30 Januari 2012

Aloha Mental Arithmetic

Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal...suka betul aku bila Aloha Arithmetic ni buat kelas tambahan kat sekolah Yasmin.  Tak payahlah nak fikir lama-lama, terus aje aku setuju nak register kan yasmin kat kelas tambahan ni.  So setiap hari Ahad bermulalah exercise berjalan kaki aku ke sekolah...tak per, mak tak kisah...1000 langkah sehari kan... alasannnn... hehehe
Ni masa testing kelas hari tu.  Disebabkan semangat yang begitu tinggi, kita orang antara yang terawal sampai.  Terus suruh yasmin duduk depan sekali.  Aku pulak duduk kat belakang.  Sekurang-kurangnya masa teacher tu explain aku pun bolehlah belajar sekali.  So sekarang, yang basic nya aku kira bolehhhh lahhhh...
Lepas habis belajar kiraan yang simple-simple, dia orang kenalah test pulak kan.  Tengok ada faham ke tak ada faham apa yang di ajar sebentar tadi.  Seperti yang di duga, yasmin haruslah kerja dia asyik nak memadam aje.  Hangin betul aku tengok...Masa test ni aku siap terus bangun pergi berdiri kat pintu depan kelas pulak.  Teruk kan..

Kenapa ya aku nak sangat hantar yasmin kat kelas arithmetic ni?? Sebab nilah salah satu cara mengira dengan pantas.  Lagi satu yasmin ni mudah sangat lupa kalau apa-apa yang cikgu dia dah ajar.  Lepas tu bila ada homework mula lah merengek tak tahu...sangatlah menguji tahap kesabaran omak eh ni...

Kelas ni sampai bulan June untuk tahap 1.  Kalau rasa nak sambung lagi ke tahap 2 boleh lah lepas bulan June nanti.  Kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangan yasmin lepas masuk kelas ni ya.  Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

2 ulasan:

  1. Yati, anak2 saya dulu ada sorang guru yang dtg mengajar kerumah. Mengajar matematik la. Anak saya yg sulung si abang tu dulu matematik asyik fail je bila periksa sampailah tinggal lagi 2 bulan nak UPSR baru saya dapat cikgu tu. Wow menakjubkan sebulan selepas dia mengajar, si abang terus dapat A. Sampai cikgu math di sekolah cakap, 'peliklah budak ni, tiba2 je dapat A.."

    Begitu juga adiknya Ojet. Bukan saja subjek Math yang teruk tp subjek2 lain juga terutamanya subjek BM sampaikan saya macam hilang harapan. Tapi sekarang alhamdulillah, keduanya boleh dikatakan pakar dlm math. Si abang seorang olympiad mathematik dan si Ojet masa sekolah dulu sentiasa dipanggil menjadi fasilator kalau ada bengkel math di sekolahnya.

    dari pengalaman tu, saya rasalah elok kalau yati dapat cari sorang cikgu yng dapat dtg kerumah mengajar anak-anak sebab tumpuan penuh. Kalau anak2 pandai math insyaAllah mereka juga akan pandai subjek lain sebab math ni sentiasa membuat anak2 berfikir (otaknya aktif).

    Cikgu yg mengajar anak saya tu dulu cikgu sekolah rendah je, mengajar murid2 tahun satu, tp dia telah membantu anak2 saya hingga ke tingkatan 3.

    BalasPadam
  2. bagusnyerr mak mithali nih...1000 langkah tuk anak tuh..hehehe..semoga yasmin jd pakar matematik nanti..doa lps solat jgn lupe,,doa mak mmakbul k, sebut yasmin nanti jadi pemaisuri agong ke apa ke...hehe..baca yasin lepas solat ltk la air depan kita dgn niat untuk anak terang hati, buat sendiri je, kasi minum or buat masak nasi..insyaAllah

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails