02 Ogos 2017

Muzium Negara

As salam.

Lama juga aku tak menjejakkan kaki ke muzium ni. Rasanya kali terakhir datang muzium 2009 atau 2010. Lama kan...

Disebabkan aku dan anak-anak mencuba menaiki MRT hari tu, dan memang kitaorang turun di stesen Muzium, jadi marilah kita membuat lawatan sambil belajar.

Keluar aje dari stesen muzium memang tembus ke tangga muzium. Dah alang-alang sampai tu terus ajelah masuk...tiket kalau tak silap aku dewasa rm2 aje. Kanak-kanak percuma. Sebab Danial dengan Qaseh tak ada tiket.


Ini bukan kali pertama mereka sampai di sini. Tapi tetap teruja...


Berusaha gigih dia membaca.


Tak kan Melayu hilang di dunia!


Qaseh menjadi pemerhati dalam Perjanjian Pangkor.


Pokok getah ya anak-anak. Macam tu cara orang menoreh getah. Nanti keluar susu dari pokok tu, dijadikan getah skrap. Bukan yang scrub kat muka tu...


Menyaksikan kemerdekaan tanah airku.


Di sebelah luar bangunan muzium, ada bas mini dah tunggu. Part ni mak diaorang yang teruja. Sebab dulu inilah kenderaan aku pergi dan balik kerja. Sekarang masuk muzium dah bas mini.

Selesai lawatan kat sini, kitaorang nak ke KL Central pula sebab nak makan dengan en suami. Kena masuk semulanke stesen Muzium, kena beli token dalam 40 sen sorang kalau tak silap. Kanak-kanak dalam 20 sen...kalau aku tak silap ya. Kalau silap jangan kecam ok.

Itu aje cerita lawatan sambil belajar kami ke Muzium Negara. Terima kasih datang baca.

01 Ogos 2017

Cerita Danial Lagi

As salam.

Tak habis lagi cerita anakanda Danial. Ingatkan bila dah cabut gigi dia hari tu, selesai kesakitan dia dan selesai juga kerisauan aku. Tapi nampaknya semua itu hanya sekejap aje. Dalam sekejap tu dapatlah juga naik mrt kan...

Baru lagi Ahad yang terbaru ni, pipi dia 8membengkak lagi. Kali ni aku tengok lagi besar dari yang dulu.


Ini gambar aku ambil pukul 3 pagi Isnin. Dia tak lena nak tidur. Aku pun tidur tidur ayam aje. Bangun pagi tu aku bagi dia makan antibiotik. Bolehlah dia lena sampai pagi.

Pagi pagi seawal pukul 8 aku dah pergi klinik gigi yang dia buat cabutan hari tu. Tak buka lagi. Buka pukul 9. Jomlah kita balik dulu. Pukul 9 aku datang, dah buka tapi doktor datang pukul 10...kau rasa???
Tak kuasa aku nak ulang alik lagi, nak mendaki anak tangga...jadi aku tunggu ajelah kat situ dengan penuh kesabaran. Doktor sampai dalam pukul 10.10 pagi.
Doktor check, soal jawab terus suruh buat xray...dari xray tu aku tengok dasyatnya gigi dia...berterabur...lintang pukang. Aku perasan ada satu gigi kat gusi yang macam nak keluar...tapi macam berat aje mulut nak tanya...doktor terangkan tak ada apa-apa yang pelik. Doktor yang pelik sebab macam mana pipi dia bengkak. Lagipun bila doktor tekan-tekan dan ketuk-ketuk kat kawasan tu dia tak kata pun sakit...tu yang doktor pelik. Macam biasa doktor bagi antibiotik lagi kali ni dengan ubat kumur. Suruh datang lagi minggu depan...

Entah macam mana aku tergerak hatilah pulak nak call angah aku yang duduk dekat Mantin. Kebetulan dia ada temujanji dengan klinik pergigian kerajaan petang nanti. Disebabkan dia kenal dengan doktor dekat situ, dia suruh aku bawa Danial dapatkan pendapat doktor dekat klinik kerajaan pula. Oklah...untuk anak, mak sanggup aje.

Aku sampai kat klinik pergigian beranang dalam pukul 3 lebih juga. Mujur tak ramai orang. Cepat aje nombor kitaorang dipanggil. Doktor check, sesi soal jawab dan terus rujuk kepakar di hospital kajang. Doktor tu suruh pergi hari tu juga. Kena sampai sebelum pukul 5 petang.

Memandangkan aku pemandu yang berhemah, memang pastilah aku tak sampai sebelum pukul 5. Sampai 3 kali pihak hospital kajang call aku tanya dah sampai mana...masa ti dalam 20 minit lagi nak ke pukul 5. Aku cakap memang tak sempatlah, jadi diaorang suruh datang pagi ni.


Ini gambar sebelum ke hospital kajang. Tak tahu kenapa hari ni ramainya orang dekat hospital sampai tempat parking tak ada. Aku biasa park kat taman permainan, situ pun penuh sampai berlapis-lapis orang parking...sudahnya aku park tepi jalan aje. Tawakal aje...

Kat hospital, macam biasa juga, check dan sesi soal jawab. Xray lagi. Aku nampak gambar gigi yang sama. Kali ni doktor tu bagitahu ada gigi yang nak keluar tapi tak ada laluan itu yang menyebabkan pipi dia bengkak. Sebelum doktor pakar check, ada doktor pelatih yang check, tekan-tekan kat gusi tu tapi dia tetap kata tak sakit...skala 0 ke 10(paling sakit) Danial kata 0...tak sakit langsung.

Doktor pakar terangkan dekat aku pasal gigi yang nak keluar tu...aku pun spontan cakap samalah macam yang saya nampak semalam...hahhaha...jadinya doktor minta kebenaran untuk ambil gambar gigi Danial tujuan untuk pembelajaran. Entah berapa kali kitaorang keluar masuk bilik doktor tu, sampai Danial kata, nanti roboh pula pintu
ni asyik keluar masuk aje. Ada masanya hanya Danial seorang aje masuk, aku tak dibenarkan katanya tak ada buat apa-apa pun...aku tengok dia kena kerumun dengan ramai doktor pelatih...aku tanya takut ke, dia kata taklah....good boy lah Danial.

Doktor bagi lagi ubat antibiotik dua jenis. Tapi kali ni jenis pil dan kapsul...bercinta sikitlah nak bagi yang kapsul tu...muntah dia. Minggu depan datang lagi, kalau tak susut bengkak dekat pipi dia tu, doktor nak buat operation membuang gigi yang tak keluar kat dalam gusi tu. Aduiii ngeri aku dengar...tapi nak buat macam mana...ada ke pilihan lain??

Tawakal dan berserah ajelah pada Allah kan. Semoga semuanya baik-baik aje.

Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails