29 November 2012

Langkawi Day 2

Hahhh tulah rombongan cik kiah ke langkawi...memang bas tak boleh 
masuk nak pick up kita orang, sebab jambatan tu muat kereta aje lalu. 
 so mmg kita orang kena menapak nak keluar dan masa nak balik.  okeylah tu kan...
Ni gambar sementara menunggu ketibaan bas rombongan.  
Masa menunggu tu, tetiba abang yang berbaju batik tu datang bagitau 
dia termasuk sekali dalam package bas yang kita orang ambil tu,
 kiranya dia tu tourist guide kita orang lah... 
ohh kelasss kau jahhh...siap ada tourist guide lagi...hahaha
Elok juga ada tourist guide ni, mana-mana tempat yang kita lalu, 
dia akan explain asal usul nama tempat tu.
Ni our 1 stop, sireh lagenda.  Tempat perusahaan gamat.

Lama tau nak masak gamat tu...makan minggu jugaklah dia orang masak. 
 tapi bila malam api tu di padamkan lah.  pagi esok nyalakan balik...
cam tulah lebih kurang penerangannya.
mak cik aku rileks aje celup tangan kat dalam kawah tu.  
aku tak buat, takutttt...mmglah dia kata tak panas...tp still takut...
Habis tu, masuklah kat bahagian jualan pulak...
dengarlah penerangan dari abang baju merah tu hah...
segala macam gamat ada.  Masing-masing membelilah serba sedikit...
kata pergi langkawi...tak kan tak beli minyak gamat..ya takk...
Lepas tu kita ke Kilim Geoforest Park ni pulak.  
Dulu pernah sampai sini tapi tak naik boat sebab mahal...
kali ni sebab ada tourist guide harga menjadi murah.  Tak lepas kan peluanglah...

 Tak habis lagi berbincang...bincang apa ntahhh...
 kita orang naik dua boat...


tengoklah helang ni...
helang ni ada kat langkawi aje-yang kepala putih
tengok helang menyambar makanan kat permukaan air
 kalau jalan ke depan tu kau orang di kira
pendatang haram...tu dah nampak sempadan siam
perjalanan menaiki boat lebih kurang dalam 45 minit aje
menurut pemandu boat kita orang tu
 Lepas tu pergi kat sangkar ikan ni pulak...
tengok dia orang bagi ikan pari makan...menurut 
tourist guide kita orang tu, ada 3 ekor ikan pari...
siap ada nama lagi...tapi satu aje yang aku ingat...
Fatimah...auww itu nama mak saya, haruslah ingat..
 Lepas tu ada tiram, ada belangkas ngan ikan sumpit
sapa yang hisap rokok nanti dia sumpit kat rokok tu...
 Lepas tu naik boat lagi pergi masuk gua pulak
 tengok kelawar ngan batu-batu yang membentuk pelbagai rupa
antaranya rupa perempuan dalam telekung sedang berdoa...
penat aku telek batu tu, tak nampak pulak rupa yg di cakapkan tu...
 habis sudah...
boat yang aku naik tu, siap kehabisan minyak kat tengah laut
tapi dia orang memang dah stand by satu tong minyak...
curah aje...
 Dari Kilim Geoforest ni kita orang ke Makam Mahsuri pulak
dah berubah wajah 100% betul kat persekitaran ni...
dulu aku pernah sampai sini, elok aje bersimpuh ambil gambar
kat bahagian dapur rumah tu...
 Yang lain-lain sempatlah membasuh muka dan meraut janggut...
adalah tu...
 danial pun ambil kesempatan membasahkan muka dan rambut dia...
sukalah tu dapat buat pacak...
Masa nak keluar tu, terleka kita orang tengok kakak ni duk membuat kuih karas...
susah nak jumpa dan tengok cara-cara membuat kuih ni...
kagum aku...tak beli pun kuih ni pasal kakak tu cakap dia
tengah menyiapkan tempahan orang..so tengok ajelah.
tapi kakak tu bagi jugalah kita orang rasa sekeping...
baikkan orang langkawi...
 Lepas tu ingat nak naik cable car...dulu pergi tak dapat naik
sebab orang terlampau ramai...beratur dah macam ular kena palu...
kali ni pun tak berjaya juga....beratur aje mau dua ke tiga jam...
terus naik bas balik...
singgah kat tepi jalan ni...tempat banyak kapal layar berlabuh
 dulu aku dah pernah bergambar kat sini...lagipun kapal layar aku kat sini dah lama
aku jual...tu yang aku tak turun bergambar lagi...hahaha...
cam ner nak turun, qaseh tengah sedap sangat tidur penuh gaya...
kepenatanlah tu...
okeylah gambar banyak sangat, ni aku pilih sikit2 aje.
gambar2 kat entry ni semua dari kamera kakak aku.
lepas tak dapat naik cable car kita orang terus decide 
nak menyopping lagi.  kali ni ke idaman suri pulak.
kat sini barulah aku membeli my wishlist tutttt....
gambar2 kat idaman suri tak adalah pulak.
kat sini okey sikit, tak seramai kat HIG...
habis aje menyopping kat idaman suri, ke HIG lagi...
cekelat..cekelat..cekelat...
lepas tu terus balik ke chalet nak kasi chance kat
anak-anak nak mandi laut...cuaca pun mengizinkan
kasilah chance kat dia orang...
okey...habis dah cerita langkawi...
ehhh ada lagi citer hari nak balik...melampau kan...
tak yah lah citer lagi...keluar dari langkawi kita orang
bermalam kat Kangar pulak.  Sebab esoknya nak ke Padang Besar pulak...
okey tu kita sambung esok ya...
tq for reading

28 November 2012

Alor Star-Kuala Perlis-Langkawi Pt 2

Ni kira entry dah sampai ke Langkawi lah ya.  Gambar helang yang besar tu tak sempat aku nak snap pasal sibuk menguruskan beg aku dan mata nak kena alert perhatikan anak-anak... almaklumlah orang ramaiiii...bersesak2 kat jeti tu...tu pun sempat lagi Danial tertinggal kat belakang, kita orang dah ke depan...huihhh geli2 perut aku ni...
Mengikut program asal, ada bas menunggu kita orang kat jeti kuah...kata rombongan cik kiah...harusss lah naik bas!!!  sekali tak ada bas, dia sediakan dua buah van.  Teruslah ke tempat penginapan kat Pantai Chenang.  
Letak aje barang, terus keluar balik sebab semua dah kelaparan.  Kita orang cakap kat Pak cik tu stop ajelah kat mana2 kedai makan yang sedap.  So dia stop kat kedai Hj Jelani ni.  Kat mana...tak pasti...tapi kat Pulau Langkawilah..muahahaha...punyalah sedap...tak terkata aku...akulah yang tak terkata...orang lain okey jer kot...walaupun dah agak lambat jugak, tapi lauk dia masih banyak lagi.
 ni kerabu mangga dia...sedapppp
Habis makan pak cik tu dropped kan kita orang kat pekan kuah betul-betul kat lorong sebelah Hj Ismail Group.  Tapi tengok dari luar punyalah ramainya manusia kat HIG tu...tak sanggup aku nak masuk.  Jadi kenalah menapak masuk kedai lain.
Kedai cokelat sudah semestinya.  Anak-anak aku hilang pedoman sekejap tengok cokelat...yasmin dengan daimnya, danial nak M & M, qaseh pun sama...tapi budak kecik ni kalau boleh semua dia nak suruh aku beli.
Jauh jugak kita orang jalan, sampai nampak signboard Al-ikhsan...melompat2 lah anak2 lelaki kan...kat sini pun nak suruh beli bola...
Sebelum balik ke chalet, aku masuk jugalah kat HIG tu, membeli tuala mandi.  Memang tak bawa towel pun sebab nak beli kat sini...muehhehe...
Nak balik ke chalet tu baru kita orang dapat naik bas.  Tapi dah naik bas, kenalah menapak pulak nak menyampaikan ke chalet tu.  Bas besar tak boleh masuk ke kawasan chalet...
1st day sampai langkawi tu, hujan juga.  so tak dapatlah anak2 nak bermandi manda kat pantai.
nilah gambar pemandangan pantai dari chalet.  ni pun aku ambil gambar pagi esoknya.  tempat penginapan ni adalah chalet TNB, BIL aku yang dapatkan.  Gambar-gambar ni semua dari phone aku aje.  Gambar dari kamera kakak aku tu nak kena resize lah pulak.  Ahkak takut nanti quota cepat penuh lagi...tx sanggup...
okey habis sudah cerita hari pertama kat langkawi.  1st day tu memang itinerary kita orang makan dan shopping sahaja...bestkan.  aku pun 1st day tu memborong cekelat aje.  corelle ngan vision tu mmg ada dlm wishlist tapi memikirkan, sapalah pulak nak tolong mengangkutnya...aku simpan ajelah hasrat itu..sob..sob...
kita sambung lagi nanti ya...tq for reading.

WW - Cover remote hilang


Baru perasan pagi tadi...dua-dua pulak tu hilang sekali...
sabar ajelah budak-budak ni.

27 November 2012

Hari Ahad Kami

Stop kejap cerita Langkawi...nak cerita hari Ahad yang lepas...lepas..lepas...hahh lamakan tuh.  Gulai tempoyak tu pun dah selamat masuk perut.  Buat hari ahadlah tu...beli barang dedaunan tu hari khamis masa pasar malam.  kat satu gerai tu semua daun nak masak gulai ni ada, kecuali petai aje tak ada...sonang kojo dennn...
1st time masak gulai tempoyak ni...kalau arwah mak aku ada, confirmed dia bangga ngan aku...muahahhaa....yasmin tak menyempat nak rasa kesedapan gulai yang mak dia masak.  Tukang rasa yang pertama tentulah abang eimran...lepas tu dia pass kat adik dia ni.  memanglah ada sikit kurang sana sini, tak di nafikanlah...mak terima kritikan dgn hati yang terbuka...practice make perfect kata kauuuu...tapi aku rasa kalau ada petai mesti lagi sedap...hehehe...tak nak kalah gak tu...
Untuk makan malam pulak, ayah dia tambah lagi dua tiga jenis lauk.  Sebenarnya nak clearkan peti ais...kalau tak nanti sayur2 tu layu cam tu aje.  tu dia goreng peria katak dengan apa ehh benda tu..lupalah.  Alah selalu kalau beli yong tau foo ada yang 4 segi tu.  Kalau goreng garing memang sedap.
Ni pun dah bertapa kat dalam fridge tu kan main lama lagi.  Tauhu jepun tu di goreng manja2 aje...tambah dengan tomato + mangga muda ngan ntah apa lagi...not bad juga rasanya.  Yang ni cepat aje licin...
Ni pun sebab nak menghabiskan stok mangga terakhir hari tu.  tumbuk cili api, gaulkan dengan tempoyak, lepas tu gaul sebati dengan hirisan mangga...ni yang bertambah-tambah makan...
Bak kata Harith Iskandar, org M'sia ni masak nasi goreng lepas tu masuk kat FB...berduyun yang komen...hahaha...I terasa tauuuu....haruslah aku up gambar gulai tempoyak kat Instagram...tapi taklah berduyun pun yg komen...sedara mara aje pun...hahaha...
okey, tq for reading...

26 November 2012

Alor Star-Kuala Perlis-Langkawi Day 2(Pt 1)

Kan dah citer sebelum ni, kita orang check out awal pagikan...sebab utama kononnya 'takuit' perkataan baru ya... orang ramai nanti kat jeti kuala perlis tu...so on the way ke kuala perlis tu, singgah ajelah kat mana2 kedai tepi jalan tu untuk sarapan pagi.
ni aku punya...anak-anak ada yang makan roti canai ngan roti telur...suka hati koranglah.  Aku boleh pulak terlupa pantang larang aku...tak nak makan nasi di waktu pagi...hahaha pantang larang lah sangatkan...serius aku dah lama tak makan nasi lemak atau apa-apa yang dibuat menggunakan nasi pada waktu pagi...nak diet katanyer...diet lah sangatkan...mesti mata semua dah keatas lah tuuu...hahaha
 Tu dia...nampak dah signboard Feri ke Langkawi...nampak signboard pun dah teruja...
sekali nampak pulak orang beratur panjang...susut sikit keterujaan aku...macam mana nih??
ni pun kira awal jugak lah kita orang sampai kat jeti ni.  sekali tengok punyalah panjang orang beratur nak membeli tiket...siap sampai kat masjid yang kat luar tu tau!!!
Maka terpaksalah ahli rombongan cik kiah mencari tempat yang sesuai untuk bergambar bermesyuarat tingkap....muahhahaha...sempatlah jugak minum air kopi secawan...Masing-masing terus menghubungi contact-contact yang boleh di percayai...ramai rupanya contact2 dia orang ni kat sana ya...mestilah yang boleh di percayai...buatnya kata ada tiket pukul 2, sekali tunggu sampai pukul 2, feri pun tak wujud, tak ke rasa nak berenang-renang ke tepian sampai kat Langkawi lakkk...hahhh tu lah tak boleh di percayai namanya...Alhamdulillah kita orang berjaya mendapatkan tiket  pukul 12.30 tengahari tu.
Cepat2lah turunkan barang sebab drivers semua nak pergi menghantar kereta kat Kangar pulak.  Dudukkan qaseh kat situ diam2.  Kat belakang tu masih panjang lagi orang beratur nak beli tiket...
 tataplah wajah tuan tanah jugak..auwww
tu dia feri dah sampai...feri kami namanya bahagia 99, betul ke? rasanyalah ...sib baik bukan keluarga 69.  Tiket kata 12.30...feri sampai 12.30, orang turun dah setengah jam.  Orang naik lagi setengah jam. sudahnya feri jalan pukul 1.30.  Masa ni jeti kuala perlis tengah renovation...tandas bersih tapi sebatu dah terbau...tak perlah di maafkan sebab bersih, bau tu ntah dari mana tak tau...kepanasan menunggu feri kat dalam tu tak terkata dan tak tergambar oleh mata dan akal aku nih...berpeluh-peluh...memang rasa tak sabar nak masuk dalam feri nak airconddddd....ya aku tahu...nnt kat Padang Mahsyar lagi panas...harap maaf!!!
Muka kelegaan dah selamat masuk dalam feri...tapi seats kita orang kat belah bawah.  so asyiklah tertanya-tanya dah jalan ke belum...dah sampai ke belum....tak ada tingkap nak tengok panorama kat luar.  Kalau duduk belah bawah tu memang tak rasa feri bergerak tau...Nak tak nak kenalah layan cerita Hantu Kapcai masa tu...
Dah sampai Langkawi pun bila orang sibuk2 bangun...so kira dah sampailah tu kan...Sampai Langkawi pukul 2 lebih...punyalah ramai orang kat sini...yang nak ke Langkawi ramai, yang nak meninggalkan Langkawi pun ramai...
Cerita kat Langkawi sambung lagi lepas ni di Part 2. Tq for reading...

Kuala Lumpur-Alor Star Day 1

Ya Allah...sampai nak basi dah cerita cuti-cuti Malaysia aku ni hah.  Memang nak buat entry ni minggu lepas, lepas balik dari bercuti tulah kiranya, tapi ada aje hal yg tak dapat di elakkan.  Kenalah tunggu gambar dari kamera kakak aku, dah dapat gambar, tetiba nak buat entry...gambar dah over quota cam tulah lebih kurang messagenya.  Susah hati lah juga aku pada mulanya.  Tapi aku rasa blogger lain mesti lah dah mengalami peristiwa ni kan...jadi kenalah rajin sikit menggugel masalah tu.  Sekali tengok ummiyummi ngan mamatiamia pun mengalami masalah yang sama.  Kenalah aku belajar dulu cam ner nak settlekan masalah ni.  Yang utama terima kasih pada qasehhoney.
Sekarang ni dah settled, tak ada alasan lagi utk tak mengupdate cerita langkawi ni kan...
Kita orang bertolak hari Sabtu, 1st day cuti sekolah hari tu.  1st stop kat hentian jejantas sg buloh utk sarapan pagi yang di taja oleh mak cik ahkakkkk...gambar kat atas tu breakfast kitaorang lah.  Ada nasi impit, rendang, mee hoon goreng + kakak aku pun ada beli nasi lemak dengan mee goreng.  Dah kenyang kita teruskan perjalanan.  
Jauh lagi tu nak menyampaikan ke Alor Star...nak tidur pun tak sampai hati sebab driver aku adalah anak sedara aje.  En suami tak joint sebab tak dapat cuti...tapi faham2 ajelah kalau dah cuti sekolah, jalan sekejap slow sekejap bergerak laju...kadang2 hujang lebat, kadang2 renyai2 aje.  Time hujan lebat tulah aku boleh terlelap...
 Baru sampai Ipoh 
Selalu teruja bila nak lalu kat terowong kan...sibuk suruh anak-anak sekali merasakan keterujaan emaknya..hehhee.. 
Tak ingat pulak aku susur keluar kat mana masa kat highway tu.  Masuk jalan lama, lebih kurang dalam 20 minit jugaklah baru jumpa kedai makan ni.  Sempatlah aku bertanya kat pelayan kedai tu...ni kat daerah mana?  Katanya Permatang Keling...hahhh gitulah nama tempat tu...dalam daerah Penang kalau tak silap aku lah...kami sampai sini dalam pukul 3 petang rasanya.  Kiranya lambatlah nak makan tengahari.  Tapi lauk masih banyak lagi.  Kari ada seperiuk lagi...
Lepas tu teruskan perjalanan lagi, dengan perut yang dah kenyang, dengan hujan yang lebat...sedap aje mata aku tertutup rapat...tau tau dah nak sampai Alor Setar Selatan.  Berhenti kat sini nak menunggu ahli jemaah yang lain.  Sampai sini pun dalam pukul 6 dah.
Dah cukup ahli semua barulah gerak ke homestay yang pertama di Alor star.
Nilah homestay kita orang.  Rumah semi d dengan 4 bilik dan 3 bilik air.  Untuk satu malam rasanya dalam RM250 aje.  Kalau ahli jemaah ramai macam kita orang ni, sesuai sangatlah menyewa kat sini.  Hall dia pun besar.  gambar2 kat homestay ni, in next entry ya.
 ni gambar kat halaman rumah 
sempatlah budak bujang dua orang ni bergambar kat sini
taraaaaa...nilah ahli rombongan cik kiah
tu pun ada lagi yang tak masuk dalam gambar
budak-budak lelaki lah yang tak masuk kan
dia orang mana suka nak bergambar...suka ambil gambar aje
Lepas bergambar kat depan homestay ni, seawal 7.30 pagi jugaklah kita
orang dah check out dari sini dan meneruskan perjalanan
ke Kuala Perlis....Langkawi tunggguuuuu.....
overkannnnn..tq for reading
Related Posts with Thumbnails