29 Oktober 2012

Aidil Adha 2012

Buat pertama kalinya kita orang beraya kat rumah sendiri...nasib baik raya haji jer...Pertama kali juga tak balik kampung di hari raya..sob...sob...sob...
Tapi tetap nak 'merasa' suasana raya kan...ketupat palas tu aku order aje dari kawan office....gumuk-gumuk ketupat palasnya.
Rendang daging ni pun order dari orang yang sama.  tak sempat aku nak merendang lepas balik kerja hari Khamis lepas.  Dah lah hujan lebat selebat2nya kat kajang hari tu...dengan angin lagi, seram juga lah aku takut terkandas kat tengah2 bandar masa tu.  Nasib baik ada hero datang selamatkan aku.  Tapi sebelum tu round2 sekejap kat Parkson, konon nak bagi keringkan baju yang basah kena hujan, sekali terjebak beli benda kat Parkson..hrmmm...
Kuah kacang hj samuri...beli lagiiii...apa yang ko masak hah??  kan dah kobarkan, semua beli, mana sempat nak masak!!!
Kok ado yang masak pun, ni hah...dendeng...itu pun bibik aku yang buat.  tu ajolah citer sambutan raya haji kami tahun 2012.  Biasa-biasa aje.  Malamnya adalah adik-beradik yang datang menziarah....itu citer next entry ya...
tq for reading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails