15 Januari 2012

Nasi Lemak Tahun Baru

Setakat ni azam nak update blog rajin-rajin tak kesampaian lah.  Sebab utama adalah kerana sekarang ni anak-anak dah start sekolah.  Undang-undang kat rumah aku ni, tak boleh online during school week.  Hanya hari Sabtu and Ahad saja.  Jadi kalau aku online nanti, harus eimran meleleh airliur tengok mak dia menghadap laptop.  Sebagai emak yang ala-ala mithali aku sangat memahami naluri dia.  Pernah sekali hari tu bila aku called nak tanya dah makan or ada homework tak, dia boleh tanya, kalau dah siap homework nak buat apa? buat latihan pulak...kalau dah habis  buat latihan? makan...lepas makan? sembahyang...lepas sembahyang? rehat...lepas rehat...tidur...lepas tidur?  abang nak apa sebenarnya? boleh online tak?  no way...tengok..banyak betul reason dia nak online.  Kadang tu sebab nak online, sanggup dia siapkan segala kerja sekolah..boleh pulak kalau cam tu kan..


Hehehe..panjang lebar pulak explaination sebab tak update blog kan?  Ada orang kesahhh...
Oklah...ni nasi lemak pertama di tahun baru.  Buat hari Sabtu semalam.  Dua kali buat sebelum ni en suami tak dapat rasa sebab dah pergi kerja.  So semalam aku gagah jua bangun pagi supaya dia dapat rasa juga.
 telur rebus
 timun
 nasi lemak aje tak ada...
nasi lemak untuk en suami yang hendak berjuang di perbatasan...Agak-agak sejam lepas dia pergi kerjakan, aku pun call lah tanya, dah makan nasi lemak?  Sudahhhh..sedap...cepat aje dia jawab sebab dia tahu wife dia kemaruk pujian...hahaha...Dekat rumah pun sekejap aje dah habis.  Ingatkan bolehlah lambat sikit nak masak tengahari...tak ada makna langsung.  12.30 Yasmin dah merengek laparrrr...

1 ulasan:

  1. wah sedapnyerr..bila leh kak su rasa nih..hehehe

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails