29 Jun 2010

Project Hari Ahad

Memula buat inti karipap

Dah masak-bg kering

Tepung yg baru nak ayak bila nak guna

Taruk dlm dulang-bahagi 4 bhgian

3 bhgian gaul ngan air garam

1 bhgian gaul ngan planta

buat cam ni lak

di gelek, make sure dulang kena pegang supaya tx terbang

gulung lak

dah siap...!!!
Ini project hari Ahad lepas. Lepas balik dr Jusco. Project ni dah plan dr minggu lepas lagi. Bagus kan buat perancangan awal. Aku letak kat sini untuk rujukan anak2 n anak2 sedara yg mmg confirmed tx tau nak buat karipap pusing resepi turun temurun ni. Ada bermacam2 size ikut size orang yg makan...yg kecik utk budak kecik lah kan...yg besar utk org besarlah kan...kalau budak kecik makan yg besar nnt membazir tx habis so makan jer yg karipap yg kecik, jgn byk komen...ruper tu adalah sikit2 tp rasa no komenlah..hihihi..."jual murah pun jual murahlah...janji laku..."wakaka....

28 Jun 2010

Jusco Maluri



Semalam masa en suamiku hantar aku ke desa pandan, danial tx nak pulak mengikut aku, kali ni dia nak ikut ayahnyer. Aku lak cam was2 jer dia nak ikut ayahnyer. selalu tx pernah pulak, mesti nak ikut aku jugak...so kiranyer semalam aku jalan ngan anak2 pompuan jer and en suamiku jalan ngan anak2 lelakinyer. Bila danial tx ada aku pun laju jer follow kakak aku gi Jusco Maluri. Sesaja cuci mata....Yasmin sakan main kat playstation dlm jusco tu. Happy kam main dia...Orang ramai sangat kat Jusco, nak byr beratur panjang....


Aku share ngan yasmin sorang seketul

Bila Kebohsanan Melanda




Gambar2 qaseh yg kebosanan sebelum tertidur.

Genius Extra

Aku telah di perkenalkan ngan product ni oleh cousin en suamiku masa cuti tahun baru cina hari tu. Dia siap bagi penerangan yg pjg lebar + flyers pun ada gak. Aku dah bagi makan kat anak2 aku sampailah skrg ni. Perubahan yg sgt memberangsangkan terutama pada Danial yg lambat sikit bercakap. Cakap 'pelat' n sebut hujung2 perkataan saja. Hari tu aku terkezut sbb aku dgr Danial dah boleh sebut 1-6(in english lagi!). Kombang jap hati aku...yalah dia pun dah 3 tahun, mmg lain sikit kalau compare ngan abg n kakak dia. Eimran n yasmin masa umur 1 year + dah boleh cakap, tx 'pelat' pun. So bila yasmin dgr danial sebut one...two..three, dia pun happy. yasmin siap cakap kat aku,"bu, danial dah boleh baca one sampai six, seven je dia tx tahu..." prihatin sungguh yasmin...hihihi...

"Bu, laparlah..."


Aku dah beli buku ni. Bukan sebab penulisnya, tapi sebab beli sambil menderma dan tx rugi aku beli buku ni. Macam2 panduan yg sgt berguna ada kat dlm buku ni. Lagi satu aku tx tahan tgk tajuk buku ni,"mama, saya lapar..." kesian kan..sebab ada sekali tu, masa aku baru nak masuk rumah balik dr kerja,"bu, lapar...ada beli apa2 nak makan tx?" waduhhh..sadis sungguh aku masa tu...terus singsing lengan masak utk anak2 aku...masak apa? dah lupa lah...hihihi...

25 Jun 2010

Fridge Magnet


Ni pulak antara koleksi fridge magnet aku. Ada yg org bagi, ada yg beli sendiri n ada gak yg beli barang dpt free gift. Tapi ada 2-3 gak yg dah di rosakkan oleh anak2 bertuah ku itu. Aku tunggu souvenir fm from London!! Ada ke org nak bagi??? Sapalah agaknyer tu ya....kuang3x...

Yasmin


Ni gambar pagi semalam. Sebenarnyer anak bertuah ni menangis masa nak gi sekolah. Sebabnyer tersangatlah simple...sharpener tx muat nak simpan lam pencil box!!! Padahal aku dah belikan pencil box yg besar, sajer suka2 dia pergi tukar pencil box yg kecik pulak lepas tu bila tx boleh masuk sharpener, dia suh aku gi beli sharpener yg kecik pulak...adduhhhhh...pepagi ni manalah ada kedai yg buka...so sbb nak pujuk aku janjilah nnt balik kerja beli, barulah dia ok sikit then suhlah posing ambik gambar...

Mandi manda kat Sg Congkak





Ahad lepas, selepas aku masak siput tu, SIL ajak gi mandi manda kat Sg Congkak. Disbbkan cuti sekolah tx ada jln mana2, so en suamiku terus ok jer. Eimran,yasmin n danial jer yg mandi. qaseh mandi main celup2 jer...sejukkkk...




Siput


Ini menu lunch hari Ahad lepas. Sebelum Ahad dtg lagi, baik aku cepat2 load gambar ni. Pagi Ahad hari tu, aku ter'rajin' sikit nk menggodek siput ni, kalau tx beli jer yg dah masak. Aku masak sambal jer... eimran ngan yasmin masa tgk aku dok uruskan siput ni, terus tx nak makan. bertuah betul...

23 Jun 2010

Makan-makan

Dah nak habis baru teringat nak ambik gambar
Danial punyer-laksa n kuah aje
N3 ni masih kejadian hari Sabtu. Kan aku dah citer tadi, masa lunch makan rojak tx berapa nak sedap, sib baik kul 4 petang tu ada makan2 lagi. Kali ni kat rumah kakak aku kat Mantin. Dia masak laksa feberet eimran. Eimran makan bertambah 2 kali. Husband dia lak masak kue tiaw goreng. Tu akulah yg request sebelum pergi umah dia...hihihi...Bila buat n3 ni, cam terliur lah pulak tgk laksa tu. Hari tu aku tx makan laksa sbb dah kenyang makan kue tiaw. Kue tiaw ni spesel sikit pasal di masak satu satu, bukan masak banyak2. so tu yg kena tunggu turn...jaga quality kata chef! Selain dr kue tiaw n laksa, ada gak ayam golek, kek coklat n bahulu kering. syok kan makan2, cam ner nak kurus ni???



Baju Raya1


Lepas breakfast Sabtu lepas, lam kul 10 gitu, aku n kakak aku gi Rantau nak tempah baju. Baju untuk hari raya. Kat KL ni dah tak ada tailor yg ambik tempahan lagi tu yg kena balik kg tu.1st time aku tempahkan yasmin baju kurung, selalunyer beli yg dah siap ajer. Tahun ni kena tempah, pasal nak seragamkan ngan qaseh. Lagipun yasmin kan kusss semangat, takut susah nak cari size yg sesuai ngan dia nanti. Rantau ni walaupun dekat sikit ngan kg aku, tp kita org tx balik pun kg sbb ada agenda lain lepas tu. Selalunyer kalau gi Rantau ni, aku selalu beli rojak kat sini, mmg dari kecik lagi selalu makan rojak kat Rantau ni. Hari tu, kita org tapau rojak jer utk lunch, tapi kakak aku salah gi kedai, tx sedap langsung rojak tu, aku makan sikit jer. Mujur petang tu kitaorg ada family meeting, so adalah lagi makan2. Hahhhh...yang ni confirmed mmg best...nnt aku update...

Cekodok Nasi

Ni pulak breakfast hari Sabtu. Disebabkan malam tu tx ada sapa yg makan nasi, so nasi byklah yg berlebih. Nak buat nasi goreng, cam tx berapa nak rajin. Lagipun aku dah lama ambik resepi cekodok nasi ni, mintak ampun lagi sekali, tx ingat kat umah sapa aku skodeng resepi ni. Sebenarnya, ini percubaan kali ke 2. Masa yg pertama dulu tx ada blog, so tx letak lah kan. Aku blend nasi + ikan bilis. Bagi tekak aku ni, sedap jer...sendirik buat sendirik lah kena puji kalau tx sapa lagi nak puji...cicah ngan sos cili jer. Kenyanglah sampai tengah hari. Lagipun lepas breakfast tu kitaorg(aku + anak2 jer) balik kg jap sbb nak tempah baju raya.

Cendawan Goreng


Ni menu kudap2an hari Jumaat lepas. Aku order 500g cendawan tiram dari sorang kawan opis-husband dia pengusaha cendawan ni, besar2 cendawan ni. Masa goreng pun, aku goreng sekuntum2 gitu, tx koyak2kan pun. Kalau beli yg kat luar tu, dah di koyak2kan, dpt ciput jer dah RM2.00. Selalunyer aku guna tepung kentucky yg dah siap jer, tp hari tu dah kehabisan stoklah pulak, nak gi kedai belakang, malaslah pulak, so campur jer lah segala tepung yg ada, tambah ngan blackpepper + telur. Setiap kali angkat dr kuali jer habis, maknanyer aper tu???? sedaplah kannnn....nakkk...sila buat sendiri ya, dah licin. Malam tu jugak habis 500g cendawan tu di goreng shj. Kalau dah makan cendawan sampai 500g, tx makan nasilah jawabnyer malam tu. Gambar ni eimran yg ambik sbb tu krg cun sikit.

22 Jun 2010

Tazkirah


Semenjak dua menjak ni, kami(aku n en suami) kalau gi pasar tani, InsyaAllah beli lah cd ustaz kazim ni. Seronok menonton ceramah ustaz ni, tx boring langsung. kelakar pun ada gak. Sesekali kenalah dengar ceramah2 agama ni. Ustaz ni pun ada sekolah pondok kat Ipoh. Kat Manjoi kalau tx silap. Sesuai jugak di tonton oleh anak2. Kadang2 anak2 ni pun kena dengar sama gak. Ustaz ni selalu buat ceramah kat surau2 kat area kemensah.

21 Jun 2010

Macaroni segera

Ni gambar dinner 2-3 hari yg lepas. Kalau tx silap hari Khamis lepas. Hari Khamis tu aku puasa, balik dr opis terus buat macaroni ni. Tapi bahan2 sumer dah siap, aku cumer campak2 jer masuk kuali, tu yg cepat jer makannyer. Tukang makannyer aku,eimran n yasmin jer. budak 2 orang tu mmg suke kalau spaghetti, macaroni dan sewaktu dgnnyer ni. Gambar tx berapa nak cantik, so aku letak 1 ni jer lah.

17 Jun 2010

Qaseh


Beberapa jam selepas kelahiran
1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
5 bulan
6 bulan
7 bulan
8 bulan
9 bulan
10 bulan
11 bulan

1 tahun
Ni antara koleksi gambar2 qaseh dari lahir hinggalah 1 thn. Jenuh aku menyusun kronologi ni. Lagipun hanya qaseh jer yg ambik gambar every month. Anak2 yg lain ada gambar tp tx selalu posing tu yg tx dpt nk susun cam ni. Sepatutnya gambar2 ni keluar masa birthday qaseh on 14hb hari tu, tp dah susah benar nak menyusun gambar2 ni, tu yg baru hari ni on air tu!








Related Posts with Thumbnails