Saya demam...ntah apa-apa aje kan, demam pun nak bagitahu satu dunia...dari hari Sabtu lepas. Sepatutnya kena pergi ambil darah hari ni...tapi saya adalah penakutttttt....hahaha...
Berzaman tak mengupdate blog...mood malas sangat bermaharajalela kat dalam badan ni. Lagipun memang tak ada apa sangat nak cerita ceriti. Bibik dah pulang, so semua kerja adalah di bahu aku...macam manalah aku tak jatuh sakit kan...hehehe..dah lama tak buat kerja keras...Sekarang ni masih menunggu proses bibik baru pula. Harap semuanya berjalan lancar.
Aku memang penakut sikit bab-bab ambil darah ni...harap badan aje sasa kan...Minggu lepas makcik aku pun admitted sebab denggi. Sampai ICU lagi kau!! Aku visit dia pun masa dia kat ICU...now dia pun dah discharged. Hari tu sempatlah aku selak lengan dia tengok bekas cucuk ambil darah tu...Ya Allah...lebam lebam kau!! Kesian aku tengok dia...tu semualah buat aku lemah nak menghulurkan tangan ni...lagipun minggu ni dan minggu depan ada kenduri kahwin...aku nak makan nasi minyak!!! Dua-dua kenduri ni adalah anak sedara...
Okey settled pasal demam...qaseh pulak sepanjang minggu melalak tak nak pergi nurseri...ohhh qaseh tolonglah...ibu ambil cuti 100 hari...ibu bukan kerja dengan company ayah okey...!hahaha...setiap pagi dia menangis...even sometime dari malam lagi masa aku nak kemas2 baju pun dia dah nangis. kalau hari Jumaat, dia siap bagitahu tak nak pergi hari isnin, selasa, rabu,khamis, jumaat...aku dengan ayah dia iyakan aje. hari tu aku tanya juga kenapa tak nak pergi...dia kata ada budak suka tendang dia...bila aku bagitahu dengan penjaga tu, memang budak tu kasar sikit. Tapi budak tu baru umur 3 tahun kalau tak silap...
Cerita yasmin pulak...ohhh dia sangatlah rajin. Memang boleh diharapkan sangat-sangat. Tak payah cakap, dia dah siap basuh pinggan mangkuk ngan tandas. Ibu tak payah bayar, amin buat ikhlas...sejukkkk perut ibu minnn...Jangan abang dia...later i story... muahahaha...
Danial pulak...ohhh mat smart ni...pantang basah sikit baju dia...laju aje dia menukar. Kalau aku mesin kain baju, memanglah baju dia yang banyak...sejak tak ada bibik ni, aku bagi sedikit kebebasan kat dia nak main kat luar rumah tapi still berpantau...kalau tidak...asyiklah berkurung dalam rumah aje budak2 ni. Weekend kalau tak bawa ke taman memang tak adalah keluarnya dia orang...kesian anak aku macam kera sumbang.
Lupa nak bagitahu, hari ni besday danial yang ke enam tahun. Kek dah order nanti i ambil gambar...
Abang eimran pulak...huishhh dia ni...awal-awal nak poww aku suruh bayar setiap kerja dia...tapi 1st week ajelah...lepas tu ayah dia sound, terus senyap...hahaha...buang sampah aje RM 1.50. Dahlah aku yang kena ikat plastik sampah, buka grill...dia cuma bawa dari dapur ke depan rumah aje...hari tu suruh sidai baju...sehelai RM 1.00...Pelempang aku tunjukkan..hahaha...sekarang ni tidak lagi. Ikhlas tak ikhlas belakang kira...janji sampah berbuang!
Tulah kan...setiap anak berbeza-beza. Walaupun lahir dari perut yang sama...Bila dah tak ada bibik ni kadang aku rasa okey je...walaupun sedikit terkejar-kejar. Budak-budak pun tak adalah sibuk sangat tanya bila bibik baru nak datang ke apa...sejak tak ada bibik ni boleh di kira dengan jarilah berapa kali aku masak...sempatlah masak hari tu siakap cukup rasa versi aku, spaghetti fav anak-anak...ehhh baru dua jer ke...muahahaha...
Masa aku demam hari tu, en suami bagitahu, jumaat nanti hantar ajelah baju sekolah dia orang ke dobi...tak larat nak menggosok...alalalaaaa...nampak sangat dah tua...bak sini duit dobi tu bagi kat ahkak lagi bagusss!!!
Tu ajelah cerita terkini. Terima kasih datang baca.
21 Mei 2013
07 Mei 2013
Sepetang di Pantai Morib
Kita orang tak pergi yang betul-betul pantai pun...tajuk aje bikin gempak. kalau nak yang pantai berpasir, kena ke depan lagi. Takperlah...kat sini pun dah okey. Berangin kuat...best betul.
Danial nampak air aje mula lah nak terjun...risau betul aku...dahlah kat depan dia tu memang bahagian air dalam...
Untuk mengelakkan dia dari nak mandi, bawalah main layang-layang. Angin kuat memang best betul tengok layang2 terbang melayang...hahaha...sangatlah gayat...
Yasmin nak juga satu layang2 tapi yang kecil aje...gambar princess ke barbie, tak ingat dah...harga RM 4 kot sekali dengan tali.
Budak kecil tu tetiba feeling 'mak-mak' sangat...orang duk sibuk main layang2, dia sibuk duk main anak patung. Lepas tu termalu-malu nak tolak stroller baby dia tu...
Sebenarnya kan bila dia cabut puting tu, kiranya baby tu nangis lah. Ohhh... sangatlah memekak kat telinga aku nih!!! Balik rumah aje, terus di mandikannya patung tu. Suka hati ko lah qaseh...
Penat main layang2, bolehlah membasahkan tekak dekat gerai-gerai kat situ. Macam2 ada sebenarnya..tapi kita orang cuma minum dan makan yang ringan2 aje. Sebelum ke sini dah isi perut dengan Mc D tu yang tak berapa nak lapar sangat tu...
pelempang simpati...cair terus aku...muahahaha...
Kita orang order tauhu bakar...biasa-biasa aje kat tekak aku. Sehdap lagi yang kat jalan sg sikamat tu...jgn marah ya...
On the way nak balik tu, menyinggahlah kat gerai-gerai tepi jalan kat area Morib ke Banting...aku pun tak tahu. Tu lah hasilnya. Telur masin tu kena tunggu lagi dalam 2 minggu. Nenas tu super manissssss...makan gitu aje. Kerepek pisang tu pun sedap. En suami nyesal beli satu aje. Opak ubi tu pun not bad.
Okey tu aje cerita jalan-jalan cari pasal kita orang. Terima kasih datang baca.
Danial nampak air aje mula lah nak terjun...risau betul aku...dahlah kat depan dia tu memang bahagian air dalam...
Untuk mengelakkan dia dari nak mandi, bawalah main layang-layang. Angin kuat memang best betul tengok layang2 terbang melayang...hahaha...sangatlah gayat...
Yasmin nak juga satu layang2 tapi yang kecil aje...gambar princess ke barbie, tak ingat dah...harga RM 4 kot sekali dengan tali.
Budak kecil tu tetiba feeling 'mak-mak' sangat...orang duk sibuk main layang2, dia sibuk duk main anak patung. Lepas tu termalu-malu nak tolak stroller baby dia tu...
Sebenarnya kan bila dia cabut puting tu, kiranya baby tu nangis lah. Ohhh... sangatlah memekak kat telinga aku nih!!! Balik rumah aje, terus di mandikannya patung tu. Suka hati ko lah qaseh...
Penat main layang2, bolehlah membasahkan tekak dekat gerai-gerai kat situ. Macam2 ada sebenarnya..tapi kita orang cuma minum dan makan yang ringan2 aje. Sebelum ke sini dah isi perut dengan Mc D tu yang tak berapa nak lapar sangat tu...
air yang kami order
Dah nak balik, danial buat muka sedih minta belikan pedang transformer tu...hati aku nikan macam taufu fah...tengok pulak dia buat muka sedih minta Kita orang order tauhu bakar...biasa-biasa aje kat tekak aku. Sehdap lagi yang kat jalan sg sikamat tu...jgn marah ya...
Sotong bakar ni pun biasa-biasa aje...
aku ingatkan sotong2 yang bergantungan tu untuk dijual...rupanya itu sekadar tarikan untuk pelanggan...kalau tak boleh juga buat sambal sotong makan ngan nasi lemak... On the way nak balik tu, menyinggahlah kat gerai-gerai tepi jalan kat area Morib ke Banting...aku pun tak tahu. Tu lah hasilnya. Telur masin tu kena tunggu lagi dalam 2 minggu. Nenas tu super manissssss...makan gitu aje. Kerepek pisang tu pun sedap. En suami nyesal beli satu aje. Opak ubi tu pun not bad.
Okey tu aje cerita jalan-jalan cari pasal kita orang. Terima kasih datang baca.
06 Mei 2013
PRU 13
Semalam hari mengundikan...aku mengundi kat kampung, so balik kampung lah kita. Mestilah aku ngundi kat kampung, nanti dah pencen, ahkak nak duduk kampung...Kita orang sampai tak adalah awal sangat, atau lambat sangat. Just nice aje. Orang pun tak berapa nak ramai...beratur pun tak lah panjang. Kiranya taklah lama nak menunggu.
Suasana kat tempat nak mengundi tu pun adalah terkawal. Rasanya dulu kan main meriah lagi dengan jerit pekik suruh undi calon fav masing2. Kali ni senyap sunyi aje. Tenang sikit aku nak buat keputusan...hahaha...banyaklah ko punya keputusan kannn...
Mengundi ni kat sekolah rendah aku dulu...Teruja tau nak melawat sekolah lama aku ni. Banyak betul perubahan. kalau tak mengundi ni, jangan haraplah aku nak buat lawatan ke sekolah ni...Aku tengok bilik guru pun dah berubah. Pejabat dan bilik guru besar aje kekal kat bilik yang sama.
Ni bilik tempat aku mengundi. Dulu nilah kelas aku masa darjah 1. Wahhh..ingat lagi tu...alah sekolah kat kampung bukan banyak sangat kelasnya. Setakat dua kelas aje, haruslah aku ingat!
Terima kasihlah datang baca.

Budak kecik ni pun sibuk juga nak mengikut aku beratur...
Semalam sibuk duk membasuh pinggan mangkuk, memberus kain...tengok dah hilang dah dakwat tu...Eloklah tu...susah nak melombong tau!muahahaha...takut warna tertinggal kat dalam....hahaha...Terima kasihlah datang baca.
04 Mei 2013
Bila Ayah Terlebih Masa
ni okey lagi
apa motif ntah letak tahi lalat banyak-banyak
kat pipi qaseh...
yasmin bengang aje tengok cermin mata besar..
hahaha...tapi kat bawah nilah yang paling tak
boleh blahhhhh...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
gelaklah...dia orang kat rumah
dah puas gelak guling-guling...
Terima kasih ya datang baca &
kita gelak sama-sama ....
Ehhh lupa...Selamat Mengundi
Labels:
apa-apa ajer
03 Mei 2013
Masuk Syurga
Hari tu terdengar dialog Danial dengan Qaseh...lepas tu kita orang bantai gelak sakan...
Danial : Adik nak masuk syurga tak?
Qaseh : Nakkk
Danial : Jom teman abang berak...
Muahahaha...lepas tu qaseh tak nak temankan dia, terus terjerit-jerit tak tahan dah nak membuang! Manalah dia terfikir nak cakap macam tu kat adik ya...danial...danial...
Lepas tu ayah dia pulak cakap kat aku, awak nak masuk syurga tak?? buatkan saya air!!!
hahaha...sabar ajelah aku...
Dan malam tadi pulak :
Danial : tikus suka makan kejukan ibu
aku : ha'ah..
Danial : ibu belilah keju, lepas tu letak kat atas gam tikus...mesti dia makan...
aku : hahaha...pandailah adam ni...kalau ibu beli keju adam nak makan tak?
Danial : adam bukan tikuslah ibu...adam manusia tau tak...
Danial...Danial...nampak sangat dah semakin besar. Malam tadi juga masa dia nak masuk tidur, dia datang dan cium dahi qaseh...alalala...suhhhweetttnyaaaa...aku pulak yang over terharu...moga sampai besarlah dia sayang kat adik dia..
Terima kasih datang baca entry ntah apa-apa. Saja tulis untuk bacaan anak-anak bila dah besar nanti.
Labels:
anak-anakku,
family
02 Mei 2013
Kuih Gunting
versi cincai...dulu aku selalu tolong arwah mak aku buat kuih ni. Sapa lagi yang nak kalau tak abang aku tu. Kira ni kuih feberet dialah ni. Semalam tiba-tiba teringin pulak nak makan kuih gunting, tapi tak nak yang berempah-rempah semua tu. Memang resepi arwah mak aku ni tak ada rempah. Dulu aku lah tukang uli tepung, melenyek sampai lah menggunting. Tapi resepi ingat-ingat lupa. Yang aku ingat ada bawang kecil dihiris-hiris. Daun kucai. Lepas tu tak ingat dah. Suruh eimran google...kebanyakan nya ada rempah ratus...ahkak tak nak yg cam tu. Call lah kakak aku yang kat mantin nun...dia pun tak berapa nak ingat...letak majerin katanya. Sib baik aku tak letak telur...
Aku buat sikit aje...percubaan kata kau....tak ada sukatan-sukatan bagai. Semua main curah sesedap rasa. Aku guna tepung gandum, tepung beras, majerin, bawang kecil yang dihiris, daun kucai yang dihiris, sesudu rempah kari dan air garam. Uli sampai tak melekat kat tangan...
Danial suka pula makan kuih gunting aku ni. Ada sikit kurenglah rasanya. Masih boleh diperbaiki lagi...practice make perfect katanya...
Petang tu Qaseh demam lah pulak. Tiba-tiba aje budak kenit ni demam. Panas kan main lagi...lepas tu dia siap menangis sebab sakit kepala...Bawalah pergi klinik. Baik keluar aje dari bilik doktor, elok aje dengan senyum dan berlarian dia...sebelum tu kan main lagi muka sakit dia...nak ambil gambar malu pulak, orang ramai sangat kat klinik semalam.
Habis urusan kat klinik, Yasmin pulak nak coolblog...dari hari selasa malam lagi dah merengek nak coolblog...haishh anak...masa turun nak ke kedai coolblog tu, ada pulak kedai bundle. Danial nampak aje boot bola yang di cari-cari. Hari tu dah cari kat Al-ikhsan, tak ada size dia...selamat duit mak ko...hahaha...sekali ada pulak kat kedai bundle ni...harga pun mampu beli...sudahnya malam tadi sibuk lah dia berjalan dalam rumah dengan kasut bola dia tu...hangin aje abang eimran menengok adik dia...muahahaha...sabar abang ya...lepas ni adalah geng abang nak main bolakan...
okey tu ajelah cerita cuti hari pekerja kami...terima kasih datang baca.

aku,
anak-anakku,
kuih gunting
Idaman Hati Sampai Termimpi-mimpi
Durian ni idaman hati anakanda Danial. Pantang lalu kat depan Saujana Impian tu, memanjang lah dia duk cakap, Adam tak pernah makan durian...banyaklah ko punya tak pernahkannnn...sekarang ni bukan musim...jarang-jarang lah nampak orang menjual durian. Ni katanya D6. Belasah ajelah dah anak nak makan...sekilo berapa belas ringgit ntah. Ambil lah 2 biji.
Cantik juga isinya...memang Danial aje yang perabihkan. Yang lain makan sorang seulas aje, buat rasa. Dia siap berulang esok harinya.
Tapi yang ini lagi cantik...kaler-kaler gitu...teringat-ingat dah ni tau!! Nasib baik tak pandai buat kuih...kalau tak, ada lagi dalam kotak bawah katil...muahahaha...
Tapi yang ini tersangatlah comellll....ngam aje nak letak atas table top kat dapur aku tu...hahaha...tak perlah, telan air liur ajelah nengoknya..sekadar cuci mata. Duit tabung ayam lambat pulak nak penuh...hehehe...
Okey terima kasih datang baca...

aku
Langgan:
Catatan (Atom)