04 Oktober 2017

Jalan jalan Putrajaya

As salam.

Ni cerita minggu lepas. Memandangkan sebulan senyap sunyi, marilah cepat-cepat update cerita sebelum basi.

Kebetulan aje hari tu en suami free dan balik awal. Apalagi kitaorang laju aje ajak jalan-jalan. Kalau dengan aku, jalan dekat-dekat aje. Lepas tu kena jalan waktu cerah sebab emak is rabun. Silau kena lampu kereta memancar-mancar nanti.

Satu lagi kebetulan sebab dekat Putrajaya masa tu ada skateboard apa kebenda ntah
Aku dah lupa. Macam festival jugalah. Kelentang kelentung tengok diaorang main papan luncur tu.

Sadisnya gambar-gambar orang main skateboard semua aku delete. Sebab memory phone aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan. So tak ada buktilah ya.

Sebelah tempat orang main skateboard tu ada kampung beca. Macam kat Melaka pula dah...beca berlampu. Bukan beca aje yang ada, basikal dan kereta pun ada.


Anakanda berdua bergambar kat basikal ni dengan rela.


Ni dia kereta berlampu lip lap. Kitaorang tak naik pun. Setiap kereta atau beca nak naik dikenakan bayaran. Untuk kereta ni kalau tak silap aku dalam rm30. Tak naik sebab dah selalu naik kereta...tak payah nak membazir naik yang ni pula. Beza lampu tu aje...hahaha..


Ni pula kereta tong drum. Yasmin dan Qaseh aje yang teruja nak naik ni. Danial tak minat. Bayaran untuk kereta ni rm5 satu tong. Kalau satu tong duduk 2 orang tetap rm5. Macam Qaseh dan Yasmin duduk asing, jadi mak kena bayar rm10 untuk 2 tong. Faham ke tak?


Sebelum naik kereta tong drum tu, diaorang sibuk memancing ikan. Dua joran rm5 kalau tak silap aku. Ke lebih lagi. Dah tak ingat...

Danial main lompat lompat apa ke nama benda tu aku tak tahu. Tak ada pula gambar dia melompat berlipat tu...berpeluh-peluh dia masa balik tu...

Tu lah cerita jalan-jalan kitaorang. Janji ada kannn...terima kasih datang baca.

Upadate dari handphone pintar samsungšŸ˜Š

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails