21 Ogos 2013

Happy Belated Birthday Abang...

Gambar raya dah ada, tapi dari hp pintar aje tau...so jgnlah expect banyak bebenor yaaaa...tapi sebelum beraya, nak juga buat satu entry tertunggak untuk anak bujang jantung hati aku ni...Harijadi abang dah lepas pada hari Ahad 18/8 hari tu.

Macam tahun-tahun yang lepas dan tahun-tahun yang mendatang, ibu doakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan segala yang berimbuhan ke..an untuk abang.  Moga abang menjadi anak yang soleh, ingat pada ibu dan ayah serta adik-adik, berjaya di dunia dan akhirat.  Doa dan harapan ibu, moga abang menjadi pemimpin dan imam yang baik pada adik-adik.  Sentiasa ingat Allah dan suruhannya...Selebihnya abang pun tahu yang ayah dan ibu sayang abang...adik-adik pun sayang kat abang dia yang seorang ni.  Selalulah beristighfar, supaya Allah meningkatkan kesabaran dalam diri abang...panas baran anak aku ni...

Untuk hadiah, banyak bebenor yang abang minta...tak tahu mana satu menjadi kepentingan dan keperluan utama.  Buat masa ni, kita tangguhkanlah dulu hadiah tu ya.  Sampai satu masa yang sesuai...tanpa abang minta...tahu-tahu celik mata aje dah ada kat sebelah...muahahaha...magic ke apakan...

Okey tu ajelah nak cerita...untuk abang walaupun lambat ucapan kat blog ibu ni, itu semua tak penting kan.  Yang penting doa ibu untuk abang tak pernah putus...dari hari pertama abang dilahirkan sehinggalah ibu menutup mata...

Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails