29 Ogos 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 53

 
Sempena dengan 53 tahun kemerdekaan negara tercinta, aku kibarkan jalur gemilang kat blog aku ni.  Jom kita sama2 kibarkan jalur gemilang....


27 Ogos 2010

Tazkirah lagi - Malaikatmu....

Dpt email ni dr seorang kawan...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...


Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu .'


Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup
bagi saya untuk berbahagia.'


'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada
saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu
dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar
kepadamu cara berbicara.'


'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'


'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'


'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?'

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'


'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'


'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku
akan sentiasa disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : 'Tuhan, jika saya
harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'


'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa
dan cintailah dia sepanjang masa...... Dialah sesatunya harta yang tiada
galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


'Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu.'
 
Al-Fatihah utk arwah bonda tercinta-Fatimah bt Hasnah

26 Ogos 2010

Video

Ni antara salah satu video yg sempat aku rakam masa hafazan sekolah yasmin hari tu.  ada 3 semuanyer tp aku letak satu jerlah. terharu sebenarnyer nengok anak aku duk kat depan tu...yasmin dapat hadiah saguhati jer. walaupun amin tx menang hafazan ni, amin dah menang di hati ibu ngan ayah...love u...mmuuuuuahhhhh...


Yasmin


Semenjak dua menjak ni, yasmin kalau bercakap cam laser jer aku dgr.  Belumlah sampai yg betul2 laser tu, masih berlembut gak lah tp selalu buat aku rasa nak gelak jer lepas tu.  antara yg aku ingat :

yasmin  :  ibu

aku       :  pandang sambil angkat kening...

yasmin  :  ibu nak suruh anak ibu mati ke? perlahan jer dia tanya

aku       :  naper lak ibu nak suruh anak ibu mati? dgn nada terkejut

yasmin  :  amin lapar ni, nak makan....

aku       :  tgh hari td tx makan ke?  sambil tergelak

yasmin  :  makan, tapi amin lapar lagi skrg ni...

ni dialog sbm puasa...kalau lambat makan, hangin satu badan dia...ikut sapalah tu ya....
yg terbaru, aku marah dia sbb tak puasa.  tau apa dia jawab,"amin budak kecik baru 6 tahun, ibu tu lainlah, dah besar.."dgn suara yg sedih tu mengharap belas kasihan....skrg ni dia puasa, nampaklah sikit susut badan dia, kalau tx asyik nak makannnnnnnnn  jer...

Doa yang dilupakan

Ada org kata blog aku ni byk gambar makanan...walaupun bukan aku yg masak, wakaka...so aku ingat aku nak selitkan jugaklah satu dua tazkirah lagi pun sekarang nikan bulan mulia...info2 yg aku dpt ni pun dr email yg kengkawan office bagi, so aku kongsikanlah kat sini. Yang paling utama, utk tatapan anak2 aku jugak. dia org ni pun skrg selalu gak baca blog aku ni...yang baik tu jadikanlah tauladan, yg buruk jadikan sempadan...


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil...



Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,



Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu



Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

25 Ogos 2010

Apa-apa ajer...


Sabtu lepas aku sibuk mengemas peti ais yg dah mcm almari buruk aku tgk. Macam2 ada...ada yg dah keras kematu...so masa cuti jerlah sesuai nak mengemasnyer. Tgh aku ralit duk cuci2 kat sinki, budak bertuah dua org ni duk posing kat dlm peti ais ni...ish...ish..ish...

Lawak pagi

Sejak puasa ni, aku mmg tx tidur lepas sahur. tapi kalau hari cuti tx yah cakaplah...mengantuk tu mmglah mengantuk, tp kalau sambung tidor nnt pas tu bangun balik aku akan rasa semacam ...sbb tu aku tx tidor lepas sahur.


Pagi tadi on d way nak gi kerja, hilang jap mengantuk aku pasal tgh aku syok2 nak khayal tiba2 bunyi cam mercun meletup...aku pun terus melatah, 'opocot..' lam masa yg sama en suami pun mengelak beria...lepas tu kita org sama2 ketawa...aku tx boleh tahan dah sampai berair mata ketawa gelihati....even masa tgh menaip n3 ni pun aku masih ketawa sorang2....


Bila dah habis ketawa aku tanya, 'naper awak ngelak?' 'saya ingatkan van tu nak meletup..'
laaa van tu ke yg berbunyi, sy ingatkan ada budak kat dlm van tu baling mercun...cisss hilang ngantuk aku terus...

Jauh ke KL - Kajang??

Balik umah semalam,aku tgk kat atas meja ada 3-4 pucuk surat. Tapi tx ada satu pun utk aku, sumer utk en suami. Tapi selalunyer jgn harap dia nak buka, aku lah assistant dia.


Yang buat aku terkezut tu, salah satu surat tu bertarikh 16 Julai dan aku terima pada 24 August. Lamaaaaa nyer... kot jln kaki pun tx kanlah sebulan lebih baru sampai kajang. Surat tu dr KL jer...haaiihhh tx maulah komen panjang2, lu pikirlah sendiri...

24 Ogos 2010

Dia pun samaaaa....



Haiiiii....dia pun sama gak nak duk mentenet...bila aku marah terus dia....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Nak tunjuk perasaan lah tu...

Roh di bulan Ramadhan

Dapat email ni dari sorang kawan. Aku rasa terpanggil utk di kongsikan kat sini :



"Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.



Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.





Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup".

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
"
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"

Bunga Api






Yasmin dah banyak hari merengek suh belikan bunga api...saja jer aku malas nak beli, kalau beli nnt tx sempat nak bw balik kg, dah habis main kat sini. Hari tu nampak ada org jual kat pasar ramadhan, aku belikan lah tu pun sebab dia rajin puasa...suka dia...Danial tu tx sangka pulak takut tp dah lama2 tu baru dia ok...

Tiada Pembaziran

Untuk menu berbuka semalam, aku cuma panaskan lebihan laksa hari Ahad lepas. Masa kat office lagi dah teringat2 kat laksa tu. Aku tetap makan bertambah 2 kali...hihihi


Nasi pun ada gak, panaskan balik acar ikan masin ngan ayam bakar tu. Dah makan laksa aku tx lalu nak makan nasi lagi. Sebenarnyer dah 2 hari aku tx makan nasi selalunyer aku boleh bertahan tx makan nasi pun 2 hari jer, lepas tu mmg teringat2 jer kat nasi ni...cam sahur pagi ni, terus makan nasi, padahal sejak puasa ni, ni kira kali ke 3 aku makan nasi pepagi...selalunyer aku makan kurma jer...cam ner nak makan nasi, aku bangun jer, qaseh pun sama bangun, cam ada magnet jer kat aku ni yg akan membangunkan dia sekali...


Tak adalah gambar utk n3 ni pasal menu sumer lauk lebihan semalamnyer...tapi yg penting tiada pembaziran...

23 Ogos 2010

Juadah berbuka

Main dish - laksa
air mata kucing
sirap limau
popia yg sgt sedap
acar ikan masin pun sedap
ayam bakar bermadu

Nilah juadah berbuka puasa semalam @ 12 Ramadhan. Popia, acar n air mata kucing jer beli. Yang lain tu sumer masak kat umah. Dah lama tx makan laksa, yasmin siap tambah 2 kali, aku pun sama.... hihihi




Gangguan

muka menggeram danial kat qaseh


Tengoklah ni, cam ner aku nak hapdate blog kalau dah ramai sgt yg menunggu turn...ngan qaseh sekali lak tu...ish..ish..ish...apalah yg dia org duk layan tu sampai danial tersenyum gumbira...apa lagi...power rangers lah...tu pun nak layan kat youtube, gi lah tgk kat cd...

Aktiviti Hari Ahad


suka danial dpt bergambar ngan Ben 10



tak kira kat mana, kalau nak gusti dia gusti gak...


Awal pagi semalam, aku gi tesco nak beli barang rumah. Eimran cam tahu jer aku nak keluar sanggup tx tidur lepas sahur-nak mengikutlah tu...tengahari kang dah penat...budak sorang ni dah byk hari tinggal puasa, mcm2 alasan dia bagi...Balik dr tesco aku zass ke Sogo. Plan asal tx nak bawa anak2 bertuah ni, dah siap skrip nak suh tinggal umah, tp tulah, ayah dia org ni tx boleh tinggal anak2 nyer...sumer nak di bawanyer mujur qaseh tidur kalau tx ngan qaseh pun dia suh angkut!
Punyerlah ramai org kat Sogo...sampai aku pun dah tx tau nak pilih yg mana...bila bawa dia org ni pandailah pulak nak memilih sendiri...kalau tx tu pakai jer apa yg mak pak dia org belikan. Bila aku pilih yg ni, dia org tx berkenan, nak yg lain, hishh..sudahnyer eimran hanya beli jean satu, yasmin dapatlah sepasang, qaseh pun sepasang. Danial langsung tx ada. Danial ni mmg susah nak cari size dia, kebanyakkan seluar mesti panjang sgt utk dia yg umur 3 thn. Danial dahlah kurus kering, lagi lah susah...

22 Ogos 2010

Buah Melaka


Ini kuih berbuka semalam. Nilah air tangan pertama aku sejak bulan puasa ni...teruk betul aku.. Aku buat 1 cawan tepung pulut jer. Dapatlah dlm 15 ketul. Daun pandan aku ambik kat umah mak cik aku kat Senawang masa balik kg minggu lepas. Actually aku bukan suka sgt kuih ni, tapi thn lepas aku ada beli kuih ni utk berbuka, gula kat dlm tu dihancurkan, cam sedap lak aku rasa. Semalam aku pun kasi racik gula tu halus2, seeeedaaaapppp....Dulu aku pernah buat kuih ni tapi di bawah monitor arwah ibu tercinta, lepas tu bertahun aku tx buat dah sampailah semalam. Masa 1st time dulu tu, zaman sekolah tau...

Juadah Buka Puasa

Otak2 n satar
sayur goreng kacang botol(masak sendiri)
roti john
ayam golek

Ni menu buka puasa minggu lepas. Baru ni dapat nak update. Roti john tu boleh dikatakan hari2 aku beli, kalau tx habis, kita org akan panaskan utk makan waktu sahur. Anak2 aku jarang nak makan nasi pagi2, kalau ada lebihan roti john ni, lalu gak dia org nak makan. Kalau dah tx ada apa nak makan, baru aku paksa makan nasi, itupun kena suapkan. Tak kisah lah janji dia org nak makan n puasa.

19 Ogos 2010

"Mengapa Saya Sayang Ibu?"

Hari Selasa lepas, aku tiba2 terfikir nak suruh eimran ngan yasmin tulis mengapa dia org sayang aku. Aku suruh dia org tulis 5 sbb jer. Tx nak lah byk2, kang aku gak yg tx sanggup nak baca...hihihi. Tapi cam biasalah, eimran mmg suka bertangguh, ada jer alasan dia bagi tx nak menulis. Yasmin pantas jer ambik pensil dan kertas nak tulis.


Terharu sungguh aku baca apa yg dia tulis. Tapi sampai no. 3 nak gelak pun ada, tx sangka pulak dia makan hati sbb ayah dia suka panggil dia 'anak gopal'!! Yasmin...yasmin...

Aku masih menunggu eimran punyer lak. Gambar ni yasmin yg snap sendiri, siap pesan suh masuk kat blog. Nak masuk blog tulisan tu kena cantik...bercampur huruf besar ngan kecik.



Mc Donald


:: tq to google ::
Ini juadah buka puasa requested by eimran. Since semalam birthday dia, so aku ngan en suami pun setuju jerlah belikan ni utk buka puasa. untuk yasmin aku belikan ayam goreng kat atas tu. Sonang sikit kojo den, kang buatnyer dia mintak bukan2, payah gak...dia org berdua jer yg makan mc d, aku ngan en suami tetap nak nasi gak...

Blog List Ben Ashaari


Aku rasa semua org pun dah tahu yg en ben tgh mengemaskini blog listnyer. Aku tgk sana sini sinun pun ramai yg mengemaskini balik n3 pasal bloglist ni. Aku pun tx nk ketinggalan jugak. Kali ni aku masuk kategori Peribadi. Jadi apa tunggu lagi...jom tgk syarat2 penyertaan kat sini. Tapi seblm tu saya nak mengucapkan jutaan terima kasih pada en ben kerana mencetuskan idea canggih begini.

18 Ogos 2010

Eimran is 10!!

Hari ni Eimran cukup 10thn. Dah besar tu...teringat aku 10thn yg lalu masa nak melahirkan dia. Eimran lahir pada hari Jumaat pukul 5.55 ptg. Tapi aku dah masuk labour room seawal 7.30am. Banyak betul benda yg aku belajar masa nak melahirkan dia, dah tu anak yg pertama,mmglah byk nak kena belajar... antaranyer injection epidural. Aku mmg tx pernah dgr and tx pernah baca pun pasal epidural ni. Even kawan2 kat opis pun tx pernah citer. So, bila doctor tanya nak ambik epidural tx? aku cam blurr jer...apa bendenyer tu...then adalah bidan yg dtg explain ...bla..bla..bla..




Nak jadi cerita, dulu labour room open, boleh nampak org kiri kanan, masa nak bersalin jer baru tutup...aku ternampak ada sorang ibu nak bersalin tu ambik epidural ni...badan dia boleh tahan besar gak, then bila pakar bius dtg nak cucuk, maaaakkkk aiiii..bosarnyer jarummmm...terus aku terkujat....ibu yg kena cucuk tu pun boleh tahan gak menjeritnyer...aaaahhhh terus aku tx nak! Dia yg besar tu pun menjerit, apatah lagi aku yg kecik sikitlah dr dia...hihihi...




Lagi satu yg aku tx dpt lupa, nurse suruh aku tulis nota kat en suami. Dulu en suami tx boleh masuk kat dlm labour room, kena tunggu kat luar. Bagi tahu keadaan aku dan nurse suruh bagi tahu jugak pukul berapa di jangka bersalin...aku pun tulislah antara yg aku ingat adalah aku mintak maaf (walaupun aku tahu aku tx bersalah!), suruh en suami doa supaya semuanyer selamat...siap ber'yang' bagai aku tulis dlm nota tu. Posmennyer tentulah cik nurse tu...Tapi yg buat aku rasa nak meneran masa tu jugak pasal dia bukan bg kat en suami, dia pi bagi kat abah aku!!!!! 'suami akak tx ada kat luar, saya bagi kat pak cik yg pakai ketayap tu...' aduiiihhhh...aku rasa makin kuat contraction aku ...


Sebelum keluar dari labour room, aku ingat lagi Doctor yg sambut eimran tu kata kat aku, baby awak ni, photostate muka awak!




Tu kejadian kat labour room, kat ward lagi haru. Seminggu aku kena tahan kat ward. Cam nak meroyan pun ada...kesian kat eimran, tiap hari kena ambik darah...tapi sakit apa, tx pulak dibagitahu. Bila hari ke 3, aku pun ngan muka blurr gi lah tanya kat doctor yg ambik darah tu, tanya sakit apa ? Ko tahu apa dia jawap? 'kita bukan suka2 ambik darah anak orang'. tersentap aku dengar doktor cakap cam tu! Lepas tu yg buat aku lagi nak meroyan, doktor tu siap dtg kat katil aku, cakap eimran ada 5 jenis penyakit!!! siap tunjuk jari dia lagi tu bagi tahu satu persatu, tp aku takat dgr sampai no. 3 jer, dua lagi tu aku cam nak pitam dah...antara penyakit eimran yg doctor tu bagitau jantung berlubang, masalah buah pinggang dan kencing kotor .bila dia nak sambung lagi aku terus tunjuk kat en suami yg ntah dr mana tiba2 ada kat dlm ward padahal masa tu bukan waktu melawat.




Petang tu jugak aku dirujuk ke pakar jantung dan buah pinggang. Tuhan saja yg tahu cam ner perasaan aku masa tu. Nak nangis pun ada tp malu sbb ada sorang lagi baby pun kena refer gak ke pakar masa tu. Dlm hati berdoa semoga semuanyer ok. Bila dua2 pakar kata ok, tak ada masalah, syukur yang amat aku. tp doctor yg ambik darah tu cam tx puas hati gak lagi, suruh check kencing lak. Tapi aku berkeras nak discharge dgn syarat minggu depan kena dtg balik follow up. Aku terus ok jer janji boleh balik...Aku dtg follow up, tp doctor tu mmg dengki ngan aku, dia tetap tx puas hati ngan kencing eimran masa tu, so dia suggest nak tebuk kat ari2 baby masa tu nak ambik yg betul2 pure nyer urine...Ko nak bagi doctor tebuk anak ko? No way ! aku sanggup sign surat masa tu...




Bukan sign sesajer ya...dgn surat tu aku gi refer lak kat doctor lain...ada 2-3 doctor aku refer(paed). syukur sgt2 dgn keputusan yg aku dan en suami ambik masa tu, tidak membenarkan anak aku di jd kan bahan eksperimen! Alhamdulillah sekarang ni eimran membesar ngan sihat nyer dan besar bagaikan johan!




Doa dan harapan ibu semoga abang jadi anak yg soleh. Anak yang mendengar kata ayah dan ibu. doa ibu juga moga hidup abang diberkati oleh Allah.

17 Ogos 2010

Buka Puasa Di Kampung

muka yasmin yg dah tx tahan tgk makanan...ciannyer...
Ayam black pepper dr ayamas
kuih muih
penuh meja...
ayam percik dr ayamas
Alhamdulillah... ni makanan utk berbuka Sabtu lepas kat kampung. Hasil tapau dr bazar ramadhan dan ayamas. Bukan sorang yg tapau tp 4 org yg menapau! Satu jer hasil masakan iaitu mee goreng pedas hasil air tangan cousin aku. Boleh dikatakan 96% makanan tu habis dimakan...syukur alhamdulillah sekali lagi...

12 Ogos 2010

Juadah@1 ramadhan


::gambar kredit to en google::

Sana sini org duk citer pasal menu buka puasa semlm. Aku tx masak pun, walaupun semlm cuti 1/2 day. Panas betul semlm terus hilang mood aku nak fikir masak apa! Sebenarnyer mmg dr awal lagi aku tx nak masak sbb nak bawa yasmin gi pasar ramadhan. Tx sangkalah pulak ramai org. Bak kata eimran,"byknyer semut besar...". Kuih muih langsung tx beli sbb dah habis. Nak beli roti john pulak, beratur panjang. Sudahnyer aku beli pajeri terung ngan rojak ayam. Untuk yasmin n eimran aku belikan ayam golek sebelah. Alhamdulillah utk 1st day semalam tx ada yg membazir, semua habis di makan.

Buah Mangga


Alhamdulillah byk buahnyer kali ni. Ada lagi tu tersorok2 malu kat belakang daun2 tu tp tx kuasalah pulak aku nak menyelaknyer semata2 nak interframe kat sini. Ambik mana yg nampak jerlah...Nak buat apa yer? Rasanyer sedikit lemak + masam = lemsam. Nak kena selak2 buku resepi yg ada kat dlm simpanan...

Kad Ucapan Ramadhan



Dapat kad ucapan ramadhan dr Along Roz. Terima kasih kak...

Yasmin

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 Ramadhan. Semalam anak aku yasmin berjaya menghabiskan puasa dia. Walaupun merengek2 kepenatan, tp lepas di pujuk rayu dia mampu bertahan jugak sampai maghrib. Aku ambik 1/2 day cuti semata2 nak memberi galakan kat dia, tp dia nampak jer aku balik lagilah dia merengek...aduuuhhhhh...yasmin...yasmin...
Bila danial minum milo lagilah dia tx boleh tahan...

Yang paling tx tahan bila dia asyik tanya Pasar Ramadhan dah buka lum? Aku saja jwb belum, dekat nak buka puasa nanti baru org jual...siannn dia...lagi satu asyik tanya pukul berapa, lama lagi ke? Bila ayah dia balik jer, terus ajak gi pasar ramadhan...gerai yg 1st dia tuju adalah
gerai air, terus nak beli milo ais...dia siap cakap nak minum skrg jugak!!! Dah tx tahan sgtlah tu...

Tapi bila time buka puasa, makan nasi sikit jer, pujuk pun tx mahu dah...hari ni tak tahulah cam maner, semlm boleh tahan sbb tx pergi sekolah(sekolah dia cuti). Hari ni dah pergi sekolah harap2 bila ada kawan2 yg puasa, dia pun bersemangatlah nak puasa lagi.

Actually yasmin dah mula berpuasa seawal usia 4 thn. Masa tu dia dpt puasa 3 hari kalau tx silap. Tu pun dah hujung2 ramadhan nak dekat raya. Aku cakap sapa tx puasa tx boleh main bunga api, terus dia nak puasa. Nak bangun sahur pun tx susah nak mengejutkan dia, cuma bila nampak org minum jer dia tx boleh tahan...lagi kalau minum milo..

Tahun lepas @ 5 thn dia berjaya puasa selama 20 hari gak kalau tx silap. Harap2 tahun ni dia berjaya puasa penuh sebulan...

11 Ogos 2010

Qaseh



Inilah dia budak yg mengamuk sahur tadi. Dah penat mengamuk, dia tidur ngan amannyer. Bagi susu botol pun dia tx mahu siap geleng bersungguh2. Nak tergelak pun ada aku waktu tu. Sabar jerlah qaseh...
Ni pulak gambar semalam. anak tudung yasmin dia bawa lari...terus yasmin pakaikan kat kepala dia...di sebabkan qaseh tx boleh nak duduk diam, tulah ruper gambar yg dpt aku snap. skrg ni kalau aku balik kerja qaseh akan jerit2 happy tgk aku dah balik sambil sebut "ma..ma...ma"..."iiiiibuuulah..."
Related Posts with Thumbnails