21 Julai 2017

Danial is not well

As salam.

Tajuk aku omputih hari ni...

Ni gambar minggu lepas. Nampak tak pipi dia herot sebelah? Masa ni aku tanya sakit gigi ke? Dia kata tak sakit...ok fine. Sebagai ibu mithali, aku tetap bawa pergi klinik gigi yang terdekat. Walaupun jam dah hampir pukul 7 malam. Syukur klinik masih buka dan sudi nak bagi ubat antibiotik...bayar okey...tak ada yang percuma dah sekarang ni.

Lepas dua tiga kali makan, nampak susut sikit bengkak dekat pipi tu. Baru-baru ni masa aku ambil dia, dia duduk baik aje diam dalam kereta. Kebiasaannya akan kedengaran jeritan qaseh bergaduh dan marahkan dia. Tapi petang tu senyap aje. Lagi sekali sebagai ibu mithali, cepat aje aku perasan keadaan yang sepi tu...aku pun panggillah dia...

Ibu : adam

Adam : saya ibu...(dalam nada yang perlahan)

Ohhh...ibu is terkejut...

Ibu : adam kenapa?

Adam : adam sakit dekat gusi...

Ohhh adam...kesiannya ibu tengok pipi adam...membengkak balik...malam tu makan lagi ubat...aku rasa badan dia pun ada sedikit panas...

Esoknya terus bawa pergi klinik gigi. Kali ni doktor terus bagi 3 botol antibiotik...sebab hari sabtu nanti doktor nak cabut terus gigi dia...adam yang dengar nak kena cabut gigi sudah takut...doakan adam berjaya cabut gigi ya, hilangkan kesakitan gusi dia juga.


Ni gambar sebelum pergi klinik gigi.

Tu ajelah cerita adam yang sakit gusi. Semoga urusan dia dipermudahkan..

Terima kasih datang baca.

19 Julai 2017

Cerita Raya Lagi

As salam.

Tak habis lagi cerita raya aku. Rayakan sebulan.
image_0]
Ni cerita raya kedua. Buat sambutan harijadi mereka-mereka yang lahir di bulan June. Siapakah mereka? Tuan tanah sudah semestinya. Qaseh, anak saudara aku, shahirul, adra dan my brother in law.


Ni aku bergambar dengan kakak aku

sebelum kitaorang pergi beraya rumah sedara mara. Kenal ke sape tu?? Dia pun dah suam-suam kuku aje mengupdate blog.
Tahun ni bersyukur sangat sebab aku dapat beraya dengan nenek-nenek sedara yang semakin dimamah usia. Ada yang kenal kitaorang lagi, siap peluk cium, ada yang diam merenung aje...sedihkan...


Macam tahun-tahun sebelum ni, makngah aku memang akan datang juga beraya dekat rumah kitaorang walaupun adik dia aka abah aku dah tak ada.


Aku belanja gambar rendang daging kuala sawah yang kitaorang masak untuk raya. 4 kilo daging dengan 4 kilo santan. Menduga betul masa mengacau santan.

Itu aje cerita raya kedua aku. Teruk betulkan, orang dah nak habis raya, aku baru cerita raya kedua....hahahha...janji ada.

Terima kasih datang baca.

14 Julai 2017

As salam.

Boleh tahan lama jg aku tx update blog ni. Ni entry cepat dan pantas. Gambar-gambar raya kami sekeluarga. Layan ya..

Bukan senang nak dapat bergambar sekeluarga macam ni. Ini pun dah petang menjelang senja baru dapat bergambar. Itupun kat rumah adik ipar aku.


Ni pula sesi membuli anak sedara yang memang salam nak duit raya. Melampau sungguh diaorang...


Belanja juga gambar budak kecil dua orang ni. Cukup susah nak bergambar berdua. Ini gambar dah raya ke berapa aku tak ingat. Diaorang berdua ikut kakak sepupu dia bergambar so tak pasal diaorang kena bergambar berdua...oklah tu.

Tu aje update terkini. Terima kasih datang baca. Sebelum terlupa, selamat hari raya, mohon maaf zahir batin.

18 Jun 2017

Iftar @ Shah Alam

As salam.

Tengah semangat nak update blog ni baik aku up cerita berbuka di Shah Alam semalam. Aku tak plan pun nak pergi Shah Alam, sebab memang yakin jalan sesak sana sini. Tambah lagi hujan lebat petang semalam.

Aku berbuka dekat rumah maklong aku, merangkap besan arwah mak aku merangkap rumah mak mertua kakak aku. Gitewww...Ini kira pertama kali aku berbuka dengan diaorang. Sekaligus menziarah maklong aku yang tak sihat. Last aku melawat dia awal tahun hari tu. Kira dah lama sangat tak membuat kunjungan balas.


Kitaorang sampai dalam pukul 7. Sempat juga singgah bazar ramadhan yang dekat hospital salam. Seksyen berapa aku tak tahu. 'Kitaorang' tu adalah aku dan anak-anak, kakak aku dan lisa sepupu aku. Mujur berhenti kat bazar ramadhan tu, kalau tak malu juga datang lenggang kangkung.


Meriah berbuka ramai- ramai macam ni. Diaorang masak mee goreng, siakap stim, gulai lemak labu , sambal sotong dgn sambal belacan. Ada agar-agar dgn kuih sagu gula melaka.

Qaseh makan penuh semangat. Aku dah siap basuh pinggan, tengok dia elok aje duduk makan lagi...

Macam biasa, anakanda danial tetap tak dapat di kawal. Sekejap aje aku tengok dia dah laju mengayuh basikal. Siap nak tidur situ lagi...sabar ajelah...

Hampir pukul 9 malam kitaorg gerak balik. Tapi tak balik pun, menyinggah dekat pkns dulu. Plan asal nak pergi seksyen 7, tapi diaorang kata jemm teruk, kita batalkan terus dan ubah haluan ke pkns aje. Dekat pkns pun boleh tahan ramai orang, parking aku tengok sampai tgh jalan. Ramai lagi yang belum beli baju raya ya...aku beli anak tudung kak lopa aje. Yang lain cuci mata aje.

Dekat pukul 12 baru kita orang sampai kl. Tu pun tak balik juga, menyinggah mamak pula. Aku suruh budak-budak ni sahur terus. Pagi nanti memang tak terbangunlah...gila mengantuk dah...

Sudahnya aku tidur rumah kakak aku. Nak drive balik rumah dah mengantuk sangat. Plan lepas sahur nak balik, terlajak juga...

Tu lah sedikit cerita ramadhan aku.
Terima kasih datang baca.

13 Jun 2017

Tora Datang Lagi

As salam

Osah lama betul blog aku ni di tinggalkan kesepian. Nak datang jenguk pun susah.
Sekarang ni kita masih di bulan ramadhan, jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa semoga amalan kita dibulan yang mulia ini diterimaNya. Dan semoga kita bertemu lagi di ramadhan akan datang...

Diam tak diam dah hampir 20 ramadhan dan kita akan berada di 10 ramadhan yang terakhir. Semoga puasa kita diterima olehNya.

Bila dah puasa tu tak sah kalau tak ada persiapan raya kan...ahkak dah siapkan baju anak-anak seawal cuti sekolah bulan tiga hari tu...Ahkak tak nak berebut-rebut masa bulan puasa ni. Ahkak is tak larat...Baju melayu dan baju yang konon nak pakai pada raya kedua, ketiga dan hari-hari seterusnya pun ahkak dah siapkan awal-awal. Yang tak siap lagi adalah baju kurung untuk ahkak dan anak-anak perempuan...promo 3 balang rm100. Gila ahkak nak tolak begitu aje...taklah kan.

Untuk rekod tahun ni, anakanda qaseh berjaya berpuasa penuh. Maksud aku penuh sehari bukan sebulan...setakat hari ini dia dah tinggal puasa 4 hari. Macam-macam alasan. Anakanda Danial juga berjaya berpuasa. Setakat ini baru tinggal sehari aje.

Untuk kuih raya, aku dah berazam tak nak ada pembaziran. Tapi setakat ini misi aku tak berjaya juga. Manalah nak berjayanya kalau yang menjual tu kawan-kawan sepejabat. Pandailah diaorang ni promo. Sedaplah...murahlah....3 balang rm100...gila tak beli...hahaha...

Hari pertama puasa hari tu, aku dan adik beradik yang lain dapatlah berbuka di kampung terchenta. Lepas tu tak balik-balik sampailah nak raya nanti...Anak-anak aku suka sangat bila cakap nak balik kampung...

Tu ajelah cerita aku setakat ini. Kalau ada kerajinan aku sambung lagi. Masa tu mungkin cerita rayalah pulak kan...

Terima kasih datang baca...

29 Mac 2017

Farm In The City

As salam.

Ada ke yang berminat dengan bantal hotel DAG? Kalau tak ada tak apa. Teruskan pembacaan...hari ini aku nak kongsikan cerita jalan-jalan cuti sekolah minggu lepas.
Dah lama tak bawa anak-anak aku ni jalan-jalan, almaklumlah ayah dia orang tengah sibuk sangat sekarang ini. Jadi marilah ibu 0bawa jalan-jalan Kuala Lumpur.
7
Kalau ikutkan dekat Kuala Lumpur ini pun tak habis lagi jelajahan kami. Muzium diraja tak masuk lagi, menara Kuala Lumpur tak naik lagi. Memorial Tun Abdul Razak tak pergi lagi...ehhh banyaklah tempat tak pergi.
Jadi hari Khamis lepas berangkatlah aku anak beranak ke Farm In the City. Lokasi dekat Sri Kembangan. Aku guna gps aje. Kalau ikutkan dari rumah aku senang aje.


Here we are.

Aku ambil family package. Harga 3 dewasa dan 2 kanak-kanak dalam rm148. Bunyi mahalkan...tapi nanti ada voucher discount untuk makan. Ada discount untuk mini zoo dekat menara KL. Dapat dua button badge. Ada lagi tapi aku tak ingat dah. Masa aku sampai ada rombongan sekolah, aku syak rombongan sekolah antarabangsa sebab semua anak mat saleh. Lagipun kalau sekolah keb tengah cuti sekarang.


Nanti kena pakai tag tu. Dah pakai ambil gambar macam aku. Bukti dah pernah ke sini.


Boleh dikatakan semua haiwan kat sini kita boleh pegang. Macam qaseh nak pegang ular tu...aku kat sebelah dah geli-geleman tau...ada juga haiwan lain tapi aku tak ingat sebab nama macam pelik-pelik aje. Macam ada satu tu macam iguana tapi nama lain. Nampak sama tapi bukan dia...gitewww..


Macam ni, adik beradik boleh bagi arnab makan...aku memang tak masuklah kan...ahkak is penggeli ok...cukuplah sibuk ambil gambar diaorang aje.


Kura-kura ni namanya Pink kalau tak silap. Dah berumur juga. Sebenarnya aku tumpang dengar penerangan untuk budak-budak antarabangsa tu...hehehe..


Ini peta kawasan. Agak luas juga. Memang berpeluh...banyak jalan banyaklah terbakar kalorinya. Ada kawasan buah-buahan juga.


Sebelum keluar dari kawasan ini, kitaorang mengisi perut dulu. Guna kanlah voucher yang dah termasuk dalam harga toket tadi. Kurang dalam RM20 juga kalau tak silap.
Untuk 4 orang makan. Alhamdulillah kenyang buat alas perut.

Dari sini kitaorang ke Menara KL pula. Tapi yang itu aku cerita dalam next entry ya.
Terima kasih datang baca.

Kalau ada yang berminat dengan bantal hotel murah jangan segan email aje aku-yatizul88@gmail.com.

20 Mac 2017

Bantal Hotel DAG

As salam.

Hari ini aku nak terus kepada tajuk yang aku nak promosikan.

Bantal hotel! Selalu kalau pergi tidur kat hotel macam best ajekan dapat letak kepala dekat atas bantal hotel...betul tak? Aku lah tu...Lembut gebu aje...rasa nak songlap satu bawa balik...tapi sumpah tak pernah buat ok..

Sekarang tak payahlah nak susah-susah pergi tidur kat hotel lagi...tidur dekat rumah pun boleh gunakan bantal hotel yang lembut gebu tu...tak caya?


Tengok gambar tu...tahu dah lembut gebu gebas kannn...murah pun murah. Mampu beli okey...

Kat mana nak beli tu?
Jangan susah hati lagi, cepat-cepat email kat aku...aku salah seorang ejen bertauliah...gitewwww...jangan duk ingat ejen Ali je ya. Aku ejen bantal hotel DAG.
Jangan tunggu lagi, cepat email aku. Kalau nak lagi cepat, watsapp aku kat 0163905282.

Terima kasih datang baca iklan tak berbayar aku.

03 Mac 2017

Sembang Santai

As salam.

Tora datang lagi... kali ni nak cerita sikit pasal qaseh. Kira aku pendengar setia dia lah sekarang.

Qaseh : esok aceh tak nak pergi sekolah.

Ibu : kenapa pula? Ok aje hari ni kan

Qaseh : ada kawan aceh kata dia suka kalau aceh tak datang sekolah...

Ibu : pedulikan dia, aceh pergi juga sekolah.

Qaseh : ibu tahu tak, budak yang cakap tu baru balik dari Mekah, dia boleh cakap macam tu...

Ibu : Aaaapaaaa...

Hahahah...

Ada sekali tu...

Qaseh : ibu, aceh ada satu berita gembira nak bagitahu ibu.

Ibu : apa dia (punyalah excited mak dia nak tahu)

Qaseh : berita gembira untuk aceh tapi berita sedih untuk ibu...

Ibu : suspen nya. Cakap ajelah

Qaseh : ustazah kata kalau aceh tak datang sekolah esok, kena berhenti sekolah. Ibu marah tak..

Ibu : ohhh...taklah...nanti aceh boleh sekolah sama dengan kakak..

Hahaha...

Terima kasih datang baca

12 Februari 2017

Assalamualaikum.

Sebelum blog kesayangan aku ni berkubur, biarlah aku update sikit pasal aktiviti aku dan anak-anak sejak tahun baru ni.

Memula sekali pasal abang.  Tahukan yang dia duduk asrama sejak tahun lepas. Aku suka sangat masa dia dapat asrama tu...berdisiplin dan teratur sikit hidup dia. Macam aku dulu pun duduk asrama juga...itu pasal aku ni berdisiplin sikit...gitchewww...

Tapi satu masalah besar abang ni, asyiklah ada barang yang tertinggal...aduhhh nasib baik rumah dekat aje...sepelaung...tetap aku nak dia duduk asrama.  Sepanjang tahun lepas kan, tiap kali hantar balik ada aje barang yang tertinggal...tapi mak tetap bersabar, gigih balik dan hantar balik kat dia. Kalau dengan ayah, dia takut sikit...nanti kena bebelan berdas-das dari ayah. 

Awal tahun hari tu masa nak daftar masuk, boleh pula dia tertinggal baju- baju sekolah yang dah aku gosok siap-siap. Elok aje tergantung kat depan pintu bilik...haishhh lah abang. Dah dua tahun duduk asrama pun tak kan nebes lagi kot sampai tercicir barang.
Tu cerita abang...

Cerita yasmin pula...yasmin lambat sikit masuk asrama hari tu. Yasmin kan sekarang belajar dekat tahfiz, lagipun bulan 12 hari tu dia cuti lambat. Lepas chrismas baru dia cuti. Tak pe sebab yasmin ok jadi emak dia lagi lah ok. 

Sekarang ni yasmin dah pandai sangat-sangat membeli belah atas talian...kan main lagi dia. Macam-macam yang dia nak beli. Setakat ni aku layan kan sebab tak sampai lagi ratusan ringgit.  Yang dia beli pun stokin yang cute- cute katanya..

Tu cerita yasmin. Danial pula penuh drama...drama sangat...
Awal-awal tahun ada beberapa temujanji dengan doktor di hospital kajang dan serdang.
Kalau ikutkan, aku memang bercinta sangat nak pergi hospital ni...tapi demi anak...aku gagahkan jua...

Memula pergi hospital serdang, Ya Allah...parking punyalah susah...masa nak balik baru aku sedar yang aku parking tepi highway rupanya...menunggu giliran sampai aku tertidur...dekat hospital serdang ni temujanji dengan pakar jantung. Hari tu doktor dekat hospital kajang dengar macam ada bunyi angin. So untuk pastikan, itu yang kena rujuk ke hospital serdang. 

So its confirmed memang jantung dia berlubang dalam 3mm. Tapi doktor kata tak serius so jumpa setahun dari sekarang katanya.  Dah doktor cakap macam tu, aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku tanya juga, tak bahaya ke? Boleh tak tertutup sendiri...tu yang doktor cakap kita tengok tahun depan masa next appointment. 

Lepas tu, aku tanya pula dekat doktor panel kat office. Doktor ni dah tua, macam bapa2 aje kalau cakap. Aku bagitahu macam mana kronologi cerita dia jatuh dulu sampailah kena rujuk kat pakar jantung...so ini pendapat doktor tu dan memberi sedikit kelegaan pada aku. Doktor tu cakap, jantung berlubang ni bukan perkara baru...mesti dah ada dari lahir. Tak pernah lagi terjadi jantung manusia tetiba berlubang mass umur lapan or sembilan tahun. Mungkin masa lahir tu doktor tak dapat nak dengar...samada lubang itu membesar atau tidak, bergantung kepada individu itu sendiri. Ada orang yang memang lubang dia besar tu aje, tapi ada juga yang bila dia besar, lubang tu membesar juga. Kalau itu yang berlaku, memang kena rujuk ke IJN. 
Tapi untuk kes anak aku ni, doktor pun setuju selagi tidak mengganggu kehidupan harian dia, tak merbahaya. Lagipun danial ni hyperaktif, melompat macam tak ada rasa penat...
Tapi untuk temujanji lain tiap bulan kena ke hospital kajang lagi. Temujanji untuk carakerja pula. Yang itu lain kali aku cerita.

Qaseh pula...Ya Allah...budak sorang ni tak berubah perangai dia menangis tiap kali nak pergi sekolah.  Sepatutnya naik van, tapi tetap juga nak aku hantar...hisshhh geram tau dengan dia ni...kalau aku bawa abang danial pergi hospital, dengan dia sekali memonteng...

Cerita qaseh ni nanti bersambung ya. In sha Allah kalau masa mengizinkan. Tu aje cerita tahun baru aku. Ada banyak lagi tapi buat masa ni keadaan tak berapa mengizin kan. 

Terima kasih datang baca.





Related Posts with Thumbnails