21 Januari 2015

Hari Lahir Yasmin


Sekejap benar aku rasa dia dah melangkau batas umur belasan tahun...dari lahir sampailah ke hari ini tak pernah menyusahkan. Alhamdulillah kehidupan anak aku ini dipermudahkan...Terima kasih Ya Allah kerana memberi dia pada aku....sob...sob... Harapnya sampai bila-bila pun perjalannya di permudahkan...

Yasmin sangat-sangat sabar orangnya...saling tak tumpah macam aku...ehhh...hahaha...tapi kesabaran dia ada limit.
Tak banyak cakap...dalam kelas pun duduk diam aje...bercakap dengan orang-orang yang rapat dengan dia sahaja. Ini cikgu-cikgu dia yang cakap tau, bukan emaknya...

Yasmin ada sikit keras hati...tak per nanti ibu bacakan surah toha.

Yasmin awal-awal lagi dah tanda kat kalendar hari lahir dia. Siap tulis 'jangan lupa'. Lepas tu menghitung hari...sekali masa hari lahir dia, aku demam. Lupa
terus nak wish kat dia. Dah tghhari baru teringat.

Baru beberapa hari lepas dia tanya aku, ibu...anak tengah ni kurang mendapat kasih sayang kan ? Tanjat ibu dia tau...sapa cakap? Cikgu kakak cakap...

Kakak rasa kakak kurang kasih sayang ke? Ya lah...amboiii...terbeliak biji mata omak ko hah...kenapa kakak cakap macam tu? Bagi ibu satu alasan yang paaaaalingggg munasabah...
Tadi masa kakak cakap dengan ayah, abang buat kakak, ayah kata abang tak sengaja padahal sakit tau tak. Adalah abang eimran buat dia...terkena mata dia...sib baik masa dia mengadu dengan aku, aku siap tiup dan cium kat mata dia. So dia rasa tak mendapat perhatian bila mengadu dengan ayah dia...uhuk...uhuk...ayah nak kena ni...Ibu bagi cukup kasih sayang kan kakak...angguk je dia. Kesian kat dia...

Harapan ibu moga yasmin menjadi anak yang solehah berjaya didunia dan akhirat.

Tu aje cerita petang ni...terima kasih datang baca..

posted from Bloggeroid

20 Januari 2015

Smart Sangat ni...


Viral betul gambar buku teks macam tu sejak minggu pertama persekolahan lagi. Bagus...bagus...benda baik macam itu memang kena viralkan.

Tu gambar buku teks anakanda danial. Tu baru sekolah kebangsaan. Buku teks sekolah agama belum dapat lagi katanya. Aku dah telefon sekolah tanya, harapnya hari ni dia dapatlah buku teks tu. Bukan apa, senang sikit aku nak lekatkan sticker...hehehe...

Danial ni istimewa sikit...sepanjang tahun lepas memang menjadi tugasan aku, yasmin, abang dan kadang-kadang ayah dia kena susunkan buku sekolah mengikut jadual.
Alhamdulillah awal-awal sesi persekolahan ada hambavzq Allah memberi ilham dengan berkongsi cara paling pantas bagi aku untuk mengajar dia menyusun buku sendiri. Untuk permulaan, malam tadi dia sedikit teruja almaklumlah benda baru kan. So dia berjaya menyusun sendiri jadual waktu dia semalam. Syabas danial!!!.

Ok tu aje nak cerita. Terima kasih datang baca. Aku masih mengupdate blog menggunakan hp pintar...smart juga tu kan...hehehe

posted from Bloggeroid

14 Januari 2015

Tahun Baru 2015

Tahun baru, sesi persekolahan baru, persalinan baru...
alat tulis baru, beg sekolah aje tak baru...sebelum terlupa
kasut sekolah pun baru...Danial aje kasut lama.
Hebat sangat budak-budak sekarang...aku baca watsapp yasmin dengan kawan dia, "dah beli buku...dah beli baju...semua serba baru...." bukan yasmin yang dah beli serba serbi tu...kawan dia...

Perancangan awal aku nak tukarkan qaseh ke tadika lain
tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, dia bersekolah di tadika lama...sebenarnya dia sempatlah dua hari merasa belajar di tadika baru tu...


Untuk anak syurga aku yang sorang ni, macam tulah dia pagi Isnin hari tu. Puncanya...seluar labuhlah...baju besarlah...tapi bila sampai sekolah, dah jumpa kawan terus lupa yang labuh yang besar segala tu....
Kali ni aku skodeng dia waktu rehat...dah beli makanan tapi nak ikut kawan duduk atas simen kat tandas... eeiii...geram aje aku...padahal kat kantin ada kerusi meja tetap nak duduk atas simen...kat tandas pula tu...



Cik kak ni memang menghitung hari nak pergi sekolah... tak sabar nak tunggu sesi persekolahan baru. Nampak juga dia frust bila aku tukarkan dia ke sekolah lama... kesian dia....

Gambar abang dengan kakak tak sempat nak ambil pepagi tu. Terkejar-kejar nak menyiapkan dua orang yang kecil ni. Pepagi aku dah exercise berjalan laju menghantar yasmin...balik siapkan danial pulak. Lepas tu qaseh...huishhh boleh kurus macam ni...hahaha....

Kain baju, beg buku semua memang aku siapkan sebelah malam....bersusun beg depan pintu. Danial dgn yasmin sorang dua beg. Beg nurseri lagi...

Harapnya tahun 2015 ni memberi nafas dan sinaran baru buat aku...hahaha...ayat tx agak- agak kannnn....

Tu ajelah cerita pembuka untuk tahun baru ni. Terima kasih singgah baca coretan dari hati aku ni...ngeee...

P/s korang tahu kan ahkak jual nasi arab al bayt? Masih berjalan seperti biasa. Siapa nak jangan malu-malu bagitahu ya.
Lagi satu produk laku laris yang ahkak jual, sambal kentang. Boleh order kalau ada yang nak bercuti ke hong kong ke vietnam ke...tak salah bawa bekal sambal goreng ni. Cepat-cepat order ya.

posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails