29 April 2014

Kelas Asas Blog

Nak kata baru menulis blog...saya dah lama menulis di blog sejak tahun 2009 lagi. Tapi masa tu menulis sebab nak abadikan semua kenangan itu untuk tatapan anak-anak bila dia orang dah besar nanti. Disinilah semua kenangan yang manis-manis saja untuk tatapan dia orang satu hari nanti.
Kelas asas blog ni 100% online. Itu yang membuatkan saya teruja sangat-sangat nak join. Saya tak perlu memberi alasan pada en suami untuk pergi ke kelas. Tapi bila dah online ni, faham-faham je lah ya...dengan saya yang bekerja ni memang mencari masa aje untuk belajar. Macam sekarang ni, saya menulis dari dalam bas dengan menggunakan hp saja. Almaklumlah kalau dah sampai rumah nanti, hp ni bertukar tangan.
Ohh ya...saya join kelas asas ni dari penghujung 2013 lagi. Sampai hari ni tak katam lagi...hehehe...cikgu saya Pn Zaila sentiasa bagi semangat untuk meneruskan usaha murni saya ni. Paling terkesan kalau membaca status-status beliau di fb...tepat mengena...
Tujuan utama saya menyertai kelas ini adalah untuk memantapkan lagi penulisan saya dan mempelajari selok belok business secara online. Saya melakukan semua ini semata-mata untuk WAHM.
Untuk WAHM tu, nanti akan saya ceritakan di lain entry. Harapnya lepas ini tak ada lagi halangan dan alasan untuk tidak mengupdate blog.

Terima kasih datang baca. Kalau ada yang nak join kelas asas blog ni jangan segan-segan ya.
posted from Bloggeroid

Bandung 2014

Penghujung March lepas aku dan Yasmin jalan-jalan di Kota Bandung bukkk...Kami berdua saja.  Lagi dua orang kawan sekantor...gitu...hahaha...terus cakap sana dah ni.  Biasanya kalau jalan-jalan cuci poket ni, kawan aku suka ambil flight pagi.  Sampai sana check in hotel terus berdesup ke Pasar Baru.  Tak buang masa langsung kita orang.  
Gambar kat dalam Pasar Baru memang tak sempat nak ambil, sebab aku pun ada google sebelum tu, tak berapa di galakkan ambil gambar kat sana khuatir pencopet.  So berhati-hati sebelum terkena.  
Excited budak ni nak naik kapalterbang.  Pertama kali gitu.  Aku tanya kat abang eimran, dia tak kisah ke kalau aku bawa yasmin, tak kisah asal bukan ke Old Trafford...eerrrkkk...
Walaupun dah siap2 makan kat LCCT tapi tetap makan lagi kat atas flight.  Kali ni aku rasa macam tak berapa nak ambil gambar dalam flight...tak tahulah kenapa.  So gambar pun tak berapa nak banyak.
 Selepas 2 jam berzikir...tak tidur pun...mata tak mahu lelap langsung walaupun bangun pukul 2 pagi...sampai sudah kami dengan selamatnya.  Yasmin jadi mangsa model tak berbayar..hahaha...
 Terus ke hotel...sebelah aje dengan hotel ada kedai sama macam 7 Eleven tu...sedaplah yasmin hari-hari minum slurpee.  Tu baru sampai pun dah membeli...
 Late lunch hari pertama.  
 macam otak-otak tapi bukan sebenarnya
Ni hotel tempat tidur kita orang.  Dua tingkat...kalau pergi berempat atau family yang sedang-sedang aje, sesuailah duduk sini- Grand Serela Riau Bandung namanya.  Aku dan yasmin tidur kat bhg atas.  Tengah malam nak terkucil...gagah jugalah turun tangga tu.  Lagi satu hotel ni mengamalkan penjimatan elektrik...suram aje lampu kat bilik.  Kita orang nak pack barang pun payah.  Duk harap cahaya dari bilik air aje.  Sib baiklah dua malam aje...dan untuk tidur aje.

Aku kalau jalan dengan kawan aku ni memang tak ada melawat tempat2 peranginan semua tu.  Kita orang memang menghabiskan duit semata...hahaha...Kebetulan pulak Indonesia cuti masa kita orang sampai sempena Hari Nyepi kalau tak silap aku.  So Bandung memang jamm teruk...Almaklumlah orang Jakarta pun datang sini...ada lagi satu group kawan aku yang ke Bandung hari yang sama, pergi Tangkuban...7 jam duduk dalam kereta.  Tak boleh nak buat apa langsung...

Ok tu cerita hari pertama.  Ada dua hari lagi.  Kalau berkesempatan aku story lagi ya. Yang penting, terima kasih datang baca.

25 April 2014

Mat Salai


Salam Jumaat...
Bila ya pergi makan kat En Mat Salai ni...tx ingat dah. Tp baru-baru ni aje. Dua hari berturut datang makan kat sini tau. Kalau berturut tu maknanya apa? Hahaha...


Yang bestnya kat sini, boleh order satay willy sekali. Gerai satay tu kat depan kedai En Mat Salai ni aje. Orang pun tak adalah ramai sangat jadi kalau order tu tak lah lama menunggu.

Anak-anak masa mula2 datang order ice blended. Sakan dia orang. Second time datang aku yang orderkan air milo jer...hehehe...klu bagi dia orang order, ambil kesempatan betul...

Oklah tu aje cerita makan-makan aku hari ni. Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

23 April 2014

Oat Choco


Dah pernah rasa oat choco ni? Terhangat di pasaran sekarang ni tau...susah nak dapatkan stok,memanjang habis jer. Ni pun dapat dari kawan fb. Kenal sebab lain tapi berjumpa sebab lain...hehehe.

Harga pun bermacam-macam jugalah jadinya. Paling mahal yang aku dengar RM20 sepeket. Yang aku punya ni murah jauh banyak beza dengan yang mahal tu. Rasa sama jer...so sapa yg pernah terbeli dengan harga mahal...meh lah beli dengan saya ya.

Tu ajelah cerita terkini. Mungkin lepas ni saya nak jual beberapa produk untuk puasa yg tak lama lagi ni dan kuih raya....tunggu ya.

Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

Hai

Lamanya aku meninggalkan blog kali ni...uhuk..uhuk...berhabuk sana sini ko...ada ke yang tersesat kat sini masa ketiadaan tuan rumah...tak per datang jer,ahkak tx kisah pun...hahaha...perahsaan tetap sama tx berubah!
Cerita adalah sangat banyak yang nak aku kongsikan kat blog ni...almaklumlah aktiviti banyak kan...lagi-lagi bila anakanda danial dah melangkah ke alam persekolahan ni...lg banyak story yg nak aku kongsi dan abadikan kat blog aku ni. Gambar yang 'meletop' lg lah banyak...hahaha meletop kebabom lahhhh sangat kannnn...
Buat masa ni sebenarnya beberapa bulan kebelakangan ni aku menghadapi banyak sangat rintangan nak update blog. Paling sedih gambar header hilang...geram betul...ni pun tak tahan dah nak update, guna hp tp sokmo typo...almaklumlah jari-jariku comel-comel belaka...
Kalau semua rintangan tu berjaya aku atasi akan aku usahakan secepat mungkin untuk mengupdate cerita ceriti kami di sini ya.
Itu aje buat masa ni...terima kasih datang baca...

05 April 2014

I'm Back

Tak tahulah berapa lama i'm back nya ni.  Tapi yang penting gambar kat header dah muncul balik...berpeluh-peluh aku dibuatnya...makan bulan tu.

Gambar kat header dah settled, tapi gambar untuk bercerita tak berjaya nak upload lagi.  Dah sampai tahap sakit hati yang maks ni...gambar banyak sangat nak bercerita...manalah aku tak geram.

Baru-baru ni ahkak up up and away tapi tulah tak ada gambar sebagai bukti.  Kali ni ahkak ke Bandung pula.  Berdua dengan anakanda Yasmin.

Kenduri kendara kat rumah kakak pun ada gambar juga...makan-makan tak usah cakaplah banyaknya gambar...sepetang di sini dan sinun pun belambak...haishhh sabar ajelah aku...

Demi tak nak menambahkan rasa sakit hati aku ni, baiklah aku stop kat sini saja.
Nanti bila masalah dah selesai kita sembang-sembang lagi ya...

bye...bye...terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails