01 Disember 2014

Cerita Lama - Miri August 2014

 As salam.  Cerita Miri hari tu tak berapa nak habis lagi kan. Terjumpa pula gambar2 ni terselit dalam folder so terhasil lah satu entry untuk bulan December ni.  Hahahaa...pandai kan aku..Ceritanya macam ni...kita orang sampai Miri hari Khamis. Hari Jumaat lepas asar majlis akad nikah.  Aku menggunakan tiket atas nama adik mak pengantin...so dapatlah menyelit duduk dalam rumah tengok upacara akad nikah. Tetamu yang lain duduk dalam khemah kat luar. 

So habis akad nikah dekat pukul 6 lebih jugalah.  Lepas tu kita orang terus ke Pasar tamu kat Bandar Miri sebab nak makan durian.  Tak ada pula gambar durian miri kat dalam phone aku ni.  Tapi ikut tekak aku ni, durian semenanjung lagi sedap.  

Malam lepas Isya pergi lagi ke rumah pengantin.  Ada upacara bergendang.  Kira macam joget lambat tapi kat sana memang guna gendang.  Adalah beberapa orang yang menari. Lepas tu kakak aku of course lah kena tarik menari sebab mak pengantin.  Kita orang yang makcik-makcik pengantin duduk selit kat bahagian dalam supaya susah nak keluar...cerdik tak kita orang...ngeeee...

Next day hari sabtu, hari langsung.  Sampai tengahari jugalah kita orang kat rumah pengantin.  Makan masa hari langsung ni super sedap ok.  Ada tempoyak goreng.  Sekali lagi sebagai adik mak pengantin...ahkak dapat duduk makan depan pelamin...kat sini makan beradap bersila kat depan pelamin. menu sama dengan tetamu lain.  Tak jumpa udang berdiri tegak semua tu ya...hahaha...tapi sedap sebab ada tempoyak...terus lupa udang segala..

Petang lepas kenduri tu, kita orang satu van saja jalan-jalan kat Bandar Miri.  Guna waze segala nak mencari jalan pergi kraftangan ni.  Tu aku peluk ole-ole untuk en suami.  Siap pesan suruh beli.  Ok...ahkak menurut perintah.  

 Sebenarnya ke Grand Old Lady ni masa dah nak balik.  Ni pun berpusing-pusing mencari.  Ada muzium kat sini.  Tapi masa kita orang sampai tu dah tutup.  Lagipun kan hari sabtu. Half day mungkin.
Apalah maknanya kalau ke Sarawak tapi tak membeli kek lapis kannnnn...Nak mencari kedai kek lapis ni lah yang berpusing-pusing.  Almaklumlah semuanya baru pertama kali ke Miri.

Hah tu ajelah cerita miri yang dah basi.  Kira habis lah ni.  Sib baik ada jumpa saki  baki gambar masa kat sana.

Terima kasih datang baca.

27 November 2014

Senandung Malam @ Bagan Lalang


Bila pergi ni? Osah tak ingat dah. Rasanya awal-awal bulan hari tu. Pergi dengan kakak aku. Bukan berdua tapi beramai-ramai. Pergi sendiri-sendiri tapi jumpa kat sana.


Sementara tunggu makanan siap, kita ke pantai dulu. Ini kali kedua aku kesini. Dulu pergi zaman baru kerja, ofis buat family day kat sini. Seingat aku tak ada pula kedai makan kat depan pantai ni. Gold Coast tu pun tak ada lagi.
Sekarang happening kat situ. Anak aku nak main layang-layang...memandangkan dah hampir sangat nak maghrib, aku tak bagilah diaorg main. Lain kali ya...


Aku ambil gambar kat instagram ajelah...kalau masukkan satu-satu memang berlambak. Tapi sebab aku update menggunakan hp, itu je caranya yang mudah dan cepat. Tak ada typo dah cukup baik...Beratur nak memilih bahan. Beratur nak menimbang...tapi semuanya fresh-fresh belaka.


Kami nak makan dah ya....selamat sudah. Semua sedap-sedap...sambil menaip ni pun masih teringat-ingat... terliur juga. Patutlah anak sedara aku yang duk nilai tu kata, dia orang sebulan sekali datang makan situ...terbaikkk...
Kat sini juga ada disediakan surau untuk solat.


Nampakkkk...sedap sangat tu sampai tak ada sapa nak pandang kamera...semua pandang makanan saja...bagusss...

Harus diingatkan kalau nak datang sini mintalah datang awal ya... kalau dari KL tu geraklah lepas asar. Nak pilih dan tunggu makanan. Nak cari meja pun satu hal. Kalau tidak kena tunggu... kalau lambat jangan nak marah.

Tu aje nak cerita. Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

25 November 2014

Tora Datang Lagi

Tadaaaa...memang betul macam tora kan...biskut chipsmore pun boleh.

Tak perlah janji ada walaupun sekali sekala...


Ni pwincess elsa aka pwincess qaseh. Baru dapat hadiah anugerah cemerlang kat sek tadika dia. Alhamdulillah dpt tempat kedua. Dapat hadiah beg sekolah. Jimat duit makpaknya...syukur...syukur.


Ni gambar masa dia ambil hadiah. Jauh pula...mak dah ngantuk menunggu tu yang tak ada upaya nak bergerak ke depan. Tak pelah, balik rumah ambil gambar lagi.



Ni pulak abang dengan kakak. Dua-dua dapat naik kelas. Syukur alhamdulillah. Walaupun tak dapat anugerah cemerlang tak apa...yang penting tahun depan sila lipat gandakan usaha ya.


Untuk danial pulak...tunggukan kemunculannya di tahun 2015. Banyak transformasi yang kena aku buat untuk anak yang sorang ni. Doakan yang baik-baik saja ya.

Tu cerita anak-anak kan. Baru start cuti sekolah tapi dah nak kena buat persediaan untuk sessi tahun depan pula.
Untuk maknya...ehem...ehem...azam tahun ni pun ada dua tiga yang tak terlaksana. Kita carry forward saja ke tahun depan. Macam tak biasa pula kannnn



Lampu kura-kura ni tengah in sekarang kan. Aku bukan apa....nak cerita sikit....hari tu rumah aku blackout, aku guna lampu kura2 ni aje. Bayangkan dari pukul 10.30 mlm spi 3 pagi. Guna bateri aje. Jimat tak payah guna lilin. So sapa yang berminat nak letak satu kat bilik tidur boleh lah roger2 aku ya. Kalau payah sangat nak lelap boleh kira bintang kat dalam bilik tidur...sure boleh tidur lepas tu...ngee...

Terima kasih datang baca
posted from Bloggeroid

08 Oktober 2014

Aidil Adha 2014


Ni je juadah pagi raya kitaorang. Semua tu segera. Kuah kacang dari hj samuri. Rendang tu aku guna pes dari tupperware. Kemas-kemas laci dapur jumpa pulak pes tu. Aku pun tengah malas bebenor nak mengopek bawang segala. Dengan pes segera tu, selesai masalah aku...ngee...
Cuma tambah santan saja. Rasa not bad juga. Habis tak berbaki rendang tu maknanya sedaplah kannnn...
Semua tu aku siapkan petang sabtu. Malam aku nak layan takbir...sebab aku suka dengar takbir...sayu aje hati. Lagipun masa aidil adha ni lah dapat dengar lama sikit takbir kan...


Plan asal memang kitaorang tak plan pun nak balik kampung. Sekali petang sabtu tu masa aku tengah rileks-rileks melipat kain, kakak aku ajak balik kampung..tahulah budak-budak ni suka nak balik kampung, lompat bintanglah diaorang bila dengar makngah nak balik kampung.
Jalan kat Lekas lengang tak banyak kereta...


Kampungku yang indah permai...gituuu...hahaha...kat luar memang kemas, masuk dalam pengsannnn. Cepat-cepat bergotong royong mengemas dan mengemop sebelum pergi tengok orang korban. Tapi isi perut dulu sebelum pergi...




Alaaa...sekali masa kitaorang sampai dah selesai semuanya. Dapat tengok kepala lembu je lah jawabnya.


Untuk lunch, makchu aku dah bagitahu awal-awal supaya singgah makan kat rumah dia. Itupun dah pukul 4 petang baru kitaorang lunch. Dari situ menyinggah kat rumah kakak aku pula kat mantin. Sudahnya sampai rumah dekat pukul 7 juga.




Aku dah bagitahu kat anak-anak malam nanti kita makan nasi impit saje. Sebab masih kenyang makan kat rumah nek chu. Semua setuju kecuali qaseh. Dia tu sekarang kan main kuat makan...memanjang lapar aje dia...sekali jiran depan rumah hantar sedulang soto dengan sup tulang. Laksa johor pun ada. Alhamdulillah rezeki...

Tu aje cerita aidil adha kitaorang tahun ni. Nasib baik balik kampung kalau tak semua keras kejung depan tv...
Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

03 Oktober 2014

Mimpi Ngeri

Kejadian malam tadi lebih kurang pukul 4 pagi

Qaseh : (sambil menangis tersedu sedan kejutkan omaknya...) ibu...ibu

Ibu : (Dlm keadaan mamai) kenapa?

Qaseh : Aceh mimpi hantu...aceh tak boleh tido...

Ibu : baca al fatihah

Qaseh : (menurut perintah) baca dlm deraian airmata

Tidur sekejap, bangun lagi menangis...

Qaseh : ibu, hantu tu ada lagi...aceh takutttt...

Ibu : zikir...subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahhuakbar...

Qaseh : (Menurut perintah lg) baca sampai terlelap...

Baru nak melayang...dia nangis lagi...

Qaseh : ibuuu, hantu tu tarik rambut aceh...

Ibu : (hanya dlm hati...wahhh main kasar ni...tarik2 rambut pulak) sambil peluk aceh kuat-kuat...

Pagi tadi bangun pagi rileks aje story kat aku...aceh mimpi hantu malam tadi...kesan dari kejadian itu...ahkak pening kepala sekarang ni sebab bangun...tidur..bangun...tidur...
Terima kasih datang baca cerita mimpi ngeri qaseh.
Selamat Menyambut AidilAdha....

posted from Bloggeroid

26 September 2014

Angan-angan


Free of charge kan...manalah tahu dengan angan-angan ni menjadi kenyataan pulak satu hari nanti...siapa tahukan...
Tetiba aku bangun pagi nak masak air...ehhh dapur dah cantikkk...hahaha...korang jangan berangan camtu tau.
Itu tahap melampau punya angan-angan...sikit-sikit sudahhhh...
Ok lepas ni kita sambung berangan lagi ya..
Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

23 September 2014

Rindu

Ada ke yang rindu?? Aku ni sebenarnya yang rindu nak update blog...nak blog walking...lama benar rasanya tak menjengah bloglist aku tu. Asyik baca tajuk je...kesian kat aku kan...
Ok cerita miri dan kenduri anak sedara aku pun entah ke mana dah...macam dah basi aje nak update. Ni pun dah nak dekat raya haji...boleh tak kalau aku lompat je cerita raya pulak...hehehe...
Aku kalau update blog ni, tak membebel pasal anak-anak syurga aku tu memanglah tak sah kan...ni nak cerita ni...
Baru habis cuti sekolah kan...tak kemana-mana pun...semalam aku check beg sekolah danial, pensel box memang dari awal tahun dah hilang...mak tak kuasa nak belikan yang baru! Aku siapkan 2 batang pensel, pemadam dan pembaris. Letak dalam beg sekolah kat poket depan. Dah siap aku semua aku bagitahu dia kat mana stationery dia tu. Nak balik nanti simpan kat sini. Ok menggangguk faham.
Malam tadi aku check beg dia...rileks aje dia cakap pensel sebatang hilang. Aku selongkar habis satu bag...hanya ada sebatang pensel aje...pemadam pembaris semua entah kemana...Stok pensel kat rumah pun dah habis...rasanya macam baru beli sekotak...dengan kotak-kotak sekali aku tak jumpa....haiii lah anak...korang makan pensel ke?
Kalau pensel warna lagilah...tak tahu berapa kali beli hilang beli hilang ntah...hari ni memang kena ke cik din lah aku nak restok stationery diaorang.
Ok tu ajelah bebelan aku untuk hari ni...elok juga ada blog ni...adalah tempat aku nak membebel sambil typo....hahaha...terapi juga ni.
Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

03 September 2014

KLIA2 dan AK5640

Siapa-siapa yang friends dengan aku kat FB tahulah kot mana aku pergi masa hari kemerdekaan yang lepas. Bukannya pergi bercuti makan angin, aku pergi mengiringi rombongan pernikahan anak sedara aku yang bertemu jodoh dengan orang miri.
Gambar masa dekat klia2 dan dalam kapalterbang semua kat dalam hp note 1 aku. Sampai sana hp tu terus kong. Nasib baik ada dua tiga keping gambar sempat post kat ig dengan fb. Jadilah untuk kenangan.
Aku ke miri dengan anak-anak, en suami tak ikut atas alasan kerja...tak perlah...dia nak cari rezeki, aku tolong perabihkan...hahaha...Dinihari kitaorang dah keluar meninggalkan rumah...ambil kakak aku kat desa pandan lepas tu terus pecut ke klia2. Aku ingatkan jauh sangatlah klia2 tu...orang cakap jauhnya klia2 tu macam kat hujung dunia...alhamdulillah senang aje mencarinya.
Kalau ikut itinerary, semua ahli rombongan kena berada di klia2 pada pukul 2am. So ahkak yang punctual ni tak naklah kelam kabut...1.30 lebih kurang dah sampai kat klia2 okeyy! Masalahnya jemaah yang lain hanya muncul dekat pukul 5...aduhaiiii...main games sampai habis bateri aku menunggu diaorang...kitaorang lepak kat merrybrown sambil charge hp. Terima kasih merry brown!
Lagi satu...orang cakap kena jalan jauh lepas daftar masuk...bagi aku, tak adalah jauh mana pun. Paling aku
suka tak payah nak panjat tangga masa nak masuk dalam perut kapalterbang...jalan-jalan terus sampai kat pintu masuk kapalterbang. Bukankah itu memudahkan warga emas dan kanak-kanak ribena...Aku rasa kalau hujan lebat mesti tak basah kena tempias...sebab dekat klia2 ni tempat pejalan kaki menuju ke kapalterbang tu bertutup.
Selesakan..kak tons semua dah tak basah lagi...
Walaupun penerbangan ke miri ambil masa 2jam 15minit, lebih kurang ke bandung je...kitaorang gunakan masa ni untuk tidur. Qaseh dengan danial, belum terbang lagi dah tidur. Mengantuk sangat diaorang. Ini kali pertama bagi diaorang menaiki kterbang. Qaseh nampak rileks tapi danial ada sedikit gusar....siap baca doa," Ya Allah selamatkanlah Adam..." Alhamdulillah kami selamat sampai di miri dan perut adalah sangat kebuluran...
Dari airport kami checked in di Merdeka Suites. Laa baru teringat, aku tak ambil gambar pun masa kat sini. So tak ada gambar ya. Tapi tempat ni memang best...bersebelahan dengan merdeka mall.
Setakat ni cerita pasal klia2. Lepas ni cerita jalan-jalan di miri pula ya. Terima kasih datang baca

posted from Bloggeroid

20 Ogos 2014

Acara ni tak ada dalam sukan komanwel

As salam
Agak-agak acara apa yang tak masuk bertanding kat sukan komanwel ya?
Tak usahlah korang memeningkan kepala masing-masing ya. Meh rapat sikit aku nak bagitahu...
Acara berebut keluar dari bilik mandi...hahaha


Baru aje malam tadi kejadian ni. Yasmin dengan danial berdua aje masuk acara ni. Pengadil tak ada...atau qaseh tak sempat nak masuk dalam acara ni...aku pun tak pasti. Tapi elok juga budak kecil tu tak terbabit sama. Kalau tak pasti bersambung drama pula sampai pagi ni.


Maka dapatlah hadiah 'saguhati' sahaja. Kalau menang tempat pertama aku rasa mau juga berjahit lagi danial ni...Hadiah untuk anak yang sangat baik...

Itu aje cerita aku buat masa ini. Terima kasih datang baca.

12 Ogos 2014

Nasi Arab Al Bayt


As salam. Dah pernah makan nasi arab? Sekarang tak payah nak pergi arab untuk makan nasi arab ni, kat kuala lumpur ni pun berlambak restoran nasi arab...macam cendawan tumbuh lepas hujan kan. Terbaru, dah boleh masak sendiri nasi arab ni kat rumah. Boleh makan berulang ulang kali.

Aku yang memang tak pandai masak ni pun dah lulus cemerlang masak nasi arab ni tau. Aku tak puji diri sendiri ya...ni pengakuan mereka-mereka yang dah merasa masakan aku ni...sapa lagi kalau bukan anak-anak aku ler...Yasmin cakap, sedap macam makan kat restoran yang kat senawang tu...amboiii sedap sangat tu kakak...
Sebenarnya kalau kita follow instruction yang ada dekat kotak tu...in sha Allah menjadi dan sedap.

Kat dalam kotak tu siap disediakan beras basmathi dan rempah untuk perapan ayam dan tumisan nasi. Ayam aje yang kita kena beli kat pasar. Yang lain semua beres...

Ni hasil nasi arab aku. Bukti nasi jadi panjang.Masa menumis pun dah bau sedap...
Kalau ada yang berminat nak cuba masak sendiri nasi arab ni kat rumah bolehlah email aku ya: yatizul88@gmail.com.
Harga sekotak mampu beli rm15 shj.
Terima kasih datang baca.

10 Ogos 2014

Cekodok nasi


Pagi ni tak lalu pula nak makan nasi lemak. Nak keluar membeli pun tak ada kerajinan. Tengok dalam rice cooker ada nasi lebih malam tadi...buat cekodok nasilah jawabnya.

Eimran tanya, buat cekodok adabi ke? Taklah...cekodok Yati Ali...hahaha...

Ikan bilis ada ciput je...aku tumbuk kasar-kasar. Nasi tu di blend dengan air garam. Bancuh dengan tepung gandum. Siap...
Sedap makan panas-panas cicah dengan sos.

Selesai sarapan, sibuk mesin kain baju yang tak pernah habis tu. Menyental baju sekolah lagi. Baru dapat nak luruskan pinggang, nak update blog pula. Lepas ni nak pergi rumah terbuka jiran sebelah rumah. Rezeki jangan ditolak...musuh jangan dicari...betul tak.

Tu je cerita hari ahad. tapi belum habis lagi ni. Akan bersambung...terima kasih datang baca.

09 Ogos 2014

Sembang malam anak beranak

Situasi dekat rumah

Yasmin : semalam kawan kakak glamer pakai tudung fareeda

Ibu : wahh hebatnya kawan kakak...sekolah rendah pakai tudung fareeda

Yasmin : dia pakai yang fesyen terbaru punya tau ibu

Ibu : wahh...hebatnya(aku tak habis kagum sebab budak sekolah pakai tudung fareeda)

Yasmin : mak dia kerja proton, ayah dia ada gerai, lepas tu jual mercun lagi...hah dah tiga kerja dia buat tu. Berapa banyak duit dia tu...

Ibu : hahaha...kakak...bersyukurlah dengan apa yang kita ada

Yasmin : ya kakak tahu...kakak cerita je...

Hahaha....yasmin...yasmin...padahal dia ada tudung yang 'ala-ala' tu...tapi dia malu nak pakai semalam. Sudahnya dia pakai baju lain.

Tu aje nak cerita. Terima kasih datang baca.

07 Ogos 2014

Adabi


Adabi... melazatkan...adabi...menyelerakan...
Sambil taip entry ni, nyanyilah sekali....hahaha.
Untuk ibu-ibu yang bekerja cam aku, keluar pagi...malam baru balik...sangat berguna kalau ada stok yang cepat dimasak ni. Kalau ada yang ready to eat tu lagi baik....hehehe...
Sebelum puasa hari tu ada jualan untuk projek cahaya kasih kat office aku ni. Aku sajalah konon nak cuci mata,sekali terjebak juga memborong barangan adabi. Sambal belacan adabi ada 4 ke 5 jenis rasanya. Tapi aku beli 3 jenis. Sekarang tengah makan yang moden and spicy. Not bad. Dah tinggal sikit je lagi. Gambar tak ada ya...harap maaf.
Ada juga produk makanan dalam tin yang boleh terus dimakan. Hari tu aku tak beli lepas tu menyesal...huk...huk....huk...ada kari dan kurma kalau tak silap.
Untuk cucur ni pun aku ambil yang lemak manis saja. Lepas tu menyesal tak ambil setiap satu...


Dah selamat pun jadi baja. Tapi rupa memang tak cantik langsung...tak reti aku nak buat bulat-bulat...kalau nak bulat kena pakai tangan kan...ni aku sudukan aje.

Ok tu saja cerita cerita aku kali ni. Terima kasih datang baca.

06 Ogos 2014

Nasi Lemak Kasih Sayang


Cerita ni dah basi kat fb dan instagram. Menu berbuka semalam. Lepas raya ni belum sempat nak makan nasi lemak, dah teringin sangat...kenalah masak sendiri.
Abang eimran dengan danial makan sampai dua kali....sedaplah tu...haaha...
Saja masak sambal telur senang tak payah nak buat sambal ikan bilis. Yasmin kata sedap sambal telur tu. Sambal telur tu aku masak guna chilli flake meletop, produk muslim. Sonang baitu...
Ok tu aje untuk hari ini. Terima kasih datang baca.

05 Ogos 2014

Nasi Goreng Sambal Hijau


Hari ni memang semangat tengah membuak-buak...3 entries in one day...clap...clap...
Masakkan nasi goreng sambal hijau untuk sarapan pagi anak-anak syurga dan en suami semalam.
Resepi campak-campak aje. Janji ada sesuatu untuk dimakan. Lagipun ada nasi lebih...kalau tak buat nasi goreng, menangis nasi tu nanti.
Sempat suapkan yasmin beberapa sudu...sedap katanya. Alhamdulillah...aku tak rasa sebab semalam dah start ganti puasa. Tahun ni azam nak settlekan secepat yang boleh...
Nak tengok macam mana rupa sambal hijau ke? Dont worry...ahkak tak kedekut nak kongsi...

Macam nilah ghoper sambal hijau ni. Memang sedap. Makan gitu aje dengan nasi panas pun boleh. Jadikan perencah untuk goreng sayur pun sodap. Buat nasi goreng macam aku tu...laagilah sedap.
So kalau ada yang berminat....jangan malu-malu order dengan ahkak ya...wink...wink...

Ok. Setakat ni dulu untuk hari ini. Terima kasih datang baca. Jangan lupa order sambal hijau ni...hehehe..

Sembang Petang

Entry kali ni tak ada gambar ya. Sebenarnya aku lagi suka kalau entry bergambar. Dari gambar tulah akan lahirnya sebuah entry...ecehceh...kan main lagi kan...
Ok tak perlah...tak ada gambar pun tak adalah...nak buat cam nerkan...
Sebenarnya aku cuba memulihkan semangat aku sendiri untuk aktif berblog semula. Rasa macam kekurangan sesuatu kalau aku gagal nak mengupdate sesuatu perkara yang berlaku pada aku sendiri atau mereka-mereka yang terdekat dengan aku. Yalah sebelum ni apa aje berlaku memang kat sinilah tempat tersimpannya cerita ceriti aku. Nampaknya dah banyak yang aku tertinggal untuk menyimpan nostalgia aku kat sini. Rasanya bermula December 2013 aku dah slow mengupdate cerita-cerita sensasi aku kat sini...muahaha...sensasilah sangatkan...
Menu ramadhan pun tak ada langsungkan...ada ke yang tunggu menu berbuka ahkak...
Padahal pasar ramadhan tulah dapur ahkak masa hari bekerja...maaflah aku memang tak sempat nak masak kalau time hari bekerja. Syukur sangat 1 ramadhan yang lalu jatuh pada hari ahad...jadi dapatlah masak sambal ayam kalau tak silap aku...gambar tak ada kan...so tak adalah bahan bukti. Lepas tu panaskan gulai tempoyak pemberian kakak aku. Sedap gilerrr...
Hari pertama puasa tu berjayalah 'memaksa' anakanda danial bertahan sampai azan maghrib. Tapi jauh disudut hati aku ni memang kesian juga nengokkan dia. Yang dia pula pantang dengar azan, asyik duk tanya dah boleh minum ke belum...hahaha....masa aku nak sembahyang maghrib, aku tengok dia dah tertidur...kejut pun tak bangun...memang pengsan sampai sahur baru dia bangun...Akhirnya dia berjaya juga berpuasa 6 hari. Yang lain dia kata tak tahan...lagipun cikgu kata kalau tak tahan boleh berbuka...so itulah modal dia untuk tidak berpuasa.
Qaseh pula...sehari pun tak puasa..hahaha...acehkan budak kecik...banyak alasan budak kecik ni...
Yasmin dan abang eimran berjaya puasa penuh tahun ni. Last year 1st day puasa yasmin dah tinggal puasa sebab bangun sahur je dah kena muntah-muntah...tahun ni alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka.
Tu cerita puasa...cerita raya lain pula. Tapi sebelum tu nak kongsi cerita pasal qaseh. tak habis-habis cerita qasehkan...
Hari tu masa bulan puasalah...rileks aje dia bagi aku buku report kad dia...padahal periksa dah lama...baru dpt report kad. tak kisahlah tu...aku pun tak adalah nak teruja sangat dengan markah periksa dia...ada 1 subjek aje dia dpt 100. Yang lain 90++. Tak ada gambar ok...mak tak naklah show off sangat...hukhuk...sekali bila tengok kedudukan dalam kelas dia....jeng...jeng...jeng...qaseh dapat no 1! Emak adalah sangat terkezut...dengan dia sekali terkejut...bertuah punya anak...rupanya dia tak tahu dia dapat no.1...hahaha...maka berlakulah adegan drama peluk memeluk antara dua beranak sambil disaksikan oleh penonton yang tak puashati...hahaha...alahhh tadika bolehlah...
Yang bestnya qaseh minta hadiah mainan doktor-doktor yang jual kat kedai borong siti hawani berdekatan dengan rumah. Harga mampu beli sebab bawah rm10. Esok juga mak belikan! Syabas qaseh...
Dah panjang ke entry ni...almaklumlah aku menaip dari hp pintar dengan menggunakan jari jemari yang sihat...asyiklah typo. Jadi terhegeh-hegeh jugalah aku nak menaip ni.
Rasanya cukuplah sampai sini dulu. Mana tahu lepas ni kalau ada seru bolehlah buat sembang malam or sembang pagi pula.
Terima lasih datang baca. Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa...jumpa dilain entry.

