19 April 2016

Makan-makan with sistas

 Petang sabtu sebelum aku ke vietnam tu, tak di rancang pun, tetiba aje kakak aku call minta tolong orderkan sate.  Mulanya aku memang tak nak pergi pun rumah dia, sebab bag tak packed satu apa pun lagi.  Dengan nak menggosok baju sekolah qaseh...tapi memikirkan aku nak jumpa Adda yang balik bercuti, aku pergi jugalah.  Sudahnya aku yang kena tunggu sate tu siap.  Kakak aku order sate mentah...kedai tu buka pukul 6 ptg.
Aku cakap dekat eimran yang kebetulan ada masa tu, lepas maghrib kita balik...tak ada maknanya...pukul 9 lebih juga baru gerak dari rumah dia.
 Aku pun dah lama juga tak makan sate...Memang kita orang selalu order dengan orang yang berjual dekat rumah aku ni..Mai Sate nama dia. 
 Dua orang jejaka ni anak kakak aku...tak available dah.  Abang long dah ada anak sorang.  Yang adik baru aje selamat bernikah bulan satu hari tu.  Kakak aku order sate tu sebab kononnya anak-anak dia semua balik..tapi dua orang ni aje yang ada...Si Adda pun tak ada masa aku datang...keluar dengan kawan.  Sampai sudah aku tak jumpa dia.  Kakak pun tak balik sebab husband dia outstation.  
Nilah cucu baru aku...Sumayyah Sufiyyah...anak abang long.  Cucu pertama kakak aku.
Selain sate, abang ipar aku goreng kue tiaw feberet kita orang.  Lama dah tak makan kue tiaw dia.  

Tu ajelah update kali ni. Tak ada yang menarik pun.  Terima kasih datang baca.

18 April 2016

Ais Krim Choki Choki

 As salam.  Terliur tak tengok ais krim choki-choki aku tu...kan main viral lagi ais krim malaysia ni kan.  Dah 3 kali buat ais krim choki-choki ni...sedap sangat...yang letak sumi jelly pun aku ada buat sekali.  Tapi yang tu kurang sikit.  Choki-choki ni juga yang sedap.

Aku akan buat sebelah malam.  Bangun pagi nanti dah keras.  Guna air panas yang masak, ais dia lembut aje.  
Pepagi pun aku dah makan ais krim ni...tak per sebab dia susu...hhehe...Aku letak resepi untuk rujukan diri sendiri...

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air mineral
secubit garam.
Masak sampai mendidih
choki-choki picit masuk dalam plastik siap-siap.
sejuk bekukan.

Tunggu anak-anak balik hujung bulan ni, nak buat lagi.  Qaseh pun dah tanya bila nak buat lagi...Aku rasa elok juga buat ais krim ni sebab semuanya di masak.  Lagipun kurang sikit diaorang nak menahan aiskrim yang selalu lalu lalang depan rumah.

Terima kasih datang baca.

16 April 2016

Jalan-Jalan Vietnam 2016 Part 2

 As salam.  Suka tak bila ahkak rajin update blog?  Sila komen suka ya....hahaha..Sekarang ni kat FB semua macam tu kan...
Kali ni aku tunjuk hasil rembatan jalan-jalan di Vietnam pula ya.  Sebab pergi kali ni memang tak ada lawatan sambil belajar ya.  Kita orang sampai terus terjah Bent Thant market.  Aku  memang nak beli kain untuk baju raya anak beranak.  Alhamdulillah berjaya jumpa kaler yang di cari.  Misi kedua mencari lace.  Hari pertama memang tak jumpa langsung orang yang jual lace.  Padahal tahun lepas, dekat kaki lima Malaysian Street tu aje orang jual lace.  Hari kedua baru aku jumpa kedai yang jual lace.  Mana nak nampak sebelum ni sebab dekat depan kedai jual buah-buahan...aduhaiii...memang aku tak jelinglah kannnn...Lace yang kat atas tu bukan aku punya ya...
 Eimran awal-awal dah pesan suruh belikan topi...last year pun beli juga, tapi dah di rosakkan oleh danial.  Hangin satu badan dia.  Malam pertama tu aku dah belikan siap-siap kat pasar malam.  Topi tu rm 10 selepas sesi tawar menawar.  Nak menawar kat sini hati kena keras sikit ya.  Track suit tu pun sama...tapi kali ni kedai lain.  Aku cari kedai yang aku beli tahun lepas, macam dah tak ada.  Yang ini pun harga berpatutan. Bila dah balik rasa menyesal pula belikan sehelai aje...Patut borong 10 helai...hehehe...
Kalau ikutkan aku pun nak beli blouse kain lycra macam ni.  Tapi tak berkenan pula corak kali ini.  Aku belikan untuk orang yang mengirim saja.  Itupun kirim dengan duit ringgit. Kalau kirim kosong...minta maaflah ya.
Jadinya blouse untuk diri sendiri tak ada sehelai pun berjaya aku rembat.
 Jubah ni dari kain vietnam silk.  Aku terpandang masa makan malam dekat restoran Hj mansur.  Restoran-restoran kat sana bahagian belakang dia orang buat butik jual tudung dengan jubah dan kain segala.  Kebetulan aku yang duduk menghadap ke belakang, berkenan tengok jubah tu...tapi bukan aku punya juga, kiriman kawan ofis.
 Hahhh dekat kedai buah nilah yang jual lace kat atas tu...tak sesuai langsung kan.  Manalah aku terfikir kedai buah ada jual lace...hahaha...Aku saja ambil gambar durian tu sebab sebiji buahnya besar-besar.  Aku tak beli pun sebab kawan2 aku ni semua tak berapa suka makan durian...eeee very the omputeh....so aku ambil gambar ajelah.  Aku beli ciku, bawa balik...ciku kat vietnam ni besar-besar.
Ini buah tangan untuk anakanda danial.  Lama dah dia minta belikan beg pouch ni.  Aku beli masa malam terakhir kat vietnam.  Lepas tu kan, masa nak tidur teringat pula kat eimran...nanti dia tengok adik dia ada beg ni mesti dia nak...Esoknya seawal pukul 8 pagi aku pergi balik kedai tu...belum buka pula.  Kedai sebelah kata dia buka pukul 8.30. oklah kita orang pergi sarapan dulu.  Lepas sarapan pergi lagi, tak buka juga...dia orang suruh ketuk...mengetuk lah aku dengan nida kat kedai ni.  Nasib baik dia buka, lepas aku beli, dia tutup balik...hahaha...boleh cam tu.
Masa aku tengah bersarapan, tet..tet..message masuk kat watsapp.  Satu yang bestnya kat vietnam ni, setiap kedai ada wifi.  Masa ni lah aku gunakan untuk update segala apps yang nak di update...hehehe...Abang eimran hantar gambar beg yang lebih kurang macam tu...kalau ada belikan lah ...sebagai ibu mithali tergamak ke tak nak belikan...harga RM15.  Tapi dia kata mahal.  Dekat Padang Besar baru RM10...pulakkkk...

Mesti ada yang tertanya-tanya, tudung kak lopa tak rembat ke?  Giler tak rembat...aku tolong rembat untuk kawan-kawan yang kirim aje.  Untuk diri sendiri ada lah dua helai.  satu yang kosong, satu lagi bercorak.  Gambar tak payah letak lah ya...

Ok tu hasil rembatan.  Rasanya tak ada apa yang tercicir kali ni.  Sebab tak ada lawatan sambil belajar, maka aku tamat kan cerita jalan-jalan vietnam 2016 di sini.  Insya Allah hujung tahun kalau ada rezeki, panjang umur aku akan kesini lagi tapi kali ini dengan kawan- kawan ofis pula.

Terima kasih datang baca.


15 April 2016

Jalan-jalan Vietnam 2016

Amboiiii...berjalan aje kerjanya...heloooo setahun aku book tiket nak berjalan ni...perancangan awalnya, bawa yasmin pula...tapi sebab yasmin dah duduk asrama, dan dia pun tak kisah kalau tak pergi, maka aku pergi membawa diri sendiri aje.  Kali ni aku pergi dengan kawan ofis.  Biasa kalau dengan kawan, wajib ambil flight pagi.  Sampai hotel check in, terus keluar cuci mata.

Di sebabkan kali ni, Qaseh bakal tinggal berdua dengan ayahnya, aku kena siapkan kelengkapan dia tip top ok.  Itu sebab masa dia sakit gigi, aku bawa pergi klinik gigi.  Siap gosok baju sekolah dia sampai hari Selasa.  Kalau tidak, memang tak senanglah nak bersenang-lenang di sana.

Aku sampai di KLIA2 dalam pukul 4.30am.  Ramai betul orang...Lepas check in bag, harus check in perut pula.  Makan dulu kat marrybrown KLIA2.  Almaklumlah lepas ni nak berjalan jauh...

Mulakan langkah dengan Bismillah...berjalan lah kita orang perlahan-lahan masuk ke dalam balai berlepas...tapi nak menyampaikan ke tempat nak berlepas tu, hazab jugalah. Nasib baik dah makan kat marrybrown...
 Sejak kejatuhan nilai ringgit ni, aku dikhabarkan barang kat vietnam boleh tahan mahalnya.  Peniaga pun jual mahal tak nak duit ringgit...kan main lagi ya...Kali ni aku siap-siap tukar duit matawang vietnam.  Sebelum ni, sesen pun aku tak tukar...Masa aku tukar, sejuta dong dalam RM 197 kalau tak silap.  Tapi masa buat pengeluaran dekat atm di sana, dalam RM 188 untuk sejuta dong.

Tu kawan aku siap-siap dah kirakan untuk kitaorang.  Tiap kali tanya harga barang dalam ringgit, sibuk buka hp nak tengok harga dalam RM...hahaha...
 Ni kawan sebilik aku...kalau yasmin ikut, kita orang sebilik bertiga.  
 Kalau jalan dengan kawan aku - tiada dalam gambar, tiap kali duduk mesti makan...tu tagline kitaorang...hahaha...tengok...duduk dalam kapal terbang pun order lagi makan. Padahal dah makan marrybrown...tu alas perut aje tau...mana kenyang.  Lagipun dah berjalan jauh dalam klia2 ni...harus top up balik...Masa aku makan ni tak ada cicak ok...
aku pun tak tahu isu cicak tu, dah kenyang balik ofis ada orang cerita...katanya dah viral...
 Last year bila malam aje baru ada kopi ais ni...hari tu, masa aku sampai dah bersepah yang jual sebelah siang...apa lagi...kopi ais satu...harga tetap sama RM 3.
Yang sedihnya kali ni kena bayar makan sendiri...Ehhh dulu pun bayar sendiri juga...tapi sebab ambil package, hidup adalah agak senang sebab tak payah nak fikir makan apa.  Kali ni sumpah sampai tak lalu nak makan nasi goreng...dah lah mahal.  Sepinggan dalam RM 8 ke RM 10.  Malam terakhir aku share dengan nida makan mee goreng mamak.  Itupun dalam RM 8.  Minum air kosong sudah...lagipun cuaca panas kan....

Pagi yang terakhir tu, sempat bersarapan pagi nasi lemak RM 13 sepinggan...ambik kau!!
Kalau makan kat KL ni baru RM 1.50 ke RM 3.50 aje kalau nasi lemak kosong.  Ni adalah seketul ayam.  Nak nangis rasanya...mujur dah nak balik....hahahaha...

Ok tu aje mukadimah jalan-jalan vietnam 2016.  Mukadimah kata kau...panjang berjela dah tu...hahahaha...biasalah aku punya entri akan ada part-part seterusnya.  Kalau tak tak bestlah kan...

Terima kasih datang baca.

Klinik Gigi Pula

Hari  Jumaat beberapa minggu yang lepas, cik kak kita ni sakit gigi.  Masa ambil dia petang tu muka pun dah berkerut-kerut.  Asyik cakap badan panas macam demam. Sibuklah suruh rasa kat leher dia panas ke tidak...aku rasa tak panas pun.  Dia cakap, cikgu pun tanya kenapa dengan dia nampak macam tak sihat aje.  Dia cakap dekat cikgu yang dia sakit gigi.  Bila tengok gigi dia memang banyak yang berlubang.  Kalau ikut aku, nak suruh cabut aje.  Aku offer kat dia, nak beli gula-gula lagi tak?  Laju aje dia geleng.

Malam tu bawa pergi klinik gigi yang biasa kita orang pergi, nampak gelap cuma kat kaunter aje ada lampu. Tekan loceng, dia buka pintu bagi tahu dah tutup...Alaaa...memikirkan esok ramai orang, laju aje aku tanya, boleh beli ubat tahan sakit tak?  Mujur pantas berfikir...nasib baik dia bagi...Jadi malam ni ibu dan anak boleh tidur dengan lenanya.

Esok paginya, terus pergi klinik gigi tapi klinik lain pula.  Sebab tahu dah yang malam tadi punya klinik, memang beratur panjang.  Mujur yang ini, tak berapa ramai orang. Sementara menunggu giliran, aku suruh dia baca buku dulu.
Doktor tak nak cabut gigi yang berlubang tu...sebab tu gigi susu, qaseh pun kecil lagi. Gigi kekal jauh lagi nak muncul.  Jadi doktor nasihatkan untuk tampal.  Oklah saya menurut perintah.  Qaseh pun ok.  Kata doktor, dia berani dan beri kerjasama, senang kerja doktor.
Boleh tahan lama juga aku menemankan dia kat dalam tu...Doktor bersihkan lubang yang dah rongak tu.  Lepas tu doktor nampak gusi dia pun bernanah.  Semua tu doktor bersihkan sekali.
 Canggih juga lah klinik gigi ni...siap boleh tengok gigi yang rongak tu.  Kat skrin depan tu gigi qaseh yang berlubang...besarkan lubangnya.  Patut pun dia rasa nak demam, gigi geraham tu. Masa ni belum berapa bersih lagi..ngeri tengoknya...
Zoom sikit..yang ni dah bersih...tinggal tunggu nak di simen kan aje.  Doktor bekal kan ubat tahan sakit dan antibiotik.  Sebenarnya ada lagi sebatang gigi sebelah gigi geraham ni yang nak kena tampal juga.  Aku minta buat appointment lain.  

Tu ajelah cerita qaseh.  Terima kasih datang baca.

14 April 2016

Hospital Lagi

Ingat tak kisah danial pengsan tahun lepas?  Lepas tu sepatutnya ada follow up dalam bulan November, boleh pula maknya terlupa.  Petang masa balik kerja akak nurse hospital called marah-marah sebab tak datang.  Lain kali call lah satu dua hari sebelum tarikh appointment...gentle reminder gitu... Ni dah petang call nak marah buat apa...doktor pun dah balik.  So set another appointment dalam bulan Januari lepas.  Pergi jugalah dan dari situ doktor setkan appointment lain untuk buat EEG kat hospital lain.  
Di sebabkan hospital kajang tak ada peralatan nak buat eeg ni, maka danial kena refer ke hospital klang.  Mulanya aku dapat appointment dalam awal bulan April, memandangkan masa tu aku dah ada urusan yang dah di plan setahun yang lalu, aku cuba nasib call sendiri ke hospital klang.  Alhamdulillah orang yang menyambut panggilan aku sangat baik dan berbudi bahasa.  Dia pun pelik macam mana aku boleh dapat appointment lambat sangat.  Padahal masa tu bulan Jan.  Since minggu depan nya tu cuti hari wilayah, dia pun save kan tarikh tu untuk danial.
Menurut nurse dari hospital kajang, malam sebelum datang nak buat EEG ni, suruh anak tidur lambat. Jadi masa buat ujian ni, dia akan tertidur...tak ada maknanya danial nak tidur awal.  Walaupun tidur lambat malam sebelum tu, bila bangun macam biasa aje dia.
Ujian ni dalam setengah jam aje.  Setengah jam sebelum tu dia bagi penerangan tentang ujian ni.
Dah berselirat wayar kat kepala tu dia tetap tak boleh nak tidur...kepala asyik bergerak aje.  Beberapa kali juga orang tu suruh dia duduk diam.  Buat ni sambil baring...kalau aku harus dah mimpi-mimpi dah.  Suasana bilik pun suram, konon nak bagi dia tidur, sudahnya aku yang mengantuk.

Result dari ujian ni akan di hantar ke hospital kajang.  Next appointment danial dengan hospital kajang dalam bulan Mei ni.  So kita doakan yang baik-baik aje untuk anak syurga aku ni ya.

Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails