18 Julai 2010

Jalan TAR

Adalah satu hari yg mulia tu, aku ngan en suami gi jln TAR. Walaupun aku keje kat kolumpo ni, tp jarang ya amat aku ke sana. Kalau tx ada hal, jgn haraplah aku nak menapak kat sini. Jln TAR ni lengang lagi masa ni, tx ramai org, tp kalau bulan puasa...huhhh...tx usah cakaplah...
Aku ajak gak en suami pekena nasi beriani kat sini. dah lama mengidam tp asyik tx kesampaian jer. moga2 lepas makan kat sini, kita org pun insaf gaklah ya....

Bila keluar dr restoran tu, saje jelah nak jenguk globe silk store kat seberang jalan... tp tengok cam dah tukarlah...jd sarah hughes@globe. kalau gi globe ni teringat zaman kanak2 ribena dulu. boleh dikatakan setiap kali nak menjelang raya, arwah mak ngan arwah abah aku sure ke sini nak beli kain. kadang2 time nak sekolah pun beli kain nak buat baju sekolah kat sini. dulu sales assistant dia punyerlah glamer siap ada uniform lagi. yg jaga lift lagi glamer, pakai baju cam org nak kahwin! aku ngan en suami gilah jugak nak masuk, tp tgk dah macam aked mara lah pulak, terus tx jd masuk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails