28 September 2011

WW#3 Opppss...

26 September 2011

Rilek2s @ MidValley


Lepas bergambar kat Istana, kita orang dah tak tau nak pergi mana...aku laju aje ajak gi IKEA, tapi lecehlah kalau bawak budak2 ni...karang berkejaran kat dlm tu...tx larat aku.  Sudahnya kita orang setuju nak ke Midvalley aje.  Senang kira dah one way dr Istana.




Sukalah anak2 aku ni sesekali dapat bergumbira cam ni...Dia orang ni memang sangat-sangat jarang dapat peluang bergumbira kat soping komplek ni.  Weekend aje memang duk kat rumah, paling dasat pun aku bawa gi taman...



 Lepas tu sebelum balik, bawaklah dia orang makan Gelatto ke apa nama nya ni...bertuah betul dia orang ni, sorang pun tak nak share...terutama danial...sib baik duit raya ada...hehehe...nak tak nak kenalah makbapak yang share...
jgn muntah ya...

24 September 2011

Istana Negara

Lama dah sebenarnya plan nak bergambar kat Istana Negara ni...tapi asyiklah terbabas.  Kat Kolumpo ni kalau dah terlepas, wasallam lah jawapnya..lagi2 kalau berjalan ngan en suami aku tu...aku ni punyalah takut kalau plan di batalkan, awal2 dah cakap...saya tak sure jalan, kang awak jgn nak naik angin lak ya...sian kat aku kan...
Kita orang gi sini lepas makan bako2 tu.  Dah tak tau nak pergi manakan...so jalan2 ajelah kat kolumpo ni.  Cam tak ada sedara mara nak gi terjahkan...ehh..ada..lepas berposing kat sini, kita orang gi jln2 kat MidValley lak...LEPAS tu baru gi beraya kat Sa Pandan...


Elok jugak kita orang bergambar kat sini buat kenangan...tak lama lagi dia orang nak pindah dah kan...istana baru pun dah siap...
danial pelik tengok abang tu tak gerak2 pun..sonyum pun tak...

23 September 2011

Jalan2 Cari Pasal...

Buat apa kat sini???  Dapat pingat ke??? tx ada maknanyer...pingat perak ngan gangsa ada kat rumah...pingat darjah kebesaran lum dpt lagi...soon kot, InsyaAllah..kalau ada berjasa pada negara, sapa tau!


Citer selanjutnya, nanti akan di sambung...nak bersiap dah ni...

Kita Bako Lah Pulakkkk

Adegan bako membako ni berlaku sehari selepas small makan2 tu...dah lama sebenarnya aku nak makan pari bakar, tu yang buat jugak tu...tetiba aje rasa bosan dah nak makan rebus2 ni...so kita bako ajelah ya...
Anak-anak pun suka.  sesekali tukar menukan...selera dia orang makan.  Dengan danial sekali  berselera makan nasi..qaseh memang tak payah ajak, dia laju aje kalau bab makan ni...bak kata ayah dia, yasmin junior..sian budak tu...
kuah asam yang mabeles...

20 September 2011

Riang Ria Raya-tak habis-habis

 Suka betul dia orang ni bergambar kat tingkap tu...next year aku pulak...asyik korang aje...
 anak2 terchenta...


Rasanya cukuplah kot gambar2 raya aku...lagipun kita orang bukan bergambar sangat...sikit2 aje.  Sudah2 lah tu kan...

19 September 2011

Small Makan-makan

Small makan2 ni maksudnya untuk family members aje.  Kang ada lak yang tanya, big makan2 bila?  Tu yang aku jelaskan bagi faham...Ingat nak bagi makan nasi aje, tapi dah ramai sangat request nak steamboat, maka tunaikanlah hasrat perut masing2 kan...lagipun kalau buat steamboat ni, sonang sikit kerja tuan rumah...dia orang nak, dia orang celup sendiri...


Sebenarnya dia orang tak tahan tengok bila aku post kat blog kita orang asyik makan steamboat aje...tu yang dia orang request tu...
Ni antara tetamu aku yang awal jugak..yang terawal kakak aku dari Mantin, tapi boleh lak aku lupa nak ambik gambar dia orang.  Tapi kakak aku tu pun bukan suka nak enterframe kat blog aku ni, dia low profile, so kenalah hormati...
 Family abang aku
 sisters
in laws

Satay Raya

 Lepas solat raya kan..kan..kan... baru start upacara membakar satay.  Sepatutnya bakar masa malam raya, tapi dah tak cukup corrum...bakarlah pagi raya tu.  Tapi tahun ni tak ada satay daging, satay ayam jer.  ayam pun ayamlah...belasah aje...habis jugak, yang penting tak membazir.
Tukang order adalah aku...bukan satay yang famous amos tu, satay ni walaupun tak famous, boleh tahan jugak lah.  Sodap aje aku rasa...malah aku rasa lagi sedap dari yang famous tuttt...


