31 Ogos 2015

Selamat Hari Merdeka


Tanggal tiga puluh satu
bulan lapan lima puluh tujuh...

Asal bulan lapan aje mulalah nak nyanyi lagu merdeka ni kan
Bendera pun banyak di jual di kedai-kedai
Yasmin siap letak bendera kat meja sekolah...
Satu kelas letak bendera...wahhh mesti menarik kan
cikgu kelas dia tak ada pula wapps gambar 
Kalau ada mesti ibu yasmin dah share kat sini...

Tahun ni genap 58 tahun kita merdeka!!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Minggu akhir bulan Ogos ni biasanya sibuk dengan 
raptai hari perbarisan...aku tak pernah lah masuk apa-apa acara
sempena menyambut hari kemerdekaan ni...
tapi tahun ni anak sedara ada ambil bahagian dalam
acara kompang katanya...Nanti kita tengok kat TV ya...
Kalau nasib baik masuk suratkhabar...hahaha...
Selalunya kalau time raptai ni, dari office aku boleh dengar
dan lihat dengan jelas helikopter dan jet pejuang buat 
lintas hormat...tapi hari Khamis lepas aje aku dengar
sekali bunyi jet pejuang...bila intai kat tingkap nampaklah
3 ketul aje jet pejuang...awat sikit sangat ???
ohhh jimat kos kot...jimat duit minyak...

Apapun...selamat hari Merdeka...saya bangga menjadi 
anak Malaysia!

Terima kasih warga Malaysia yang sudi datang membaca
coretan saya..hahaha...

29 Ogos 2015

Smooth Chopper

 Mari rapat sikit...kot boleh zoom gambar tu zoomlah ya...nak kongsi kan kat sini betapa bestnya gadget baru aku ni...alahaiiii sejak ada benda ni tak payah lagi susah-susah mengetuk lesung batu...mengganggu ketenteraman seisi rumah tau...Smooth chopper ni rileks aje buat kerja...tapi awas ya...blade dia tu tajam menikam okey!
Lepas ni bolehlah buat sambal belacan, tempoyak colek...ehh macam-macam lah lagi...masukkan semua bahan...lepas tu kita tarik aje...boleh aje kita tarik sambil tengok tv...tak adalah nak terabur merata terkeluar bawang-bawang tu atau terpercik cili api masuk mata.  
Nilah hasilnya.  Senang sangat kerja-kerja memasak kat dapur sekarang.  Boleh aje minta anak-anak tolong blend kan bawang-bawang ni semua sambil kita buat kerja lain.  So aku rasa smooth chopper ni harus ada di setiap dapur rumah awak-awak semua...

okey...nak order kenalah roger cepat-cepat ya.  Tak menyesal belilah...
Terima kasih datang baca.  Sempena nak merdeka ni, semangat pula nak mengupdate blog.  Kalau tak sunyi sepi aje kannnn....

28 Ogos 2015

Harijadi Abang


Harijadi anakanda Eimran dah lama berlalu.  Haruslah emaknya update cepat-cepat sebelum dia berbunyi.  Tahun ni genaplah umur abang 15 tahun.  Bermakna abang bakal menghadapi peperiksaan yang agak besar.  Tapi nampak sangat abang rileks berlebihan...
Apapun ibu tetap doakan abang berjaya di dunia mahupun di akhirat.  Semoga abang menjadi anak yang soleh.

Terima kasih abang kerana selalu meringankan kerja-kerja rumah ibu walaupun kena di ingatkan selalu...hehehe...Abang sangat bertanggungjawab masa ketiadaan ayah.  Menjadi tugasan abang untuk jemput adik-adik balik dari nurseri. Mula dulu abang bersungut juga, tapi sekarang tidak lagi...

Pesanan ibu...Jangan suka sakitkan hati Yasmin...jangan suka menyakat qaseh.  Yang penting jangan cepat naik darah dengan Danial...Paling penting sekali...JANGAN TINGGAL SOLAT.  

Tahun ni tak ada hadiah untuk abang...sebab nilai ringgit jatuh.  Tapi jangan risau, setiap kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang tidak di sangka-sangka.  Abang hanya perlu tingkatkan usaha, pasti akan ada sinar di penghujung perjalanan abang nanti. Cewahhh teror pulak mak kau kannnnnnnnnn...

Apapun Selamat Hari Lahir abang...biar lambat, biar tak ada hadiah...yang penting ingatan dan doa ibu untuk abang sentiasa mengiringi setiap langkahmu...

Dah kenapa aku skema sangat hari ni...hahaha...Terima kasih datang baca.

20 Ogos 2015

Qaseh

Dialog pagi ini :

Qaseh : ibu, kenapa mak long ayah tu baik? (Merujuk kepada kakak kepada en suami)

Ibu : memanglah mak long baik. Kenapa aceh cakap macam tu?

Qaseh : ya lah...dia bagi macam-macam makanan kat kita (iaitu jajan)

Ibu : hahaha...(gelak besar aku pagi-pagi ni) habis tu mak long ibu tak baik ke? (Merujuk kepada kakak aku)

Qaseh : baik sikit aje...sebab dia suka cakap abang aceh bangla( sambil tunjuk kat danial)

Ibu : ( lagi kuat aku gelak...jujurnya dia)

Kepada mak long ibu...jangan sentap ya....

Terima kasih datang baca...

posted from Bloggeroid

10 Ogos 2015

Cerita Ahad Lepas

Tragedi sangat petang ahad lepas...ceritanya bermula begini...hahaha...skema sangat
Petang-petang sabtu or Ahad memang sangat dinantikan oleh anak-anak aku ni...tak lain tak bukan nak mengajak pergi ke tamanlah...memandangkan sebulan puasa hari tu tak ke taman pun, jadi aku dengan baik hatinya offerlah kat dia orang pergi taman petang sabtu tu lepas majlis khatam al-quran yasmin.  Tapi petang tu, hujan lebatlah pula...so offer tu di tarik balik...dan di cadangkan pada petang ahad pula.  Dan kebetulan hari ahad tu cuaca sangat cantik, dapatlah dia orang ke taman.

Aku yang nak exercise sebenarnya...almaklumlah dah makan macam-macam...exercise satu pun tak ada...bukan nak berlari sangat pun, sekadar jalan kaki keliling taman permainan tu aje...yasmin di tugaskan memantau qaseh dan danial.  Danial pun tak adalah di pantau sangat, sebab dia sibuk mengayuh basikal...


Happy aje kan, bila kehendak hati berjaya di laksanakan...sampailah bab nak ajak balik...
Biasalah tu...tak nak balik...tak puas nak main lagi...ok, ibu bagi 5 minit lagi...cukup time kita balik...masa nak balik ni lah tiba-tiba danial kata dia tak larat nak jalan...amboiiii tadi sakan mengayuh basikal, sekali bila nak balik tak larat pula ya...aku pimpin dia sambil jalan sampai melintas jalan...tiba-tiba dia mencangkung kat jalan...nak tak nak aku dukung juga dia...sambil tu mulut membebel kat dia juga...sekali aku tengok mata dia tertutup dan bibir dia dah putih pucat...aku apa lagi...laju-laju lari balik ke rumah. Tapi masa ni tak panik sangat...siram air dan panggil dia...dia buka mata...bagi minum air...oh ya...masa ni jiran sebelah pun datang tolong panggil dia...tak bagi dia tidur...

Bila dia dah sedar, aku papah bawa masuk rumah...masa nilah aku panik giler...bila aku duduk kan atas kerusi, dia langsung tak buka mata...aku sapu air kat muka pun dia tak bangun...panggil pun tak respon nak buka mata...nampak macam dia sedap sangat tidur...tapi kenapa nak tidur pulak time ni kannn...aku dah selebat-lebatnya hujan...
tapi yang 3 orang lagi tu ingat danial main-main...almaklumlah dia kan drama king.  abang eimran geli-geli kaki pun dia tak respon. qaseh duk cucuk kat pinggang pun dia tak respon...yasmin called ayah dia bagitahu danial tak sedar...mungkin dengar aku menangis, laju aje bapak dia balik...terus bawa pergi klinik dalam keadaan yang tak sedar tu...Doktor terus bagi oksigen...baru dia buka mata...
Bila buka mata pun dia macam terpinga-pinga aje...pandang keliling...nak pastikan kat mana kot.  Aku panggil dia, dia pandang aje.  Lepas tu mata melilau pandang keliling lagi. Aku ada rasa cuak juga di situ...Aku suruh sebut Allah...dia sebut.  

Doktor kata mungkin dia pitam, sebab check perut dia banyak angin...tapi Doktor tetap nak refer ke hospital untuk further check up.  Lagipun ini pertama kali berlaku.  So lepas tu ke hospital kajang lah kita...

Masa kat emergency, doktor terus buat x-ray, ECG dan ambil darah.  Semua tu ok tapi doktor still nak pantau dalam masa 24 jam.  so bermalamlah kami di hospital.
Alhamdulillah masa kat hospital Danial sihat-sihat aje.  Tak ada beza langsung time sihat dengan sakit...sempat juga pow aku kat kedai hospital tu...nak kereta mainan.  Sebab admitted, aku layanlah juga...
Ni gambar Danial tolong bapak budak tu nak bagi ubat...anak dia duk jerit tolong...tolong...hahahaa...pandai sangat adik tu...terus danial datang tolong pegang kepala dia...memang seksa nak bagi budak-budak kecil makan ubat kan...aku dah merasa tu dulu zaman abang eimran.

Tu aje cerita kali ni.  Harapnya Danial akan baca kisah ni.  

Terima kasih datang baca.

07 Ogos 2015

Majlis Khatam Al-Quran dan Rumah Terbuka

Majlis ni berlangsung hari Sabtu lepas untuk Yasmin dan kawan-kawan yang sama mengaji dekat nursery.  Seminggu lagi dia dah sibuk suruh beli bunga telur dengan pahar tu. Bunga telur tu aku beli kat Mydin aje.  Sebab dia perempuan, aku beli yang kaler pink.  Telur tu aku rebus hari Jumaat malam.  Tak pernah buat kerja keras tangan ni, terhegeh-hegeh mengikat telur tu dengan benang.  Esoknya tu sambung ikat dengan dawai.
 Punyalah bersemangat dia nak pergi nursery petang tu, tak sempat nak bergambar kat rumah...bergambar di jalanan aje.  Aku tempah pulut kuning sebab aku mengaku aku tak pandai nak mengukus pulut.  Lagi pun aku punya pengukus kecil aje...tak sesuai nak kukus mengukus ni...takat nak kukus kuih pau 4 ke 5 ketul boleh lah.
Ada dalam 8 orang yang khatam quran beramai- ramai ni.  Budak lelaki dalam 3 orang selebihnya semua perempuan.  Aku rasa ni baru pertama kali kot pihak nursery ni buat majlis seumpama ni, sebab aku ada interview sorang budak yang khatam sama yasmin ni, dia kata dia dah lama habis baca quran, tahun lepas lagi.  cuma majlis khatam baru buat baru-baru ni...
 Pihak nursery baik hati menyediakan cenderahati untuk anak-anak yang dah khatam al-quran ni.  
Yasmin dapat sehelai blouse dan tudung.  Terima kasih ummi!  Pesanan untuk yasmin, ummi suruh jangan berhenti membaca al-quran.  Lepas ni belajar tajwid pula.

Selesai majlis khatam ni, ada majlis rumah terbuka pula kat nursery ni juga.  Memang tiap tahun ada majlis rumah terbuka kat sini.  Aku baru 2 tahun ni menghantar dia orang kat sini, so dua kali lah menghadirkan diri.  

Selesai kat sini, ada lagi satu jemputan rumah terbuka kat kejiranan aku ni.  Rumah kawan Eimran juga.  1st time aku pergi rumah kawan dia ni...dari luar dah cantik aku nengok kan rumah dia...kat dalam lagilah...english style gitu...makanan pun not bad. Ada sate minang, mee bandung, tepung pelita...ehhh macam-macam lagi lah...so kiranya hari tu kalau tak makan malam pun tak apa...tapi petang tu hujan lebat...biasa kalau hujan ni perut mesti lapar kan...anak-anak aje yang makan malam.  Aku dah tak boleh nak masuk dah...

Tu aje cerita hari sabtu lepas.  Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails