05 Disember 2016

Potong Jangan Tak Potong

Assalamualaikum.

Potong apa tu? Potong tutttt...

Kali ni giliran anakanda Danial pula nak melangkah ke alam dewasa...Aku dah siap-siap booking hujung bulan Oktober kalau tak silap...Danial dah selamat dipotong pagi sabtu 3hb Dec 2016 yang lepas.

Malam sebelum tu dia ada juga cakap yang dia tak jadi nak potong..aku mulanya terkejut juga, sebab sebelum ni dia begitu teruja nak kena potong...sekali malam tu berbelah bagi. Kalau ikut aku ok je kalau dia nak buat tahin depan, sekali ayah dia pula tak kasi, suruh juga buat esok.

Petang sebelum tu nurse klinik ada call suruh datang pagi-pagi dan pastikan dia bersarapan...ok menurut perintah. Waktu aku sampai klinik, dah ramai budak- budak yang nak kena potong juga. Dah ramai sampai Danial dapat no 12 atau second last. Lama juga menunggu. Sebelum tu nurse bagi makan ubat tahan sakit dan antibiotik.

Sampai-sampai kat klinik Danial dah dapat kawan. Dia yang memang ringan mulut cepat aje dapat kawan. Masing-masing duk bisik- bisik takut..Seingat aku zaman abang eimran dulu aku datang malam...sukahati aku aje...hehehe...
Tapi kali ni doktor buat ramai-ramai. Sangat sistematik. Selesai aje urusan semua, anak-anak diberi bunga telur...Alhamdulillah sementara menunggu giliran hanya seorang aje yang menangis. Yang lain keluar aje senyum...hahhaha. Danial pun tak menangis...lega aku.

Ni budak yang no. 1. Aku rasa tak sampai 20 minit dah selesai. Budak ni yang mula-mula keluar berlari sambil senyum...bukanlah dia lari 100 meter tu...lari-lari anak cari ayah dia.

Muka Danial masa nak balik...rileks aje kan.
Sekarang ni tempoh berpantang...mujur dia tak susah sangat dalam bab makan. Dia nak roti aje...mula- mula hari tu aku buatkan sup sayur, berselera juga dia makan. Lain- lain dia sibuk main game atau tidur.

Buat sementara waktu ni kitaorang memang tak ke mana-mana sebab Danial yang dalam pantang dan kakak Yasmin pun belum mula cuti...tu ajelah cerita kali ini. Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails