30 Ogos 2013
Duit Den Bertingkek tingkek Part II
Yang kedua dalam masa 1 minggu. Alololoooo....kalau nak bagi, bagi ajelah...tak payahlah nak suruh reply2 email. Siap nak alamat rumah...nak hantar cash ke apa...mungkin sekarang bukan rezeki saya, Insha Allah satu hari nanti...
AirAsia Program Eksklusif
Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Old Airport Road Tanjung Aru 88100
Kota Kinabalu Sabah
Malaysia
2013 AirAsia High 5 Bonus Khas pemilihan program Eksklusif telah dijalankan di Ibu Pejabat Asia Pasifik kami Serantau di Sabah, Malaysia. 2013 AirAsia program Bonus Istimewa Eksklusif didaftarkan dan teratur selaras dengan Lembaga Permainan Asia (AGB) dan Dunia Akta Peraturan Loteri (WLRA).
Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk secara rasmi memaklumkan kepada anda mengenai status Kemenangan anda. Pemberitahuan rasmi Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia adalah dengan ini dikeluarkan kepada anda sebagai nombor tiket e-mel anda, AirAsia-09-0-96-10, dengan nombor siri; AirAsia / 01/2013, dan ref tidak; AirAsia / 019/2010007 dalam kumpulan A / 6183 secara rawak menarik untuk nombor bertuah 000-31-0584 yang dipilih alamat e-mel anda sebagai pemenang Bonus Istimewa pemilihan program Eksklusif kami. Anda telah itu seterusnya memenangi 2013 AirAsia Bonus Istimewa Eksklusif dalam kumpulan pertama.
Berkenaan perkara di atas, kita telah secara rasmi meluluskan pembayaran sejumlah RM 300,000,00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit) hanya untuk anda sebagai High 5 pemenang Exclusive Bonus Khas, Jawatankuasa Penganjur The 2013 AirAsia High 5 Eksklusif program Bonus Khas (LOC) akan segera memulakan penghantaran segera cek sebanyak $ 300,000,00 MYR (Tiga Ratus Ribu Ringgit) sebaik sahaja anda telah menghubungi mereka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya menghubungi 2013 AirAsia High 5 Bonus Istimewa Eksklusif
Jawatankuasa Penganjur program ini (LOC) dengan segera seperti yang dinyatakan di bawah;
================================================== ==============
Contact Person: JK Allen
Penghantaran Pegawai Penjaga
Jawatankuasa Penganjur 2013 AirAsia High 5 program ini (LOC)
Email: airasia2013@my0511.com
================================================== ==============
***********************************
1. Nama Penuh: .......
2. Alamat Kediaman: .....
3. Negara: ......
4. Occupation: ......
5. Telefon: ...
Ikhlas,
Jimmy Chan
Pengerusi
(C) Jawatankuasa Penganjur 2013 AirAsia program loteri ini (LOC)
Untuk dan bagi pihak AirAsia, Asia Pasifik.
Labels:
apa2 aje
29 Ogos 2013
Duit Den Bertingkek tingkek...
SAMSUNG MOBILE PROMOSI
23, 25 & 27, Jalan PJU 1A/10,
46050, Petaling Jaya,
Selangor, 47 810
Malaysia.
Tahniah,
Ini adalah untuk memaklumkan bahawa alamat e-mel telah muncul sebagai
salah satu akaun e-mel memenangi Samsung Hari Bonus Mobile. ID E-mel
anda telah ditandakan dengan bilangan menarik pemenang kami: 632-671
CN-dilampirkan-2.Prize adalah RM 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit
Malaysia) Ini adalah untuk menggalakkan penggunaan SAMSUNG ASIA PRODUK
seperti penggunaan global sekitar dunia ..
Tuntutan, sila hubungi ejen fidusiari kami dengan butir-butir peribadi
anda kepada tuntutan dan pengesahan. Isikan butir-butir berikut
kepadanya:
Fudiciary Ejen: Michael Aziz
Email: smobile1@5d6d.cn
TUNTUTAN KEPERLUAN:
(1) Nama penuh anda:
(2) alamat Contact:
(3) nombor telefon anda:
(4) Pekerjaan anda:
(5) umur anda
(6) Seks:
Sekali lagi, tahniah.
Yang benar,
Hazline Mahmood.
Ni baru betul duit...den bertingkek tingkek...Kalau aku kayaaaaa....hari-hari hari raya...
Aku ingat aku sorang aje yang dapat...tup tup petang tu kawan seopis datang bawa print out email yang sama...lepas tu kita orang berdua bantai gelak...lawak bebenor.
Tu ajelah nak cerita. Terima kasih datang baca.

27 Ogos 2013
Jom Menjala
Jangan tak tahu...1st day raya hari tu, aku sempatlah belajar menjala ni dengan adik ipar aku...kebetulan masa aku beraya kat rumah dia, dia tengah duk buat roti jala. Apalagi...laju ajelah aku menyibuk kat dapur dia. Tu tangan akulah tu duk nak angkat roti jala. Tukang lipat adalah yasmin...diakan penggemar tegar roti jala ni...
Ni yang aku buat kat rumah sendiri. Aku menjala, yasmin menggulung...
tak ada kuah kari, sambal sardin pun jadilah
Jenuh jugalah aku nak mencari botol ni...kedai RM2 dah habis stok. Nasib baik jumpa kat satu kedai ni kat pekan kajang...ahkak rembat 2 sekali...
Ikut resepi adik ipar aku, sukatan semua pakai cawan...wahhh senangnya...kagum dengan diri sendiri sebab dah pandai buat roti jala...muahaha...ni kalau arwah mak aku ada mesti dia pun bangga sebab anak bongsu dia dah pandai menjala..!sob...sob..sob..Al-Fatihah untuk arwah mak...
Tak ingatlah raya ke berapa aku buat roti jala ni...tapi yang pasti buat untuk sarapan pagi.
Mula buat satu bancuhan aje, sekali bila dah siap macam sikit sangat, tambah lagi satu bancuhan...alhamdulillah habis juga...
Tu ajelah nak cerita. Terima kasih datang baca.
Jamuan Raya @ Office
Aku beratur untuk ambil ketupat palas, lemang dan rendang
Kawan aku beratur untuk ambil nasi arab dan kambing
Sorang lagi beratur ambil sate. Kena bahagi-bahagikan untuk ambil makanan. Kalau tak jenuh nak beratur...lepas tu nak makan lagi entah bila. Itupun ada juga makanan yang kita orang tak ambil macam rojak mamak, aiskrim, mee rebus dan ntah apa lagi aku pun tak ingat. Aku makan sikit-sikit aje, lepas tu terus balik...almaklumlah nak mengejarkan anak-anak yang duduk kat taska, tak sampai hati nak menikmati makanan ni...
Terima kasih datang baca.
Labels:
aidilfitri,
office,
open house
26 Ogos 2013
Tetamu AidilFitri 2013
Ini baru 1st trip tetamu yang datang. Ini pun side en suami. Side aku bayang pun tak nampak lagi...2nd trip malam minggu lepas, tak sempat nak ambil gambar...sebenarnya terkejut sebab sekali ramai datang...sampai tak cukup kerusi nak duduk. Dahlah tak cukup kerusi, nak duduk kat lantai pun tak muat...tetiba rasa rumah aku sangatlah kecil..huk..huk..huk...
Memandangkan ahkak sekarang ni maidless, haruslah ada kerahan tenaga bila ada waktu-waktu kecemasan macam ni...cemas ke tetamu datang rumah? Untuk rumah yang memang kemas 24/7 tu takyahlah nak cemas cam aku ni...ahkak ni memang tak boleh nak mengemas rumah...tak sampai lima minit dah ada kertas atas lantai...tapi tetap lah kena menyapu dan mengemop...cuma tak buatlah hari-hari.
Yasmin memang sangat-sangat boleh di harapkan...dah tak ada maid ni, kenalah guna cawan dan pinggan pakai buang aje...sonang kojo ahkak!
Danial pun tak kurang rajinnya menolong...dia bab-bab mengelap ni bolehlah serahkan kat dia.
My nit-nit pun tak nak ketinggalan menolong kakak menyusun cawan dan pinggan plastik
Di sebabkan masa tu hari bekerja, so mee hoon goreng sap-sap soi ni ajelah yang mampu aku fikirkan...Dahlah en suami pun balik lambat...sampai sama dengan tetamu...untuk menyelamatkan keadaan, orderlah sate belakang rumah. Memang sangat-sangat menyelamatkan bila ada sate tu...
Sebahagian dari anak-anak sedara
my biras
bila tengok gambar ni, sangatlah togel meja makan aku tu...tak ada alas langsung...muehehehe...
Yang ni kawan Danial...umur 6 tahun datang beraya sorang-sorang waktu tengahari...masa tu aku pulak dah kunci gate sebab tak nak bagi danial keluar main lagi...sekali kawan dia ni datang...mak ko kata aku boleh datang raya...bukalah pagar ni aku nak raya...antara dialog budak ni cakap kat danial sebab danial tak bagi dia masuk...hahaha...
Buat masa ni, ini ajelah tetamu yang datang selain malam minggu lepas yang tak ada gambar langsung...Tunggulah kalau ada lagi...raya kan sebulan, akan aku update lagi ya.
Terima kasih datang baca...
Labels:
aidilfitri,
tetamu
22 Ogos 2013
AidilFitri 2013 Part II
Gambar tak adalah banyak mana, tapi cerita tetap nak berpart-part juga kannnnnnnn...Ni kejadian pada raya kedua. Bacaan yaasin dan tahlil sesama adik beradik, sepupu sepapat dan anak-anak sedara aje. Untuk bacaan yaasin dan tahlil ni diketuai oleh my brother in law.
Buat lepas dia orang balik dari solat jumaat. Terus sambung kat rumah pula. Habis tahlil baru dia orang makan. Kira lambat jugalah dia orang ni lunch.
Tu yang tutup-tutup muka tu abang eimran dengan sepupu-sepupu dia. Malulah kononnnn...dia orang ni sekejap aje duduk baca, lepas tu sorang-sorang turun...
Masa orang sibuk baca yaasin, my anak dara nit nit ni sibuk suruh mak lang dia pakaikan inai. Lepas tu mak lang siap tocangkan rambut dia lagi...sampai nak tertidur pun sanggup tunggu rambut di tocangkan...qaseh...qaseh...
Malamnya pula, masing-masing menghabiskan saki baki bunga api dan mercun. Oh ya...menu lunch untuk tahlil tu aku tak ambil pun gambar...tapi antaranya nasi putih with lauk pauk kampung macam asam pedas, ehh tu satu aje yang aku ingat...ngeh..ngeh...ada sate, green lamb, sambal sotong from shah alam yang tersehdapppp...lagi apa ya?? Teruk betul memori aku sekarang ni...almaklumlah dah berusia...ehem..ehem...
Raya ketiga kita orang dah sibuk mengemas rumah sebab masing-masing dah nak balik ke pangkal jalan. Sebelum tu sempatlah aku menyinggah kat rumah Tok Long, tapi tak makan apa pun, just bersalam raya lepas tu singgah kat senawang rumah mak chu.
Raya tahun ni paling sikit berjalan raya. Baju yasmin dan qaseh pun ada beberapa helai lagi yang tak pakai...muehehehe...Abang eimran dengan danial memang budget sehelai dua aje tahun ni...sib baik tak berjalan sangat, kalau tak silalah ulang pakai baju tu ya!
En suami hari Isnin dah start kerja, cam ner kita orang nak jalan???? Duduklah aku dengan anak-anak kat rumah menunggu orang datang beraya...tu pun tak ada juga orang datang. Sedihhhhhhhhh...Yasmin semangat mengisi kuih raya dalam balang, tapi abang eimran dengan danial yang duk perabiskan. Dah tak ada orang datang, dia orang lah yang makan sambil tengok TV.
Rasanya ini ajelah cerita dan gambar raya aku. Lepas ni aku buat entry tetamu pulak ya.

hari raya
21 Ogos 2013
AidilFitri 2013
Mula-mula kenalah letak gambar nasi impit, rendang tapi aku tak snap pula gambar kuah kacang. so makanlah nasi impit dengan rendang yang sehdap itu...kuah kacang ada, cuma aku aje yang tak snap. Macam biasalah, kuah kacang beli kat Samuri...tiap kali beli mesti harga naik...
Raya tahun ni biasa-biasa aje bagi aku...tak ada yang luar biasa pun. Ehhh ada...tetiba ada orang yang dah bertahun tak balik...balik untuk melepaskan 'hajat kecil' aje...muahahaha...ya ampunnn hari raya pak!!!
Macam manalah nak bestnya, gambar satu family pun tak ada...gambar adik-beradik pun tak ada...venci tau!
nasi impit is a must di pagi raya
di sebabkan raya hari khamis, kami semua balik kampung hari rabu...jadi rendang hanya di kacau selepas waktu berbuka...kali ni rendang ikut resepi my brother in law.
Macam tahun-tahun sebelum ni, pak cik aku ni memang balik kampung untuk sembahyang raya. Lepas tu singgah bersarapan kat rumah kita orang, haruslah cucu semua tak melepaskan peluang untuk mendapatkan duit raya...tengok tu nak terkeluar duit raya dari poket...
Nilah kerja budak-budak bandar yang tak tahu menghargai hari raya...kalau tak main saidina ni, berebut main PS2. Suka hati koranglah ya anak-anak...
Ni ajelah satu-satunya gambar yasmin yang berjaya aku tangkap. Lengkap berbaju kurung dan tudung.
Gambar qaseh ni pun dah petang baru berjaya di tangkap.
Sebelah tengahari lepas menunggu ketibaan makcik dan kakak aku, kita orang sekeluarga pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk beraya dengan family sebelah en suami. Memang macam tu lah selalunya. Cuma yang beza sikit tahun ni, malam tu balik kampung semula sebab anak-anak sibuk nak main bunga api dengan sepupu-sepupu yang ada kat kampung...selalunya dah penat beraya kat KL, kita orang akan bermalam di rumah sendiri. Tapi tahun ni singgah sekejap aje...
Okey tu aje sebahagian cerita raya pertama aku. Nanti sambung lagi ya.
Terima kasih datang baca.
Labels:
aidilfitri,
anak-anakku,
family,
hari raya
Happy Belated Birthday Abang...
Gambar raya dah ada, tapi dari hp pintar aje tau...so jgnlah expect banyak bebenor yaaaa...tapi sebelum beraya, nak juga buat satu entry tertunggak untuk anak bujang jantung hati aku ni...Harijadi abang dah lepas pada hari Ahad 18/8 hari tu.
Macam tahun-tahun yang lepas dan tahun-tahun yang mendatang, ibu doakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan segala yang berimbuhan ke..an untuk abang. Moga abang menjadi anak yang soleh, ingat pada ibu dan ayah serta adik-adik, berjaya di dunia dan akhirat. Doa dan harapan ibu, moga abang menjadi pemimpin dan imam yang baik pada adik-adik. Sentiasa ingat Allah dan suruhannya...Selebihnya abang pun tahu yang ayah dan ibu sayang abang...adik-adik pun sayang kat abang dia yang seorang ni. Selalulah beristighfar, supaya Allah meningkatkan kesabaran dalam diri abang...panas baran anak aku ni...
Untuk hadiah, banyak bebenor yang abang minta...tak tahu mana satu menjadi kepentingan dan keperluan utama. Buat masa ni, kita tangguhkanlah dulu hadiah tu ya. Sampai satu masa yang sesuai...tanpa abang minta...tahu-tahu celik mata aje dah ada kat sebelah...muahahaha...magic ke apakan...
Okey tu ajelah nak cerita...untuk abang walaupun lambat ucapan kat blog ibu ni, itu semua tak penting kan. Yang penting doa ibu untuk abang tak pernah putus...dari hari pertama abang dilahirkan sehinggalah ibu menutup mata...

20 Ogos 2013
Candy Crush Saga
Sebenarnyakannnnn...nak cerita pasal raya...tapi gambar still tak transfer lagi.
Asal balik rumah aje, dah sibuk buat kerja rumahtangga...tak ada masa
nak duduk depan laptop mengalihkan gambar. Kalau dah kat rumah tu, memang tak sempat nak fikir benda lain, dalam kepala asyiklah ingat lepas ni nak menyapu, lepas tu nak mengemop, lepas tu nak basuh pinggan mangkuk, basuh bilik air lagi, nak lipat kain baju lagi...hoooiii banyak kojo dennnnnnnn...jadi bersabarlah wahai sedara mara kalau nak tengok gambar raya. Oh ya...lagi satu, gambar banyak kat kamera kakak aku yang nun jauh di seberang laut. kalau baca ni, segeralah hantar gambar2 tu ya.
Tapi memandangkan dah lama pula rasanya tak mengupdate blog picisan aku ni kan...nak jugalah buat satu entry. So carilah gambar kat cik google aje...maka terhasillah cerita candy crush saga yang menjadi kegilaan sekejapan hari tu. Sekarang pun 'gila' lagi juga...hehehe...dan bertambah gila, pagi tadi aku post kat FB suruh all my sistas cepat2 unlock level aku...hahaha...mampus aku kena marah...udahhh dari semalam ku hantar tidak boleh unlock juga pagi nih...hahaha...bagus juga post kan FB tu, terus menderu masuk life dan tetiba aje boleh unlock...kih..kih..kih...thank you!!!
Saja nak bagitahu juga yang aku sekarang ni kat level 173...pernah juga aku stucked kat satu-satu level tu sampai sebulan dua pun ada...minta en suami or abang eimran mainkan pun sama...tak berjaya juga nak naik level. Sudahnya aku main kat laptop...1st time main kat laptop, terus berjaya...jadi kalau korang rasa dah lama gila stucked kat satu-satu level tu, pasrah ajelah main kat laptop pula...kalau dah stucked lama sangat kat satu-satu level tu memang rasa nak termuntah dah...so sebelum betul-betul muntah, beralihlah ke laptop...muahahaha...
okey tu ajelah cerita untuk hari ni ataupun minggu ni...sehingga berjaya mendapatkan gambar-gambar raya untuk di post kat blog ni. Terima kasih datang baca.
Labels:
candycrush saga
15 Ogos 2013
BENGANG
hoi..hoi...hoiiii....balik-balik raya aje nak bengang kannnnnnn...agak-agaklah sikit...
Bukannya aku bengang sesama insan...tidak...tidakkk...itu dah bermaafan raya hari tu. Yang aku bengangkan ni pasal hp canggih ku itu. Tak boleh nak transfer gambar daaaaaaaa...memanglah bengang sesangat. Roger kawan aku yang teror pasal hp ni, tak berjawab pulak...kemanakah kau kawanku...
Nanti bila semua dah okey, barulah boleh bercerita pasal raya ya...buat masa ni tak ada gambar satu pun. Kamera ada, tapi satu gambar pun tak ambil masa raya, boleh??? Hari tu beria aje nak membeli kamera, dah ada tak gunakan pula!!! Ni kalau en suami tahu sampai raya tahun depan tak habis dia perli ahkak...hahaha...
Sebenarnya aku lagi suka ambil gambar guna hp...cepat aje nak klik klik...kalau nak guna kamera, masa tulah baru nak seluk dalam handbag, buka cover dia, on kan...leceh banyak benar stepnya...cuba pakai hp...abang... bg hp ibu nak ambil gambar...sebab hp aku selalunya kat tangan abang eimran...terus snap dah siap...
Bersabarlah ya kalau ada yang nak tengok gambar raya kami. ..hahaha, ada ke? Sorry ya tahun ni tak ada langsung sessi bergambar. Even aku anak beranak pun tak ada bergambar langsung. Kan dah kata tahun ni kami kelemauan sikit! Beraya pun setakat dua hari raya aje...yang lain duduk rumah aje...Hari Isnin, en suami dah start kerja...bersabarlah ya anak-anak dan emaknya sekali...huk..huk..huk...ni pun masuk kategori bengang juga ni...
okey tu ajelah sembang kosong hari ni. Terima kasih datang baca.
Labels:
apa2 aje
02 Ogos 2013
Persiapan Raya
Minggu depan aje nak raya dah...cepatnya masa berlalukan. Tajuk pun dah letak persiapan raya, so kenalah cerita pasal persiapan kannnnnnnnn...
Tahun ni macam lemau aje kitaorang punya persiapan.
Untuk baju yasmin dan qaseh dah cukup malah terlebih pulak. Tapi seluar satu pun tak ada lagi. Qaseh aje tak pasal-pasal dapat 3 pasang baju kurung. Tak termasuk jubah yang aku beli kat Jakarta hari tu lagi...huissshhh kecil lagi dah banyak baju ko kannn...
Yasmin pun sama...terlebih-lebih baju dia. Padahal aku budget 3 helai aje sorang. Baju kurung memang dah tempah kat kampung. Jubah sorang sehelai. Blouse memang terlebih. Yasmin ni susah sikit nak cari size dia, tu pasal masa jumpa size yang sesuai, rembat tak hinggattt...seluar jean ada sehelai aje. Tak per, jean boleh pakai banyak kali... muahahaha...Lagipun masa aku mengemas almari baju abang eimran hari tu, ada beberapa helai jeans abang yang masih elok cantik...bila tanya kenapa tak pakai, katanya dah tak muat...bolehlah pass kat yasmin pulak. Untuk anak perempuan ni tinggal seluar kecil aje lagi tak beli...ehh tudung pun tak ada lagi...ehhh seluar jean qaseh pun tak ada lagi. Uishh pening kepala aku.
Untuk anak lelaki...baju melayu memang tak ada lagi. Plan nak pergi beli hujung minggu ni. Biasanya kitaorang beli kat MJ Collection Bukit Indah, Ampang. tapi faham2lah dah hujung2 ni, payah sikitlah nak dapat kaler sedondon anak-beranak.
Danial pun tak ada lagi seluar jeans. Baru ada kemeja 2 helai. Tshirt sehelai pun tak ada. abang eimran pulak baru dapat sepasang aje. dah dia sibuk nak jersey...tu yang tak kuasa aku nak melayan. lantak ko lah bang...
Pagi tadi masa kat dalam kereta dah remind en suami suruh pasang balik rel kayu untuk langsir sliding door. Recycled balik langsir raya tahun lepas. Kuih raya semua dah dapat dan dah bawa balik pun. Sebalang dah habis di bawa ke nursery oleh budak kecil dua orang tu.
Untuk mak paknya pun baru lite2 aje siapnya. Baju kurung aku tempah kat kampung, petang raya nanti baru ambil...Jubah ada 2...kawan tolong belikan kat Jln TAR. Tudung raya aje yang tak beli lagi...
Tahun ni tak kuasa aku nak belikan kasut raya...pakai ajelah selipar tu ya anak-anak. Bukan apa, dia orang ni kalau beli pun pakai sekali dua aje...lepas tu buat menyemak kat rak kasut tu aje. Qaseh lagi lah...belambak kasut dia. hari tu pun masa belikan baju yasmin kat zara, tak pasal aje aku kena bayar duit kasut qaseh...ko tahulah kat zara tu... dekat RM 100 gaklah melayang untuk kasut dia...geram kannn.
Lain-lain masih ulang pakai yang lama juga...bekas kuih raya pun guna aje yang lama selagi boleh pakai...Lagi apa ya persiapan untuk raya??? Duit raya di lupa jangannnn....dah siap tukar dan dah masuk kan dalam envelope lagi! Tak ada dah kot...tu ajelah biasanya. Lainlah kalau beraya kat rumah sendiri, barulah boleh masukkan checked list ayam daging sebagainya...Ni beraya kat kampung, tu tugas kekanda2 akulah yang kena siapkan...kata anak bongsuuu...ngeri kalau kakak aku baca ni tau...
tu ajelah kot persiapan yang cam 50% aje baru siap...Terima kasih datang baca.

hari raya.,
persiapan raya
01 Ogos 2013
Inspire Camp
Minggu kedua puasa hari tu...
di bawah kelolaan Fadzilah Kamsah academy
venue
suspen juga kalau sesat...almaklumlah en suami kan
pantang kalau salah jalan...
muka rela paksa untuk menghadirkan diri...
me with my sis in law-tudung biru. dialah yang ajak join camp ni.
dah tahu, bulan puasa sure tak ada kedai yg buka.
bawa bekalan coco crunch untuk budak kecil
dua orang tu.
Datuk Fadzilah Kamsah...air muka dia sangat bersih
sama aje macam dilihat kat tv
penutup majlis. tak adanya abang eimran nak tengok ibu ambil gambar...
habis sudah
tak tahulah sapa yang rindu sapa ni...
Terima kasih datang baca.
Labels:
eimran
Hujung Minggu
Lama bebenor tak update blog...bukan apa, sekarang ni hp pintar aku tu buat masalah lagi. Kali ni langsung tak boleh nak charge. Di tambah pulak dengan sim cardnya crash..adooiii...dah pergi kat Digi, dapat sim card baru, katanya lepas 2 jam baru aktivate. Geramnyalah aku...sampai hari ni tak aktif langsung. The day after dpt sim kad baru tu aku ada call digi helpline tanya kenapa tak aktif lagi, katanya no siri yang dekat kad baru tu tak registered pun...ko geram tak??? disuruhnya aku pergi balik kat tempat aku dapat sim card baru tu, tp sekarang kan bulan puasa, sapa pulak lah nak membuang masa pergi ke sana...sabarlah wahai hati, sesungguhnya aku berpuasa!!!!
Panjang lebar pulak alasan tak mengupdate ya...ada ke sapa-sapa yang kesahhh???
Ni cerita hujung minggu lepas. Kita orang yakni aku dan anak2 + kakak and abang ipar aku balik ke kampung. Tu memang dah standardlah, nak dekat raya, kenalah balik ke pangkal jalan, ya dak...lama juga kali ni kita orang tak balik kampung...last balik masa mengundi hari tu bulan May. Mengemas mana-mana yang patut...mengemop mana yang dah berhabuk...di sebabkan dah lama tak balik, sekali bila balik hari tu...tanjat ahkak sebab rumah kami dah di masuki orang aka pencuri. Sob..sob..sob...
Antara barang yang di ambil dan hampir semuanya dia orang ambil dulang tembaga untuk hantaran masa kenduri kahwin. Hoooiii tak sempat anak sedara ahkak nak pakai tau...Lagi satu yang di curinya adalah tong gas...time nak masak air baru perasan yang tong gas dah hilang. Bukan sebiji di hangkutnya, 3 biji tuuuu....tak baik tau orang yang curi tu...orang nak masak air untuk berbuka tu...paling tak boleh blah...kad astro pun di curinya...agak-agaklah sikit...ahkak balik kg sekali sekala nak rileks, tengok tv, ko gi curi kad tu apa kejadah...dah aku tengok muka dia, dia tengok muka aku...muahhahaha...sib baik malam tu ada sessi 'anyam ketupat'...mih..mih..mih...
Tu gambar kat kedai secret recipe tu...singgah kat taipan senawang sebelum balik kampung. Beli juga ayamas. Main menu hari tu kue teow goreng. tu ajelah pun gambar yang aku snap menggunakan kamera. yang lain semua kat dalam hp.
Hari minggu sebelum balik KL singgah berbuka kat rumah mak chu kat senawang. kakak aku ngan kakak ipar aku sibuklah menolong masak...alahhh goreng mee aje punnnn...aku tak boleh gerak dah sebab qaseh baru bangun tidur...merengeklah apa lagi...tq qaseh, tak payah ibu menyibuk kat dapur...muahahah...dasar pemalas kannnn...tu gambar ayam masak lomak cili api. Ada bekalan lagi tapi aku punya tertinggal...sapalah yang dapat tu kannn...nampak sangat tak ada rezeki...Buah rambutan pun ada. Yang ini beli punya...In Sha Allah yang pokok punya by raya nanti dapatlah merasa...
Separuh makan kat meja, separuh makan kat bawah...banyak tu ulam-ulaman...
Sambal goreng...pun tertinggal...nampak gayanya raya ni kenalah buat ya... pleaseeeeeeee...kalau tak tertinggal hari tu memang tak buatlah masa raya, tapi di sebabkan dah tertinggal, kenalah buat ya...sekali lagi... pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... hahahaha...okey tu aje cerita hujung minggu lepas. Oh ya...yasmin demam masa kat kampung, kesian kat dia. Kaki dia cedera kena langgar basikal dengan danial. Bengkak sampai demam budak tu.
Tu ajelah cerita kali ni...panjang ke? tak kannnnn...terima kasih datang baca.
Langgan:
Catatan (Atom)