As Salam....
Tetiba lak jadi baik ni. Yalah, aku kalau update blog tx pernahnya nak bg salam. Walaupun 'rumah' sendiri kena bagi salam jugak kan?
Lama betul cuti kali ni. syok tx usah cakaplah. Kali ni aku cuti2 M'sia ngan family belah en suami pulak. Tak adalah jauh mana pun setakat negeri jiran sebelah nun ajer. Aku ingat dah boleh lah nak load gambar, sekali tgk card reader aku ntah mana di main dek danial semalam. Suka hati dia ajer buat benda alah tu mainan dia. Mainan dia yg berlambat tu tx nak lak dia main, time suh beli kan main lagi! Jadi aku load gambar yg dr hp cap ayam aku ni jerlah dulu. Ni pun gambar danial aje yg aku ambik.
Al kisahnya masa gi cuti2 M'sia hari tu,kita org gi tepi laut kat Pengkalan Balak nun. Rasanya plan asal nak ke PD tapi tx tau lak terlajak sampai ke Pkln Balak. Percutian kali ni, kita org main terjah ajer, tx ada booking2 chalet memana pun. Tapi nasib menyebelahi kita org, dapat jugaklah 4 bilik(cam bilik lebih krg) kat tepi laut.
Anak2 bertuah aku, esp yasmin ngan danial mmg kureng sikit mandi laut ni. dia org suka mandi kat pool ajer. Gayat pun ya jugak! So dua beradik tu lebih byk main pasir jer dr mandi. Rasanya danial mmg tx mandi langsung kat laut tu. Dia lebih byk meneroka kawasan sekeliling chalet tempat tinggal kita org tu. tu yang bila malam badan dia naik merah2 macam kena sembur ngan 'cik punti'(mengikut ramalan org dulu2). Aku lak yang naik risau + kesian tengok dia, tergaru2 tx dpt tidur. Last2 aku ajak en suami cari klinik 24 jam walaupun masa tu dah pukul 1.45am!
bersambung jap lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan