06 Februari 2013

Minyak Rambut

Hasil berjimba kat Port Dickson hari tu, rambut yasmin jadi keras kejung di sebabkan berendam lama sangat.  Lagipun kat pool tu punyalah banyak klorin...sampai swimming suit danial bertukar kaler.  Kaler asal adalah biru...sekali bila habis mandi aku tengok dah jadi kelabu.  Mulanya aku tengok apasal lain macam aje baju dia, rupanya dah tukar kaler...hahaha...
Cerita pasal rambut yasmin...dahlah keras kejung, macam rambut anak patung tu...bila sikat mulalah mengalir air mata...ayah dia suruh letak minyak kelapa...oklah sikit.  Esoknya tu terus aku pergi cari minyak rambut yang sesuai untuk dia.  Pergi farmasi kat area rumah, dia  suggest kalau untuk budak-budak guna aje baby oil.  Ada juga yang mahal sikit, sekali dengan vitamin E.  Tapi itupun dia tak recommend untuk budak-budak.  At last dia suruh cuba Zam Zam hair oil tu.    Malam tu juga aku pakaikan kat yasmin.  Aku dah pesan kat dia kena bangun pagi sikit untuk cuci rambut...boleh tahan juga bau minyak ni.  Walaupun baru sekali menggunakan minyak ni, tapi nampak jugalah perubahan kat rambut dia.  Tak adalah keras kejung lagi...nanti cuti tahun baru cina ni aku nak lumurkan hari hari...hehehe...
Masa eimran baby dulu, arwah mak mentua aku selalu juga lumurkan minyak ni kat kepala dia...sekarang ni rambut eimran memang hitam tebal...
Tu ajelah nak cerita pasal minyak rambut ni.  Korang pun biasakan dengar minyak rambut zam-zam ala kazam ni kan...dah berzaman dah ada di pasaran.
Terima kasih datang jenguk-jenguk kat sini.

2 ulasan:

  1. laaa pakai je la rejoice, basuh n pakai conditioner dia lelama sikit, lembut la balik..heeee

    BalasPadam
  2. akak...mana nk cr minyk rmbut zamzam tu...?
    rsnya dh pupus kot minyak tu... sy cr xde pun...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails