30 Januari 2012

Aloha Mental Arithmetic

Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal...suka betul aku bila Aloha Arithmetic ni buat kelas tambahan kat sekolah Yasmin.  Tak payahlah nak fikir lama-lama, terus aje aku setuju nak register kan yasmin kat kelas tambahan ni.  So setiap hari Ahad bermulalah exercise berjalan kaki aku ke sekolah...tak per, mak tak kisah...1000 langkah sehari kan... alasannnn... hehehe
Ni masa testing kelas hari tu.  Disebabkan semangat yang begitu tinggi, kita orang antara yang terawal sampai.  Terus suruh yasmin duduk depan sekali.  Aku pulak duduk kat belakang.  Sekurang-kurangnya masa teacher tu explain aku pun bolehlah belajar sekali.  So sekarang, yang basic nya aku kira bolehhhh lahhhh...
Lepas habis belajar kiraan yang simple-simple, dia orang kenalah test pulak kan.  Tengok ada faham ke tak ada faham apa yang di ajar sebentar tadi.  Seperti yang di duga, yasmin haruslah kerja dia asyik nak memadam aje.  Hangin betul aku tengok...Masa test ni aku siap terus bangun pergi berdiri kat pintu depan kelas pulak.  Teruk kan..

Kenapa ya aku nak sangat hantar yasmin kat kelas arithmetic ni?? Sebab nilah salah satu cara mengira dengan pantas.  Lagi satu yasmin ni mudah sangat lupa kalau apa-apa yang cikgu dia dah ajar.  Lepas tu bila ada homework mula lah merengek tak tahu...sangatlah menguji tahap kesabaran omak eh ni...

Kelas ni sampai bulan June untuk tahap 1.  Kalau rasa nak sambung lagi ke tahap 2 boleh lah lepas bulan June nanti.  Kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangan yasmin lepas masuk kelas ni ya.  Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

29 Januari 2012

Makeover

Bukan McGyver tau...ni bukan bilik aku tau.  Ini bilik kakak aku.  Baru lepas makeover.  Ada orang yang jauh nun disana minta aku ambil kan gambar untuk tatapan dan lelehan air liur dia..hahaha...yang kat atas tu pintu bilik ayor.  anak-anak aku kata bilik makngah macam hotel...hhrrrmmm yolahh ... habis bilik ibu macam apa???
Dulu dinding kat sink tu, geli tau nak tengok...leaking 365 hari.  Aku memang tak sanggup nak masuk bilik air ni dulu.  Sekarang tidak lagi...tapi tuan tanah kedaung tak kasi lah pulak...kutttt...hehehe...ya ampunnnnn...
Dulu mandi boleh baring-baring kat dalam bath tub.  Sekarang ni ko berdiri tegaklah time mandi ya...sambil di sirami shower ala-ala hujan lebat tu...
Boleh juga nonton tv sebelum tidur...dulu ngak ada bukkk...


last but not least...tuan tanah kedaung dengan anak-anak aku yang suka menceroboh bilik makngahnya...hehehe..


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
saja aje dia orang posing atas tilam empuk makngah dia orang...

28 Januari 2012

Dinner @ HOMST Prima Saujana

Hhrrmm sedapnya...itulah perasaan pertama aku masa nak pergi makan kat Homst ni.  Last year sibuk aje duk mencuba segala restoran nasi arab.  Tahun ni tukar selera pulak...kita cuba masakan chinese muslim pulak ya...Sebenarnya kedai ni dah lama buka kat area rumah aku ni.  Konon dulu berangan nak buka puasa kat sini, tapi kesian kat aku sebab hajat tak kesampaian.  Sepanjang bulan puasa hari tu, en suami asyik balik lambat aje...macam mana nak pergi...CNY baru ni aje berpeluang menjamu selera kat sini.
 ni air aku, eimran dengan yasmin.  danial dengan qaseh nak air tin...
sedapnyaaaa...shark fin sup + crab.  tapi memang confirmlah tak ada shark fin nyakan...tapi confirm memang sedap.
Sotong goreng tepung pun sedap...giler aku..semuanya sedap-sedap belaka.  Terbaekkk tau..
 ni yasmin punya-ribena special ke apa ntah...
sayur kailan masak apa lupa pulak.  Pun sedap juga...ehhh semua sedaplah wa cakap lu...ke memang aku yang tak pandai masak aje cakap sedap...hahaha...
main dish-siakap masam manis.  Cukup segala rasa, bukan setakat masam dan manis sahaja...masih terasa rasa kat lidah aku ni lagi hah...bukan aku aje cakap semua lauk yang kita orang order malam tu sedap, en suami pun kata sedap...nanti boleh datang lagi...hahh tu yang penting...mak sukaaaa....ohh ada lagi lauk tak sempat nak snap, butter prawn...meleleh air liuh dah ni...better stop kat sini...

Danial

Danial kan dah masuk sekolah tadika 5 tahun.  Bagus betul dia, 1st day aje menangis itupun sebab mengantuk.  Lepas tu happy memanjang aje nak pergi sekolah.  Senang kerja mak ko...hehehe..
Tapi bila tanya belajar apa kat sekolah hari ni...memanjang aje tak tahu.  Tak apalah danial, yang penting danial NAK pergi sekolah.  Cuti panjang CNY ni pun danial merengek-rengek nak pergi sekolah.  Kenalah pulak aku berlakon cakap dengan cikgu dia kat hp bagitahu sekolah cuti seminggu...
Semoga sikap suka ke sekolah ini berterusan sampai bila bila ya danial...


Nanti sambung lagilah kat lain entry.  Ada banyak gambar tak masuk lagi.  Ni nak perabihkan gambar kat dlm laptop ni dulu...Moga ketemu lagi di next entry...

23 Januari 2012

Cerita Qaseh

Qaseh yang manja nikan kadang-kadang suruh aku panggil dia baby...kadang kadang suruh aku panggil dia kakak...bila panggil dia kakak, dia suruh aku panggil abang danial dia baby...terbalik sudah...sesuka hati dia aje...
Qasehkan kalau menangis memang tak hinggat tau...dia punya jerit tu menusuk sampai ke hati aku ni hah...gerammmm aje aku kalau dengar.  Suka bebenor berebut telefon dengan abang-abang dan kakak dia.  Dan sudah semestinya dialah yang dapatkan sebab budak kecil. Tapi tulah..kalau dah sampai kat tangan dia jangan haraplah dia nak bagi orang lain pulak bercakap kat telefon tu...macam manalah dia tak kena buli dengan abang-abang dan kakak dia....kalau aku telefon lagi lah...hiruk pikuk kat telinga aku ni mendengarkan dia orang berebut...kenalah pulak pujuk qaseh suruh pass kat abang or kakak dia pulak...ikut mood jugak...kadang dia bagi kadang selamba aje dia cakap ibu dah letak...


Qaseh dah nak masuk 3 tahun tapi masih lagi nenen...bila kena sergah dengan abang danial sebab asyik nennnn aje mesti dia nangis...qaseh suka cakap 'hambik kauuu' manalah dia dengar perkataan tu.  selalunya dia cakap 'hambik kauuu' lepas dia belasah abang-abang or kakak dialah.  Aku kalau dengar mesti nak gelak...kalau aku pulak yang menyakat dia, mesti dia kata 'ibu niiii'...hehehe...aku suka dengar kalau dia cakap dua ayat nilah...


Lagi perkataan yang qaseh selalu sebut 'tak payahlah'...ni kalau dia tengah menangis lepas tu ada orang nak pujuk, mesti dia cakap 'tak payahlah...'  Jual mahal lah konon, orang nak pujuk tak nak...tak nak sudahhhh...


oohhh lagi satu kan..qaseh perasan hp aku yang touch screen tu i-pad.  Kesian kat anak aku kan....bila aku balik kerja aje mesti dia cakap nak i-pad...pandailah pulak tu jari dia menggerak-gerakkan screen tu...teror kan budak-budak sekarang ni, perhatikan aje apa orang buat, lepas tu i followwww...


Layanlah gambar qaseh yang suka berbaju kurung ni.  Cepat betul dia membesar, sebab baju raya ni dah nak singkat kat dia dah....
















































































































































































































































































































































hambik kauuu..hahaha...

22 Januari 2012

Cerita Ceriti

Sejak kamera dah aku kelautkan ni, semua gambar-gambar adalah menggunakan kamera handphone samsung pintar ku ini sahaja.  Kualiti gambar adalah sangat kureng...tapi jadilah daripada tak ada gambar langsungkan.


Memula nak cerita perkembangan tentang azam aku yang dah list downkan tu...Setakat hari ni, Alhamdulillah...berpuasa Isnin Khamis berjaya aku lalui tanpa banyak halangan dan godaan.  Harap-harap puasa Isnin Khamis ni akan berterusan sampai bila-bila selagi hayat dikandung badan.


Bab nak mengupdate blog tak berapa lah...alasan yang utama sebab tak sampai hati tengok Eimran terliur bila aku online nanti.  Tapi aku cuba jugalah buat auto publish...listkan untuk seminggukan.  Tu semua bisa diatur sebenarnya, antara hendak dengan tidak sahaja. hehehe... tepuk tangan, tanyalah hati sendiri...ya tak???


Kamera digital pun tak dapat lagi.  Ada juga jeling-jeling bila lalu depan kedai kamera...tapi belum berani nak tanya-tanya...InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. 


Lagi apa ya azam aku hari tu?  Ehhh lupalah pulak ya...oohhh nak turunkan berat badan... Berat aku kan setakat hari Krismas hari tu adalah 84++kg.  Beratkan...Aku tak kisah pun letak berapa berat aku...sebab aku tahu bukan ramai pun yang datang baca...Aku kan syok sendiri..hehehe...Eh lagi pun kalau letak real number mesti aku lagi bersemangat nak turunkan berat kan...tu pasal lah aku letak...Hari tu boss aku cakap, you tak payah diet dulu, tunggu bulan 2, dept kita nak buat contest ala-ala the biggest loser tu...Ehhh..boss aku cam tahu-tahu aje aku nak turunkan berat badan...dia baca blog aku ke???Alamakkkk... habislah rahsia aku terbongkar...hahaha perasan lagi...


Lepas dengar boss aku cakap macam tu, teruslah aku pulun makan balik tu...tak hingat okey...Bila dah habis makan tetiba rasa...ehhh aku nak turunkan berat badan tu untuk diri sendirikan...bukan sebab nak menang apa-apa...aku lebih untuk menjaga kesihatan sebenarnya.  Terus rasa menyesal sebab makan tak hingat...


Lagi nak cerita pasal apa ya...ntahlah dah tak ada modal dah sebenarnya ni...wasallam..

21 Januari 2012

Hari Santai Sedunia

Ni cerita yang dah basi bebenor.  Cerita Hari Krismas lepas. Pergi bercuti ke Sa Pandan.  Siap bawa bekalan lagi.  En suami yang masak pun, bukan aku.  Tapi yang teringinnya adalah aku.  hehehe...aku teringin nak makan laksa.  So pepagi lagi dah siap-siap buat laksa lepas tu terus ke Pandan sebab anak-anak sibuk dah nak mandi kolam.
 Eimran bukan nak tolong jaga adik tau, kerja dia adalah membuli adik...
 Kak Min juga yang rajin jaga adik



 Qaseh yang berani berani takut bila dalam air
Bila lah lagi dia orang ni nak bersantai kat Sa Pandan kan??  Tunggulah cuti sekolah lagi ya anak-anak..

19 Januari 2012

Mee Goreng aje

 Mee goreng ni aku buat malam tadi.  Sebenarnya tak ada intention pun nak masak mee goreng semalam.  Tapi bila buka peti ais tengok ada sayur-sayur yang dah nak layu di tasik madu.  Jadi nak tak nak kenalah leburkan semua ke dalam kuali.
Nasib baik stok mee basah tu memang ada.  Goreng ajelah, sonang baitu.  Saja aku buat berkuah sikit ala-ala mee hailam gitu.  Versi kali ni memang banyak sayur.  Ingatkan ada udang, ghopernya dah habis.  sotong pun okay jugak.  

N3 ni adalah n3 tergesa-gesa...asal ada n3 sudah...tak kisahlah kan, janji kalau ada orang singgah, nampaklah mee goreng sedap ni...perasannnn...

Ke Dentist Lagi

Melampaukan..gambar anak dlm klinik gigi pun nak ambil.  Hehehe...nilah tanda kenangan kami yang membuktikan Danial memang anak jantan...tak takut langsung nak jumpa doktor gigi. 
Hari Selasa lepas aku cuti kecemasan sebab dari malam tu lagi Danial dah menangis sakit gigi.  Bila aku check tengok-tengok memang gigi dia berlubang lagi.  Sementara nak menunggu hari siang, aku bagilah dia ubat tahan sakit dulu.  Nyenyak dia tidur sampai pukul 8 lebih.
Dan malam tadi lagi sekali dia merengek sebab sakit gigi.  Paling tak tahan bila dia cakap...ibu tolonglah..adam nak mati dah ni...alololooooo cianlah anak aku ni...macam tau-tau aje mati tu macam mana...lagi dialog dia...ibuuu...macam mana nak hilangkan sakit ni???  Alahai sayang...bergenang airmata mak ko ni time subuh-subuh hening tu... kalaulah boleh di transferkan rasa sakit itu pada ibu ni, memang lah ibu sanggup ganti kan...lepas tu bila klinik buka aje, terus aku suruh doktor cabut...
Masa doktor duk godek gigi dia tu, sikit pun dia tak berbunyi.  Memang good  boylah adam ni!  Tapi lepas tu aku tanya, nanti adam dah besar nak tak jadi doktor gigi macam doktor tadi tu?  Tak naklah.  Adam kan nak jadi angkasawan...hehehe..nampaknya dia masih bertahan lagi sampai sekarang TETAP nak jadi angkasawan...Tak apalah adam...ibu doakan yang terbaik untuk adam.
Masa ni aku duk menunggu dengan Qaseh.  Aku saja suruh qaseh pulak buka mulut, suruh doktor check...laju aje tangan dia tutup mulut..takutttt...ibu niiii..
Nilah budak yang takut tu...

18 Januari 2012

Sambal Sotong & Talam Berlauk

Sambal sotong ni pun menu minggu minggu lepas.  Sotong tu beli kat Tesco.  Dah lama tak nampak sotong ni kat tesco, hari tu kita orang pergi awal sikit, tengok ada...apa lagi...harus mak rembat kan...
Sotong rendam ni sedap aje kalau di masak sambal gini.  Sonang baitu aje nak buatnya.  Blog aku ni kan memang blog sambal kicap...hehehe....masak apa pun semuanya sambal aje.  Jadi haruslah sotong ni pun aku sambal kan dia.
Ni pulak kuih talam berlauk.  Favorite aku nih.  Kalau aku ke Pasar Tani Prima Saujana memang benda nilah yang aku cari dulu.  Takut habis...dahlah susah nak cari...dulu ada jual kat pasar malam, sekarang ni orang tu jual kat Pasar Tani aje.  Dahlah Pasar Tani tu hari Sabtu...memang tak ada chancelah nak sambung tidur lepas subuh.  Balik dari pasar tani baru boleh sambung zzzz...teruk kan...
Biasanya aku akan beli 2.  Satu untuk aku makan sorang-no sharing.  Kedekut kan...satu lagi untuk sapa-sapa yang nak makanlah.  Kalau sampai tengahari aku tengok tak ada juga orang yang sudi makan, haruslah aku juga yang perabihkan...sebab aku mengamalkan jangan membazir.  Membazir itu sahabat syaitannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....renung renungkanlah...***tetiba...***

17 Januari 2012

Orang Berbudi...

Kita berbahasa, orang memberi kita merasa...rezeki berpuasa hari Khamis lepas, dapatlah buah manggis pemberian ikhlas kakak susumanis.  Memanglah manis orangnyer semanis air yang kita buat tu lepas tu terlebih tuang susu...maniskan...cam tu lah kakak susumanis itu.  Tak pernah berkira dalam banyak perkara...ketawa memanjang aje kojo eh...happy go lucky...


Walaupun berat nak bawa balik hari tu, tapi sangat berbaloi, sebab anak-anak semua suka buah manggis.  Malam tu juga selesai 3 kilo...dasatkan...
Ni pulak sambal kuinin buat minggu lepas juga.  Buah kuinin  tu dah lama beli, sampai dah nak busuk aku nengok...cepat-cepat aku tumbuk lada hidup, bakar belacan sikit.  Sodap makan dengan nasi panas-panas.  

16 Januari 2012

Happy Birthday Baby

Ya dia macam baby lagi bagi aku. Hari ni tanggal 16 Januari adalah hari lahir Yasmin Zahirah.  Sekarang ni dia dah 8 tahun.  You are big girl already baby.  Tak boleh dah nak merengek-rengek manja tau.  Story mory pasal sekolah nanti lain entry aku story.


Hari ni birthday Yasmin, ibu harap Yasmin jadi anak yang solehah.  Anak yang selalu mendengar kata ayah dan ibu.  Yasmin belajar rajin-rajin ya...Yasmin jangan lupa solat tau.  
Walaupun ada Danial dan Qaseh, Yasmin tetap baby di hati ibu.  Buah hati pengarang jantung ibu.  Busuk masam ibu...walaupun ayah selalu kata Yasmin anak Gopal, itu semua tipu belaka.  Yasmin tetap anak ibu....sayang Yasmin...

Sarapan Pagi Anak-anak

Minggu lepaskan berjaya buat sarapan pagi untuk anak-anak.  Lepas tu aku rasa happy sangat bila tengok dia orang selera aje makan pagi-pagi tu.  Siap bawa bekal lagi.  Yang rajin bawa bekal of course lah anak perempuan aku, Yasmin.  Eimran setakat makan kat rumah tu kira dah bersyukurlah tu.  Walaupun bawa bekal, duit belanja tetap di beri, tapi peliknya, bekalan habis, duit belanja pun habis.  Sabar ajelah kan...
Ni sarapan hari Selasa kalau tak silap.  Hari Isnin dengan Khamis setakat ni puasa, so breakfast roti sapu kaya ajelah.  Sosej gulung dengan roti lepas tu golek dalam telur, lepas tu golek pulak kat breadcrumbs.  Resepi ambil kat dalam internet.  Ada ramai dah orang buat breakfast cam ni.  Cicah dengan sos cili lagilah sedap.
Ni sarapan hari Khamis kot.  Goreng nugget dengan fries aje.  So aku tambahkan dengan buah pisang.  Pisang kan memberi tenaga.  Hari Khamis pun aku puasa lagi, tu sebablah dia orang punya breakfast simple aje.
Ni sarapan hari Rabu kot.  Makaroni goreng biasa-biasa aje.  Dapatlah Yasmin bawa bekal ke sekolah.  Aku pun sama bawa bekal juga.  Kenyang makan sampai tengahari.
Macam manalah pisang ni boleh terjunam ke bawah sekali ni...tak kisahlah kan..tapi nilah pisang yang kita orang buat breakfast hari tu.
Related Posts with Thumbnails