Salam Aidilfitri


Walaupun hari ni dh 9 syawal ahkak tetap nak buat ucapan raya...
¨Selamat Hari Raya mohon maaf zahir batin kalau selama ini ada tulisan saya yang menyinggung or ada yang rasa tersinggung...maafkanlah saya¨. Sesungguhnya hasil tulisan saya ini hanyalah untuk tatapan dan semakan anak-anak tercinta bila saya dah tua or dah tak ada di dunia ni lagi.
Seikhlas hati saya mohon maaf zahir batin...
Kosong kosong...
Terima kasih datang baca.

10 Julai 2014


posted from Bloggeroid

09 Julai 2014

Bubur Lambuk

As salam. First of all aku nak mengucapkan Selamat Menjalani ibadah Puasa pada semua pembaca setia blog aku ni...ehem...ehem...ada ke pembaca setia? Semua dah cabut sebab tuan tanah pemalas nak update blog ya...hehe...

Tajuk Bubur Lambuk kan...tapi jangan harap aku nak cerita asal usul kejadian bubur lambuk ni ya...korang google je kalau nak tahu...Yang aku nak cerita dan kongsikan kat sini semata-mata aku berjaya mendapatkan bubur lambuk ni pada minggu kedua puasa.
Itu pun kat bazar ramadhan. 1st week tu dapat tengok tulisan je...sebab dah habis licin licau.

Baru minggu ni berjaya membeli...beli ya bukan dapat free. Mungkin dia tambah stok kot sebab aku tengok selambak bubur lambuk tp dah siap pack lah.

Ni lah bubur lambuk yang aku beli tu. 1st day tu aku baru makan beberapa sudu, anakanda danial dah nak pula. So servis bertukar tangan lah kannnn...mak kenalah beralah dengan anak, ya tak?

Dan alhamdulillah hari ni ada kawan pula baik hati bagi sebungkus bubur lambuk. Syukur sangat-sangat...samalah bungkusan yang aku beli kat bazar ramadhan.

Biasanya kalau bulan puasa ni sibuk nak update menu berbukakan...itu akulah tuuu...tahun ni macam tak berapa teruja nak menangkap gambar hasil tangkapan di bazar ramadhan...biasanya sampai rumah je sibuk menyusun atur makanan kat atas meja. Kalau sempat nak buat air panas. Lepas tu nak merembat anakanda danial suruh mandi. Selalunya petang-petang tu dia sorang aje belum mandi. Selamba menyambut aku balik dengan baju sekolah lagi. Ada sekali tu masih bertali leher lagi!

Kadang tu di luar kawalan, kat pintu pagar lagi aku dah terjerit kat dia...mencicit dia lari masuk rumah tapi tak mandi juga. Tahun ni dia berjaya puasa pada minggu pertama aje. Masuk minggu kedua dia asyik bagi alasan, cikgu kata kalau tak larat boleh minum...sabar ajelah anak aku yang sorang ni...

Ok tu aje cerita pertama di bulan puasa. Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

23 Jun 2014

Qaseh


Harijadi qaseh dah lepas pada 14 June. Biasalah mak dia agak slow mengupdate blog sekarang ni kan. Maafkanlah saya ya.
Masa birthday danial hari tu, qaseh dah cakap tak nak kek dengan hadiah....ambikk kau...betul-betul aku tak orderkan kek untuk dia. Gaya penuh yakin cakap tak nak kek, aku ikutkan aje. Sekali malam sebelum birthday dia tu buat muka cuak sebab tak ada sorang pun sibuk-sibuk esok birthday dia...dia siap cakap, tak ada sapa pun nak nyanyi happy birthday kat aceh...aku buat dekk aje..saja menyakat dia. Esoknya bila bangun pagi baru aku wish happy birthday kat dia. Sambil gosok mata dia cakap terima kasih mummy....ala sweetnya hai qaseh...masa tulah rasa nak gigit dia sebab suhweet sangat...hahaha...jangan kutuk saya sebab puji anak sendiri ya...

Sekejap aje dah 5 tahun...tahun depan setahun lagi sekolah tadika, lepas tu dah masuk sekolah kebangsaan. Aku ada cakap kat qaseh yang aku nak kekalkan dia kat sekolah sekarang dengan harapan dia dapat mewakili sekolah untuk hafazan macam kakak dia dulu. Alhamdulillah dia tak banyak songeh...dia follow aje...

Baru-baru ni qaseh bagitahu yang ummi kat nurseri cakap dia jer yang tak pernah nak buat orang kalau nak compare dengan budak-budak lain. Nak bagitahu yang dia budak baik lerteww...hahaha...tapi kalau kat rumah...kan main lagi dia...garang macam singa tau! Lepas tu suka cubit orang dengan cubitan yang halus tu...mangsanya abang danial lah...dia orang berdua ni bertukar watak. Danial suka kacau or usik orang kat nurseri tp kat rumah baik kan main...kadang-kadang aje tunjuk perangai. Qaseh pulak baik kat nurseri tapi garang kat rumah.

Sekarang ni qaseh sangat suka makan. Makan nasi ok...pagi tadi aku bangun nak sahur, dia pun bangun sama duduk kat meja makan. Tengok lauk gulai tempoyak makngah, segar mata dia. Lepaslah beberapa suap nasi pepagi tu dia makan... masa nak hantar ke nurseri tadi dia suruh ayah dia belikan nasi lemak dengan kuih lagi! Ayah dia pula yang pelik sampai cakap kuat betul qaseh makan...dah beli nasi lemak nak kuih lagi...tu ikut sapalah tu...tak kuasa aku nak menjawab, redha ajelah...aku juga yang terkena...

Tu aje cerita ringkas harijadi qaseh. Doa ibu moga qaseh menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmatNya. Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

02 Jun 2014

Homemade Ice Cream


Hari ni ter rajin nak buat 2 entri. Sebenarnya aku ni hari-hari pun rajin je nak update blog...tapi dah masalah internet yang mengada...aku pun terjangkit mengada malas nak update blog kesayangan aku ni...

Ice cream ni dah dua tiga minggu lepas buat. Percubaan pertama kali terus menjadi...tanjat ahkak...
Sayangnya gambar tak secantik rasa ice cream, tu pasal anak-anak aku dekat 40 kali duk buka tutup peti ais....asyik duk tengok dah keras belum....haishh sabar ajelah aku.

Menjelang petang aku paksa dia orang tidur...jangan duk fikir padal ice cream...bangun nanti mesti dah boleh makan. Betul juga cakap aku...bangun tidur jer terus buka peti ais dan terus sambar sorang satu bekas ice cream tu. Aku memang buat dalam bekas taufu fah tu...

Resepi yang senang nak mamps ni aku dapat dari kawan aku masa sekolah rendah dulu...tq salmah! Dia gunakan ovalet. Ovalet ni aku dah beli dah lama tapi keterujaan nak membuat tu tak datang-datang...maka bertapalah ia kat dalam fridge tu dalam sebulan dua rasanya.



Ni resepinya. Aku sharekan kat sini pula. Merata dah resepi terbalik ni round...kat watapps terutamanya. Cubalah ...tak menyesal cuba tapi menyesal tak cuba awal-awal...hahaha...

Ok tu aje perkongsian aku hari ni. Terima kasih datang baca. Aku mengupdate ni menggunakan hp pintar aje.

posted from Bloggeroid

Selfie anak beranak

Hari ni tak ada cerita promosi makanan ya. Stok sambal goreng tak sampai lagi. Jadi marilah kita bet'selfie' anak beranak dulu. Sapa-sapa yang nak order sambal goreng tu jangan malu dan segan untuk pm saya laju-laju ya.

Sekarang ni cuti sekolah kan, tiga beradik ni tetap kena pergi nurseri juga. Abang tak sanggup nak jaga adik-adik kat rumah...sabar ajelah aku...
Aku dengan Yasmin jalan kaki je ke nurseri, yang dua orang tu naik motor dengan ayahnya. Lepas tu pow lah ayah dia suruh beli itu ini sebelum pergi nurseri tu...ayah yang baik, ikut jer lah apa yang anak dia nak tu. Kalau dengan aku...kim salam...

Sambil berjalan peluk-peluk dengan yasmin tu...sambil selfie lah kita orang. Kalau hari biasa jangan harap nak selfie...tangan ni kiri kanan penuh dengan beg dan baju sekolah dia org tau! So bila ada kelapangan dan kesempatan ni...janganlah dilepaskan peluang yang ada...ya tak.

Sambil tu jangan lupa kalau nak order sambal goreng jawa, sambal kentang, nasi arab al bayt, kurma badam dan walnut...boleh pm saya laju-laju ya. Saya akan cuba respond selaju yang boleh jg...In Sha Allah...


Ni rupa sambal kentang yang sedap dan nasi
arab...#sayajual. Makan nasi sekarang berselera aje sebab ada sambal kentang dan sambal goreng jawa tu...ditambah dengan sambal itam pahang...perggghhh...tak menahan nak tambah nasi tau...terpaksa buat-buat lupa pasal diet...hahaha...

Ok...terima kasih datang baca. Kalau berminat di ingatkan sekali lagi...dont shy-shy cat to pm me kay!

posted from Bloggeroid

01 Jun 2014

Danial is 7

 Dah beberapa minggu lepas birthday anakanda Danial.  Celebrate pun lambat dua hari. Nak keluar kat blog ibu lagi lah lambat...hihihi...Tapi Danial tak kisah pun...janji ada hadiah...kek lambat sikit tak jadi hal lah...
Sekejap aje dah 7 tahun anak aku ni.  Keaktifan dia masih belum berkurangan walaupun dah masuk sekolah.  Kadang-kadang aku tengok dia macam dah matang pun ada. Kadang manja mengada pun ada juga.

Few days before harijadi dia tu...boleh dikatakan tiap malam nak tidur kat lengan aku dulu.  Kalau qaseh jeles...merajuk dia bawa diri masuk bilik dia...sian sangat tengok dia masa tu.  Bila qaseh dah tidur baru aku pergi peluk cium dia pula.

Kadang Danial ni boleh tahan rajin nak tolong aku mengemas rumah.  Pernah dia tahu ada orang nak datang rumah, dia tanpa disuruh tolong lap-lap habuk yang ada kat meja tv.  Kasut sekolah pun selalu nak basuh sendiri...tu aku tahu sebab suka nak main air kannnn..

Tapi dalam bab makan tetap cerewet...nasi jarang sangat dia nak makan. Semenjak dua menjak ni aje aku tengok dia nak makan nasi.

Untuk Danial...moga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu love Danial to the moon and back, to the moon and back...berulang kali sayang...hahaha...

Terima kasih datang baca.

30 Mei 2014

Sambal Goreng Jawa


Ni gambar semalam. Sebelum pergi kerja elok aje aku ambik gambar ada 3 bungkus. Balik kerja aku tengok yasmin tengah sedap duk makan sambal goreng ni kat depan tv. Amboiii...sedap ya makan gitu aje. Bukan nak makan dengan nasi. Sekali aku tengok atas meja tinggal sebungkus aje...haii sabar ajelah aku.

Masa mula-mula hari tu ayah dia orang yang habiskan sebungkus...lepas tu rileks aje cakap sori dah habis...buka lagi satu bungkus...sama juga, tapi kali ni Danial pula yang perabih kan. Dan semalam yasmin pula buka untuk bungkusan ketiga. Nasib baik yang yasmin buka tu ada lagi...dia tak habis kan...

Aku bukanlah nak menjual sambal goreng ni sebenarnya...beli untuk sendiri makan saja. Tapi since ramai pulak kawan-kawan yang tanya...tak semena-mena aku pukak jadi tukang jual. Hahaha...rezeki lah tu kan namanya. Memang sedap sambal goreng ni...tak tipu punya...ada rasa pedas-pedas juga.

Kalau raya kakak aku buat sambal goreng jawa ni tapi versi lain. Yang kakak aku buat tu versi lembab-lembab gitu. Lepas tu ada tahu yg digoreng, hati dan mempedal ayam yang dipotong kecil-kecil or paru. Yang itu pun tak di nafikan kesedapannya.

Yang ni kira versi kering...so kalau ada yang berminat nak cuba bolehlah email sebarang pertanyaan ke yatizul88@gmail.com. Akan cuba dijawab secepat mungkin ya. Tapi buat masa ni kalau nak kena order dulu ya.

Ok terima kasih datang baca

posted from Bloggeroid

09 Mei 2014

Cerita Tentang Anak


Minggu ni anak-anak yang sekolah rendah dah start exam. Yasmin tu aku tak risau sangat sebab dh darjah 4 kan...yang paling risau anakanda danial ku itu...malam- malam aku paksa juga buat revision dua tiga muka surat...tu pun macam-macam alasan dia bagi. Sabar ajelah aku..

Nak cerita pasal yasmin sebenarnya...budak2 sekarang kan main lagi...tak ingat kerja sekolah terus watsapp kawan...terhilang jadual periksa, laju2 watsapp kawan suh ambil gambar...aku ni perhatikan aje...

Tu belum lagi sesi luahan perasaan ngan kawan2...orang tu tx nak kawan lah...org ni tx nak kawanlah...haiiilah budak2 sekarang...teknologi canggih benor..kadang menyenangkan kadang menyusahkan jg. Tu belum abg eimran...tx lepas pegang hp balik dari sekolah. Sampai rumah hp yang dia cari dulu...bukan aku ni omak eh...

Balik cerita pasal anak syurga yang sorang tu sapa lagi kalau bukan anakanda danial...memerlukan tahap kesabaran yang paling tinggi...kalau aku ni pun kadang2 terbabas juga kesabaran apatah lagi cikgu cikgi yang mengajar dia. Masa mula2 masuk sekolah dulu, aku berdoa supaya dia tak dapat sorang cikgu yang garang ni...tapi dah ditetapkan cikgu tu mengajar kelas dia...so ahkak us redha. Terbaru dia ada buat sikit perangai tak nak ke sekolah...lepas pujuk2 tanya kenapa, dia cakap cikgu bahasa melayu cakap dia 'mangkuk hayun'...poning kepala aku memikirkan patut tak aku pergi jumpa cikgu tu tanya...tanyalah juga pendapat orang yang terdekat...ada yang advise suh pergi...ada yang cakap cikgu pun dah tak blh nk sabar ngan murid2 tahun 1 ni... aku sendiri pun tahu kat mana tahap danial tu...so aku sabar je lah...pujuklah dia baik2 suruh pergi sekolah jg.

Ok tu aje cerita terkini. Masih mengupdate menggunakan hp pintar. Terima kasih datang baca...

posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails