Assalamualaikum.
Sebelum blog kesayangan aku ni berkubur, biarlah aku update sikit pasal aktiviti aku dan anak-anak sejak tahun baru ni.
Memula sekali pasal abang. Tahukan yang dia duduk asrama sejak tahun lepas. Aku suka sangat masa dia dapat asrama tu...berdisiplin dan teratur sikit hidup dia. Macam aku dulu pun duduk asrama juga...itu pasal aku ni berdisiplin sikit...gitchewww...
Tapi satu masalah besar abang ni, asyiklah ada barang yang tertinggal...aduhhh nasib baik rumah dekat aje...sepelaung...tetap aku nak dia duduk asrama. Sepanjang tahun lepas kan, tiap kali hantar balik ada aje barang yang tertinggal...tapi mak tetap bersabar, gigih balik dan hantar balik kat dia. Kalau dengan ayah, dia takut sikit...nanti kena bebelan berdas-das dari ayah.
Awal tahun hari tu masa nak daftar masuk, boleh pula dia tertinggal baju- baju sekolah yang dah aku gosok siap-siap. Elok aje tergantung kat depan pintu bilik...haishhh lah abang. Dah dua tahun duduk asrama pun tak kan nebes lagi kot sampai tercicir barang.
Tu cerita abang...
Cerita yasmin pula...yasmin lambat sikit masuk asrama hari tu. Yasmin kan sekarang belajar dekat tahfiz, lagipun bulan 12 hari tu dia cuti lambat. Lepas chrismas baru dia cuti. Tak pe sebab yasmin ok jadi emak dia lagi lah ok.
Sekarang ni yasmin dah pandai sangat-sangat membeli belah atas talian...kan main lagi dia. Macam-macam yang dia nak beli. Setakat ni aku layan kan sebab tak sampai lagi ratusan ringgit. Yang dia beli pun stokin yang cute- cute katanya..
Tu cerita yasmin. Danial pula penuh drama...drama sangat...
Awal-awal tahun ada beberapa temujanji dengan doktor di hospital kajang dan serdang.
Kalau ikutkan, aku memang bercinta sangat nak pergi hospital ni...tapi demi anak...aku gagahkan jua...
Memula pergi hospital serdang, Ya Allah...parking punyalah susah...masa nak balik baru aku sedar yang aku parking tepi highway rupanya...menunggu giliran sampai aku tertidur...dekat hospital serdang ni temujanji dengan pakar jantung. Hari tu doktor dekat hospital kajang dengar macam ada bunyi angin. So untuk pastikan, itu yang kena rujuk ke hospital serdang.
So its confirmed memang jantung dia berlubang dalam 3mm. Tapi doktor kata tak serius so jumpa setahun dari sekarang katanya. Dah doktor cakap macam tu, aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku tanya juga, tak bahaya ke? Boleh tak tertutup sendiri...tu yang doktor cakap kita tengok tahun depan masa next appointment.
Lepas tu, aku tanya pula dekat doktor panel kat office. Doktor ni dah tua, macam bapa2 aje kalau cakap. Aku bagitahu macam mana kronologi cerita dia jatuh dulu sampailah kena rujuk kat pakar jantung...so ini pendapat doktor tu dan memberi sedikit kelegaan pada aku. Doktor tu cakap, jantung berlubang ni bukan perkara baru...mesti dah ada dari lahir. Tak pernah lagi terjadi jantung manusia tetiba berlubang mass umur lapan or sembilan tahun. Mungkin masa lahir tu doktor tak dapat nak dengar...samada lubang itu membesar atau tidak, bergantung kepada individu itu sendiri. Ada orang yang memang lubang dia besar tu aje, tapi ada juga yang bila dia besar, lubang tu membesar juga. Kalau itu yang berlaku, memang kena rujuk ke IJN.
Tapi untuk kes anak aku ni, doktor pun setuju selagi tidak mengganggu kehidupan harian dia, tak merbahaya. Lagipun danial ni hyperaktif, melompat macam tak ada rasa penat...
Tapi untuk temujanji lain tiap bulan kena ke hospital kajang lagi. Temujanji untuk carakerja pula. Yang itu lain kali aku cerita.
Qaseh pula...Ya Allah...budak sorang ni tak berubah perangai dia menangis tiap kali nak pergi sekolah. Sepatutnya naik van, tapi tetap juga nak aku hantar...hisshhh geram tau dengan dia ni...kalau aku bawa abang danial pergi hospital, dengan dia sekali memonteng...
Cerita qaseh ni nanti bersambung ya. In sha Allah kalau masa mengizinkan. Tu aje cerita tahun baru aku. Ada banyak lagi tapi buat masa ni keadaan tak berapa mengizin kan.
Terima kasih datang baca.