09 Ogos 2018

Bila Tora Lama Tak Muncul

Assalamualaikum...

Tuan tanah sendiri terkejut tengok blog yang dah lama sangat dah berupdate...nampak sangat hangat-hangat tahi ayam. Lama betul kali ni...Last update bulan Januari...

Banyak sangat nak cerita, tapi sis cubalah ya.

Memula nak bagitahu yang entry ni tak ada gambar.  Gambar semua dalam handphone tak transfer lagi masuk laptop.  

Untuk update yang pertama, haruslah dari bulan Januari.  Cerita follow up anakanda Danial di hospital Serdang.  Tahun lepas kan dia kena follow up dekat Hospital Serdang pasal masalah jantung berlubang...Mujur follow up tu setahun sekali je setiap bulan Januari.  So Januari lepas aku bawalah dia, kali ni keluar rumah lebih awal.  Sesudah solat subuh okey!  Tapi tetap kena tempuh kesesakan menghala ke Putrajaya tu...Bertabah betul aku masa tu.  Sadisnya tetap dapat parking tepi highway, malah lebih jauh lagi.  Bertambah sadis sebab masa tu hujan renyai-renyai...Berlari anak kitaorang anak beranak.

Syukur sangat, proses dari pendaftaran hingga jumpa doktor tak lama macam masa mula-mula dulu.  Kali ni jumpa doktor, terus buat ultra sound.  Doktor check lepas tu cakap dah tak ada lubang...mak is terkejut juga.  dalam masa yang sama sangat bersyukur...so doktor pun terus cakap, tak payah datang lagi...bertambah bersyukurlah mak dia...kira selamatlah cuti aku tahun depan.

Itu kira pembuka tirai 2018 aku lah...sebab appointment hospital memang awal tahun.  Yang lain-lain akan aku cuba ingat untuk memori dekat sini. 

untuk sementara waktu, ini ajelah yang mampu aku kongsi.  Terima kasih daun keladi..jangan lupa jenguk-jenguk blog ini lagi... 


04 Januari 2018

Bantal Hotel Dag

As salam.

Rasanya untuk tahun 2018 ni, aku nak lebih aktif menjual bantal hotel ni. Untuk pengetahuan semua, saya masih menjual bantal hotel Dag lagi. Walaupun sebelum ni suam suam kuku...In sha Allah lepas ni tidak lagi. Tapi janganlah muntah ijo pula nak baca blog ni ya.


Harga dah naik sikit semenjak bulan September tahun lepas lagi. Naik sikit aje...tapi kalau beli kombo lebih jimat.
Bantal jenis H Class ni memang laku keras. Selalu aje kehabisan stok. Tapi jangan risau, tak lama mana pun, cepat aje diaorang restok.

Kat rumah aku sendiri, setiap orang ada bantal hotel Dag ni sendiri. Aku pun beli yang hak H Class ni juga. Mana bantal yang dah nipis tu, tak simpan dah. Abang eimran pun bawa balik asrama bantal hotel dag ni juga...

Ok aku share sikit sikit dulu ya. Kalau suka cepat cepat bagitahu akak...

Terima kasih datang baca.

Percutian Budget 2017

As salam.

Penghujung tahun 2017 aku berpeluang bawa anak-anak aku bercuti di Kuala Lumpur. Macamlah tak pernah pergi KL kan...kebetulan aku berjaya mendapatkan apartment office dekat Midvalley. Bertahun tahu tunggu nak dapat apartment ni...konon nak tengok bunga api masa malam tahun baru, tapi tak boleh pula. Tapi syukurlah dapat juga bawa diaorang cuti sebelum masuk sekolah. Yang penting ada kolam renang.

Tapi kali ni aku malas sangat nak ambil gambar. Jadi tak adalah gambar tempat tido, bilik mandi dan dapur apartment tu. Hanya gambar kat kolam renang aje yang aku ambil.


Diaorang ni, kalau kolam tu buka 24 jam, aku rasa mahu diaorang berendam aje kerjanya. Ni pun sebelum maghrib sempat lagi satu round mandi. Esoknya sanggup bangun pagi pukul 7 pagi berendam lagi.


Layan ya gambar diaorang berenang renang di kolam renang. Anakanda Danial siap buat terjun tiruk. Masa diaorang mandi ni, memang tak ada orang lain pun, syok sangat diaorang conquered kolam tu.

Walaupun bercuti dekat-dekat aje, janji diaorang happy...barulah nampak mami happy juga!!

Aktiviti lain, jalan-jalan dalam midvalley aje. Siangnya tengok wayang cerita Jumanji tapi tengok kat Mytown.

Itu aje cerita cuti-cuti KL aku. Penutup tahun 2017. Terima kasih datang baca.

02 Januari 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.

Selamat datang 2018...harapnya tahun baru ni aku bersemangatlah nak update blog aku ni...memang azam tiap tahun nak update blog, tapi tiap tahun juga azam aku tu ke laut. Entah bila semangat waja aku ni nak kekal tak tahu lah.

Cerita tahun 2017 melambak tak update kat blog. Harapnya tahun ni ada banyak lagi cerita-cerita menarik yang akan aku kongsikan dekat sini.

Macam biasa awal tahun ni tak ada cerita lain selain anak-anak tercinta melangkah ke sekolah untuk sesi persekolahan baru. Qaseh dah naik darjah 3, abg danial dia tahun ni darjah 5. Rekod prestasi qaseh merosot tahun lepas. Nasib mak dia tak bertukar 'ijo'...Untuk dua-dua sekolah, qaseh turun kelas...mak geram okey!!

Semalam selamat hantar abg eimran balik asrama. Diiringi hujan renyai-renyai. Bukan nangis memang betul-betul hujan turun dari langit! Dia dah masuk tahun ketiga duduk asrama, kalau menangis memang nak kena karate dengan mak dia ni...Alhamdulillah tak ada barang yang tertinggal...satu pencapaian yang baik untuk tahun baru ni!
Lebih membanggakan, abg eimran terpilih menjadi pengawas asrama. Tahniah abang!!
Sama macam ibu dulu...pengawas asrama juga...bila tahu dia jadi pengawas semalam, panjang lebarlah pesanan untuk dia. Kalau dengan adik-adik, abang cepat naik darah, lepas ni kena control sikit panas baran tu.

Ada lagi sorang anakanda yasmin...alhamdulillah masih nak meneruskan perjalanan mencari ilmu agama. Mak sokong je...anakanda yang sorang ni tak banyak kerenah...redha aje. Melihat dia umpama melihat air yang tenang...gitewww.

Tu aje pembuka cerita tahun baru. Semoga aku akan terus cekal dan gigih untuk terus menulis. Terima kasih masih sudi jenguk blog yang sepi ini. Sekali lagi, terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails