28 November 2012

Alor Star-Kuala Perlis-Langkawi Pt 2

Ni kira entry dah sampai ke Langkawi lah ya.  Gambar helang yang besar tu tak sempat aku nak snap pasal sibuk menguruskan beg aku dan mata nak kena alert perhatikan anak-anak... almaklumlah orang ramaiiii...bersesak2 kat jeti tu...tu pun sempat lagi Danial tertinggal kat belakang, kita orang dah ke depan...huihhh geli2 perut aku ni...
Mengikut program asal, ada bas menunggu kita orang kat jeti kuah...kata rombongan cik kiah...harusss lah naik bas!!!  sekali tak ada bas, dia sediakan dua buah van.  Teruslah ke tempat penginapan kat Pantai Chenang.  
Letak aje barang, terus keluar balik sebab semua dah kelaparan.  Kita orang cakap kat Pak cik tu stop ajelah kat mana2 kedai makan yang sedap.  So dia stop kat kedai Hj Jelani ni.  Kat mana...tak pasti...tapi kat Pulau Langkawilah..muahahaha...punyalah sedap...tak terkata aku...akulah yang tak terkata...orang lain okey jer kot...walaupun dah agak lambat jugak, tapi lauk dia masih banyak lagi.
 ni kerabu mangga dia...sedapppp
Habis makan pak cik tu dropped kan kita orang kat pekan kuah betul-betul kat lorong sebelah Hj Ismail Group.  Tapi tengok dari luar punyalah ramainya manusia kat HIG tu...tak sanggup aku nak masuk.  Jadi kenalah menapak masuk kedai lain.
Kedai cokelat sudah semestinya.  Anak-anak aku hilang pedoman sekejap tengok cokelat...yasmin dengan daimnya, danial nak M & M, qaseh pun sama...tapi budak kecik ni kalau boleh semua dia nak suruh aku beli.
Jauh jugak kita orang jalan, sampai nampak signboard Al-ikhsan...melompat2 lah anak2 lelaki kan...kat sini pun nak suruh beli bola...
Sebelum balik ke chalet, aku masuk jugalah kat HIG tu, membeli tuala mandi.  Memang tak bawa towel pun sebab nak beli kat sini...muehhehe...
Nak balik ke chalet tu baru kita orang dapat naik bas.  Tapi dah naik bas, kenalah menapak pulak nak menyampaikan ke chalet tu.  Bas besar tak boleh masuk ke kawasan chalet...
1st day sampai langkawi tu, hujan juga.  so tak dapatlah anak2 nak bermandi manda kat pantai.
nilah gambar pemandangan pantai dari chalet.  ni pun aku ambil gambar pagi esoknya.  tempat penginapan ni adalah chalet TNB, BIL aku yang dapatkan.  Gambar-gambar ni semua dari phone aku aje.  Gambar dari kamera kakak aku tu nak kena resize lah pulak.  Ahkak takut nanti quota cepat penuh lagi...tx sanggup...
okey habis sudah cerita hari pertama kat langkawi.  1st day tu memang itinerary kita orang makan dan shopping sahaja...bestkan.  aku pun 1st day tu memborong cekelat aje.  corelle ngan vision tu mmg ada dlm wishlist tapi memikirkan, sapalah pulak nak tolong mengangkutnya...aku simpan ajelah hasrat itu..sob..sob...
kita sambung lagi nanti ya...tq for reading.

2 ulasan:

  1. best nya.. makan makan... rombongan cik kiah mmg meriah kan.. syok ikut rombongan camni.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. rombongan adik beradik jer...

      Padam

Related Posts with Thumbnails