21 Ogos 2013

AidilFitri 2013

Mula-mula kenalah letak gambar nasi impit, rendang tapi aku tak snap pula gambar kuah kacang.  so makanlah nasi impit dengan rendang yang sehdap itu...kuah kacang ada, cuma aku aje yang tak snap.  Macam biasalah, kuah kacang beli kat Samuri...tiap kali beli mesti harga naik...
Raya tahun ni biasa-biasa aje bagi aku...tak ada yang luar biasa pun.  Ehhh ada...tetiba ada orang yang dah bertahun tak balik...balik untuk melepaskan 'hajat kecil' aje...muahahaha...ya ampunnn hari raya pak!!!
Macam manalah nak bestnya, gambar satu family pun tak ada...gambar adik-beradik pun tak ada...venci tau!

 nasi impit is a must di pagi raya
 di sebabkan raya hari khamis, kami semua balik kampung hari rabu...jadi rendang hanya di kacau selepas waktu berbuka...kali ni rendang ikut resepi my brother in law.  
 Macam tahun-tahun sebelum ni, pak cik aku ni memang balik kampung untuk sembahyang raya.  Lepas tu singgah bersarapan kat rumah kita orang, haruslah cucu semua tak melepaskan peluang untuk mendapatkan duit raya...tengok tu nak terkeluar duit raya dari poket...
 Nilah kerja budak-budak bandar yang tak tahu menghargai hari raya...kalau tak main saidina ni, berebut main PS2.  Suka hati koranglah ya anak-anak...
 Ni ajelah satu-satunya gambar yasmin yang berjaya aku tangkap.  Lengkap berbaju kurung dan tudung.
 Gambar qaseh ni pun dah petang baru berjaya di tangkap.
Sebelah tengahari lepas menunggu ketibaan makcik dan kakak aku, kita orang sekeluarga pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk beraya dengan family sebelah en suami.  Memang macam tu lah selalunya.  Cuma yang beza sikit tahun ni, malam tu balik kampung semula sebab anak-anak sibuk nak main bunga api dengan sepupu-sepupu yang ada kat kampung...selalunya dah penat beraya kat KL, kita orang akan bermalam di rumah sendiri.  Tapi tahun ni singgah sekejap aje...
Okey tu aje sebahagian cerita raya pertama aku.  Nanti sambung lagi ya.
Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails