30 Julai 2010

Danial Lagi




Ape korejer lah danial ni. dah nak bermisai sgt ke...ni mesti magic kaler yasmin yg bersepah tu di buatnyer main! yg kakak pun satu, suka sgt sepah2kan barang dia, tx tau nak simpan elok2.
kalau dah hilang nnt tau nangis suh beli jer. bila dah ada tx nak simpan.


Little Qaseh




Ini gambar2 qaseh masa nak belajar berjalan. skrg ni tak usah cakaplah, dah laju dah. gambar2 ni dari kamera kakak aku. tu yg lambat sikit nak load kat sini.

29 Julai 2010

Danial


Alaaaa rajinnyer anak aku yg sorang ni. baru 3 tahun tp dah menunjukkan kerajinan dia nak menulis...tu dia tulis atas buku yasmin. beg sekolah tu eimran punyer masa darjah 1 dulu. skrg dah drj 4 malulah pulak nk bawak beg ben 10 gi sekolah. so sumer tu di turunkan kepada danial. skrg ni kalau tanya nak gi sekolah tx, laju jer dia angguk kepala nak gi sekolah!!!bagusss..nanti sonang sikit kojo den tahun depan, tx yah nak pujuk2 kalau nangis...kalau tgk kat gambar tu dah ok cara pegang pensil...cuma pensil tu kena di asah dan mindanyer juga kena di asah bg tajam lagi...

Row Row ur Boat/Steamboat

tahu terbalik
sayur2an
crab stick dan seangkatan dgnnyer
ketam n udang
sotong paul pun aku korbankan
segala balls
kuah pencicah
pencuci mulut
Hari Sabtu 24hb Julai 2010 bersamaan dgn 12 Syaaban 1431H aku buat makan2 kat umah utk family members sahaja aka yg ada 'kepentingan' ngan aku shj...(stmt krg hasam tu..). Ada juga yg tx dpt dtg eg adik bongsu aku ngan abang aku. Abang en suamiku jua tx dpt dtg kerana ada tetamu dr jauh. Utk memudahkan aku yg mmg konfirmed tx pandai masak ni, kita org row row your boat jer aka steamboat. sonang citor. tetamu kena masak sendiri!! ni pun ala-ala Johnny's lah jugak. Last makan johnny's hari tu rasa byk sgt pak aji, poning palo lepas makan, terus tx gi dah. lepas tu ada dpt email mengatakan tx halal, terus jadi suam2 kuku nak gi makan kat situ lagi. Tak perlah, skrg dah boleh makan kat umah, makanlah sebyk mana pun...aiman tx kisahhhhhhhhhhh....

27 Julai 2010

Ole-Ole Dari London



Gambar2 ni di snap oleh yasmin. balik dr desa pandan terus sibuk nak ambik gambar2 ni. danial pun dpt set alat tulis from london. suka dia...ada juga fridge magnet n key chain. tp tx dpt nak interframe...juga cekelat...cerita sedih...semua cekelat itu tlh di habiskan oleh yasmin dlm masa satu hari!!!

Pagar Roboh

senyummmmm
senyum lagiiii
eh...tx ada gigilah.....

Sebelum ke ICT hari tu, yasmin duk memanjat kat cermin rumah. ntah apa nak dibuatnyer, aku pun tx tahu. masa tu aku kat dapur tgh buat spaghetti. tiba2 aku dengar dah meraung ajer...siap jerit2 ada darah...aku pun paniklah sekejap...nasib baik en suami ada kat rumah masa kejadian...aku ingatkan gigi dia yg berdarah, rupernyer dah patah, siap bengkak lagi kat bibir bawah dia tu. sebaris ayat dari ibu: tukul takal, balik pintu...budak nakal memang begituuu....

ICT Shah Alam




rasa cam kat korea jer
jamm giler nak ke sini
snap dr dlm kereta jer

Sabtu 2 minggu lepas aku sekeluarga ke ICT Shah Alam. Sesat barat gaklah nak mencari tempat ni. anak sedara en suami suh tunggu kat depat UITM, nnt dia dtg ambik. sepanjang jln nak masuk ke ICT tu jamm. Bayangkanlah keluar rumah lepas maghrib n sampai kat sini dlm pukul 10 lebih...tensionnnnnnn...dgn lapar lagi, mujur kita org ada beli jajan kat stesen petronas, bolehlah mengisi perut. Kita org posing2 n melepak sampai pukul 12 lebih rasanyer. balik rumah kepenatan....

26 Julai 2010

Hari Bosan

Naper ya, hari ni rasa tersangatlah bosanyer. Kalau ikutkan hati, mau aku cuti lagi. tapi tulah, ada kerja yg menanti. Minggu lepas 2 hari mc, sbb tx sihat. Even hari ni pun masih tx sihat lagi, tp ku gagahkan jua ke tempat kerja... kadang2 terfikir or lebih tepat berangan, alangkah bagusnyer kalau aku duk umah jer....tx payah nak meredah jam pepagi ke tempat kerja, berebut nak naik lrt! Ohhhhhhh sepatutnyer aku tidak boleh berfikiran begini, nyahkan segala fikiran yg negatif. mana hilangnyer sikap positif ku ituuuuuu.... apalah yg aku telah merapik meraban ni...ada n3 baru tp cam malas jer nak update. dahlah tgn tergatal gi tukar background ni, dah huduh jadinyer. skrg ni mmg tx ada mood nak membetulkan background ni, nntlah bila tahap rajin dtg...atau ada sapa2 tahu tx cam ner nak dptkan balik background yg lama ku itu. Tolong bagitahu ya...saya suka background yg lama dulu...

24 Julai 2010

Siakap Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut



ni menu utk lunch hari ni. baru jer masak. belum makan lagi, sbb nak tunggu en suamiku balik dr kerja. resepi ambik kat blog kak nor@ secubit garam. resepi asal tajuk nyer ikan goreng dlm sos daun limau purut. tp sbb aku gunakan ikan siakap so aku letaklah tajuk ikan siakap. bukan siakap senohong ya...eimran baru jer habis makan, aku tanya, camner sedap tx? dia kata seeedapppp...terima kasih kak nor utk resepi ni. aku letak kat sini utk rujukan di kemudian hari.
Bahan2 :
ikan bawal - aku guna ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut- hiris halus dan di goreng garing
minyak utk menggoreng
bersihkan ikan dan keringkan
salut dgn tepung(kering) & goreng garing
hidang atas pinggan
utk sos:
5 ulas bawang putih-dicincang -sy tumbuk
3 ulas bawang merah-dicincang-sy tumbuk
5 biji cili padi hijau-di cincang-tx ada kaler hijau
5 biji cili padi merah-dicincang-sy letak 7 biji di tumbuk
3 helai daun limau purut-di hiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cwn cuka - sy letak 2 sudu besar
3 sudu besar sos ikan
2-3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cwn stok ayam-(guna air biasa + 1/2 kiub stok ayam)
1 sudu kecil tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
minyak
cara2nyer:
panaskan minyak & tumis bawang putih & cili hingga wangi
masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung
masak hingga mendidih
masukkan bancuhan tepung jagung & biarkan mendidih sehingga sedikit pekat
tuang atas ikan & tabur dgn daun limau purut yg dah di goreng
siap utk di ngap...

Udang Goreng Tepung

ni jer yg di tinggalkan yasmin utk eimran

Sebenarnyer aku nak buat udang goreng rangup resepi dah ambik kat blog potret kasih. tapi ntah mana silapnyer, terus jadi udang goreng tepung jer. resepi kat blog potret kasih tu, simple mimple jer, tu sbb aku nak buat. tp jd lain lah pulak. nanti mesti ada org komen kata resepi senang pun tx boleh buat!!!wakaka...nanti saya buat lain kali ya...walaupun salah resepi, habis gak di makan oleh yasmin ngan danial. aku pun join sekali...

21 Julai 2010

Riang Ria di Petang Sabtu






Sabtu hari tu, tx ada aktiviti yg lebih berfaedah daripada mandi-manda dlm kolam kecik ni. memula hanya danial ngan yasmin jer yg mandi, lepas tu eimran pun tumpang sekaki, tx boleh tahan lah tu tgk adik dia bergumbira! hangin jer danial ngan yasmin bila eimran masuk kat kolam tu. manalah muat kalau dah 3 org duk dlm tu. hiruk pikuk kat luar rumah aku dibuatnyer. sikit hari lagi qaseh pun join the club...

Adra Emmely





Ini adalah org baru dlm famili aku. Baby Adra lahir on 13/6/2010. Awal sehari dari Qaseh. Baru2 ni ajer aku berkesempatan melawat baby adra. Oh ya..baby adra ni anak kepada adik aku(tu yg tgh kendong baby tu adik akulah tu...) yg pakai seluar pink ni pulak kakak adra-sarah. umur dia 5 tahun...lupa pulak nak ambik gambar mama adra. sorilah ek..tx dpt nak interframe...

18 Julai 2010

Setem


Aku happy sangat sbb dah jumpa balik album stamp yg aku cari2 ni. Ada rupernyer tersimpan kat lam beg2 lama. tp tulah sayang sgt sbb dah kena gigit ngan...
Aku syg album yg hitam ni pasal album ni aku dapat hadiah dr arwah abah aku. dia bagi sbb aku dpt 5A masa penilaian drj 5. sob..sob..sob...sedih dah jadi mcm ni...


Ni antara koleksi setem yg ada kat dlm album tu. Dulu susah sgt nak dpt setem2 cam ni tau, lg pulak sekolah kat kg...manalah ada kedai2 yg jual setem...harap kat cikgu2 yg berulang ke s'ban.

Krispy Kreme doughnuts



Beli donut ni pun minggu lepas kat Berjaya Times Square. Aku ke sana pasal nak cancelkan digi broadband aku. slow bangetlah...aku beli 1 dozen, dia bagi free yg kat bawah ni.
Cam donut yg tx jadi jer kan. Rasanyer tersangatlah manis...aku dah rasa yg ini, JCo dan big apple. pilihan aku adalah big appleeee.....

ni namanyer New York cheese. ada cheese didlmnyer

yasmin kalau coklat tx boleh dipisahkan
Related Posts with Thumbnails