleh terjunam ke bawah sekali ni...tak kisahlah kan..tapi nilah pisang yang kita orang buat breakfast hari tu.

2 ulasan:

  1. rajin tol cik yati kita..bertuah anak anak :)

    BalasPadam
  2. Aloo Yati tak nak letak chating box ke?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails