27 Jun 2013

Main Air

Amboi...amboi...kan main lagi kakak kannnn...sedap aje baring kat dalam bola tu ya.  Padahalnya kan, dia kata rasa lemas tak boleh bernafas kat dalam tu.  Dah lah cuaca pun boleh tahan panasnya. Padahalnya ni pun dah pukul 5 petang ni...still panas lagi.
Danial lah orang yang paling happy sekali.  Berguling-guling dia kat dalam bola tu.   Lepas tu boleh pulak buat muka nak menangis konon lemas...ayah dia dah cuak dah masa tu...bila dia tengok ayah dia macam nak panggil aje orang yang jaga mainan ni, laju aje dia gelakkan kita orang...kurang hasam betul...
Tengoklah dia, dengan badan yang kurus dan ringan tu, senang benarlah dia nak menggerakkan bola tu.
Boat ni pua ada juga.  Masa menunggu dia orang main tu, sempatlah aku duk fikir mana nak cari pool yang berkualiti macam tu...yang kecil sesuai untuk dia orang adik beradik berendam...pas tu boleh bawa balik kampung...kasi kera-kera kat kampung pulak berendam!  
 Danial kecil boleh lah kasi naik. Yasmin pun nak naik juga tapi kita orang yang tak bagi takut nanti tenggelam pulak anak aku...hahaha...
Lama weiii nak menunggu satu-satu game ni.  Setiap game ni 15 minit.  Bayaran yang dikenakan RM 10 aje.  Tapi yang bola tu dia orang tak sampai pun 15 minit...panas kan lepas tu rasa cam lemas aje.  10 minit pun tak sampai aku rasa...masa keluar tu berpeluh-peluh dia orang...Boat ni ajelah main sampai habis masa.
Qaseh sayang aku ni satu game pun tak nak main.  Duk ajelah kat tepi tu tengok abang danial bergumbira...Danial ajak naik pun tak nak.  Suka hatilah qaseh...

Tu ajelah cerita yang dah basi ni...kejadian berlaku masa hari bapa lepas makan kat Johnny's.  Terima kasih datang baca.

26 Jun 2013

Hari Bapa @ Johnny's

Udah lama tak menjamu selera kat Johnny's ni.  Hari tu pun bukan nak celebrate hari bapa sangat pun...kebetulan aje.  Kita orang tak breakfast pagi tu, so menjelang tengahari mulalah berlagu-lagu perut aku ni.  En suami tanya nak makan kat mana, teringat pula yasmin kata dah lama tak makan steamboat...nak tunggu ayah buat ntah bila...jadi marilah kita ke Johnny's AEON Cheras Selatan nun.  Lunch hour memanglah ramai orang kan...kenalah beratur kejap.
 Sos dia...dulu sos nilah yang duk teringat-ingat...sekarang tidak lagi..ecewahhhh...
Biasanya kita orang ambil set...tapi still ada penambahan.
 Nasi goreng belacan fav en suami dan eimran
 Tak sabar nak menunggu untuk di ngap...
 eimran punya juga...adik-adik ambil yg 1 scoop aje
 dessert kegemaran seisi keluarga...
sejuk...nyaman aje melalui anak tekak...
wallaaaa...
 budak kecil ni pun boleh tahan juga makannya sekarang
Syukur Alhamdulillah...tak banyak songeh bab makan.  
Since dah hari tu memang hari bapa, maka wishlah selamat hari bapa
kat bapa kepada anak-anak aku ni...kami sayang bapa kami!
*ehhh tetiba*
Lepas makan steamboat, jalan-jalan bagi turun makanan semua kat AEON tu.  Masuklah Popular...kalau dah masuk sini...awas dong!  Tak adanya keluar dengan tangan kosong...Sebelum  balik rumah, menyinggah lagi kat Cool Blog pulak...hari panaskan...syok aje dapat minum ais.  

Tu ajelah cerita aku dia dan kami pada hari bapa 2 minggu lepas.  Terima kasih datang baca.

Abang & Adik




Kisah semalam :

Danial mandi tapi lupa nak bawa tuala mandi...dia pun jerit kat adik dia qaseh,

Danial  :  Adikkkkk...

Qaseh  :  Apa? 

Danial  :  Nak masuk syurga tak?

Qaseh  :  Tak nak...malas lah tu nak tolong ambilkan tuala, tau dah taktik abang dia...

Danial  :  Habis camner nanti abang nak cari adik...

Qaseh  :  buat dekkk aje...

Danial terus lari ambil sendiri tuala dia dan bagi kat qaseh...

Danial  :  nahh...bagi kat abang...

Qaseh buat pulak apa yang di suruh...haiilah danial...dia ingat dengan cara tu dapatlah dia cari adik dia kat sana nanti...

tu ajelah nak cerita. terima kasih datang baca...



21 Jun 2013

Yasmin

Minggu lepas masa lunch aku dapat call dari Yasmin.  Dia suruh datang sekolah  dia petang tu juga...holoolooo...ingat senang-senang ke nak minta cuti dengan boss...katanya nanti dia tinggal sorang-sorang kat kelas. Ibubapa orang lain datang, ibubapa amin aje tak datang...Alahai kesian pulak aku dengar...lepas makan teruslah aku sms dengan boss cakap nak pergi sekolah anak.  Awalnya aku tak tahu pun tujuan ke sekolah ni untuk tengok prestasi dia, sebab memang tak ada surat apa pun, cuma malam sebelum tu Yasmin ada cakap, cikgu suruh datang sekolah petang esok.  aku tanya juga kenapa, dia kata tak tahu.  Ehhh mana boleh suka-suka suruh datang...ibu kerja...kat KL lak tu...cam tulah lebih kurang bebelan aku pada dia malam tu...ingatkan habis cam tu ajelah...sekali dia boleh pula call dari sekolah petang tu...
Memang masa dia call tu aku tak cakap pun akan datang...so suara dia macam kecewa sangat.  Nak nangis sure malu sebab kawan ada kat sebelah...hahaha...Masa aku sampai tu memang dah ramai ibubapa kat kelas dia.  Aku nampak dia duduk termenung sorang-sorang kat meja dia.  Yalah, kawan yang lain dah duduk kat depan dengan makpak masing-masing...alololooo...memang bergenanglah airmata aku ni tengokkan dia...dia pulak nampak aje aku kat depan kelas, terus bangun datang kat aku...rasa nak aje aku peluk...overkan...
Kalau aku tak datang duduklah dia sorang2 macam tu sampai habis waktu sekolah...
Lama pula menunggu turn nak jumpa cikgu kelas dia.  sorang-sorang adalah dekat setengah jam dengan cikgu tu. Masa menunggu tu, dia bagilah fail macam kat atas tu dekat ibubapa untuk melihat prestasi anak masing-masing.  Fail tu ada rekod prestasi dari darjah 1 sampai lah sekarang.

Yasmin suka aku datang pasal ada orang menjual buku-buku kat sekolah dia.  Dia kan pantang kalau ada orang jual-jual ni...semua nak di belinya.  Aku pulak dah ternampak buku cerita yang aku cari-cari selama ni.  Dah 2 kali tanya kat UTC, asyik tak ada aje.  Tak sangka pula berjumpa kat sekolah Yasmin.  Tu buku kat bawah ni...Kelakar...tajuk aje gempak...
Okey terima kasih datang baca.

20 Jun 2013

Semudah ABC...123

Akukan suka simpan duit syiling balance membeli membelah...especially syiling 50 sen dengan 20 sen.  Kalau ada dua syiling ni memang laju aje aku tabungkan.  Hari tu tabung kat opis dah berat dan hampir penuh, aku pun laju aje hantar kat mesin mengira ni.  Tak payah susah susah nak kira sendiri.  Dulu2 kan kena kira, kalau 10 sen tu  kiralah 10 keping cukupkan RM1. lepas tu lekat dengan selotape.  Hahhhh...sekarang tak payah susah susah dah...letak aje kat mesin tu, biar dia tolong kirakan.
Hahhh tu bukti duit kita sedang di kira.  Ishhh boleh tahan banyak juga kali ni hasil tabungan aku...hahaha...Tapi kalau ada matawang dari negara lain, mesin tak terima tau.  macam aku hari tu, tetiba ada pulak matawang singapore dengan indonesia.  Ntah mana datangnya aku pun tak perasan.  Lagi satu kalau syiling tu dah burukkkkkkkk sangat pun dia reject juga tau...aku pun ada juga duit buruk hari tu...
Dah habis kira nanti keluarlah resit cam kat atas tu.  Kalau syiling-syiling yang buruk tu tak kena reject, sure lebih 100 hasil tabungan aku hari tu..hehehe...Nanti suka hati koranglah nak terus masuk account or nak collect cash.  Tapi pastikan korang ada account kat mana korang hantar duit syiling tu untuk di kira tau...Cam aku hari tu, collect cash, kononnya nak gi masuk kan duit tu ke account Danial ngan Qaseh kat bank lain.  Sekali bila aku pergi, bank tu dah berpindah....hadoooiii dah lah panas masa tu...sabar ajelah...

Okey tu ajelah nak di kongsikan hari ni.  Terima kasih datang baca.

Family Day @ Pklg Balak Part 3

 Nilah kumpulan yang bergelar juara...
 Kumpulan Yasmin di tempat ke 2
 Kumpulan eimran tempat ke 3

syok tengok dia orang ni main volley ball.  memula perempuan mendahului, lepas tu berjaya di cantas dek budak lelaki...last aku pun tak tahu sapa menang.  Aku dah naik atas tengok persiapan untuk BBQ...setakat tengok ajelah...muehehehe...
kalau datang sini, mesti dia orang nak cari remis ni.  macam lala tapi kecil cinonit benor.  Masak pun sama macam lala juga.  
 Ni en suami tengah membakar arang untuk BBQ
 macam-macam ada.  ikan dah semestinya. ketam, udang, ayam & sausage...
 ni breakfast pagi esoknya sebelum balik.  nasi lemak ada ikan masin.
yang ni beli saja, bukan buat...

Danial masa mula-mula tak nak mandi laut kononnya...nanti takut hitam...sekali dialah no.1 yang tak sudah-sudah duk berendam dalam air laut tu.  Hari nak balik tu pun dia sempat jugaklah mandi laut seround.  abang dan kakak tak mandi pun dia tak kisah...asal ada orang kat laut jer, mulalah dia melompat depan aku nak pergi mandi laut...
Lagi satu gambar yang aku captured menggunakan hp pintar.
Dengan ini habislah sudah cerita family day kami.  Aku nak buat entry
untuk majlis walimatul urus anak sedara en suami tu, sekali gambar semua
danial dah delete dari hp aku..ggrrr..geram aje aku...
aku berialah pergi masjid nak ambil gambar dia orang nikah, sekali tengok
semua dah hilang...nantilah aku cilok kat fb in laws aku...
kamera dia orang pun cencanggih...gambar cun meletups...
okey itu aje cerita kali ni, terima kasih datang baca.

19 Jun 2013

Family Day @ Pklg Balak Part 2

Ni game yang kedua.  Lari bawa bola pingpong dalam sudu.  Yasmin dan eimran dalam kumpulan yang lain.  Yasmin entah berapa kali jatuh bola ping pong dia tu.  Bila jatuh kenalah start balik semula.  Dah banyak kali tu, dia pun hangin gaklah...
Ni okey lagi, time dekat nak sampai tulah bola dia suka jatuh...hahaha...saja menguji kesabaran.
Lepas tu tiup belon dan letupkan.  Yasmin memang tiup besar cuma dia tak ikat.  So bila nak duduk kan tu, elok aje angin tu keluar...hahaha...macam kentut!  Bukan meletup pun...

Masa ni dia orang marah kat orang atas yang tak habis-habis duk baling air...sabar ajelah kan...
Ni hamper hadiah untuk pemenang...kerana markah hampir bebenor setiap kumpulan, makanya jenuh jugalah juri mengira dan terpaksa tambah satu lagi game.  
 Inilah game penentu kemenangan.  Penuhkan air dalam bekas tu.

 Larilah dia orang menangguk air
 jenuh gak lah dia orang lari ulang alik ambil air
penuh dahhhh...

Kumpulan mana yang menang tunggulah next entry ya.  Lepas
game ni, dia orang lawan volleyball-lelaki vs perempuan.  
Yang ni aku tak tunggu sampai habis, so tak tahu sapa yang menang.

Terima kasih datang baca.

Family Day @ Pengkalan Balak 8/6/2013

Balik dari Johor kan kita orang tidur kat Pengkalan Balak, Melaka.  Sebab hari Sabtu pagi tu nak menghantar rombongan pengantin bertandang dan sebelah petangnya pulak ada acara hari keluarga.  Balik dari menghantar pengantin tu, Danial memang tak tunggu apa dah, terus tukar baju nak mandi laut.  Aku dengan yang lainnya sempatlah tidur seround.  mengantuk malam sebelum tu tak hilang lagi tau!

Dalam pukul 5 lebih jugalah start family day ni.  Acara yang mula-mula tiup tepung.  Kali ni bukan cari gula-gula tau, cari duit.  Paling sikit rasanya RM 1.  Paling banyak RM 10.  Mula-mula bagi anak-anak kecil yang tiup...kira sekolah rendah dan ke bawah.

 tepung tu bukan sikit-sikit tau...
Danial dan yasmin semangat tu nak tiup tepung.  ni kira 1st time bagi danial masuk acara sukaneka ni...mak dia yang over sebenarnya...hahaha...
 Tiup...tiup...kan dah kata, emak dia yang over...
 Danial yang last sekali...tapi paling berbaloi...
 Dialah yang dapat RM 10 tu...
ni geng remaja pulak...tapi dia orang ni kena lari dulu
pengantin pun termasuk dalam kategori remaja

bab ni yang tak boleh tahan...acara baling tepung...
lepas tu yang kat atas tu pulak duk baling belon air...
 kesian pengantin jadi mangsa balingan tepung

Tu baru 1st game.  Game yang lain ada lagi.  Tapi tunggu
sambungannya.
Sebelum penutup, gambar pemandangan ni aku ambil
menggunakan telefon pintar aje...not bad juga kan???
Siapalah nak puji kalau tak diri sendiri...
Terima kasih datang baca.

Related Posts with Thumbnails