15 April 2016

Jalan-jalan Vietnam 2016

Amboiiii...berjalan aje kerjanya...heloooo setahun aku book tiket nak berjalan ni...perancangan awalnya, bawa yasmin pula...tapi sebab yasmin dah duduk asrama, dan dia pun tak kisah kalau tak pergi, maka aku pergi membawa diri sendiri aje.  Kali ni aku pergi dengan kawan ofis.  Biasa kalau dengan kawan, wajib ambil flight pagi.  Sampai hotel check in, terus keluar cuci mata.

Di sebabkan kali ni, Qaseh bakal tinggal berdua dengan ayahnya, aku kena siapkan kelengkapan dia tip top ok.  Itu sebab masa dia sakit gigi, aku bawa pergi klinik gigi.  Siap gosok baju sekolah dia sampai hari Selasa.  Kalau tidak, memang tak senanglah nak bersenang-lenang di sana.

Aku sampai di KLIA2 dalam pukul 4.30am.  Ramai betul orang...Lepas check in bag, harus check in perut pula.  Makan dulu kat marrybrown KLIA2.  Almaklumlah lepas ni nak berjalan jauh...

Mulakan langkah dengan Bismillah...berjalan lah kita orang perlahan-lahan masuk ke dalam balai berlepas...tapi nak menyampaikan ke tempat nak berlepas tu, hazab jugalah. Nasib baik dah makan kat marrybrown...
 Sejak kejatuhan nilai ringgit ni, aku dikhabarkan barang kat vietnam boleh tahan mahalnya.  Peniaga pun jual mahal tak nak duit ringgit...kan main lagi ya...Kali ni aku siap-siap tukar duit matawang vietnam.  Sebelum ni, sesen pun aku tak tukar...Masa aku tukar, sejuta dong dalam RM 197 kalau tak silap.  Tapi masa buat pengeluaran dekat atm di sana, dalam RM 188 untuk sejuta dong.

Tu kawan aku siap-siap dah kirakan untuk kitaorang.  Tiap kali tanya harga barang dalam ringgit, sibuk buka hp nak tengok harga dalam RM...hahaha...
 Ni kawan sebilik aku...kalau yasmin ikut, kita orang sebilik bertiga.  
 Kalau jalan dengan kawan aku - tiada dalam gambar, tiap kali duduk mesti makan...tu tagline kitaorang...hahaha...tengok...duduk dalam kapal terbang pun order lagi makan. Padahal dah makan marrybrown...tu alas perut aje tau...mana kenyang.  Lagipun dah berjalan jauh dalam klia2 ni...harus top up balik...Masa aku makan ni tak ada cicak ok...
aku pun tak tahu isu cicak tu, dah kenyang balik ofis ada orang cerita...katanya dah viral...
 Last year bila malam aje baru ada kopi ais ni...hari tu, masa aku sampai dah bersepah yang jual sebelah siang...apa lagi...kopi ais satu...harga tetap sama RM 3.
Yang sedihnya kali ni kena bayar makan sendiri...Ehhh dulu pun bayar sendiri juga...tapi sebab ambil package, hidup adalah agak senang sebab tak payah nak fikir makan apa.  Kali ni sumpah sampai tak lalu nak makan nasi goreng...dah lah mahal.  Sepinggan dalam RM 8 ke RM 10.  Malam terakhir aku share dengan nida makan mee goreng mamak.  Itupun dalam RM 8.  Minum air kosong sudah...lagipun cuaca panas kan....

Pagi yang terakhir tu, sempat bersarapan pagi nasi lemak RM 13 sepinggan...ambik kau!!
Kalau makan kat KL ni baru RM 1.50 ke RM 3.50 aje kalau nasi lemak kosong.  Ni adalah seketul ayam.  Nak nangis rasanya...mujur dah nak balik....hahahaha...

Ok tu aje mukadimah jalan-jalan vietnam 2016.  Mukadimah kata kau...panjang berjela dah tu...hahahaha...biasalah aku punya entri akan ada part-part seterusnya.  Kalau tak tak bestlah kan...

Terima kasih datang baca.

Klinik Gigi Pula

Hari  Jumaat beberapa minggu yang lepas, cik kak kita ni sakit gigi.  Masa ambil dia petang tu muka pun dah berkerut-kerut.  Asyik cakap badan panas macam demam. Sibuklah suruh rasa kat leher dia panas ke tidak...aku rasa tak panas pun.  Dia cakap, cikgu pun tanya kenapa dengan dia nampak macam tak sihat aje.  Dia cakap dekat cikgu yang dia sakit gigi.  Bila tengok gigi dia memang banyak yang berlubang.  Kalau ikut aku, nak suruh cabut aje.  Aku offer kat dia, nak beli gula-gula lagi tak?  Laju aje dia geleng.

Malam tu bawa pergi klinik gigi yang biasa kita orang pergi, nampak gelap cuma kat kaunter aje ada lampu. Tekan loceng, dia buka pintu bagi tahu dah tutup...Alaaa...memikirkan esok ramai orang, laju aje aku tanya, boleh beli ubat tahan sakit tak?  Mujur pantas berfikir...nasib baik dia bagi...Jadi malam ni ibu dan anak boleh tidur dengan lenanya.

Esok paginya, terus pergi klinik gigi tapi klinik lain pula.  Sebab tahu dah yang malam tadi punya klinik, memang beratur panjang.  Mujur yang ini, tak berapa ramai orang. Sementara menunggu giliran, aku suruh dia baca buku dulu.
Doktor tak nak cabut gigi yang berlubang tu...sebab tu gigi susu, qaseh pun kecil lagi. Gigi kekal jauh lagi nak muncul.  Jadi doktor nasihatkan untuk tampal.  Oklah saya menurut perintah.  Qaseh pun ok.  Kata doktor, dia berani dan beri kerjasama, senang kerja doktor.
Boleh tahan lama juga aku menemankan dia kat dalam tu...Doktor bersihkan lubang yang dah rongak tu.  Lepas tu doktor nampak gusi dia pun bernanah.  Semua tu doktor bersihkan sekali.
 Canggih juga lah klinik gigi ni...siap boleh tengok gigi yang rongak tu.  Kat skrin depan tu gigi qaseh yang berlubang...besarkan lubangnya.  Patut pun dia rasa nak demam, gigi geraham tu. Masa ni belum berapa bersih lagi..ngeri tengoknya...
Zoom sikit..yang ni dah bersih...tinggal tunggu nak di simen kan aje.  Doktor bekal kan ubat tahan sakit dan antibiotik.  Sebenarnya ada lagi sebatang gigi sebelah gigi geraham ni yang nak kena tampal juga.  Aku minta buat appointment lain.  

Tu ajelah cerita qaseh.  Terima kasih datang baca.

14 April 2016

Hospital Lagi

Ingat tak kisah danial pengsan tahun lepas?  Lepas tu sepatutnya ada follow up dalam bulan November, boleh pula maknya terlupa.  Petang masa balik kerja akak nurse hospital called marah-marah sebab tak datang.  Lain kali call lah satu dua hari sebelum tarikh appointment...gentle reminder gitu... Ni dah petang call nak marah buat apa...doktor pun dah balik.  So set another appointment dalam bulan Januari lepas.  Pergi jugalah dan dari situ doktor setkan appointment lain untuk buat EEG kat hospital lain.  
Di sebabkan hospital kajang tak ada peralatan nak buat eeg ni, maka danial kena refer ke hospital klang.  Mulanya aku dapat appointment dalam awal bulan April, memandangkan masa tu aku dah ada urusan yang dah di plan setahun yang lalu, aku cuba nasib call sendiri ke hospital klang.  Alhamdulillah orang yang menyambut panggilan aku sangat baik dan berbudi bahasa.  Dia pun pelik macam mana aku boleh dapat appointment lambat sangat.  Padahal masa tu bulan Jan.  Since minggu depan nya tu cuti hari wilayah, dia pun save kan tarikh tu untuk danial.
Menurut nurse dari hospital kajang, malam sebelum datang nak buat EEG ni, suruh anak tidur lambat. Jadi masa buat ujian ni, dia akan tertidur...tak ada maknanya danial nak tidur awal.  Walaupun tidur lambat malam sebelum tu, bila bangun macam biasa aje dia.
Ujian ni dalam setengah jam aje.  Setengah jam sebelum tu dia bagi penerangan tentang ujian ni.
Dah berselirat wayar kat kepala tu dia tetap tak boleh nak tidur...kepala asyik bergerak aje.  Beberapa kali juga orang tu suruh dia duduk diam.  Buat ni sambil baring...kalau aku harus dah mimpi-mimpi dah.  Suasana bilik pun suram, konon nak bagi dia tidur, sudahnya aku yang mengantuk.

Result dari ujian ni akan di hantar ke hospital kajang.  Next appointment danial dengan hospital kajang dalam bulan Mei ni.  So kita doakan yang baik-baik aje untuk anak syurga aku ni ya.

Terima kasih datang baca.

14 Mac 2016

Cerita awal tahun 2016


As salam.  Tak habis lagi cerita awal tahun aku ni.  Harus aku masuk kan dalam blog ni untuk tatapan dan rujukan aku juga di masa akan datang nanti.  Kali ni cerita abang eimran.  

Baru mula sesi persekolahan dah terkehel kaki tak boleh nak pergi sekolah.  Tapi yang peliknya, bila doktor bagi cuti sakit tu, masa tulah rajin nak pergi sekolah...kannnn...

Dia main futsal dengan kawan-kawan, sekali kawan tersepak kaki dia...so masa tu aku nak salah kan siapa???  Dia main waktu malam, by the time dia balik, aku dah selamat beradu.  Ayah lah yang tunggu dia balik.  

Masa aku kejut nak solat subuh, dia tunjuk kaki dah bengkak...aku mula lah nak membebelkan...tak ada penyakit cari penyakit...bebel bebel pun, aku juga yang kena bawa pergi klinik.  Klinik pula masa tu sangat menguji kesabaran...aku sampai pukul 12, doktor keluar makan, masuk balik lepas pukul 2.  Datang pukul 2, ramai pula yang nak buat fomema.  Tunggu juga lah dengan penuh kesabaran.  Dapat jumpa doktor selepas lebih sejam menunggu...doktor suruh buat xray.  Menunggu nak buat xray pun lama sampai doktor dah nak tukar shift...Sebelum doktor tu balik, aku terjah dia dulu...gigil gigil aku cakap dengan doktor sebab menahan kesabaran...sudahnya doktor refer pergi hospital.
 Malam tu juga pergi emergency kat KPJ tu.  Buat xray lagi sekali.  Gedebak gedebuk dekat pukul 10 malam juga baru settle semua.  Baru rasa lapar nak makan.
Esoknya datang lagi, rujuk doktor pakar...yang ni sejuk sikit hati...walaupun tunggu lama, tapi doktor bagi penerangan jelas.  Doktor tak bagi main bola sampai cuti raya cina masa tu.  Ngam-ngam masa cuti raya cina hari tu, dia pergi main futsal lagi...aku memang tak bagi...dia senyap-senyap call ayah dia...dapat permission kan main menari-nari lagi.

Balik rumah, terhenjot-henjot lagi...aku buat dont know aje.  Tak kuasa dah nak membebel...i'm tired!  hahaha...boleh gitu...
Pakai benda alah tu sekejap aje...mahal bukan main lagi....  Sebab susah juga tak boleh nak kena air semua.  Lepas rawatan kat sini mereputlah dia kat rumah tiga hari.


Tu aje cerita dia.  Aku jarang nak story mory pasal dia...sebab orang dah besar kan.  Dia pun bukan suka kalau aku blogkan kisah dia.  

Terima kasih datang baca.


Related Posts with Thumbnails