07 Mac 2013

Mainan

Mainan dengan kanak-kanak memang tak boleh di pisahkan...Tak tahulah berapa banyak duit aku dan korang yang ada anak juga dah habis semata-mata membeli permainan untuk anak-anak ni kan...  Kadang bila tengok bekas mainan dia orang yang kat dalam bakul baju tu...rasa nak pergi jual balik aje...muahahaha...laku ke??
Rasanya tak kira ke mana pun pergi, kalau nampak mainan laju aje dia orang tarik tangan aku ni...pernah sekali qaseh tengah minum, nampak ada orang jual mainan, terus tak nak dah air yang dia minum tu...
kalau ikut aku, memang kim salam lah nak membelikan dia orang mainan ni...lagi pula bila dah masuk sekolah memang aku selalu ingatkan kat dia orang, dah sekolah tak boleh beli mainan lagi...pesanan aku tu ibarat mencurah air di daun keladi ajelah kannnn...Set dora yang kat atas tu, beli masa bulan puasa tahun lepas.  Beg dan beg duit tu dah lama aku tak nampak kelibatnya.  Kalau mangkuk dengan sudu tu memang adalah kat dapur...muehehehe...
Aku memang tak belikan mainan dia orang yang mahal-mahal cam kat Toy's r us ke.  Zaman abang eimran dulu lainlah, dia sorang aje masa tu.  Lagipun kalau ikutkan danial dan qaseh dia orang pantang nampak kedai jual mainan...janji dia mesti dapatkan satu barang dari kedai tu...Jadi tak kisahlah kat mana pun, Nilai 3 ke, pasar malam ke, pasar tani ke, even kedai belakang rumah pun kalau ada jual mainan dia orang mesti nak mendapatkan juga.
Selalu aku tengok mainan dia orang ni tak pernahnya tahan lama.  Paling lama pun seminggu aje kot dia orang duk main.  Lepas tu bosan dah...kejap lagi aku keluar mesti dia orang ikut dan rembat lagi yang lain.  Walaupun masih ada yang elok, tapi lebih banyak yang dah rosak...kadang tu baru beli, petang dah tercabut tayar kereta lah, kepala robot dah terpisah dari badan lah, tercabut tangan lah...ehhh macam-macamlah...sebab tu aku tak belikan mainan dia orang yang mahal-mahal.  Cukuplah yang harga RM 10-RM 15 sahaja.  Kalau nak yang harga lebih dari budget ibu tu, silalah minta kat ayah korang ya...
Kereta hotwheel ni pun nampak sangatlah best kan...adalah seminggu aje kot dia main.  Lepas tu ntah mana-mana perginya kereta dan rail tu.  Kereta tu kalau turun meluncur laju terus masuk bawah kerusi...kalau aku tak memekak suruh dia ambil, terparkinglah kereta tu kat situ...
Ni pun sebab terpengaruh kat iklan dalam tv.  aku tak tahu apa ke nama mainan ni...tapi kalau keluar iklan kat tv, terjerit-jerit panggil aku suruh tengok dan belikan...aku ya kan aje...Lama dah aku tak nampak dia orang main ice-cream ni...hari tu tanya kenapa dah lama tak main ice-cream tu, jawabnya doh tu dah habis...korang makan ke apa???  Lepas tu minta belikan yang kaler lain pulak...okey full stop!

Ni gambar qaseh terbalik...tak tahulah kenapa...masa ni kat pasar tani prima saujana.  nampak aje upin-ipin tak ingat apa dah budak kecil ni.  tapi hari tu aku berjaya buat hati kering tak membelikan dia patung upin ipin tu...muahahhaa...
Ni terbaru mainan danial, beli kat pasar tani juga.  Boleh tukar jadi kereta ala transformers gitu...boleh tahan mahal juga benda alah ni, RM 30 kalau tak silap aku.  Baru belikan hari Sabtu lepas...hari ni hari Khamis, sungguh aku tak nampak dah kelibat robot ni.  Bukan yang ini aje, yang kat bawah-bawah tu pun ntah mana-mana...#lapairmata...


Tapi mujurlah sekarang ni qaseh dah kurang sikit nak beli mainan.  Dia more tu buku kaler dan pensil kaler aje sekarang ni.  Pantanglah nampak pensil kaler, kalau yang ada gambar upin ipin, lagilah dia teruja nak mendapatkannya.  Danial aje yang masih tak boleh tengok mainan...
Masalahnya dia orang ni main sekejap aje...Danial pernah juga dengan baik hati sedekah kan mainan dia kat kawan tadika dia...pernah sekali bapa kawan dia datang rumah pulangkan balik mainan dia.  Dan danial pun pernah bawa balik mainan kawan dia...rupanya dia orang bertukar-tukar mainan kat sekolah...
okey tu ajelah bebelan hari ni.  Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails