24 Julai 2010

Siakap Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut



ni menu utk lunch hari ni. baru jer masak. belum makan lagi, sbb nak tunggu en suamiku balik dr kerja. resepi ambik kat blog kak nor@ secubit garam. resepi asal tajuk nyer ikan goreng dlm sos daun limau purut. tp sbb aku gunakan ikan siakap so aku letaklah tajuk ikan siakap. bukan siakap senohong ya...eimran baru jer habis makan, aku tanya, camner sedap tx? dia kata seeedapppp...terima kasih kak nor utk resepi ni. aku letak kat sini utk rujukan di kemudian hari.
Bahan2 :
ikan bawal - aku guna ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut- hiris halus dan di goreng garing
minyak utk menggoreng
bersihkan ikan dan keringkan
salut dgn tepung(kering) & goreng garing
hidang atas pinggan
utk sos:
5 ulas bawang putih-dicincang -sy tumbuk
3 ulas bawang merah-dicincang-sy tumbuk
5 biji cili padi hijau-di cincang-tx ada kaler hijau
5 biji cili padi merah-dicincang-sy letak 7 biji di tumbuk
3 helai daun limau purut-di hiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cwn cuka - sy letak 2 sudu besar
3 sudu besar sos ikan
2-3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cwn stok ayam-(guna air biasa + 1/2 kiub stok ayam)
1 sudu kecil tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
minyak
cara2nyer:
panaskan minyak & tumis bawang putih & cili hingga wangi
masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung
masak hingga mendidih
masukkan bancuhan tepung jagung & biarkan mendidih sehingga sedikit pekat
tuang atas ikan & tabur dgn daun limau purut yg dah di goreng
siap utk di ngap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails