27 Disember 2016

Muzium Negeri

As salam.

Cuti sekolah kan sekarang ni tapi aku tak cuti sebab cuti dah habis...kesian kan...
Paling kesian dekat anak-anak lah sebab tak dapat berjalan. Aku tak ada cuti, ayah dia orang pulak tak boleh cuti sampai tahun batu cina. Lagi satu, yasmin pun tak cuti lagi...jadinya bertabahlah anak-anak duduk kat rumah ya.

Cuti Krismas hari tu, aku dengan kakak-kakak aku bawa anak-anak melawat muzium negeri, Negeri Sembilan. Aku yang dah 40 an ni pun baru pertama kali menjejakkan kaki ke muzium negeri sembilan ni.


Sebelum masuk harus bergambar dulu. Elok kitaorang masuk kedalam muzium, hujan turun dengan agak lebat juga. Kebetulan dekat muzium ni sekarang ada Pameran Purba Mesir.


Aku tak ingatlah ni replika apa...hahaha...tak boleh nak ingat langsung...sia-sia aje lawatan aku ni...lepas dari tengok-tengok sejarah mesir ni, kita orang tengok sejarah negeri tumpahnya darah ku ini.


Orang kalau sebut negeri sembilan asyiklah risau kalau ada mengamalkan adat perpatih.

So marilah kita baca sama-sama bagi hadam ya.


Lagi tentang adat perpatih.


Lagi satu, apa saja pasal kampungku, kita kongsikan bersama. Istimewa rupanya orang-orang Linggi ni.


Keluar dari muzium tu kita orang ke bangunan sebelah yang merupakan replika rumah ampang tinggi. Kalau tak silap aku, ampang tinggi ni nama tempat kat negeri sembilan...rasanya dekat kuala pilah.


Sebelah rumah Ampang Tinggi pula ada replika rumah Negeri Sembilan...yeayyyy...sama macam rumah arwah nenek aku. Ada peran...peran tu satu bahagian kat loteng rumah.

Setakat ni percutian singkat kami. Terima kasih datang baca.

07 Disember 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan

As salam.

Kan main pantas lagi update blog pasal hari anugerah ni ya...hahahah...mahunya tak pantas, pertama kali tu...zaman aku dulu memang tiap tahun muka yang sama aje 9dapat anugerah...zaman aku dulu lagi best pasal dapat hadiah untuk mata pelajaran sekali. Sekarang ni yang dapat anugerah yang periksa nombor 1 sampai 3. Ada sekolah memang budget habis, bagi kat pelajar yang dapat nombor 1 aje...sadis betul...

Semalam kiranya hari ini dalam sejarah keluarga kecil aku lah...qaseh satu-satunya yang berjaya mendapat anugerah cemerlang. Dari zaman abang eimran sampailah ke zaman qaseh, baru semalam aku merasa dapat duduk dalam dewan tunggu nama anak diumumkan...tengok dia berjalan ke pentas...tersipu malu bila di suruh bergambar...ahhhh over betul kan.

Sungguh aku over, dari duduk kat belakang, laju meluru kedepan semata-mata nak pastikan aku dapat ambil gambar dia. Ada seorang ibu lain juga dah bersedia nak ambil gambar anak dia, lepas qaseh giliran anak dia. Dia sempat tanya aku, anak dapat no 2 ya? Aku angguk aje dan tanya anak dia kelas apa? Rupanya sama kelas dengan qaseh.
Kalau ikutkan dari periksa awal tahun sampailah pertengahan tahun hari tu, qaseh sentiasa dapat nombor 1. Jadi aku ada juga membebel dekat dia, asyik ponteng aje kan dah dapat no.2. Tahu apa dia jawab balik, bersyukurlah dapat no 2. Aku yang nak marah terus gelak...sabar ajelah.

Gaya malu-malu dia bila aku suruh bergambar. Macam-macam gaya dia buat.

Bila ayah balik kerja laju-laju dia tunjuk kat ayah dia. Ayah senyum bangga...terus letak kat atas para tu....lagi satu, balik dari dapat anugerah ni terus dia ajak beli jam tangan. Aku dah janji kalau dapat no 1 boleh beli jam tangan...tapi no 2 pun syukur juga kannn...

Terima kasih datang baca.

05 Disember 2016

Potong Jangan Tak Potong

Assalamualaikum.

Potong apa tu? Potong tutttt...

Kali ni giliran anakanda Danial pula nak melangkah ke alam dewasa...Aku dah siap-siap booking hujung bulan Oktober kalau tak silap...Danial dah selamat dipotong pagi sabtu 3hb Dec 2016 yang lepas.

Malam sebelum tu dia ada juga cakap yang dia tak jadi nak potong..aku mulanya terkejut juga, sebab sebelum ni dia begitu teruja nak kena potong...sekali malam tu berbelah bagi. Kalau ikut aku ok je kalau dia nak buat tahin depan, sekali ayah dia pula tak kasi, suruh juga buat esok.

Petang sebelum tu nurse klinik ada call suruh datang pagi-pagi dan pastikan dia bersarapan...ok menurut perintah. Waktu aku sampai klinik, dah ramai budak- budak yang nak kena potong juga. Dah ramai sampai Danial dapat no 12 atau second last. Lama juga menunggu. Sebelum tu nurse bagi makan ubat tahan sakit dan antibiotik.

Sampai-sampai kat klinik Danial dah dapat kawan. Dia yang memang ringan mulut cepat aje dapat kawan. Masing-masing duk bisik- bisik takut..Seingat aku zaman abang eimran dulu aku datang malam...sukahati aku aje...hehehe...
Tapi kali ni doktor buat ramai-ramai. Sangat sistematik. Selesai aje urusan semua, anak-anak diberi bunga telur...Alhamdulillah sementara menunggu giliran hanya seorang aje yang menangis. Yang lain keluar aje senyum...hahhaha. Danial pun tak menangis...lega aku.

Ni budak yang no. 1. Aku rasa tak sampai 20 minit dah selesai. Budak ni yang mula-mula keluar berlari sambil senyum...bukanlah dia lari 100 meter tu...lari-lari anak cari ayah dia.

Muka Danial masa nak balik...rileks aje kan.
Sekarang ni tempoh berpantang...mujur dia tak susah sangat dalam bab makan. Dia nak roti aje...mula- mula hari tu aku buatkan sup sayur, berselera juga dia makan. Lain- lain dia sibuk main game atau tidur.

Buat sementara waktu ni kitaorang memang tak ke mana-mana sebab Danial yang dalam pantang dan kakak Yasmin pun belum mula cuti...tu ajelah cerita kali ini. Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails