22 Januari 2012

Cerita Ceriti

Sejak kamera dah aku kelautkan ni, semua gambar-gambar adalah menggunakan kamera handphone samsung pintar ku ini sahaja.  Kualiti gambar adalah sangat kureng...tapi jadilah daripada tak ada gambar langsungkan.


Memula nak cerita perkembangan tentang azam aku yang dah list downkan tu...Setakat hari ni, Alhamdulillah...berpuasa Isnin Khamis berjaya aku lalui tanpa banyak halangan dan godaan.  Harap-harap puasa Isnin Khamis ni akan berterusan sampai bila-bila selagi hayat dikandung badan.


Bab nak mengupdate blog tak berapa lah...alasan yang utama sebab tak sampai hati tengok Eimran terliur bila aku online nanti.  Tapi aku cuba jugalah buat auto publish...listkan untuk seminggukan.  Tu semua bisa diatur sebenarnya, antara hendak dengan tidak sahaja. hehehe... tepuk tangan, tanyalah hati sendiri...ya tak???


Kamera digital pun tak dapat lagi.  Ada juga jeling-jeling bila lalu depan kedai kamera...tapi belum berani nak tanya-tanya...InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. 


Lagi apa ya azam aku hari tu?  Ehhh lupalah pulak ya...oohhh nak turunkan berat badan... Berat aku kan setakat hari Krismas hari tu adalah 84++kg.  Beratkan...Aku tak kisah pun letak berapa berat aku...sebab aku tahu bukan ramai pun yang datang baca...Aku kan syok sendiri..hehehe...Eh lagi pun kalau letak real number mesti aku lagi bersemangat nak turunkan berat kan...tu pasal lah aku letak...Hari tu boss aku cakap, you tak payah diet dulu, tunggu bulan 2, dept kita nak buat contest ala-ala the biggest loser tu...Ehhh..boss aku cam tahu-tahu aje aku nak turunkan berat badan...dia baca blog aku ke???Alamakkkk... habislah rahsia aku terbongkar...hahaha perasan lagi...


Lepas dengar boss aku cakap macam tu, teruslah aku pulun makan balik tu...tak hingat okey...Bila dah habis makan tetiba rasa...ehhh aku nak turunkan berat badan tu untuk diri sendirikan...bukan sebab nak menang apa-apa...aku lebih untuk menjaga kesihatan sebenarnya.  Terus rasa menyesal sebab makan tak hingat...


Lagi nak cerita pasal apa ya...ntahlah dah tak ada modal dah sebenarnya ni...wasallam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails