20 Ogos 2013

Candy Crush Saga

Sebenarnyakannnnn...nak cerita pasal raya...tapi gambar still tak transfer lagi.
Asal balik rumah aje, dah sibuk buat kerja rumahtangga...tak ada masa 
nak duduk depan laptop mengalihkan gambar.  Kalau dah kat rumah tu, memang tak sempat nak fikir benda lain, dalam kepala asyiklah ingat lepas ni nak menyapu, lepas tu nak mengemop, lepas tu nak basuh pinggan mangkuk, basuh bilik air lagi, nak lipat kain baju lagi...hoooiii banyak kojo dennnnnnnn...jadi bersabarlah wahai sedara mara kalau nak tengok gambar raya.  Oh ya...lagi satu, gambar banyak kat kamera kakak aku yang nun jauh di seberang laut.  kalau baca ni, segeralah hantar gambar2 tu ya.

Tapi memandangkan dah lama pula rasanya tak mengupdate blog picisan aku ni kan...nak jugalah buat satu entry.  So carilah gambar kat cik google aje...maka terhasillah cerita candy crush saga yang menjadi kegilaan sekejapan hari tu.  Sekarang pun 'gila' lagi juga...hehehe...dan bertambah gila, pagi tadi aku post kat FB suruh all my sistas cepat2 unlock level aku...hahaha...mampus aku kena marah...udahhh dari semalam ku hantar tidak boleh unlock juga pagi nih...hahaha...bagus juga post kan FB tu, terus menderu masuk life dan tetiba aje  boleh unlock...kih..kih..kih...thank you!!!

 Saja nak bagitahu juga yang aku sekarang ni kat level 173...pernah juga aku stucked kat satu-satu level tu sampai sebulan dua pun ada...minta en suami or abang eimran mainkan pun sama...tak berjaya juga nak naik level.  Sudahnya aku main kat laptop...1st time main kat laptop, terus berjaya...jadi kalau korang rasa dah lama gila stucked kat satu-satu level tu, pasrah ajelah main kat laptop pula...kalau dah stucked lama sangat kat satu-satu level tu memang rasa nak termuntah dah...so sebelum betul-betul muntah, beralihlah ke laptop...muahahaha...
okey tu ajelah cerita untuk hari ni ataupun minggu ni...sehingga berjaya mendapatkan gambar-gambar raya untuk di post kat blog ni.  Terima kasih datang baca.

1 ulasan:

  1. saya pun sama Yati... player candy crush... selingan sambil2 buat kerja kat office...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails