Memaparkan catatan dengan label legoland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label legoland. Papar semua catatan

12 Jun 2013

Legoland Lagi

Masa ni dah pukul 2 lebih rasanya...haruslah berhenti makan.  Kami ambil family set + 2 meals for kids.  Family set tu ada pizza, 4 soup & 4 air.  Untuk kids meal pulak, spaghetti , buah & air ribena kotak tu.
Total semua untuk lunch ni RM 80++...nak tercekik rasanya kan...makanan semua habis licin, semua memang dah kelaparan kot time ni.
Tak jauh dari tempat makan tu, ada air pancut ni.  Ada sensor kot...bila kita dekat dengan instrument tu, dia akan berbunyi...unik kan...
Masa ni cuaca macam dah redup sikit...kita orang masuk kat Land of Adventure.  sempat main dua game aje kat sini, sebab lepas tu hari dah hujan!
Ride yang ni kena masuk air, memang confirmed basahlahkan...aku memang dah siap-siap bawa baju hujan pakai buang tu.  Beli kat guardian RM 3.50 lepas tu ada discount lagi.  Kalau nak beli kat dalam tu pun boleh, bayar aje RM 15.  tu pun aku ngan yasmin aje yang pakai.  abang eimran dengan danial tak nak pakai.  sukahati korang lah...basah nanti padan muka!!
Hah kan dah basah lencun...tapi ada aje machine pengering kat luar tu.  Bayar aje RM 10.  disebabkan menunggu lama bebenor lepas sorang-sorang gunakan machine tu, abang eimran kat tak payahlah, dah nak kering pun...suka hatilah...
Lepas tu aku menemankan danial buat urusan 'perbankan'.  Lama pulak dia buat 'pelaburan'. Satu yang aku suka kat sini, tandas adalah bersih.  Keluar dari toilet, danial ajak aku beratur sebab dia nak main game kat atas tu.  Kenalah aku menemankan.  Ingat nak suruh yasmin aje naik, tapi dia orang dah kemana masa tu.  Masa aku dah nak naik, baru dia orang muncul.  masa ni, aku ngan yang tudung merah tu aje menjerit.  Budak-budak kecil yang lain tu rileks aje...mahunya aku tak jerit...luruh jantung bila dia menderu turun tu tau...
Lepas tu yasmin nak naik tak dapat sebab hari dah hujan.  semua game yang kat bahagian luar di hentikan.  Nasib baik kita orang memang ada bawa payung dan baju hujan, jadi jimatlah sikit dari nak membeli kat dalam tu...Ingat dah hujan tu, nak balik ajelah...sekali dia orang ajak singgah tengok wayang 4D pulak.
Okey layankan ajelah...abang eimran dengan ayah dia orang aje tak masuk.  Boleh tahan lama juga nak menunggu kat sini.  Tayangan adalah selama 15 minit.  Siap ada turun salji lagi...hebat..hebat...
Last dah nak balik tu, danial nak naik yang pusing-pusing ni...tapi sayangnya qaseh tak lepas bila ukur ketinggian.  kesian dia...muka sedih aje...Lepas tu ingat nak naik train yang round satu area legoland tu, tak jumpa pulak kat mana nak naiknya.  Hujan pun masih renyai-renyai...jadi marilah kita pulang.  Kalau ada rezeki lagi, nanti kita datang ya...banyak lagi mainan yang tak sempat naik.  Mungkin kena tidur semalam kat Johor kot!
 Ni antara replika yang diperbuat dari lego.  
banyak sebenarnya, tapi aku tak ambillah semuanya
 Masjid Brunei kalau tak silap aku
Yasmin berposing di depan KLCC

Habis dah cerita Legoland.  Kami keluar dari sini dalam pukul 6 lebih.  Lepas tu 
terus ke JPO.  Sebab plan asal lepas dari JPO ingat nak 
pergi ke Stulang or Danga Bay, sekali dah penat sesangat,
balik lah kita ya...Lain kalilah juga nak ke Stulang or JB lagi.
Sebab nak berpatah balik ke JB tu boleh tahan juga jauhnya...
Malam tu juga kita orang bertolak balik ke Melaka, sebab side en suami
ada menyewa chalet kat Pengkalan Balak, hari sabtu nak menghantar 
pengantin bertandang, sebelah petangnya pulak ada family day...
Jadi haruslah simpan tenaga sikit kan...
Habis kat JPO kita orang terus balik ke Melaka.
Cerita JPO lepas ni ya...tak ada shopping apa pun kat sini...
Terima kasih datang baca...

11 Jun 2013

L.E.G.O.L.A.N.D Malaysia

Tengok gambar pun dah tahu cuaca adalah panas menyengat...tu baru nampak parking fee aje...parkingnya ke depan lagi...
Belum masuk lagi dah kena pow dengan anak-anak kat luar ni.  Ayah dia oranglah yang melayan.  Kalau minta kat aku memang kim salam lah ya...
Gambor nilah aku whatsapp kat kakak aku...aku suruh danial lompat...terkezut diaorang aku dah ada kat JB...huahuahua...
 Alaaaa gambar blurr lah...ada satu lagi yang clear... tapi ni kes tersalah pilihlah ni...
Bergambar kat sini adalah WAHJIB...rata-rata yang datang legoland memang bergambar kat landmark tu.  Danial tak tahan panas...siap tutup kepala dia lagi.  Sayangnya masa ke sini, kita orang tak ada kamera, harapkan kamera hp pintar masing-masing aje...sob..sob..sob...
Mujur beratur nak beli tiket tak panjang sangat.  Less than 10 minit aje aku beratur.  Aku rasa macam dah kurang orang yang datang sini.  Tak macam masa mula-mula buka dulu...macam ulat buahkan!!
Yasmin takut nak bergambar ngan uncle ni...sedap aje dia tidur berdengkur, tu pun dia nak takut.
 Harusssss bergambar dengan maskot Maybank ni...
Ini antara yang terbaru kat legoland.  Nampak real sesangat...ahkak pun haruslah berpayung nak bergambar kat sini...ahaksss...
This is our first ride.  Qaseh dengan ayah dia aje tak naik.  Kalau nak naik pun qaseh tak melepasi ketinggian yang dibenarkan.  Aku ingat biasa-biasa aje ride ni...sekali bila dah naik...
 Ya Allah...geli-geli perut aku.  Aku jantung aku ni nak terlompat keluar!  Part corner tu yang tak boleh tahan...dua kali pusing aku rasa lama sangat...masa turun terus rasa nak melayang-layang aje...Danial suka...siap jerit-jerit lagi...wahhh hebatnya mainan ni! hahaha...
Lepas tu kuda-kuda ni.  Aku ingatkan qaseh akan melalak tak nak naik...sebab dia masa tu tengah moody.  1st yang naik abang danial, 2nd dia...siap senyum-senyum malu lagi masa nak naik.  Kak min pun naik sama lepas dia.  
Di sebabkan qaseh berani dan suka naik kuda ni, orang pun tak ramai sangat beratur, aku suruhlah dia naik dua kali.  Tapi kenalah turun dulu beratur sekali lagi.

Ayah kata terjelir lidah kuda yang kak min naik tu...sabar ajelah ayah dia orang ni...
Lepas tu naik yang ni pulak...aku tukang menemankan danial lah...budak kecil tu memang excited sokmo...kalau boleh semua mainan dia nak naik.  Yang ini pun qaseh tak nak naik.  Agaknya dia tengok pusing laju aje dia tak mahu naiklah tu...lemah lembut lah kononnya...
Sebelum lunch break dia orang naik keretapi ni.  Aku tak tahu pun danial naik ngan budak cina ni.  Dia tu okey aje ngan sesapa...masa ni aku memang dah letih sangat-sangat...memang terus cari tempat duduk aje...
Yasmin harus setia menemankan qaseh.  kalau yang slow motion macam ni, sukalah qaseh...
Lepas tu kita orang stop kejap for lunch break.  Kita orang makan pizza aje buat alas perut sementara nak makan yang heavy lepas keluar dari sini.  kat dalam ni tak ada benda yang murah ya...telan air liur aje masa membayar.  Coke sebotol RM 5/-!  Dahlah cuaca panas...share ajelah sementara nak tunggu lunch ya anak-anak...

Ada lagi gambar lepas lunch ni.  tapi aku masukkan sikit-sikitlah dulu ya.  
Terima kasih datang baca.  Jangan lupa datang lagi untuk sambungannya...hahaha...

Kajang - JB 7/6/2013

Pagi Jumaat tu kita orang bergerak dari rumah seawal pukul 5 pagi.  Perancangan awal nak gerak pukul 4 pagi kononnya...tapi tahu ajelah...ada anak-anak kecil ni...payah juga nak mengikut jadual.  Itupun qaseh tak mandi pagi...sampai R&R Pagoh tukarkan aje baju dia..hahaha...Dalam 5.30 dah stop kat R&R Seremban.  En suami nak take a nap.  Aku, yasmin,qaseh dan abang eimran turunlah pekena milo panas dengan pau panas.  Sempatlah bersolat subuh kat sini dan dalam 6.20 baru kami meneruskan perjalanan.  Ingatkan gerak pagi-pagi ni tak banyak kereta...tapi bersusun pulak lori kontena...huishh kenalah berhati-hati, ya tak???

Aku awal-awal lagi dah suruh en suami berhenti kat R&R Pagoh. Aku dah lama teringin bebenor nak makan mee rebus jawa ni.  Mulalah buka cerita sejarah lama kat anak-anak...dulu kalau pergi ayer itam, wajib singgah kat pagoh ni sebab arwah atok ngan arwah nenek nak makan mee rebus ni.  Memang sedap dan masih menggunakan pinggan cokelat yang sama...kat sini aku ngan yasmin dan qaseh aje turun.  yang lain mengantuk nak sambung tidur lagi!  Lepas tukarkan baju qaseh, bergeraklah kami menuju ke selatan
 ni berhenti kejap kat stesen minyak area r&r tu juga, en suami nak basuh muka.  so aku snaplah gambar banner ni sebagai bukti aku berada di r&r pagoh.

Lepas ni memang bersusun lori-lori kontena sepanjang highway tu...ahkak adalah serammm kalau banyak sangat lori besar-besar ni.  Bila nak dekat sampai JB, nampaklah JPO dari highway tu...patutlah kawan aku pergi JPO pagi, petang dah balik KL...tepi highway aje ghopernya!!!

En suami bawa kita orang pergi Galleria@Kotaraya JB, tempat dia buat kerja last year.  Aku tengok tak ada apa yang menarik langsung...mungkin pagi lagi kot, kedai pun tak berapa banyak yang buka lagi...okey maafkanlah ahkak ya...
Dia bawalah kami anak beranak makan kat cafe yang selalu dia makan masa kerja kat JB dulu.  Aku makan soto yang kat atas tu share dgn danial dan qaseh.  Aku kan dah makan mee rebus kat pagoh, saja aje ambil soto tu, memang tujuan nak suapkan danial makan. dia dari rumah tak makan apa langsung.  susah betul nak suruh dia makan...
Yasmin, abang eimran dan ayah dia orang makan nasi lemak bungkus ni.  Sedap sambal nasi lemak ni.
 Dua beradik ni excited dapat pergi bercuti ke Legoland...
Dari Kotaraya ni kita orang terus pergi Legoland.  Sesat barat juga mencari Legoland ni ya...tak ada signboard langsung.  dah dekat nak sampai baru ada.  Guna waze pun salah direction-masuk kawasan construction perumahan.  Nak tak nak tanyalah kat security guard kat situ arah ke Legoland.  Dah betul ikut instruction guard tu, tapi rasa macam jauh dah jalan tak jumpa juga, en suami buat u-turn.  Ambil arah lain pulak, tetiba dah sampai kat Hello kitty...ada satu construction kat situ, tanya lagi kat brother tu.  Betul dah arah tadi tapi kena sampai nampak lampu isyarat.  Lepas lampu isyarat tu baru nampak signboard Legoland.  Fuhhh selamat sampai...masa tu hampir 12 tengahari...panas berdenting-denting.  So anak-anak marilah kita bergembira kat Legoland ni.

Terima kasih datang baca...ada lagi sambungannya.

10 Jun 2013

Teaser...

 Panas berdenting...budak-budak suruh cepat ambil gambar!
Tiket parking kat JPO...dah gelap masa sampai sini...
so parking ticket ajelah sebagai bukti kami sudah sampai di sini...

Cerita selanjutnya selepas ini...
Jangan lupa datang jenguk nanti ya...
Terima kasih...
Related Posts with Thumbnails