18 Februari 2015

Delivery Service

Bukan sesuatu yang luar biasa kat negara kita ni pasal delivery service atau service penghantaran. Banyak sebenarnya delivery service ni tapi aku nak cerita delivery service untuk makanan. Suka makan kan...haruslah cerita tak lari dari tajuk makan juga...

Ada baĆ aaaaanyak service penghantaran makanan ni...contoh paling senang, pizza hut, mc d, domino pizza, kfc pun dah ada delivery service jg kan. Ayamas juga. Kalau kat area rumah aku, ada juga restoren yang buat penghantaran ke rumah juga. Best kannn...senang kerja ahkak...

Tapi kan yang aku nak story ni pasal integriti dia orang...amboiii...integriti kononnnn...Ini pengalaman aku sendiri...bukan sekali terjadi tapi dah 3 kali...aku sangat respect dengan service AYAMAS.

Kalau lambat, laju-laju diaorang call bagitahu lambat atau ayam yang aku order kena tunggu nak masak baru. Pernah sekali yang datang hantar naik motor besar...rupanya adik tu dari cawangan bangi...seeeeee...baguskan diaorang...tak ada kat tempat tu dia usahakan kat cawangan yang terdekat...

Paling baru....hari tu hujan lebat. Aku masuk rumah aje diaorang dah tanya nak makan apa? Nak masak memang tak ada apa dalam fridge. Nugget adalah....kalau call mc d memang dah tahu sangat jawapannya...so dari menyakitkan hati sendiri baik awal-awal aku pangkah. Call restoran yang selalu aku order tu pun tak boleh nak buat penghantaran sebab hujan lebat. Lagipun ada 5 rumah lagi yang belum hantar...aku cadangkan ayamas sebab diaorang memang tak pernah bagi alasan dalam bab penghantaran ni...betul seperti yang aku jangkakan...sampai dalam masa yang ditetapkan...datang hantar naik kereta tau...aku cerita dengan kawan ofis, terkejut diaorang...baguskan...so jangan tinggalkan ayamas dalam list delivery service korang ya...

Ok. Tu aje nak story...terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

07 Februari 2015

Sarapan Pagi : Roti berinti daging ala-ala lasagna


Sejak balik dari jalan-jalan cari pasal kat vietnam, tetiba angin rajin menderu-deru nak buat roti berinti ni. Balik kerja semalam terus cari bahan kat giant.
Aku suka kalau guna daging cincang tapi kehabisan stok pula kat giant. Rembat ajelah ayam cincang.
Bahan-bahan lain aku guna sama macam masak spagheti. Bawang besar di dadu, carrot di dadu, cendawan di potong nipis. Aku lupa nak letak tomato puree.
Masak semua cam masak sos spagheti.
Dah siap ketepikan.
Ambil roti celup dalam susu segar. Susun dalam loyang...letak sos daging dengan cheese, lepas tu susun roti lagi tapi sebelum tu celup kejap dalam susu segar. Buatlah sampai habis. Bakar sekejap dalam oven. Agak-agak chesee dah cair kira masaklah tu.
Sodap di makan waktu panas-panas. Buat untuk minum petang pun boleh...
Terima kasih datang baca ya. Nanti ahkak sambung cerita vietnam ya...tunggguuuu...

posted from Bloggeroid

06 Februari 2015

Vietnam ohhhh Vietnam

Memula nak bagitahu yang aku dah selamat kembali ke tanahair tercinta. Aku kalau nak cerita ceriti pasti dah selamat sampai ke tanah tumpahnya darahku baru boleh story mory. Belum berpeluang lagi nak buat lintas langsung...almaklumlah kalau berjalan ni tak berapa sangat nak online...online untuk perkara penting saja.

Kali ni aku bawa anakanda yang sulung gagah perkasa...boleh tolong angkat beg. Seminggu sebelum nak pergi tu, aku demam diikuti oleh danial,qaseh dan yasmin. Meruntun hati aku masa nak pergi tu...qaseh masih batuk-batuk tapi dia kata ok kalau aku pergi...janji belikan dia cekelat...ok no problem sayang! Tak keji kan...hahaha...


Sebelum ni aku dah biasa travel naik airasia kan...kali ni tukar angin naik penerbangan kebanggaan rakyat malaysia...tak lain tak bukan MAS. Walaupun bab makan kat airasia lebih sedap dari mas...akak redho jeee...nasi lemak pak nasir tu memang sodap yo...






Tapi makanan kat vietnam pun tak kurang sedapnya. Ni antara yang buat aku teringat-ingat dan tercari-cari rice paper tu kat sini...sape tahu kat mana ada jual rice paper cam tu? Tolong bagitahu ya...
Disebabkan aku ambil package masa kat sana, jadi makanan kitaorang semuanya terbaikkk...tang makan memang no komen...








Ok...tu antara menu makan tengahari dan malam...sedap-sedap belaka. Last tu spring roll kegemaran kitaorang.
Ok untuk entry pembukaan ni, aku cerita pasal makan di vietnam. Ni sebab kalau tak ambil package cam aku ni...makan kat sana adalah sedikit mahal. Atau paling tepat ala-ala makan kat KLCC gituuuu...Akak standard makan kat warung so kenalah ambil package...
Ok setakat ni dulu pembukaan cerita vietnam. Tunggu cerita day 1 dan seterusnya ya. Terima kasih datang baca...

posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails