Minggu lepaskan berjaya buat sarapan pagi untuk anak-anak. Lepas tu aku rasa happy sangat bila tengok dia orang selera aje makan pagi-pagi tu. Siap bawa bekal lagi. Yang rajin bawa bekal of course lah anak perempuan aku, Yasmin. Eimran setakat makan kat rumah tu kira dah bersyukurlah tu. Walaupun bawa bekal, duit belanja tetap di beri, tapi peliknya, bekalan habis, duit belanja pun habis. Sabar ajelah kan...
Ni sarapan hari Selasa kalau tak silap. Hari Isnin dengan Khamis setakat ni puasa, so breakfast roti sapu kaya ajelah. Sosej gulung dengan roti lepas tu golek dalam telur, lepas tu golek pulak kat breadcrumbs. Resepi ambil kat dalam internet. Ada ramai dah orang buat breakfast cam ni. Cicah dengan sos cili lagilah sedap.
Ni sarapan hari Khamis kot. Goreng nugget dengan fries aje. So aku tambahkan dengan buah pisang. Pisang kan memberi tenaga. Hari Khamis pun aku puasa lagi, tu sebablah dia orang punya breakfast simple aje.
Ni sarapan hari Rabu kot. Makaroni goreng biasa-biasa aje. Dapatlah Yasmin bawa bekal ke sekolah. Aku pun sama bawa bekal juga. Kenyang makan sampai tengahari.
Macam manalah pisang ni boleh terjunam ke bawah sekali ni...tak kisahlah kan..tapi nilah pisang yang kita orang buat breakfast hari tu.
16 Januari 2012
15 Januari 2012
Nasi Lemak Tahun Baru
Setakat ni azam nak update blog rajin-rajin tak kesampaian lah. Sebab utama adalah kerana sekarang ni anak-anak dah start sekolah. Undang-undang kat rumah aku ni, tak boleh online during school week. Hanya hari Sabtu and Ahad saja. Jadi kalau aku online nanti, harus eimran meleleh airliur tengok mak dia menghadap laptop. Sebagai emak yang ala-ala mithali aku sangat memahami naluri dia. Pernah sekali hari tu bila aku called nak tanya dah makan or ada homework tak, dia boleh tanya, kalau dah siap homework nak buat apa? buat latihan pulak...kalau dah habis buat latihan? makan...lepas makan? sembahyang...lepas sembahyang? rehat...lepas rehat...tidur...lepas tidur? abang nak apa sebenarnya? boleh online tak? no way...tengok..banyak betul reason dia nak online. Kadang tu sebab nak online, sanggup dia siapkan segala kerja sekolah..boleh pulak kalau cam tu kan..
Hehehe..panjang lebar pulak explaination sebab tak update blog kan? Ada orang kesahhh...
Oklah...ni nasi lemak pertama di tahun baru. Buat hari Sabtu semalam. Dua kali buat sebelum ni en suami tak dapat rasa sebab dah pergi kerja. So semalam aku gagah jua bangun pagi supaya dia dapat rasa juga.

telur rebus
timun
nasi lemak aje tak ada...
nasi lemak untuk en suami yang hendak berjuang di perbatasan...Agak-agak sejam lepas dia pergi kerjakan, aku pun call lah tanya, dah makan nasi lemak? Sudahhhh..sedap...cepat aje dia jawab sebab dia tahu wife dia kemaruk pujian...hahaha...Dekat rumah pun sekejap aje dah habis. Ingatkan bolehlah lambat sikit nak masak tengahari...tak ada makna langsung. 12.30 Yasmin dah merengek laparrrr...
Labels:
nasi lemak
06 Januari 2012
Cerita Anak-anak ke Sekolah
Tahun ni menyaksikan 3 orang anak aku ke sekolah. Belanja besar kita orang tahun ni nak menyengolahkan anak-anak. Hehehe lama dah tak dengar perkataan 'menyengolahkan'... nak tahu sapa selalu gunakan perkataan tu dulu? Arwah mak aku lah...Al-Fatihah untuk arwah mak aku.
Aku tak tahulah kenapa setiap tahun mesti ada aje problem kalau beli barang2 untuk Eimran. Last year dia komplen kata seluar dia ketat, padahal masa nak beli dah suruh dia cuba. This year pun sama, tapi kali ni, baju dia aku tengok macam kecil aje. Masa nak beli hari tu dah cuba juga. Aku yang tengok macam ok aje...sekali bila dia pakai 1st day nak ke sekolah hari tu, cam kecil lak. Ke dia yang membesar...Tambah pelik lagi plus nak gelak pasal kasut sekolah dia. Dah lah dia nak yang bertali, aku dah cakap beli yang lekat tu lagi senang + cepat...nak juga yang bertali..okey mak ikutkan aje....sekali masa kat sekolah dia tengok kasut dia besar sebelah...size lain-lain...hahaha...tak tahulah macam mana boleh jadi cam tu. Padahal malam sebelum pergi sekolah tu aku suruh siapkan kasut ngan stokin letak depan pintu, masa tu dia duk cuba lagi kasut tu, tapi tak perasan pula yang size lain-lain...pakai ajelah bang...tu gambar masa 1st day nak pergi sekalah...
Yasmin pulak naik dajah dua. Awal-awal aku dah warning dia jangan nak menangis-nangis macam last year ya. This year ibu tak layan, sebab ibu nak layan adam yang masuk tadika 5 tahun...berjaya tau ugutan aku tu...hehehe...dasar emak yang kejam...yasmin tak banyak ragam kali ni cuma dia duk pressure aku suruh balut buku teks sekolah kebangsaan dia. Dia baru dapat buku teks masa hari pertama sekolah hari tu, tu yang duk tak henti-henti suruh aku balut. Bukan aku tak nak buat, cuma time tu tak kena. Sekali bila dia balik dari sekolah agama, tengok semua buku dah berbalut terus senyum sampai telinga...
ni pun gambar pagi sebelum pergi sekolah on 1st day hari tu..khas untuk tatapan mak de di Brunei...
Ni pulak gambar hero segala hero kat rumah aku ni. Dia kata dia superhero...suka hatilah danial. Kenalah letak gambar danial lebih sikit sebab 1st timekan pakai uniform sekolah... Masa pendaftaran hari tu, punyalah excited terlebih dia nak ke sekolah...tapi semalam masa nak suruh pakai baju sekolah, keliling rumah bibik kena kejar dia sebab tiba-tiba dia tak nak pergi sekolah...apa sudah jadi danial??? Lepas sesi pujuk memujuk barulah dia nak pakai baju sekolah...agaknya dia gementar kot...
Sekolah dia nikan hari tu masa register danial dapat sesi petang. Okeylah, tapi aku cuba juga nak tukarkan ke sesi pagi...fresh sikit budak-budak ni...cikgu kata kalau ada kanak-kanak yang tak nak pagi, dia akan masuk kan danial ke sesi pagi. Lepas tu kata masa orientasi dua hari ni, budak sesi petang kena datang waktu pagi, next week baru mula sesi petang...sekali masa pergi ambil baju sekolah hari tu, cikgu lain pulak cakap, sesi petang kena datang waktu petang...mak dah ambil cuti tau, nak ajar dia naik van pagi petang... okey fine...boleh cancel leave itu... lepas tu aku tanya pulak, sesi petang start pukul berapa??? Pukul 12 datuk harimau...sooooo semalam mak dengan tergopoh gapahnya bersiap lah selepas membalut buku-buku teks yasmin, terus ke sekolah danial pulak...peluh-peluh aku tau tak...sekali aku tengok budak sesi pagi pun tak habis kelas lagi...aku pun dengan ringan mulutnya tanyalah kat cikgu yang ada kat situ...sesi petang start pukul berapa??? Pukul 1.30 datuk harimau...gggrrrrr..hari tu saya tanya kata pukul 12...hari ni sudah tukar ke? Masa tu baru pukul 11.55...arghhh lama lagi tu...
Ni sementara nak menunggu pukul 1.30. Masa ni dia okey lagi...tak heran satu apa pun. Dia main segala mainan yang ada kat sekolah tu...qaseh pun tumpang sekaki...Sambil tu aku cakap kat dia, ibu tak boleh tunggu tau...nanti ibu balik...petang nanti ibu datang balik tengok adam naik van...Ibu tunggulah adam...adam sayangggg ibu...adam nak belajar pandai-pandai...nanti adam nak bawa ibu pergi angkasa...terharunya aku dengar...ibu pun sayang adam tau...adam janji jgn nangis ya...adam tak nangis..adam kan superhero...masa beratur nak masuk kelas, dia siap buat thumb up lagi kat aku...okey...good boy adam! Diam-diam aku pun balik lah rumah...petang tu dekat time nak habis kelas, pergilah tengok dia...ho ho ho...aku baru nak skodeng kat celah pintu, sekali tengok dia tengah menangis hiba...olololo..sianlah anak aku tu...dia nampak aje aku, terus datang kat pintu tu...adam tak nak sekolah ibu..adam nak balik rumah...kesiannya lah aku dengar...pujuk pun pujuk juga...tapi cakap juga kat dia, adam kan superhero...mana boleh nangis. Nanti sapalah nak bawa ibu pergi angkasa ni...hahaha...saja pulangkan paku buah keras...hehehe
Helloooo...sekejap aje dia menangis ok....lepas tu dia kembali jadi betul-betul superhero... Melompat sana sini...rupanya masa dia menangis tu dia dah cakap kat cikgu yang dia mengantuk...alahai kesiannya adam...

anak-anakku,
sekolah
Selamat Tahun Baru
Sebelum makin banyak hari berlalu, baiklah aku cepat-cepat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Awal-awal tahun hari tu, memang tak sempat nak update blog, pasal attend wedding anak sedara sebelah en suami kat Ampang. Malam tahun baru acara biasa adalah menengok bunga api. Balik dari Ampang tu, terus lah menghala ke arah Mines. Last year pun tengok kat Mines jugak, this year pun kat situ lagi. Jam kat dashboard kereta lagi 3 minit pukul 12 tapi bunga api dah bertebaran kat angkasa. Salahkan jam!
Lepas tu pusing lak kat Putrajaya, sambil tu anak-anak duk melilau tengok bunga api dari area Serdang, Seri Kembangan sampailah nak masuk area Kajang. Mak pak tengok dari side mirror aje sebab tak berhenti pun. Sambil lalu aje tengok.
Bila masuk aje tahun baru, mestilah ada azam baru kan. Antara azam aku tahun ni, nak lebih rajin mengupdate blog diari aku ni. Tapi tulah, belum apa-apa geh-geh nak mengupdate. Dah dapat time baik sebab Eimran dan Yasmin pergi sekolah, line tenet pulak slow kalah dah itik pulang petang. Tak ada kata yang terbaik nak bagi kat line tenet ni.
Lagi azam aku kan, nak beli kamera digital baru. Bukan lah DSLR tu...mak tak mampu. Yang biasa aje. Kecil boleh di bawa kemana2, senang masuk dlm handbag. Tapikan kalau pergi seminar motivasikan, mesti fasilitator tu kata, kalau berazam mesti ada target bila nak dapatkan satu2 benda yang kita idamkan tukan. Tapi aku tak kisahlah bila, lagi cepat lagi bagus. Kenalah menabung dari sekarang...
Azam aku yang utama adalah...dot...dot...dot...malu nak cerita kat sini. Tapi yang satu ni memang aku set utk dapatkan paling cepat bulan March ni. Doakanlah ya. Kalau berjaya aku confirm sharekan kat dlm blog aku ni. Ehhh..kalau yang lain2 tu berjaya jugak,aku sharekan juga kat sini..dont worry.
Ada lagi azam aku, list berderet aku dah buat...hehehe...ntah kenapa tahun ni tiba-tiba rasa macam nak buat azam aje...antaranya aku nak turunkan berat badan. Adalah tu yang gelak kat aku guling-guling...mak tak kisah...akan aku jadikan gelak kalian itu pembakar lemak-lemak kat badan aku ni...hahaha...Untuk turunkan berat badan ni, memang kena banyak kerja sikitlah. Tapi aku tak ambil jalan short-cut okey. Aku akan kurangkan makan nasi. Sebenarnya hari tu dah berjaya tak makan nasi dlm 5 hari, sekali tengok ikan bilis sambal petai ngan tempoyak, tak berdaya dah aku nak menahan. Aku tewas dengan tempoyak! Terus aku habiskan stok tempoyak aku tu...
Lagi azam aku, InsyaAllah tahun ni aku nak berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Sebelum ni pun ada juga buat, tapi ikut suka hati aku aje. Tahun ni juga nak lebih melipat gandakan amalan aku yang ciput ni. Tu pasallah kena mulakan dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Ada lagi sebenarnya azam aku ni, listing 1-10 tu...tapi cukuplah sikit-sikit aku sharekan kat sini. Yang lain tu aku cubalah sampai berjaya. Doa-doakan lah semoga aku berjaya ya...
Hadaplah muka orang yang banyak azam ni dlm keadaan terbalik...tak taulah kenapa jadi macam ni...harap maaf ya, tak habis belajar lagi. Biar banyak azam jangan banyak ragam...

aku,
apa-apa ajer,
azam tahun baru
Langgan:
Ulasan (Atom)