11 Jun 2013

Kajang - JB 7/6/2013

Pagi Jumaat tu kita orang bergerak dari rumah seawal pukul 5 pagi.  Perancangan awal nak gerak pukul 4 pagi kononnya...tapi tahu ajelah...ada anak-anak kecil ni...payah juga nak mengikut jadual.  Itupun qaseh tak mandi pagi...sampai R&R Pagoh tukarkan aje baju dia..hahaha...Dalam 5.30 dah stop kat R&R Seremban.  En suami nak take a nap.  Aku, yasmin,qaseh dan abang eimran turunlah pekena milo panas dengan pau panas.  Sempatlah bersolat subuh kat sini dan dalam 6.20 baru kami meneruskan perjalanan.  Ingatkan gerak pagi-pagi ni tak banyak kereta...tapi bersusun pulak lori kontena...huishh kenalah berhati-hati, ya tak???

Aku awal-awal lagi dah suruh en suami berhenti kat R&R Pagoh. Aku dah lama teringin bebenor nak makan mee rebus jawa ni.  Mulalah buka cerita sejarah lama kat anak-anak...dulu kalau pergi ayer itam, wajib singgah kat pagoh ni sebab arwah atok ngan arwah nenek nak makan mee rebus ni.  Memang sedap dan masih menggunakan pinggan cokelat yang sama...kat sini aku ngan yasmin dan qaseh aje turun.  yang lain mengantuk nak sambung tidur lagi!  Lepas tukarkan baju qaseh, bergeraklah kami menuju ke selatan
 ni berhenti kejap kat stesen minyak area r&r tu juga, en suami nak basuh muka.  so aku snaplah gambar banner ni sebagai bukti aku berada di r&r pagoh.

Lepas ni memang bersusun lori-lori kontena sepanjang highway tu...ahkak adalah serammm kalau banyak sangat lori besar-besar ni.  Bila nak dekat sampai JB, nampaklah JPO dari highway tu...patutlah kawan aku pergi JPO pagi, petang dah balik KL...tepi highway aje ghopernya!!!

En suami bawa kita orang pergi Galleria@Kotaraya JB, tempat dia buat kerja last year.  Aku tengok tak ada apa yang menarik langsung...mungkin pagi lagi kot, kedai pun tak berapa banyak yang buka lagi...okey maafkanlah ahkak ya...
Dia bawalah kami anak beranak makan kat cafe yang selalu dia makan masa kerja kat JB dulu.  Aku makan soto yang kat atas tu share dgn danial dan qaseh.  Aku kan dah makan mee rebus kat pagoh, saja aje ambil soto tu, memang tujuan nak suapkan danial makan. dia dari rumah tak makan apa langsung.  susah betul nak suruh dia makan...
Yasmin, abang eimran dan ayah dia orang makan nasi lemak bungkus ni.  Sedap sambal nasi lemak ni.
 Dua beradik ni excited dapat pergi bercuti ke Legoland...
Dari Kotaraya ni kita orang terus pergi Legoland.  Sesat barat juga mencari Legoland ni ya...tak ada signboard langsung.  dah dekat nak sampai baru ada.  Guna waze pun salah direction-masuk kawasan construction perumahan.  Nak tak nak tanyalah kat security guard kat situ arah ke Legoland.  Dah betul ikut instruction guard tu, tapi rasa macam jauh dah jalan tak jumpa juga, en suami buat u-turn.  Ambil arah lain pulak, tetiba dah sampai kat Hello kitty...ada satu construction kat situ, tanya lagi kat brother tu.  Betul dah arah tadi tapi kena sampai nampak lampu isyarat.  Lepas lampu isyarat tu baru nampak signboard Legoland.  Fuhhh selamat sampai...masa tu hampir 12 tengahari...panas berdenting-denting.  So anak-anak marilah kita bergembira kat Legoland ni.

Terima kasih datang baca...ada lagi sambungannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails