28 Disember 2011

Lawatan Ke Taman Burung

Lawatan ke taman burung ni bulan November yang lepas.  Tapi bukan aku yang bawa anak-anak ke sini, tapi dia orang pergi dengan makngah and nekcu dia orang.  Plan asal memang aku pun nak pergi sekali tapi tak dpt cuti, so terpaksa rela lah melepaskan dia orang pergi tanpa omak eh.  Tapi qaseh tak ikutlah pulak.  Tu pun satu masalah jugak.  Kesian jugak dekat qaseh nanti kena tinggal berdua aje dengan bibik.  Haruslah mendung sepanjang hari.


Tapi tulah, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan...Hari abang-abang and kakak dia ke taman burung, qaseh demam panas.  Panas yang memang panaslah.  So nak tak nak aku memang kena jugak lah ambil cuti tapi cuti kecemasanlah pulak.  


Kasi canlah kat abang2 dengan kakak dia bergembira kat taman burung.  Masa eimran kecil dulu pernah bawa dia ke sini.  Tapi masa kecil apa bendalah yang dia ingat...
Sebelum masuk taman burung, kenalah baca peraturan2 yang di sediakan.  Jangan main hentam kromo aje nanti bila masuk.  Tu peringatan kat anak2 akulah tu...

 Danial adalah sangat berani kalau nak compare ngan kakak and abang dia
 Tengok muka yasmin yang nak nangis ni...
 ada pertunjukan burung juga



Ada banyak sangat gambar burung yang kakak aku ambil, tapi di sebabkan nak load gambar2 ni adalah slow tahap maks...haruslah aku limitkan gambar2 burung yang comel2 tu nak masuk kat sini.
dapat juga dia orang ambil gambar dengan burung merak...burung merak yang sombong... pernah tak baca cerita pasal burung merak yang sombong?  hari tu pun ada keluar cerita pasal burung merak juga kat astro, kalau tak silap akulah...

Sebelum balik dia orang singgah bermain2 kat taman permainan yang berdekatan dengan taman burung tu.  Esoknya baru aku join dia orang ke Sunway Lagoon.  Ada juga gambar kat Sunway Lagoon, tapi tak boleh nak masuk semua...sabar ajelah aku...Sebenarnya nak masuk kan gambar2 ni pun dari pagi tadi tau...ni pun percubaan kali ketiga.

24 Disember 2011

Tempe Goreng Bercili Lagi

Akukan sebenarnya ada banyak gambar nak masuk blog.  Tapi di sebabkan card reader aku rosak, terbantut aku nak update blog.  Sekali selak2 kat folder dlm pc ni, ada pulak gambar tempe ni tak enterframe lagi.  boleh lah buat satu post...


Tempe goreng ni fav aku ngan eimran.  makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah2 aku makan.  

20 Disember 2011

Sangat Kreatif

Ntah sapalah yang rajin mengambil gambar yasmin ni.  aku rasa kalau tak danial mesti kerja qaseh.  tapi kalau qaseh kurang berhasil sikit.  gambar mesti blurrr.  Ni mesti hasil kerja danial.
kak min baring pun dia nak ambil gambar.  Lepas tu suruh kak min senyum.  Kak min senyum rela dalam paksa tu..

Berjaya juga ambil gambar kak min tengah 'tiup trumpet'.  Sebelum ni tiap kali aku nak ambil gambar mesti dia lari nyorok bawah bantal.  Hahaha..yasmin dah nak masuk 8 tahun tapi dia taklah hisap botol 24 jam.  Dia cuma tolong perabiskan qaseh punya susu yang tak habis aje.  Bila qaseh tak habis aje, kak min lah yang tolong habiskan.  Kadang2 tu qaseh bukan nak sangat susu tapi dia yang sibuk suruh qaseh mintak susu.  Balancenya dia lah yang punyaaaaaaaaa...

19 Disember 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

Dah habis baca buku cerita ni.  Hasil karya Siti Rosmizah juga.  Novel yang ni mengisahkan konflik keluarga...yang mana bapanya tak boleh menerima kehadiran anak keduanya.  Ehhhh...aku bukan terror bab-bab nak mengulas ni.  Tapi confirmed buku cerita ni memang best sangat.
Tak rugi beli.  Silalah cari kat kedai buku popular.  Jangan minta pinjam dengan aku ya, sebab aku pun pinjam dengan kawan.  Tapi di sebabkan jalan cerita yang menarik, rasanya aku pun nak beli satu buat koleksi.

18 Disember 2011

Bila Idea Tak Mari

Lepas tu tak tau nak citer apa lagi dah...nilah hasilnya.  Bunga kat depan rumah jadi mangsa.  Bertahan lama betul pokok bunga ni.  Dulu tanam kat tempat lain, lepas tu en suami alihkan ke tepi pagar, elok jugak berbunganya.  
Sebelum aku ambil gambar bunga ni, ada seekor burung tengah bertengek nak menghisap madu kat bunga tu.  Tapi macam tau2 aje aku nak ambil gambar dia, terus dia terbang tinggi.  Aku ni bukanlah camerawoman profesional, jadi gambar tu tetap sama jugak.  Tak ada kesan effect apa pun...ngeh..ngeh..ngeh...

16 Disember 2011

Breakfast Ahad Lepas

Pertama kali buat fettucini ni.  Guna sos putih yang kat dlm tin prego tu lah.  Aku ikut aje instruction kat tin tu, cuma tambahkan daging cincang Ramly ngan hirisan cendawan butang dlm tin.  


Di sebabkan tak pernah buat, jadi haruslah anak2 aku cam pelik sikit.  Sambutan pun kurang memberangsangkan.  Yang paling lawak, bibik akulah.  Rasa sikit kat hujung sudu terus kemam mulut dia...hahaha...mesti di luah balik kat bilik air tu...cissss....aku yang tengok ni pun rasa nak gelak aje...


Tak perlah...1st time kan.  Nanti bila dah masuk 2nd or 3rd time mesti dia orang semua dah boleh terima kan...

15 Disember 2011

Ohhh La La Lagi

Aku masak lala ni minggu lepas masa aku cuti.  Tapi isinya tersangatlah kecil.  Memang kita orang tak puas makan.  Aku goreng biasa aje.  Letak sebatang serai yang di titik terlebih dahulu.  Lepas tu bakar ikan selar.  Buatkan pencicah kicap cili api aje.
Gambar ikan selar bakar tak adalah pulak.  Bakar kosong gitu aje.  Kuah kicap tu selain cili api ngan kicap, aku potongkan juga bawang.  Hiris2 nipis.  Lunch yang ringkas cam ni sodap aje kalau pekena sekali sekala...

14 Disember 2011

Jus Tembikai


Jemput minum.  Semua orang tahu buatkan... Blend aje tembikai + ngan air.  Lepas tu masuk kan air batu.  Sedap di minum waktu hari panas.  walaupun sekarang ni musim hujan, tak per...kalau sakit ubatkan ada...

Back To School Part 3

Awal December hari tu aku ke sekolah eimran dengan yasmin sebab nak beli buku2 tulis dia orang pulak.  Selalunya aku beli bila dah buka sekolah...kalau dah buka sekolah tu, faham2 ajelah mesti ada buku yang tak ada dah habis stok.  So tahun ni mak plan awal beli on 1st day kedai buku buka.  Sama juga...ada gak buku yang tak ada.  Tak sampai pulak stok katanya...
Untuk tahun depan ada penambahan.  Untuk pendidikan jasmani ada baju khas.  Aku tak tahulah sekolah lain, tapi sekolah anak aku baru nak kuat kuasa tahun 2012.  Tapi bila aku tanya kat kawan2 kat opis, sekolah anak dia orang memang pun ada baju lain utk PJK.  Kiranya sekolah anak aku ni lambat sikitlah...tak per..biar lambat...
Ni yasmin punya.  tapi masa pergi beli tu dia tak ikut sebab dia demam.  Aku rasa elok juga dia tak ikut...kalau tak harus dia minta macam2 kat kedia buku tu.  Dia tu kan pantang ke kedai buku...ada aje benda nak dibelinya.
Pergi dengan eimran. Tengoklah dia kalau nak ambil gambar...tak adanye yang nak posing seikhlas hati...hehehe...tu mesti ibu nak masuk blog tu...

13 Disember 2011

Aktiviti Hari Sabtu

Hari Sabtu lepas aku anak beranak tak kemana-mana pun.  Pepagi Sabtu tu adalah aku ngajak yasmin ke taman nak jogging, tapi anak bertuah tu tak nak pulak. Selalu tu pantang aku ajak, tak pernahnya menolak...adalah tu yang di rajukkan.


Teruslah aku fikir nak buat apa breakfast pagi tu.  Eimran duk ingatkan suruh buat pancake.  Hari tu masa beli barang kat Giant, ternampak jenama Pillsbury.  Nampak cam senang baitu.  Langsunglah aku sambar sekotak.  Contoh kotak kat bawah tu ya.  Pertama kali buat, not bad jugak...gebu gebas.  Itupun aku bancuh ngan susu sikit. 

Sekotak ada dua plastik kat dlm tu.  Kiranya utk dua kali bancuhanlah.  aku dah bancuh seplastik hari tu, tapi kejadian adalah sangat buruk.  Tak tergamak nak masuk kan kat dlm blog.  Ni kira bolehhhhhhh lah...
Tengahari tu pulak fikir nak masak lain tapi aku gi masak lain pulak.  Ni semua gara-gara nak mencari benda lain sekali terjumpa rempah kari.  Rasa cam dah lama aku beli...terus datang idea nak masak kari.  Kentang pun ada.  santan pun memang ada stok.  so on lah masak kari tengahari tu.  Aku ni julung-julung kali masak lauk berkuah ni.  Tak kiralah masak lomak ke atau kari.  Masak lomak tu memang tolak tepi lah...


Tak sangka pulak mendapat sambutan kari aku hari tu.  Bertambah-tambah anak2 makan.  aku masak kari ayam hari tu.  Kalau dah lauk ayam tu memang laju ajelah...
Petang tu pulak yasmin sibuk suruh aku buat kuih ketayap.  Aku pun dah siap2 google the day  before tu cara2 nak membuatnya.  pertama kalilah katakan.  tapi tak tau kat mana silapnya, bila nak menggulung tu kulit tu pecah.  sudahnya aku gulung terus tak ada lipat kat belah kiri kanan tu.  walaupun tak memuaskan hati aku letak ajelah bukti rupa kulit tu hah.  Ghoper selepas di gulung tu tak lalu nak ambik gambar.  Walaubagaimanapun inti kuih ketayap tu menjadilah cuma tang kulit tu aje yang failed.  Kita belajar lagi.  adalah dapat dalam 5 ke 6 keping kuih tu.  aku rasa separuh aje.  yang lain lepas gulung aje habis...
Memandangkan lauk kari ayam tengahari tu dah tinggal sikit, kenalah tambah ngan sayur asparagus yang dah layu di tasik madu.  Ni pun sama jugak, nak masak lain sekali nampak sayur yang dah nak layu, terus lah di masak.  Nampaknya hari ni plan aku semua kelaut...nak buat benda lain jadi benda lain..hehehe...tapi tak apa, semuanya mendapat sambutan dari anak2 terchenta.  Sayur ni aje terpedas sikit, sebab aku tumbuk ngan cili api.  Menggelupur danial lepas makan mencari air...hahaha...
Bila malam dah settled semua layanlah budak kecil ni.  Susah betul nak mengikat rambut dia. rambut dah panjang, nak potong nanti ayah dia bising. nak diikat dia tak nak pulak.  puaslah kena pujuk...tak makan pujuk kena ugut cakap nak pergi kedai baru nak ikat... ish...ish... ish...Bila dua orang yang kecil ni dah tidur, bolehlah layan eimran ngan yasmin lak main card old maid.  Nyampah tau asyik aku aje yang kalah.  tak puashati betul.  aku kalah dua kali, eimran ngan yasmin sorang sekali...selagi eimran tak dapat old maid aku tak berhenti main. Lepas dia kalah aje terus aku ajak semua masuk tidur...dengkikan mak ko bang...

12 Disember 2011

Teringin Sangat

sangat sangat...Dari Ahad lepas teringin nak makan donut tapi nak yang Big Apple punya.  Lain cap tak nak.  Kalahkan orang yang mengidam kan...tapi saya tidaklah mengidam sebab pregnant.  Mengidam saya ni ngidam mengada namanya.  Hari Ahad adalah ajak en suami ke Alamanda, tapi bila dia tanya nak buat apa, terus jawab saja nak jalan2...tujuan sebenar aku ngajak ke sana sebab nak beli benda alah ni lah.  Memang kita orang menuju ke Putrajaya hari Ahad tu tapi setakat ke Wetland aje, tu pun tak turun, lepas tu terus patah balik ke pangkal jalan.  Sedih sangat..sob..sob...


Lepas tu jenuhlah aku mencari alasan suruh balik cepat sebab nak ajak ke Low Yat pulak.  Pun tidak berjaya.  Kiranya misi aku gagal...sampailah hari Jumaat lepas, selepas puas mencipta pelbagai alasan, akhirnya hajat aku tercapai..syukur Alhamdulillah...itu pun konon nak buat seprise...suruh danial sorokkan dulu...ntah macam mana eimran ternampak kotak donut ni terus menjerit...aku pun apalagi..senyum sampai ke telingalah...


sib baik ada 3 aliens.  cukup utk aku, danial dengan yasmin.  seisi rumah suka ngan donut Big Apple ni.  Sekejapan aku tengok dah tinggal 3 ketul aje.  Bangun pagi tu tengok memang dah selamat semuanya..

Budak ni tengah malam pun boleh bangun buka peti ais cari donut...

10 Disember 2011

Tutti Frutti in Kajang

Dah berbulan Tutti Frutti buka kat Kajang, baru Ahad lepas aku dapat peluang pergi menikmati.  Lepas tu sampai2 aje kat depan kedai Tutti Frutti nampak lah pulak kedai Wang Solo.  oohhh ada dah kat sini jugak...sabarlah hati...
Masa ni danial dah mula menunjukkan tanda2 nak demam.  Masa kat sini pun dia tak berapa nak makan sangat yogurt ni, kalau tak aku punyer yogurt marigold kat rumah pun dia belasah.  Tu yang dia selamba aje baring kat kerusi tu...
 Qaseh dah baik demam masa ni. 
Beli 5 aje.  aku punya share dengan semua.  Lepas tu memang aku yang kena perabihkan sebab dia org semua dah tak boleh masuk.  Akhirnya dapat jugak makan Tutti Frutti...sukaaaa...nanti nak datang lagi...

Back To School Part 2

Kan dah masuk Part 2.  kejap ajekan...hehehe...Shopping alat tulis sekolah dia orang ni hari Ahad lepas.  Masuklah bandar kajang, konon nak tengok peninggalan banjir hari Jumaat sebelum tu.  Tapi kalau kat area Metro Kajang tu macam tak ada apa2 yang berlaku pun.  Ada jugak satu dua kedai yang masih membasuh kedai dan barang kat kedai tu.  Ada satu aje kedai yang buat jualan murah.  Yang lain tak ada pun...
Ni pun beli kat Parkson yang memang tengah buat sale Back To School.  Beli yang basic aje. Mana2 yang lama boleh guna lagi, gunalah untuk tahun depan.  Bekas air tu danial punya.  Tahun depan dia akan masuk sekolah jugak, sekolah tadika 5 tahun.  Tapi bekas air tu dia dah test lepas ambil gambar ni.  tak sabar kan...suka hatilah danial...

09 Disember 2011

Pizza Hut

kita orang menjamu selera kat Pizza Hut ni hari Jumaat lepas masa hujan turun ngan lebatnya kat area kajang.  Masa kita orang keluar tu pun memang tengah hujan lebat dan jalan kat Saujana Impian masa tu pun jammed sebab kereta tak boleh lalu sebab air dah naik kat atas jalan.  Aku pun sajalah buat2 mengelabah tanya kat anak2 cam ner kita nak balik ni, dah banjir tu?  Ko ingat anak2 aku takut atau buat2 gelabah cam omak eh...tak der makna... dia orang buat tak tau aje...yang penting dapat makan pizza...hahaha...
anak2 aku ni bukan suka sangat nak makan pizza...aku tau sangat taktik dia orang ni...dia orang lebih suka nak makan sup ngan ayam aje kat pizza hut ni.
 danial memang sukaaaa sangat ngan sup kat pizza hut ni.
aku suruh yasmin selak rambut dia tu.  rimas betul aku nengok rambut dia.  ada cekak tak nak pakai, di sepah2kan bila nak pakai dah tak jumpa kat mana nak cari...kalau ikut aku nak aje aku potong rambut depan dia tu, tapi ayah dia dah banyak kali sound jangan di potong rambut anak pompuan dia.  mak rimas tau...mak rimas...
ayam nilah pojaan hati anak2 aku.  apa ke nama ntah, aku tak ingat. time nak order tunjuk aje kat gambar dlm menu tu.  
Pizza ni aku yang teringin sebenarnya.  Mana tahan tengok iklan kat TV...hehehe...kalah budak2...7 cheese ke apa nama ntah.  Tapi tengah promosi sekarang ni.  Makan time panas2 sangatlah sedap...
Related Posts with Thumbnails