24 Mei 2010

What happened to Aku, Dia dan Kami...???

Ceewahhh...dasat kan tajuk dia??? Tapi mmg betullah, mcm2 happend kat kitaorg last week. Memula aku yg hampir pitam kat dlm LRT, sib baik tx tergolek dok...nak kata tx breakfast, dah breakfast siap2 dr rumah lagi. Almaklumlah nak kena makan ubat, so kenalah alas perut dulu...tapi dah itu takdirnya, nk buat cam ner???
Lepas tu attend course kat Berjaya Times Square lagi. Ini bermakna, lunch yg sedap bangettt. Tapi aku tersangatlah bersyukur ke hadrat Illahi, kerana telah berjaya mengawal nafsu ku ini. Pesanan puan doktor sentiasa di hati...hihihi...Balik dr course tengok my luvly qaseh demam, panas sangat badan dia, sian kat dia, merengek jer. Lepas bagi ubat n menyusukan dia, nampak ok sikit, tapi tengah malam aku rasa badan dia panas balik, letak tuala basah kat dahi, tapi budak kecik ni naik angin bila aku letak tuala basah, di tariknya...so aku pun slowly lap kat belakang n kat bawah ketiak dia(panas sungguh kat ketiak dia). Pagi tu masa nak gi kerja, rasa cam berat hati jer nak tinggalkan dia, so ajak my hubby gi klinik.
Ramainyer org kat klinik pepagi ni. Kat satu jam tunggu turn. Doktor check then terus suruh ambik neubulizer(betul ker ejaan ku itu)Sian qaseh, meraung bagai nak rakkkk...kaki tangan dia bersilat nak menarik wayar2 itu...Jenuh aku nak pegang tangan dia, kuatlah pulak budak kecik ni...Doktor suh datang lagi sebelah malam...huhuhu...so, lepas eimran n yasmin balik dari mengaji, kita org pergi lagi klinik...fffuuuuhhh dr jauh dah nampak, ramainyerrrrr orangggg...musim org sakit kot!!!sib baik nak buat neubulizer tu tx yah tunggu turn, terus masuk.kali ni en hubby tx masuk, sbb bw rombongan cik kiahkan, tx kan nak masuk reramai!!!so, akulah yg kena bersilat ngan qaseh sorang2 kat dlm bilik rwtn tu...nk tergelak pun ada, tx ku sangka, kuat sungguh qaseh ni...dr raugan hinggalah kederat dia punyalah kuat nk menarik benda alah tu...
Then Sabtu lepas, eimran lak demam. Budak besar ni kalau tx nk makan ubat mmg nak kena jerkah lah jwbnyer. Demam dah baik, tapi still ada selsema lagi. Tapi yg musykilnyer, bila suruh belajar,"abg demam ni, sakit kepala bla..bla..bla.." tapi bila petang nak main basikal, ok jer aku nengok, hilang demam sumer...
Itulah kejadian pada aku, dia dan kami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails