Hari ni aku nak cerita pasal yasmin. Dari penghujung November hari tu aku hantar dia ke kem hafazan berdekatan dengan rumah. Mulanya dia nak tidur kat situ tapi aku yang berat hati nak bagi kebenaran. Aku belum bersedia nak lepaskan dia untuk berdikari lagi...uhuk..uhuk...Dan hari ni merupakan hari terakhir dia menghadirkan diri ke kem hafazan tu.
Masa nak mendaftarkan dia ke kem ni hari tu, Yasmin yang sendiri minta nak pergi kem hafazan ni. Kalau abang eimran...huk..huk..huk...terbatuk omak eh nak suruh. So pagi-pagi sebelum ke office aku kenalah hantar dia dulu lepas tu balik pula orang nursery tempat dia transit tu akan tolong ambil dia setiap petang. Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi dia tak ada kawan yang sama nak balik ke nursery. Paling selamat bayar ajelah kat orang nursery untuk ambil dia waktu petang.
Kiranya kem hafazan ni setiap hari selama 4 minggu. Kira sebulanlah kan. Tapi yang aku risaukan hari tu sebab dia kekurangan baju kurung. Kalau ada pun sepasang baju kurung masa raya. Mujur ada 2 helai jubah yang aku beli kat Jakarta dulu. So tak kan 3 helai nak ulang selama 4 minggu kan? Aku tempahkan lagi satu baju kurung yang biru gambar atas tu. Nasib baik boleh siap cepat. So itulah yang dia duk ulang pakai. Tapi dia lagi suka pakai jubah...
Nampak sangat yang yasmin ni dah remaja tau...pepagi tu kalau dah bersiap, siap tanya nak pakai tudung apa...aku suruh pakai aje tudung yang ada...tak nak pula, tak sama kaler dengan baju katanya...amboi..amboi...pandai dah nak match match macam ibu juga ya...dia memang suka pakai tudung aku...tudung kanak-kanak dia tak nak pakai dah.
Ni gambar pagi tadi...hari terakhir nak ke kem hafazan. Alhamdulillah sekarang dia dah hafal beberapa hadis dan surah. Malam tadi pun gigih suruh aku dengar dia nak menghafal sural al-waqiah. Lagi satu aku perhatikan dia kalau nak masuk tandas mesti baca doa...walaupun masa tu dia tengah terkepit-kepit nak terkucil, tetap tadah tangan kat depan bilik air...Kalau aku minum berdiri, mesti dia tegur suruh minum duduk...terus aku terduduk...hehehe....
Ada sekali hari tu, aku membebel sebab rumah bersepah...dia kata tak per, biar amin sapu. Aku ingatkan setakat sapu ajelah, sekali dia siap mop lantai lagi. Terus aku puji dia melambung-lambung...saja nak kasi abang eimran jeles...ko ingat dia nak jeles...tak pasal-pasal dia kata kita orang dah ada bibik baru...kurang hasam betul!!
Dua hari lepas yasmin ada bagi surat untuk aku dgn ayah dia. Mesti ustaz dan ustazah yang suruh tulis. Mana ntah gambar tu, nanti kalau dah jumpa aku post entry ya.
Kat kem ni dia tak ada ramai kawan. Dia cuma rapat dengan sorang kakak sekolah menengah yang dia panggil kak sue. Padahal ada juga budak darjah 4 tapi sebab sekolah lain-lain jadi macam tak boleh nak ngam dengan dia. Masa minggu pertama lagi dia cerita kat aku yang budak-budak tu suka cakap bisik-bisik...sekali dia sound kat budak tu, kita datang sini nak belajar, kalau tak nak kawan sudahlah...hahhh hambek kau!
Jadi sampai ke sudah dia memang baik dengan kak sue tu ajelah.
Dan esok ada majlis penutup untuk kem ni. Dia kata ada persembahan. Sebab dia terlibat sama dalam persembahan tu, kenalah aku bagi semangat sikit dengan menghadirkan diri esok.
Tu ajelah cerita dan kisahnya. Terima kasih datang baca. Sekarang ni tahap kemalasan melonjak-lonjak. Malas segala-galanya...dah masak, malas nak ambil gambar. Malas nak update blog, tapi nak berblog! Dah hujung-hujung tahun ni mood semua ke laut. Tunggulah tahun baru nanti, mesti ada azam baru nak update blog tiap hari...hahaha aku lah tuuuuu...
Pengisian masa cuti yang bagus... tahniah Yasmin! Hah amik ko Yati... Lepas ni kena jaga pekerti dan penampilan... hehehhe! Tak leh nak semberono je? Sapa tahu... entah2 yasmin nanti ganti ustazah Bahyah kat NTV9.
BalasPadam