Kuih raya pun ada jugak...bukan makan satay aje...kuih raya tetap tak di lupakan...
tak habis lagikan citer raya ni..almaklumlah raya sebulan....

18 September 2011

Lagi Menu Berbuka Yang Tertunggak...

 Eimran ngan yasmin kalau berbuka puasa dapat lauk ikan keli sambal ni pun berselera aje dia orang makan.  Eimran siap bertambah2 nasi okey...ntah apa yang sedap aku pun tak tau.  Tapi aku txlah layan sangat tekak dia orang ni, aku tukar2 jugak lauk lain...
Mee goreng pun ada gak aku buat, dua kali rasanya.  Habis licin...habis dah kot menu2 berbuka yang sempat aku snap.  Dlm pada berkejaran balik naik bas setiap hari, sempat gak aku ambil gambar lauk2 berbuka kan...nanti aku check kat folder, manalah tau kot ada yang tercicir ke, aku masuklah esok lusa...tx pun minggu depan...hehehe...

Lawak Minggu Ini


aku dapat lawak hujung minggu ni dari sorang kawan...betul2 buat aku gelak...skrg aku post kat sini lak, so kawan2 yang lain pun boleh gelak sama...


17 September 2011

 Aku baru bersemangat nak masukkan gambar2 raya ngan mana2 gambar yang tertunggak.. tapi ada jer halangan.  Masa aku tengah duk menaip ni, danial tengah menangis sambil menjerit2 panggil ayah dia suruh balik...sebab?? dia ajak aku gi kedai mamak nak beli bola... ntah berapa puluh kali dah beli bola...sudahnya ke longkang jugak...dia ingat dengan panggil tu ayah dia nak balik??? bertuahlah...


oklah...ni kuih buah melaka aku buat masa minggu2 terakhir ramadhan hari tu.  Last year ada buat sekali masa bulan puasa gak, so tahun ni lagi sekali...kiranya ni kuih setahun sekali...last year guna daun pandan, tapi this year aku guna pewarna hijau jer...
Citer pasal bulan puasa ni, tahun ni paling kurang ke pasar ramadhan.  walaupun tx pergi pasar ramadhan, tetapppp beli jugak lauk berbuka puasa.  Sekarang ni senang sikitlah pasal eimran dah besar dan boleh di harapkan suruh gi beli lauk kat kedai belakang rumah.  dia dengan yasmin senang aje time nak berbuka, janji ada keli berlada...cukuplah untuk dia orang.  Kalau bersahur lak, minggu2 last tu dia orang dah tak lalu nak makan nasi, so dia orang request nak nugget or coco crunch aje...lagi sonang mak ko...


Sekarang ni kan, qaseh di peha kanan dan danial di peha kiri...sila bayangkan mcm mana aku nak menaip...lepas tu cursor laptop ni kejap2 lari ntah kemana, tx reti duk diam....mencikkkk tul...ok nanti sambung lagi...nak layan anak2 terchenta ni dulu...

16 September 2011

Raya Pertama Lagi

 Ni sebahagian dari gambar2 masa pergi beraya pada hari pertama.  Sempatlah terjah dalam 4 buah rumah. layan ya..





Raya Pertama

Ni kira sambungan Pt I yang kat bawah tulah ya.  Masih lagi gambar2 di hari raya pertama.  Qaseh harus sedondon ngan kakak dia.  Eimran ngan Danial pun sama kaler baju melayu, ibu ngan ayah aje yang tak sedondon...Tapi qaseh pakai sekejap aje, tx tahan panaskan... lagipun dia tak boleh tahan tengok baju mickey mouse dia tu...
 Pak sedara-one and only yang tinggal sedang menikmati juadah di pagi raya.  Every year pak cik aku ni tak pernah tak datang rumah kita orang.  Memang dia sembahyang raya kat kampung pun...2nd raya datang lagi ngan family dia lak.
 Kakak aku ngan anak2 sedara pompuan...
 sesi salam2 dengan collect duit raya dari Tok Yik...

kelakar tengok muka qaseh...uncle chihab buli suruh pakai songkok ya..nanti ibu rotannnn dia...
Related Posts with Thumbnails